Yang Join Aku Nie!

Friday, August 26, 2011

SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT PETANG...... DIKESEMPATAN INI IEB DAN SUAMI Red Bard INGIN MENGUCAPKAN SELAMAT AHRI RAYA MAAF ZAHIR BATIN.... MAAF DIPINTA ANDAI KAMI ADA TERSALAH KATA, TERLUKAKAN HATI SESIAPA TERMAKAN JUGA TERMINUM, MINTA DIHALALKAN..... SEMOGA SYAWAL KALI INI PENUH BERMAKNA BUAT KITA.... KEPADA SAHABAT-SAHABAT SEKALIAN MEMANDU DENGAN BERHATI-HATI SEMASA PULANG KEKAMPUNG NANTI, DAN MUDAH-MUDAHAN KITA AKAN BERTEMU KEMBALI SETELAH HABIS BERCUTI NANTI

Tujuh Perempuan Bertanya, Seorang Lelaki Menjawab

Perkongsian artikel yang IEB dapat dari email untuk koram semua......

Kaum feminin cakap “susah jadi wanita”, mereka telah digoda dan diperdaya oleh syaitan dan hawa nafsunya sendiri, seperti yang kita lihat dialog dibawah, bagaikan mempersoalkan ketentuan Allah terhadap mereka. Dengan kata lain yang agak kasar, Allah berat ...sebelah pada kaum wanita.

Keluhan remaja perempuan A:
“Aduh, situ tutup, sini tutup. Susah la gini. Apasal laki-laki mudah saja. Tak pakai baju pun takpe. Perempuan auratnya lagi banyak.”

Keluhan isteri A:
“Kenapa la kita para isteri ni nak keluar kena minta izin dari suami kita, padahal suami kita nak keluar kemana-mana pun tak bagitau kita takpe pulak.”

Keluhan remaja perempuan B:
“Jika kita ikut faraid dalam hal pusaka, rugilah kita. Sebab bahagian harta pusaka perempuan lagi sedikit berbanding harta yang anak lelaki dapat. Kami mahu keadilan!”

Keluhan isteri B:
“Kenapa Allah jadikan wanita mengandung dan rasa sakitnya nak melahirkan anak. Suami kita rileks saja? Masa buat anak carilah kita, masa nak
beranak kita tanggung sendiri!”

Keluhan isteri C:
“Islam kata kita perempuan wajib taat pada suami, tapi ada Islam cakap suami perlu taat pada isterinya? Mana keadilan pada kaum hawa?”

Keluhan isteri D:
“Bila nak cerai je, suami yang boleh jatuhkan talak. Kenapa isteri tak bolek ceraikan suaminya? Kenapa?”

Keluhan remaja perempuan C:
“Wanita takleh nak beribadat macam lelaki, sebab bila kita ada haid dan nifas, takleh nak solat dan puasa. Ingat perempuan ni suka ke tak solat dan puasa?”.

Dan kemudian datanglah pertubuhan dan organisasi yang membela kaum wanita, dan menuntut hak samarata antara gender, mengekploitasi fahaman wanita yang terjejas akidahnya dek kerana disogok pertanyaan. Kaum lelaki pula cakap, “Ah, mujur aku ni lelaki!”

Tunggu..! Istigfarlah pada wanita yang ada perasaan seperti di atas. Mujur ada seorang lelaki yang bukanlah seorang ustaz namun amat yakin bahawa Allah itu Maha Adil. Dia tidak mampu menuturkan sabda Rasulullah s.a.w dan petikan dari ayat Al-Quran, namun dengan keimanan dan ilmu sedikit yang dia ada ,diolah sebaiknya untuk menjawab soalan-soalan melampau itu.

Lelaki beriman menjawab keluhan remaja perempuan A:
“Cik adik, Islam lah yang mengangkat aurat wanita. Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang teraman dan terbaik. Awak ada emas dan permata, adakah awak nak letak terdedah ditepi laluan lalu lalang atau disimpan dirumah agar tiada siapa melihat perhiasan itu? Ok, jika awak letakkan perhiasan tadi dikalangan orang, agaknya apa akan jadi dengan barang perhiasan tadi? Lelaki, yang utama hanyalah bawah pusat ke lutut tapi awak? Saya tidak dapat melihat kulit anda pun kecuali muka dan tangan! Awak tak mungkin akan terangsang nafsu tengok saya hanya berseluar pendek ke lutut kan? Tapi kalau sebaliknya, jangankan saya, tapi tok imam pun akan tercabut serbannya jika tengok awak pakai hanya seluar pendek!”

Lelaki beriman menjawab keluhan isteri A:
“Ok, isteri perlu taat pada suami. Jadi, lelaki apa? Suami perlu wajib taat juga kepada ibunya tiga kali lebih utama dari ayahnya, walaupun dia sudah berkeluarga. Isteri tidak perlu lagi, taatnya hanya pada suami. Kenapa awak perlu taat pada suami? Kerana suami kalian lah yang menanggung dosa yang kalian lakukan!”

Lelaki beriman menjawab keluhan remaja perempuan B:
“Betul ke wanita menerima warisan pusaka lagi sedikit daripada lelaki? Tapi kan, harta itu memang hak untuk wanita itu dan dia berhak lakukan apa saja yang dia mahu. Shh.. jangan kongsi dengan sape-sape walaupun suami. Tak kesian pada lelaki ke, dia perlu membahagikan harta pusaka itu kepada isteri dan anak-anaknya. Kalau isteri dia ramai, anak dia ramai, harta pulak secebis, tak merasa lah jawabnya!”

Lelaki beriman menjawab Keluhan isteri B:
“Tahniah la sebab awak dapat mengandung dan melahirkan. Setiap kali awak begitu, wanita itu didoakan oleh sekalian makhluk dan malaikat! Beruntungnya awak! Andaikan awak meninggal pula masa beranak tu, percayalah… itu mati syahid dan ganjarannya syurga. Ya, syurga menanti awak malah beranak 15 kali pun sihat sampai ke tua! Sebab tu tak ramai orang wanita meninggal masa melahirkan !”

Lelaki beriman menjawab Keluhan isteri C:
“Akhirat nanti, saya dan lelaki lain didunia ini akan diminta bertanggungjawab keatas empat jenis wanita. Siapa? Mereka ialah isteri saya, ibu saya, anak perempuan saya dan adik perempuan saya. Tahu maksudnya? Awak nanti di akhirat, awak akan dibantu oleh empat lelaki! Siapa mereka? Mereka ialah suami, ayah, adik atau abang malah anak lelaki awak!”

Lelaki beriman menjawab Keluhan remaja perempuan C:
“Nak beribadat macam lelaki? Ingat mudah ke nak dapat syurga? Sedarlah, awak sebagai wanita boleh masuk sebarang pintu syurga yang awak sukai. Ya, dah la syurga, ada pilihan pula hanya dengan empat cara. Apa itu? Solat lima waktu, berpuasa bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dan tahu apa satu lagi? Taat pada suami awak. Itu saja asasnya!”

Lelaki beriman menjawab Keluhan isteri D:
“Saya, seorang lelaki wajib berjihad fisabilillah. Awak, seorang wanita jika taat akan suaminya,dan menunaikan tanggungjawabnya kepada Allah, maka awak akan turut menerima pahala setara seperti pahala orang pergi berjihad fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata!”

Lelaki beriman bertanya : “Sebenarnya, apa lagi yang awak mahu, wahai kaum hawa?”

Namun, wanita-wanita tadi menangis dan salah seorangnya berkata; “MasyaAllah, sayangnya Allah pada wanita, namun kami sendiri yang mengheret diri ke neraka yang mana ramainya kaum kami berbanding kaum lelaki!”

Demikianlah dialog wanita-wanita yang curiga itu dengan seorang lelaki biasa namun beriman.

Musuh Islam tidak akan berhenti melakukan segala upaya, sampai kita ikut dan tunduk kepada cara-cara dan peraturan yang dipromosikan dan diperjuangkan mereka.

Allah, yang menciptakan kita, maka sudah pasti Dia yang Maha Tahu pada manusia, sehingga segala hukumNya malah peraturanNya, tentulah yang terbaik bagi manusia dibandingkan dengan segala peraturan yang dicipta manusia.

Wahai lelaki, jagalah isterimu kerana dia perhiasan, pakaian dan ladangmu, sebagaimana Rasulullah s.a.w pernah mengajarkan agar kaum lelaki berbuat baik selalu (lembut) terhadap isteri anda sekalian.
Berbahagialah wahai para muslimah. Tunaikan dan menegakkan agamamu, nescaya syurga menanti...

by Aniza Ariffin on Thursday, June 30, 2011 at 8:08pm

Thursday, August 25, 2011

SPONTANEOUS THURSDAY

Anas Ibn Malik pernah meriwayatkan hadis yang bermaksud: 
 
"Dan tidak beriman seseorang daripada kamu sehinggalah dia mengasihi saudaranya sepertimana dia mengasihi dirinya sendiri"

 
Apa itu Khamis yang Spontan, Rujuk SINI :
http://spontankhamis.blogspot.com/

Kespontanan Khamis atau Spontaneous Thursday adalah satu hari dimana pegguna internet khusus nye blogger Malaysia utk mnyepontankn sepatah dua ayat bagi entry mereka pd stiap hari khamis.

Wednesday, August 24, 2011

Blogger Perang Besar

Adeh cer bawak-bawak bersabar... Jangan lah gaduh2 kita sesama blogger melayu ni.... Gelak besar diorang tengok kita bergaduh mulut sesamer kita nie...... Tak sayang ker bangsa kita.... Cukuplah politik Malaysia jer gaduh2 ni.. kita sesamer blogger mari menjalinkan muhibbah..... Tak yah nak tuding sesaper.... Apa yang paling penting kalau nak rasa blog dikenali kena berusaha gigih..... Bila kita berjaya atas usaha sendiri mesti kita akan rasa kepuasan.....

WORDLESS WEDNESDAY


Apakah Wordless Wednesday : Setiap hari rabu blogger akan post gambar di blog tanpa meletakkan sebarang keterangan untuk menjelaskan gambar tersebut. Biarkan gambar yang berkata-kata

Tuesday, August 23, 2011

Maaf, Maaf, Maaf.....

Minggu ini Puan Belog sangat sibuk, sorry yer kengkawan.....

Thursday, August 18, 2011

Oppssss Tanjat Boboi......

Syukur Alhamdulillah 9 bulan IEB aktif tak aktif berblog angka 2000 berjaya IEB cecah pada hari ini... Jutaan terima kasih buat En. Bard yang sentiasa memberi idea juga sokongan tuk IEB berblog.... Jutaan Terima Kasih juga buat semua kawan-kawan IEB yang sentiasa menyokong dan membaca Blog Isteri Encek Bard ini... Sayang koram semu ketat-ketat......




You can also bank-in your donations to our Maybank (5621 4270 8704) or CIMB account (1259 0000 804 058), and fax to us the bank-in receipts to our fax number (03-8948 7339) or e-mail the receipt to info@irmblog.org

Please specify on the receipt which appeal you would like to donate to. For a more detailed explanation, call us on 03 8948 6334.
 

MANGSA KEBULURAN SOMALIA TERANCAM


You can also bank-in your donations to our Maybank (5621 4270 8704) or CIMB account (1259 0000 804 058), and fax to us the bank-in receipts to our fax number (03-8948 7339) or e-mail the receipt to info@irmblog.org

Please specify on the receipt which appeal you would like to donate to. For a more detailed explanation, call us on 03 8948 6334.

Hulurkan Bantuan Pada Mereka

Tersentuh hati kecil IEB melihat video kanak-kanak Somalia tersebut... Kita disini dilimpahi dengan makanan yang melimpah ruah, lebih-lebih lagi di bulan Ramadhan ini.... Bersyukur sangat-sangat dengan rezeki yang telah diturunkan kepada kita.... Melihat mereka ini membuatkan hati kecil IEB tersentuh... Marlah kita sama-sama menghulurkan bantuan juga memanjangkan mesej ini supaya sentiasa disampaikan kepada semua pihak bagi meringankan beban mereka...... 

Tiada paksaan, buatlah dengan seilkhlas hati dan tanda kita sentiasa memperintai Allah SWT.... Hanya DIA yang mampu membalas jasa anda...... Hulurkan sedikit derma yang termampu bagi mengurangkan beban pada mereka....

Kanak-kanak mati setiap 6 minit di Somalia.... Marilah kita sama-sama berganding bahu bantu membantu sesama Umat Islam...

You can also bank-in your donations to our Maybank (5621 4270 8704) or CIMB account (1259 0000 804 058), and fax to us the bank-in receipts to our fax number (03-8948 7339) or e-mail the receipt to info@irmblog.org

Please specify on the receipt which appeal you would like to donate to. For a more detailed explanation, call us on 03 8948 6334.

Gadis hilang ditahan peras ugut keluarga

PUCHONG – Tembelang Ameerah Asha Azizan, 17, yang dilaporkan hilang sejak enam hari lalu terbongkar selepas dia ditahan polis bersama teman lelakinya kerana disyaki menipu ibu bapanya dengan merancang penculikan diri sendiri dan meminta wang tebusan berjumlah RM50,000. 

Sebelum dilaporkan hilang, Ameerah Asha, pelajar tingkatan lima dikatakan tidak pulang ke rumah selepas menghadiri kelas tambahan di Sekolah Menengah Puchong Utama 1 dekat sini pada 12 Ogos lalu.

Bagaimanapun, rancangan penculikan itu terbongkar apabila Ameerah Asha dan teman lelakinya seorang penganggur berusia 19 tahun ditahan ketika pasangan tersebut menaiki sebuah kereta di kawasan Saujana Puchong dekat sini pada pukul 9 pagi semalam.


Ya Allah terkejut IEB baca berita ini pagi nie di Kosmo! Online.... Sanggup si anak bersengkokol dengan teman lelaki yang baru dikenali untuk menipu ibu bapa sendiri yang telah melahirkannya dan menjaganya selama 17 tahun..... Sanggup menipu ibu bapa beliau semata-mata kerana turutkan kata-kata teman lelaki yang belum tentu menjadi suaminya... Mudah-mudahan Adik Ameerah Asha ini dibukakn pintu hati untuk bertaubat dan kembali mengenang jasa ibu bapanya.... 

Kenapa mesti sayang dengan teman lelaki dan sanggup serahkan segala-galanya termasuk kehormatan diri?? Wahai adik-adik yang bercinta di luar sana jangan lah meletakkan kan sepenuh harapan pada teman lelaki yang belum tentu menjadi suami kamu.... Sayangilah ibu yang telah melahirkan  juga membesarkan kamu, sayangilah juga bapa yang telah menjaga dan mendidik kamu dari kamu kecil dah merah hingga dewasa.... Jasa ibu dan bapa kita tak terbalas dengan duit yang berbillion-billion sekalipun.... Apa yang perlu kita mendoakan kesejahteraan ibu bapa kita dunia dan akhirat... Mudah-mudahan mereka sentiasa diberkati Allah.... Hiba rasa IEb bila baca berita kosmo hari ini....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...