Yang Join Aku Nie!

Tuesday, May 31, 2011

Jom Vote For Kakak Manis (Bicara Mak Dara Blog)

Jom bagi kengkwan yang belum lagi mengundi, sila tunaikan tanggungjawab anda sebagai blogger untuk mengundi mereka yang layak untuk DIGI WWOW AWARD..... Mari keter sesamer vote untuk Kakak Manis nie juga Kak Adza dan blog beliau Blog Bicara Mak Dara...


Jom, tengok promo from Kak Adza




Jangan luper untuk klik juga untuk mereka ini



dan


Harum Manis Perlis Mali

Wah seminggu, dua nie IEB asyik bawak balik Mangga Harum Manis Perlis Mali jer ke rumah... Hari-hari dessert Harum Manis.... Alhamdulillah rezeki... Pejabat yang berkaitan dengan Jabatan IEB di Pelis, selalu gak hantar ke Opis IEB... Buahnya besar dab berbau harum, isinya perghhhhh koning keemasan dan manis.... Katanya kat Pelis tengah musim buah nie... Boleh katakan tiap-tiap tahun gak IEB dapat merasa Mangga Harum Manis Perlis Mali nie walaupun jauh dari sana....
Yang nie belum di kopek kulitnyer, ti IEB upload plak gambar isinyer...

Jom Ke Pizza Hut

Sesiapa yang dah jemu lunch makan nasi, aper kata hari nie cuba menu berlainan pula di Pizza Hut, Ada kupon murah yang koram boleh print dah terus ke Pizza Hut..

 KLIK SINI untuk maklumat lanjut

** Simply print and present this coupon. Delivery & take-away only. ONE redemption per customer per transaction. Valid on 31 May 2011 only **

PASTA PERFETTO


Monday, May 30, 2011

Minggu Yang Sibuk....

IEB bebetul sibuk lah koram minggu lepas, seminggu belog IEB terbiar tanpa pangawasan, juga tanpa IEB menjeguk koram semua... Tak caya, koram tengok bawah... Terima kasih yer pada yang menjeguk IEB selalu tu.. Maaf lah sebab IEB tak dapat melaungkan masa untuk ke arah blog.
Seperti biasa sesi pembersihan yang tak selesai-selesai lagi sampai sekarang, tension dah mengadap menatang nie, tak pernah abis, rasa nak amik minyak petrol ngan macis api, bakar jer sonang cito...<----Kang terbako plak opis, tak pepasal masuk Harian Metro muka depan, adeh
 Menyiapkan Hantaran Perkahwinan kawan opis IEB, tuk anak buah dier katanyer...
 Hari Jualan PUSPANITA, opis IEB... IEB menjadi tukang promosi gerai BFF IEB....

Nur Heliza Helmi di Himpunan Sejuta Belia

Wah 3 hari Majlis Himpunan Sejuta Belia di Putrajaya yang berlangsung pada 27 - 29 Mei 2011... Koram pergi ker??? Nampak meriah sangat Event tu... IEB jenguk dari rumah IEB pada hari Jumaat tu dalam lingkungan jarak lebih kurang 3 km jer... Ramai gak, sampaikan diorang parking sampai depan jalan di kawasan rumah IEB.... Pada yang duduk beredekatan sekitar Presint 18 tu kebanyakan yang pergi jalan kaki sahaja, sebab kebanyakan jalan disitu ditutup untuk kelancaran event tu.... 
 Sempat bergambar dengan Abang Askar yang sedang bertugas
 Pose jap dekat trak ATM nie
 Gadis kereta yang tinggi dan cun-cun belaka 
 Eh, abang SPR leh tak I nak daftar sambil ngorat U, dah kawen ker??? no. phone ada tak??? U nie hensem lah Abang SPR
 Lagi pose walaupun En. Bard dah penat
 Kesian tengok Abang Askar nie letih melayan peminat nak bergambar, nak bercakap pun dah tak larat dah...

En. Bard bertugas membuka Kaunter SPR disitu pada hari Sabtu 28.05.2011, so ape lagi IEB pun ikot ler.... Tapi IEB pergi dalam pukul 06.30 petang sebab masa tu cuaca dah redup dan tak panas.. Tak kuasa nak basah ketiak tetegah hari kat situ.... Malam tu lepas kauter SPR ditutup, IEB sempat jugaklah tengok konsert di pentas utama yang bebetul berada di belakang Kaunter SPR... Ada Yassin, Kumpulan Saujana, Heliza dan lain-lain lagi... Masa memula konsert cam hambar jer sebab tak ramai orang, dalam khemah ada lah dalam 20 orang sahaja, lepas Yassin mendendangkan lagu Nur Kasih, orang mula ramai, sehinggakan Heliza menyanyi lagi lah ramai yang bersesak sebab nak amek gambo..... 
Artis pertama Yassin
Kumpulan Saujana
Ermmmm comel kan Ija??
Lagi pose dengan Ija....

Saturday, May 28, 2011

BF Ala-ala Western Sikit....

Mornings alss.... Wah bersawang pulak seminggu IEB tak jenguk blog IEB dan blog kengkawan.. Sory yer kengkawan IEB sangat sibuk minggu nie.... Nanti IEB akan update aper kerja yang IEB buat sampai tak sempat nak update blog.... Oke lah kengkwan pagi sabtu nie, bangun awal siapkan BF tuk suami tercinta yang kena bertugas bersempena Hhari Sejuta Belia di Putrajaya.... JOm BF kengkawan...

Wednesday, May 25, 2011

Sweetie Cheese Mr. Curly

Wahhh IEB dan Nyonya Lienz sudah tergoda dengan godaan Duta Produk Sweetie Cheese untuk menempah Kek Keju Manis beliau..  Gaji masuk jer kami buat keputusan tuk order Kek Keju Manis dari Mr. Curly... Mr. Curly pun buat persetujuan untuk menghantar Kek Keju Manis di Putrajaya... Malam tadi dalam kul 09.30 malam diorang pun sampai di Putrajaya.. Kami buat appoinment di Depan Istana Kehakiman... 

Dari jauh dah kelihatan rambut Mr. Curly, tu IEB senang tul nak cam diorang nie..... Laling of coz lah ada kan, Cik Panadol dan Budak Johor pun ado sekali, nie dah dikira escort tetap lah geng mereka.... Geng diorang memang sempoi giler, tak kering gusi IEB dan Nyonya Lienz bergelak sakam malam tu.. Apa-apa pun koram memang best lah.. Next time kiter jumpa lagi key....
 Ko hado??? IEB tetap nak amek gak sign Mr. Curly nie

Tengok gaya Cik Panadol sebagai jurugambar pro, eh, Budak Johor, kamera lom ready pun dier dah possing nie, konfius tol lah.. Mr. Curly dio kato kuku den panjang tadi baru lepas kuar toilet tak cuci tangan lagi nie, tu nak buang aper yang patut lam kuku nie.. Hahahhaha
Hahhaha serius Budak Johor nie giler posing rupernye.. nampak jer muka sopan dan pemalu... Gaya kalah model beliawanis.. Hahhaha.. Adeh gaya Superman nak terbang pon hado gak... ekekke
Sajer jer Cik Panadol nak cover muker ayu tu, takut koram semua terpikat dik non...
Wa lah Model Seluar Pendek Cap Hayam, hensem tak Wa??
Possing Manja From Laling dan Cik Panadol yang tak suka amek gambor katernyer... Kenapa??? Hanya kami yang tahu kenapa... Biarlah menjadi rahsia...
Eh, ada terselit gak muker IEB, erkkk apesal IEB nampak gumuks.. Tidakkkkk.... Nyonya Lienz  baru balik dari Alamanda pun layannnn jer kami.


p/s : apesal takder pic Sweetie Cheese erk??? Alahai Kek Keju Manis dah selamat dipotong dan berada lam perut kami, tak sompek Den dan amek gambo, kalau koram nak tengok tgu lah mereka update entry.. Hihihihihi.... IEB bagi 10 bintang untuk kek Sweetie Cheese mereka....

Monday, May 23, 2011

RON95 Naik 10 sen??

Dalam kebizian sempat lagi nak updater entry nie.. Hihihihihi, betulker khabar angin yang IEB dengar nie?? Khabar angin selalunya benar-benar belaka, banyak gak blogger yang dah update entry mengenai hal inie... Katanya RON95 bakal naik 10 sen menjelang 1 Jun 2011 nie.. So bagi, yang berkenderaan tu sla isik minyak kenderaan anda Full tank sebelum 1 Jun ini... Lebih baik sediakan payung sebelum hujan.. Hihihihi.. Ermmm minyak naik lagi. Kita tungu dan lihat sahaja pengumuman kenaikan harga minyak.. Ermmm apa komen koram??? komen IEB kita jangan mudah melenting sangat dengan kenaikan ini, sebab yang IEB tahu minyak petrol di Thailand dijual RM4.90 seliter... Giler mahal kan.... Selepas nie mesti mengurus perbelanjaan dengan lebih cermat dan berhemah lagi bagi mengelakkan tak cukup makan tiap-tiap bulan... Setakat nie sangat bersyukur dengan rezeki yang telah di berikan kepada kami.. Alhamdulillah...

Ermmmm harga ayam pun dah naik giler, sekarang RM12.00 sekilogram dan bakal naik lagi menjelang cuti sekolah... So lepas nie kita mesti banyakkan mengambil sayur-sayuran sebagai makanan harian kita... Sayur-sayuran sangat baik untuk kesihatan...

Busy! Busy! Busy!

Sorry ye kengkawan minggu nie IEB sangat sibuk.... Mungkin minggu nie IEB akan off selama seminggu.. Wah IEB akan merindui koram semua... Minggu nie IEB mesti menyiapkan kerja-kerja pembersihan di opis dan juga menyiapkan tempahan Hantaran Perkahwinan di rumah... Sudi-sudikan lah koram jengah belog IEB....

Thursday, May 19, 2011

Button Follower Hilang

Lagi satu hal sampai pagi tadi button follower IEB masih lagi tak muncul, kenapa erk?? Blogspot dah buang widget tu ker.. IEB buat BW pun tak jumpa gak button follower koram.. Wah ramai yang merakamkan rasa terkilan jugak pasal hal nie... IEB ermmm terkilan jugak, sebab tak boleh nak tengok kawan-kawan IEB yang pernah bertandang dalam Blog IEB nie, Alahai harap-harap koram sudi lagi singgah belog IEB nie yer... Terkilan sebab Follower ramai??, ermm jauh sekali kot, sebab Follower IEB tak lah ramai mana, cukuplah untuk menambah semangat IEB untuk menulis... 

Ramai blogger otai mengetengahkan soal Pentingkah Button Folower Nie?? IEB tak salahkan mereka, bukan niat mereka untuk mempersendakan kiter yang obses pada Follower ni, cuma mereka mahu kita berbelog sebab kita minat menulis dan bukan mengejar populariti semata-mata... Apa niat koram berbelog sebenarnyer yer?? IEB tengok ada ramai blogger Otai yang sangat terkenal dengan hasil penulisan mereka, tapi follower mereka tak lah ramai mana, mereka bukan promote blog mereka untuk mendapat follower yang ramai, tapi mereka promosi setiap hasil penulisan mereka untuk tatapan umum pada pembaca malah UV mereka sehari lagi banyak berbanding dari follower mereka.. 


Sebab itu lah mereka menekankan pada penulisan yang boleh di terima ramai, daripada kita runsing dengan kehilangan button follower nie, baik kita runsing bagaiman nak tarik minat pembaca ke belog kita, bagaimana untuk menghasilkan entry yang menarik dan diterima pembaca juga bagaimana untuk memenang hati-sahabat-sahabat blogger kita supaya mereka senang bersahabat dengan kita sungguhpun hanya di alam maya....

Marilah kita ubah persepsi kita dari mencari follower yang ramai, kepada mencari sahabat yang ramai juga pembaca hasil penulisan kita dengan ramai.. IEB minta maaf jika entry ini buat koram terasa hati dan sebagainya... IEB cuma melahirkan pandangan dari hati IEB sahaja... Supaya kita tidak hilang mood untuk berbelog dan hilang minat untuk menghasilkan penulisan yang baik, sebab IEB tahu ramai sangat blogger yang pandai menghasilkan penulisan yang menarik.... Keep it up dan jangan berputus asa dek kerana masalah teknikal blogspot ini.. Anggap ini cuma satu cabaran koram untuk berjaya dalam dunia blog seperi bloger otai yang lain.. IEB akan sentiasa menyokong dan membaca hasil penulisan koram juga IEB akan sentiasa menjadi sahabat koram di alam maya....

Blogger Telordibasuh Meninggal

Masih terkejut sebenarnyer pasal berita nie, IEB tahu pun memalui Sis Ellen.. betul ker, IEB selalu baca blog beliau, IEB masukkan blog beliau dalam senarai blog yang harus IEB lawati... Ada sesiapa lagi yang tahu mengenai cetita beliau... Beliau baru update entry, last update entry pada  15.05.2011 hari tu... Kalau betul lah cerita nie takziah diucapkan buat keluarga beliau..

Telordibasuh dalam kenangan...
Al-fatihah untuk beliau, semoga rohnya dicucri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang yang beriman.. Amin

Blogspot diTutup

Ermmm, semalam IEB BW kat belog kengkawan, boleh katakan majoriti buat entry mengenai isu semasa yang sedang hangat diperkatakan.... Yang pertama pasal Blogspot akan ditutup... Sikit sebanyak khabar angin ini sebenarnya menggerunkan IEB jugak.. Takut jugak kalau-kalau benar khabar angin nie benar-benar terjadi, mesti semua entry yang pernah IEB akan lesap begitu sahaja... 
Adeh sayang tu, banyak kenangan dalam Blog IEB nie. Lagi satu macam mana pulak dengan kawa-kawan blogger IEB yang tak add IEB dalam Facebook, alahai takut pulak lost contact dengan mereka... Tak mahu kehilangan sahabat yang sentiasa mengikuti perkembangan IEB dalam dunia blog nie dan yang membaca penulisan IEB.... So bagi sesiapa yang nak Add IEB dalam Facebook, silakan, IEB mengalu-alukan koram bagi mengelakkan kiter lost contact juka blogspot benar di tutup...  

Ramai juga kawan-kawan IEB yang menggunakan WP menasihatkan IEB bertukar dan mempunyai domain sendiri, tapiiiiiii, bukan kedekut koram cumer keadaan wang tak berapa nak mengizinkan, selagi ada benda free nie baik IEB guna sahaja... Yer lah sekarang nie harga barangan semua dah naik, jadi IEB mesti pandai mengurus kewangan kami dan membayar untuk keperluan bukan kehendak... Soal kehendak tu kemudian kira kecuali bila perlu... Apa pendapat koram pulak mengenai hal nie??

Wednesday, May 18, 2011

Hati Yang Di Sakiti

Ermmmm mood pagi rabu nie cam tak berapa nak hokeh jer korang, disebabkan orang-orang di sekeliling IEB nie lah, sapa lagi opismate IEB lah, nak bercerita panjang lebar pun tak baik, kang di katakan mengumpat pulak... IEB memang menyampah dengan orang yang suker menjaga tepi kain orang jer 24 jam nie, lepas tu asyik dok ngumpat sana-sini, mengutuk sana sini, seolah-olah cam dier tu bagus jer.. Nak bagi nasihat pun IEB nie tak layak, sebab memasing dah tua bangka dah dah masak dengan erti kehidupan, tapi masih berpikiran sempit... Lagi satu tak boleh kawal hot temper dier, sikit-sikt nak marah jerit-jerit, bingit lah terlinga ni dengar... Bayangkan hari-hari IEB menghadapi situasi sebegini di opis... 

Bila balik rumah rasa aman jer dunia nie lagi tengok suami tercinta rasa sejuk balik hati yang panas nie.... Hari hari telinga nie penuh dengan taik telinga umpatan dan kejian mereka... Adeh kalau lah telingan boleh bercakap, mesti diorang kata tak sanggup lagi nak dengar.... lagi satu mereka nie depan kita punya lah baik yang amat, tapi belakang kita umpatan dan makian tu pasal diri kita tu tetap ada koram siap nak bagi tahu kalau boleh satu dunia pasal hal kita nie..... Lagi satu perangai yang sangat IEB tak boleh dengar biler suka menjatuhkan orang lain di depan Bos besar, sampaikan mereka ini tak layak untuk mendapatkan ganjaran yang sepatutnya.... IEB sangat bersimpati pada mereka yang pernah terkena.... IEB meluahkan dalam belog nie pun sebab dah tak tahan sangat dengan perangai mereka... Selain itu mereka ini juga selalu mangangap kami ni macam kuli batak mereka, senang tuk disuruh-suruh... Kekadang dah rasa macam orang gaji pun ia jugak... Arghhhh sangat tensyen....

Sangat berharap satu hari nanti pintu hati mereka akan terbuka untuk berubah.. Amin... Ramai dah hati terluka disebabkan mulut puaka mereka nie dan ramai juga yang mereka sakiti nie mendoakan yang buruk-buruk tuk si mulut puaka nie... Nak tenangkan diri lah... Jom sarapan pagi dengan lontong koram... Ermmmm yummy, jemput makan yer semua... Koram makan apa pagi nie???


Monday, May 16, 2011

Kena Denda

Biler baca entry Ayeem hari nie IEB teringat masa zaman sekolah-sekolah dulu.. Masa zaman sekolah dulu IEB memang agak nakal sket... Pemalas pun ado gak.. hihii.. Skang kalau boleh putar balik masa tu terasa nak belajar rerajin.. Huhuhuhu...

Masa zaman sekolah rendah dulu IEB kalau tak siap kerja sekolah, mesti tak bawak buku yang ada kerja sekolah.... Alasan bagi kat cikgu tertinggal, padahal tak siap keje sekolah.... Kekadang biler pikir balik sengal gak bagi alasan tu, kene marah jugak, kene denda jugak.. Penah IEB kene rotan ngan buluh rotan yang runcing tu.. Sakit woooooo, balik umah jer tunjuk kat mak sebab berbekas, ingat nak dapat belas kasihan mak ayah, tapi hampa malah cubitan hinggap kat peha, adeh memang sakit.. Sejak dari tu tak nak ngadu dah.. Huhuhuhu.. Paling malu rasanyer biler kene berdiri dalam kelas, nie selalu gak IEB kene, teringat guru kelas IEB yang garang masa tu, walaupun garang IEB sayang dier sesangat, sebab cikgu kelas tu baik sebenarnyer, dia garang masa mengajar jer. 



IEB pernah gak kene denda berdiri kat luar... Alahai semua orang tengok masa tu, malu budak-budak kan kejap jer, yang lebih siap boleh borak-borang ngan member yang kena denda sekali... Dan paling IEB tak leh lupa kene lari 2 kali pusingan padang sekolah, ermm tak silap IEB masa tu tak bawak baju PJK... Adeh subjek PJK adalah yang paling IEB tak minat... Bayangkan kene berlari keliling padang yang luas dengan pakai baju kurung.... Huhuhuu.. 

Bila dah sekolah menengah jarang sikit lah IEB kene denda, sebab dah ada perasaan malu menebal kan... Malas buat kerja sekolah tu masih ada lagi lah, tapi biler sampai sekolah jer, cepat cari buku kengkawan tiru homework dier, patut lah tak berapa nak pandai, sebab suka meniru.. Lagi satu peristiwa yang meninggalkan memori di hati IEB, di zaman sekolah menengah. Masa tu ada pemeriksaaan besar-besaran Pengawas.. Maca-macam lah diorang cek, bulu kening, stokin, tudung pendek, kain pendek, baju pendek, rambut panjang, rambut berkaler pun diorang cek, tudung nila dan lain-lain lagi... Masa tu kebetulan tudung IEB bernila biru sangat, adeh dah kena tahan. sebagai denda IEB disuruh memakai telekung surau sepanjang hari.... Ramai gak yang kena denda masa tu.. Bagi yang baju pendek kene pakai kain batik, tudung pendek dan bernila pulak kene pakai telekung... Malu giler weh masa tu, kene gelak ngan  budak kelas.. Tapi nasib baik IEB tak berseorangan, ada jugaklan kawan IEB yang kena denda jugak... Apa pun memori nie masih lagi menjadi ingatan IEB utnuk tergelak hingga kini..


Selamat Hari Guru

Selamat hari guru diucapkan khas buat semua bekas guru yang pernah mengajar IEB, buat semua cuikgu yang menyambut Hari Guru pada hari ini dan tak lupa juga buat biras IEB Cikgu Nurul.... Teringat dulu masa zaman sekolah rendah, IEB beriya-iya nak bagi kat cekgu hadiah masa Hari Guru.. Masa tu tak silap IEB, IEB baru darjah 2, IEB beriya suh ayah IEB cari hadiah tuk IEB beri pada cikgu kelas kesayangan IEB.. Ayah IEB pun belikan sekotak tisyu dan bungkus cantik-cantik... Esoknyer dengan bangga IEB bagi kat cikgu kelas IEB tu...

Biler dipikir balik macam kelako plak, tisyu pun jadi tuk jadikan hadiah... Hihihi budak-budakkan tak kesah sangat isinya apa sebab dah bungkus cantik2, rasa bangga jer dapat bagi hadiah kat cikgu masa tu... Itu lah kali pertama dan terakhir IEB bagi hadiah kat cikgu.. Biler dah sekolah menengah bukan tak nak bagi cekgu hadiah, tapi rasa cam tak adil pulak kalau kiter just bagi seorang jer cikgu kan... Rasa nak bagi jer hadiah kat semua cekgu, tapi apakan daya kewangan tak berapa mencukupi amsa tu.. Terkubur lah niat di hati...

Masa sekolah rendah dulu IEB paling tak suka cekgu yang garang nie, tapi bila dah masuk sekolah menengah cikgu yang garang nie lah idola IEB dalam diam, sebab kerana mereka tegas lah IEB tak hanyut dalam keseronokan masa remaja... Bila tak malas nak buat homewor, mesti teringat muka dan suara cikgu yang garang, terus bataklan niat malas tu.. Tapi walau apapun banyak jasa guru tak terbalas.. Terima kasih cikgu sebab menjadikan saya sebagai seorang yang berguna.. Jasa mu ku kenang...

Beberapa hari nie belog IEB dah macam bersawang sikit, sepi tanpa pengujung.. memula sekali blogspot problem, banyak mood blogger ilang nak berbelog, lepastu pulak internet umah IEB buat hal... Tensyen jer ngan UniFi nie...

Thursday, May 12, 2011

Lokasi dipercayai Kejadian Simbah Asid di KL


Sangat menakutkan mendengar berita di akhbar beberapa hari ini, Mereka mengambil kesemmpatan di atas kaum wanita yang lemah disamping keadaan cuaca berejerebu yang memudahkan lagi kegiatan buruk mereka.... Pada wanita-wanita diluar sana berhati-hati jika emmandu bereseorangan. Sebaik-baiknya berteman jika ingin kemana-mana... Hari ini sahaja sudah beebrapa kes yang IEB baca di blog, akhbar dan media massa..

Dipahamkan suspek ini betubuh gempal dan kurus dalam lingkuman umur 20 an - 30 an, juga bermotor sikal.. Mereka akan cuba menghampiri mangsa dan menyibah sejenis cecair thinner ke mangsa. sehingga kini suspek masih belum ditangkap yang mengakibatkan kebimbangan pada orang awam diluar sana.

Happy Birthday Mak

Selamat hari Lahir di ucapkan khas buat mak tercinta, Puan Roshidah Abd. Rasak yang meyambut ulang tahun kelahirannya pada hari ini... Anak-anak Mak mendokan agar Mak dipanjangkan usia, diberi kesihatan yang baik, dumurahkan rezeki, mendapat kebahaiaan dunia dan akhirat dan sentiasa diredhaiNYA... Kami anak-anak mak sayang mak sesangat....
 

Wednesday, May 11, 2011

Komik Best

Hari nie IEB BW, terjumpa satu belog menarik nie... Jadi IEB nak kongsikan ngan koram semua.. Sesiapa yang rasa boring atau tensyen ker pi lah belog Alif Firsdaus Azis nie...Banyak kartun menarik dengan jalan cerita kat sinie.... Kartun dier pun cantik sangat... Tu IEB suka tu.. Bagi pengegmar komik cam IEB moh ler kiter ke Belog Alif Firsdaus Azis

 Alif Firsdaus Azis

Nasi Lemak

Assalamualaikum dan selamat pagi semua.... Musim panas sekrang nie, tetiba hati rasa tersentuh pulak teringatkan bagaimana kita dikumpulkan di Padang Mahsyar kelak dengan keadaan 1 jengkal jer matahari pada kita... Subhanallah.... Sekarang ni panas sikit jer dah mengeluh banyak.... Kenapalah IEB tak bersyukur dengan nikmat yang diberikan... Sepatutnya IEB lebih bertawakal kepada NYA, kerana ada hikmah disetiap kejadian yang berlaku....

Semua orang mesti manghadapi situasi yang sama macam IEB.. Bagaimana koram menghadapinya?? Renung-renungkan koram.... IEB bukan memberi nasihat, tapi sekadar untuk memperingati diri IEB juga, sebab IEB bukan lah dikalangan orang yang baik-baik untuk meberi nasihat nie koram... Tak layak langsung....

" Ya Allah, sesungguhnya Hamba Mu ini amat bersyukur dengan apa yang telah Engkau kurniakan kepada kami, segala nikmat, segala kebahagiaan dan segala musibah sebagai tanda Engkau menyayangi kami Ya Allah. Buka kanlah pintu hati kami untuk menuju ke jalan Mu Ya Allah. Mudah-mudahan mati kami di kalangan orang-ornag yang Kau Redai ya Allah. Amin Yarabbal Aalamin "

Alhamdulillah di atas rezeki yang telang engkau berikan Ya Allah... pagi nie IEB BF nasi lemak bos belanja.. Terima kasih bebanyak bos.. Nasi lemak nie sedap sangat koram berbungkus daun pisang lagi... Jemput makan semua....

Tuesday, May 10, 2011

ASAP.. Tulun Saya

Adeh, pening kepala mencari jalan pulang.... Adeh IEB pening ngan entry yang IEB post kat belog sebebnarnyer koram... Selalu ada 7 entry per page di  belog IEB, tapi hari nie lepas jer IEB post entry terakhir, tetiba ada 1 entry jer kat depan.... IEB tengok setting dah betul dah 7 entry per page... Tapi kenapa ada 1 entry jer... Ada sesiapa leh tolong jawabkan persoalan ini.. Almaklumlah saya budak baru belajar.... 

Alamak blogger femes Ady Budika Follow lah.. Terharu rasanyer... Suker masuk belog beliau nie sebab ada resepi masakan....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...