Yang Join Aku Nie!

Saturday, July 2, 2011

Gambar Perkahwinan Noh Hujan dan Mizz Nina

Tahniah juga buat pasangan Mizz Nina dan Noh Hujan yang selamat di ijab kabulkan pada 1 Julai 2011 yang juga saing bersama Tomok dan pasangannya Ayu, jom layan Gambar Perkahwinan Tomok dan Ayu juga.....

Mizz Nina dan Vokalis Kumpulan Hujan, Noh selamat dinikahkan di dalam Majlis tertutup di Ampang Jaya (Rumah Mizz Nina) dan yang paling istimewanya tarikh tersebut jatuh pada Hari Lahir Mizz Nina.. Wahh so seewit, tahun tahun mendatang leh lah sambut birthday ngan anniversary kan....

Pada majlis tersebut juga pihak lelaki menyerakhan wang hantaran sebanyak RM11,111.11 dan mas kahwin sebanyak RM888.88 juga beserta 7 dulang hantaran yang mengandungi sirih junjung, set barang kemas, iPad 2, cincin dan kek lapis Sarawak dan dibalas Mizz Nina sebanyak tujuh dulang hantaran yang antaranya adalah sirih junjung, sepasang kasut, dompet, sepasang baju bersanding, coklat, “Playbook” dan cincin

Walaubagaimanapun Pada 3 Julai ini, resepsi untuk keluarga dan tetamu-tetamu kehormat akan diadakan di Hotel Shangri-La bertemakan Ungu Elegan. selain itu mereka juga akan diraikan dalam sebuah majlis resepsi berkonsepkan Jepun bersama pihak media dan rakan-rakan, pada 6 Julai ini juga akan diadakan majlis sambut menantu (sebelah lelaki) di Miri, Sarawak pada 15 Julai depan.

4 comments:

KAMIHIDUP said...

no komen sebab tak minat langsung si noh ni.

Mama Gee said...

sweetnya mizz nina..tp tak puas tgk gambar...

PinKy MoMMa said...

slmt pengantin baru utk mereka ;)

BeloG MTT said...

Selamat pengantin baru,..kawen dah Noh... =.='

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...