Yang Join Aku Nie!

Monday, January 31, 2011

Rusuhan Di Kaherah

Marilah kita sesama mendoakan akan keselamatan semua pelajar-pelajar Malaysia disana... Kepada adek ipar ku Zhariff Mudah-mudahan selamat lah hendakya di sana.... Mak, Ayah, Along, Angah, Ainur, Akak dan Kak Nurul serta keluarga disini sentiasa mendoakan keselamatan Zhariff  di sana. Amin Yarabbal A'alamin

SUMBER BERITA HARIAN ONLINE 31.01.2011

Tinggalkan sementara Mesir,Kedutaan di Amman, Riyadh dan Tripoli digesa bantu 11,000 warga Malaysia
KOTA KINABALU: Rakyat Malaysia di Mesir akan dibawa keluar sementara ke tiga negara jiran jika keselamatan mereka terancam susulan keadaan yang semakin tegang di negara itu. Persetujuan sudah dicapai bagi rakyat Malaysia dibawa ke Amman, Jordan; Riyadh, Arab Saudi dan Tripoli, Libya sebagai pelan kecemasan, manakala lokasi berhimpun sebelum pergerakan ditetapkan di bandar Panta, di selatan Kaherah, kata Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman. Katanya, kakitangan kedutaan di tiga negara berkenaan sudah dimaklumkan mengenai keputusan itu dan bersedia membantu pergerakan keluar rakyat Malaysia kira-kira 11,000 rakyat Malaysia di Mesir dengan sebahagian besarnya pelajar.“Ini adalah keputusan terkini mesyuarat pelbagai jabatan yang memantau rapi perkembangan di Mesir dan akan dilaksanakan jika senario mencapai tahap kritikal. Kedutaan Malaysia di tiga negara terbabit akan menyelaras isu berkaitan tempat tinggal dan makanan jika keadaan memaksa,” katanya ketika dihubungi Berita Harian semalam. Anifah menegaskan, kerajaan tidak mempunyai halangan jika ada rakyat Malaysia yang mahu meninggalkan Mesir secara sukarela dan atas perbelanjaan sendiri berikutan keadaan huru-hara susulan krisis kepemimpinan di negara itu yang bermula Selasa lalu.“Bagaimanapun, kita harap semua rakyat Malaysia menghubungi pihak kedutaan di Kaherah supaya kita mengetahui bilangan sebenar mereka di sana. Perangkaan tepat akan memudahkan usaha membawa keluar jika perlu," katanya. Anifah berkata, perkembangan di Mesir diklasifikasikan pada tahap ‘amaran jingga’ iaitu persediaan membawa keluar rakyat Malaysia dan akan digerakkan sebaik situasi tegang bertukar menjadi ‘amaran merah’ iaitu pemindahan bagi tujuan keselamatan. Beliau menasihatkan semua pihak bertenang dan menghubungi talian yang disediakan Wisma Putra bagi mengetahui perkembangan ahli keluarga masing-masing dan kerajaan memandang serius tanggungjawab memelihara keselamatan warga Malaysia di luar negara dalam keadaan genting seperti sekarang. Gelombang kebangkitan menggulingkan Presiden Hosni Mubarak yang mula tercetus pada 25 Januari lalu dilaporkan semakin tegang apabila perintah berkurung dilaksanakan di beberapa bandar utama di Mesir. Bantahan besar-besaran di Kaherah, Iskandariah, Suez, Dumiyat, Tanta dan Mansoura menyebabkan puluhan menjadi korban manakala ribuan lagi ditangkap dan dilaporkan cedera susulan pertempuran dengan pihak berkuasa.

DASAR PERAMPAS!!!!!!!

Eh saper yang rampas saper nie??? Serius IAM memang bencikan perampas nie.. Tak kira lah perampas boyfreind orang ker, tunang orang ker dan yang lebih IAM mencik sekali perampas Laki orang.. Lelebih lagik Rampas laki orang yang bini dier ngah sarat mengandung.... Sabor, IAM jangan lah emo pepagi nie... Maner tak emo koram biler baca blog sorang akak yang teraniaya nie REALITI SEBUAH KEHIDUPAN.. Sedih giler koram, IAM pun jadik takut mendengarnyer.. Mintak2 dijauhkan lah ini semua berlaku pada IAM dan keluarga IAM.... Sebenarnyer IAM selalu mengikuti perkembangan blog akak nie.. IAM salute ngan akak nie sebab dier jatuh dan bangun ngan sendirinya... Semangat yang akak nie sampaikan lam blog beliau untuk membesarkan 3 orang anak-anak yang ditinggal kan ayah beliau masih kecil lagi dan semangat beliau untuk menenangkan emosi anak-anak beliau tatkala anak-anak beliau terlalu rindukan seorang lelaki yang bergelar ayah.... Hati IAM sedih tatkala baca biler anak perempuan akak nie sakit sebab terlalu rindukan ayah...

Dan yang paling disakiti si muka pisang nie boleh plak bergembira di atas kesengsaraan orang lain... Dier kan perempuan? tak raser ker aper yang perempuan lain rasa??? Boleh plak siap nak meraikan penceraian kaum sejenis dier ngan lelaki yang dier rampas tu kat hotel mewah, sebenarnyer dinner opis dier jer pun, tapi belagak cakap meraikan berdua.... Boleh blah lah weh... Pastu sampai hati plak dier erk tunang ngan laki akak tu time beliau sarat mengandung, dan sampai hati plak die si muka pisang, bleh plak anto MMS gambo perkahwinan dier  disaat-saat akak tu sakit selepas melahirkan anak.... Takder hati perut ker biler ko wat cam tu ha??? Tu kan kaum sejenis kita.... Pastu bleh plak buat blog semata-mata nak sakit kan hati dan nak balas balik aper yang akak nie tulis lam blog dier... Blog pun carca merba jer IAM baca, belagak jer lebeh, konon engineer lah, pekerja contoh lah, pekerja yang disayangi bos lah dan lagik berkuasa dari manager lah.... Dan yang lagi cam hangah jer baca siap mengutuk akak yang teraniaya nie lagi.. Tak bleh blah biler baca blog si muka pisang nie....

Ter emo plak IAM pepagi nie.. yer lah koram maner tak, IAM emmang anti kaum sejenis yang suker manjatuhkan kaum sejenis sendiri... Ader satu kes lagi yang IAM dengar kat tempat IAM keje yang lebeh kurang sama kes Akak yang teraniaya dan si muka pisang nie... banyak sangat IAM dengar.. tu yang geram tu.... 

Paper pun mudah-mudahan akak nie sentiasa kuat dan tabah tuk menghadapi segala ujian... Dan di permudahkan jalan hidup beliau untuk membesarkan anak-anak beliau.. Amin...

Tengok derang nie pun berkongsi perasaan yang sama cam IAM...

aku mengamuk secara menggila~

SAYA BUKAN MERAMPAS CUMA BERKONGSI SAJA. DASAR LEMBU PENDEKS!!

Realiti sebuah kehidupan..Iaitu, perempuan perampas sebenarnya tak secun Fasha Sandha pun..

Friday, January 28, 2011

Dating Kat Kedai Abang Kenny

Lam 24, 25 haribulan tetiap bulan bagi Penjawat Awam adalah hari yang paling di nantikan.. Nak tau kenaper?? Time tu lah hari kenaikan pangkat, eh silap time gaji lah koram... Cam IAM memang tak sabo menunggu hari tu tiba koram... yer lah maner tak wet pun tinggal ciput-ciput jer nak wat belanjer kan, lagi lah pulak time bulan lepas gaji awal, lagi lah parak.... Biler pas gaji jer pakcik, makcik, abang, akak, adek semua berbondong-bondong ke Alamanda, bagi yang duk Putrajaya lah yer, Klu yang duk Kangar nak pi Alamanda gak time gaji sebab nak keluarkan duet ngan belanja barang dapur tak tau lah IAM plak kan.. Semuanyer melakukan aktiviti berkeluarga nie, pertama sekali mesti beratur sepanjang-panjang kat mesin ATM, time tu semua mesin ATM full orang beratur, pastu ramai yang berbondong-bondong ke Carrefour atau Parkson beli barang dapur, troli pun semua penuh menggunung. Kat restoran makanan segera cam kentaki, lempeng omputeh (Pizza Hut), MCD, Kedai Nasik Ayam ngan Food Court of coz lah fenuh. Dah gaji kan, so sesaper yang bekeluarga amik kesempatan makan sesama, bagi yang ngah bercinta plak berdating kan...

IAM ngan Abg. Manis pun amek kesempatan berdating gak. Tempat kitoram pi cam biaser lah koram, keluarkan duet, beli Biskut Famous Amos (satu ketika penah jadik isu kat JB takder, ibu mengidam tak puas hati), pastu kami pun singgah ke kedai Abang Kenny, alah Abang Kenny tu Abang Angkat IAM.. Cet.. Larik.... Balik makan-makan kat kedai Abang Kenny kitaorang beli barang kat Watson, banyak tu SALE.. Koram kene amek kesempatan sempena CNY nie kan, semua kedai SALE koram.. Wah.. mata IAM pun dah jadik duet-duet nie.. Hihihii...
Ha, inilah Kedai Abang Angkat IAM, Abang Kenny...
Ini dia Juadah kat Kedai Abang Kenny, Ermmm Yummy...
Tengok Abang Manis, ngah mengunyah, IAM wat permintaan nak amek pic dier...
Elleh, makcik nie belagak jer pakai sudu ngan pisau tu, padahal pakai tangan jer..

Wednesday, January 26, 2011

Jagong Bakar VS Oblong Daging

Hari minggu lepas IAM kan berkumpel di rumah mertua bersama Abg. manis, Adek Ipar dan Isterinyer yang bakal menjadi ibu dan ayah... IAM nak dapat anak buah tak lama lagi....So Aktiviti hujung minggu kami sentiasa bersama-ssama satu keluarga... Hari sabtu kitaorang menjala ikan tilapia merah di kolam sedara kat kampung, so tengah hari tu terus masak stim... Sedap koram, ikan baru di tangkap terus menjadi hidangan kami sekeluarga.. Manis seungguh isinyer.. Hari ahad plak makan lagi ikan tilapia, tapi kali nie masak ikan goreng berlada... Wah semua berselera menikmati juadah, sampai tinggal tulang sebab makan beramai-ramai jan.. Tak sempat IAM nak aemk pic ikan tu... Aktiviti petang hari plak, hari tu ayah mertua IAM beli jagong, so aper lagi petang tu, kitaorang bakar lah jagong... Lamer gak tak makan jagong bakar nie.... Bakar jagong pastu salut ngan Planta... Habis 15 biji jagong kami belasah petang tu....
Mak Mertua Den ngan Beras Den
Sila Abaikan orang gaji yang macam K. Limah ngan bakar jagung tu....

Alamak ader lagi gambo ornag gaji tu.. Hihihihi


Tadaaaa, ini lah hasilner koram...
Lepas maghrib kitaorang pun balik ke Putrajaya... Malam tu IAM ngan Abg. Manis hantar Angah ke KL... Dekat kul 12 gak lah kitaorang sampai KL... Dah sampai KL tak sah klu kitaorang tak singgah Kedai burger kegilaan kitaorang kat Kg. Dato' Senu... So aper lagik oder 3 oblog daging tuk kitaorag, siap mintak kat abang tu extra kuah black papper.... Pada IAM nie lah Oblong terbaek penah IAM makan... Kesedapan dier lebeh kureng Prosperity Burger MCD..... Kat kul 2 pagi gak IAM dan Abg. Manis sampai kat umah, terus tido sebab kekenyangan....... Alhamdulillah....
 Oblong terbaik kat KL jer koram....

Tuesday, January 25, 2011

Terima Kasih Ekwan dan Charade beliau

25 January gak.... Eh ader komen dari Ekwan Hensem nie... Terima Kasih kat beliau sebab bawak keta charade ngan kelajuan maksima dan selamat..... Dan Abang Manis pun selamat sampai ke rumah ku....
 Sila klik untuk tumbesaran, klu koram nak baca....

Jom Berkenalan Ngan My BFF

Okeh koram hari nie IAM nak wat entri pasal BFF IAM, nak ajak koram semua berkenalan ngan diorang nie....

Meh kiter berkenalan ngan Puan Norsalihan yang berasal dari Kelanan nie, IAM kenal beliau maser memula masuk keje ke Jabatan Kerajaan nie... IAM dulu serumah ngan dier.. Kini memasing dah kawin dan beliau dah pun berpindah ke Tanah Air, Kelantan mengikuti si somi..... Beliau ni sangat terkenal ngan sifat setiakawan.. K. An memang best tau, saper kawan ngan dier... Orangnyer cantek... IAM tak sabo nak tgu anak sedara darik beliau nie... HIhiiii... Meh kiter godek Blog Beliau ni... YuKikAzE_KuB!S07

Ader Aper Dengan Tarikh 25 Januari

Wah 25.01.2011, teringat maser nie hati berdebar2 sebab nak ditunagkan ngan Abg. Manis.... dah 2 tahun rupernyer... Akan ku ingat sampai bebila tarikh nie 25 Januari 2009.....
 Saat Ibu Mertuaku menyarung cincin pertunangan
 Bersama Ayah, Mak, Abg. Manis, Mak Mertuaku, Si Dak Nurul yang comel dan Ayah Mertuaku
Bersama BFF ku K. An dan raden

Batuk..


Adeh dah masuk sebulan lebeh dah IAM batu, tak hokeh-hokeh lagi... rimas lak terkong, terkong kat opis, kat tempat awam.. Semua orang pandang IAM... pelbagai cara IAM cuba dah... buat teh o ngan madu, mkan madu ngan asam limau dan makan ubat batuk sampai IAM jadik high sampai ke pagi, kuat betul ubat batuk nie klinik nie... Biler malam tetengah tido jer asyik terjaga sebab tekak gatal giler.. Bil batuk of coz nak terkucil.... Tu lah nie semua mungkin ujian Allah untuk IAM... Tetapi sesaper ader petua untuk menghilangkan batuk nie, gitau IAM yer... Selain cara di atas....

Pic Achik Goggle yang punyer....

Monday, January 24, 2011

Kisah Malam Jumaat......

2, hari tak update blog, rindu plak kat blog buruk IAM nie... Hihihihi.. IAM bercuti kat rumah mertua di Jelebu, Negeri Sembilan......

Okeh IAM nak cerita peristiwa malam jumaat hari tu... MJ?? Ader peristiwa geli-geli ker ngan Abg. Manis di malam jumaat lepas.... Ermmmmm... Non Ado okeis.... Kan Abg. Manis ostesen.... Siang tu tekak teteiber teringin plak nak minum kopi ais, nak buat, malas plak koram, so start moto aper lagi gi kedai berdekatan tengok kot ader kopi ais... Beli kopi ais lam tin jer kat kedai runcit berdekatan.... Memula hengat nak minum esok jer kopi tu, tapi tak tahan lak tekak nie cam mengidam jer, petang tu gak IAM minum sampai abis Kopi Ais Latte... Pas minum baru teringat IAM nie klu minum kopi, sah tak leh tido punyer malam, walaupun minum petang.. Ah sudah, dah lah Abg. Manis ostesen, tinggal sensorang lak kat umah usang tu... Parah nie..... Mesti malam tak bleh tido.....

Biler malam menjelma jer mata rasa tak ngantuk, bukak FB, Blog Walking jap kat blog kengkawan, pastu terus amek selimut bantal bagai baring kat sofa tengok TV.. Lam hati nak pujuk mata lah suh teteido sambil tengok TV, tak leh tido gak maser tu lebek kurang kul 10 lebeh dah lah. Layan plak citer Magika yang boring tu.... Alamak sampai habis aku tengok tapi mata tak terlelap gak... Arghhhh parah, apesal lak penangan kopi ni kuat sangat.... Sampai lah lebih kureng kul 12 tengah malam lebeh mata aku tak leh tido gak... Parah nie dah lah sebelum ni penah kene kacau bi;er duk sensorang kat umah.. Otak dah piki bebukan dah nie... Kot Kak Limah teteiba ketuk sliding door ker naya aku... Dek kerana takutkan K. Limah muncul tetiba kat sliding door aku wat keputusan masuk tidor lam bilik jer lah.. Sebenarnyer memula takut gak nak ti lam bilik takut lak Kak Limah teteiba muncul kat sebelah jer.... Mau kejung atas katil.... Masuk lam bilik jer cuber bebuat pejam bagai, berangan bagai, tapi mata tak der plak menunjukkan mamai tertelap koram.... Ah sudah, berbagai posisi dah IAM cuber tido, tapi mata tak jugak mesra ngantuk kan..... Cam ner nie erk??? Lam tu walaupun lam jumaat tak der plak raser meremang bulu roma.... lebeh kureng kul 2 pagi gaknyer baru lah aku tertido ngan sendirinyer... Sedar2 dah kul 6 pagi, koram.. Alhamdulillah Kak Limah tak kacau pun lam tu.... Klu tak naya aku nak menjuerit..... Tu lah penakut sangat IAM nie.. Imagenasi tinggi... IAM bukan penakut sangat pun koram, cumer IAM penah kene kacau lam rumah sendiri sebelum nie, tu yang agak berimaginasi tinggi tu... Adeh pas nie tak mo minum kopi dah... Klu minum pepagi bleh lah.. Sungguhpun tekak meronta-ronta nak minum akak ku tahan jua... Cet....

Jom koram kiter ke blog Ujana Raudhah nie.. kiter belek aper yang patut yang ado lam blog beliau...

Friday, January 21, 2011

Garangnyer... Grrrrrr.....

Mood rindu kad Abg. Manis.. Elleh baru sehari Abg. Manis gi ostesen, dah rindu kan.... Eh mestilah rindu..... Hari IAM nak cerita pasal Ornag garang.. IAM nie garang ker?? IAM tak garang.. Tak pandai memarah nie.. IAM cume gembeng jer (kuat nanges).. Sikit-sikit dah nages...

Hari nie IAM jadi penyanyi jap.. Penyanyi Koir bagi Jabatan IAM, pepagi lagik dah stanby kat dewan... Tetengah tgu kengkawan tu tetibe dengar suara garang Cik rimau marah-marah tengking staff dier.. Alahai garangnyer Cik Rimau nie.. Kesian staff dier kene tengking... Klu aku berada kat tempat dak tu confirm dah nages dah.. Maner tak nages koram, kene tengking depan orang ramai... Malu tau... Kesian kat dak tu, air muka dier dah berubah dah IAM tengok, sebab semua orang pandang dier.... Lam hati IAM ader gak bos garang kat Jabatan Kerajaan nie yer... IAM hengat orang keje swasta jer selalu kene cam tu.... tahu lah dier bos, tapi tak buleh ker klu dier tak tengking pan orang ramai.... Ramai gak yang dengar maser tu.. Kitaorang wat bodo jer lah.... Mungkin Cik Rimau nie period kot?? tu nak memarah jer tu..

Okeh koram aper lagi jom kiter ronda-ronda kat blog diorang nie lak.. Jom kiter ke blog Mummiey, kiter tanye mummie naper mintak maaf?? Kiter ke blog Ummiarissa ader tips bagaimana pilih calon isteri tu.. Ke Blog Yana gak, alamak Cik Yana nak ajak joget lah.... Singgah ke Blog Cik Maz, opismate lamer nie, akak ni selalu wat contest tau.. jom kiter, Eh luper plak beliau ader blog tuppaware tau... Pastu ke Farra Rossie Earhart, Eh adik Farra Justin Bieber?? Singgah ke Blog Sha gak tau, beliau nie blogger baru sangat, opismate IAM gak... Jom ngendap Ann lak tengok gambar percutian Ann ke KK... Eh ade Entry pasal sperm dan proses kejadian bayi kat blog Nabila .... Wah Lorna edit pic nampak, jom join beliau.... Mesti kene singgah kat blog Mat Din, beruk mana lah yang Mat Din marah tu??? kiter tanyer dier.... A'IM menyingkap pasal bomoh nampak, tak takut santau ker??? hihihihi........

Wednesday, January 19, 2011

Masih kah kau ingat??

Pa, masih ingat tak, kenangan kiter maser kapel dedulu... Kalau kiter nak kuar date, nak makan KFC jer mesti kene ujan... Ader sekali tu sampai jer kat Alamanda pa perah baju Pa yang basah tu... Kesian Pa.... Ader lah lam 2 kali cam tu biler nak gi makan KFC je kene ujan....

Pa masih ingat tak, first time je ikut pa balik Kampung pa ngan moto, memelam maser tu... Pa ajak je minum air bukit kat bukit tangga.. Pa cakap air kat situ air dari bukit, bersih dan nyaman... Betul memang sejuk pun air tu pa....

Pa, masih ingat tak pa maser tu kiter bebaru kawin, kiter balik Jelebu... Pastu maser kiter nak balik Putrajaya balik hujan lebat... Mak nak antar, tapi kiter tak mo sebab tak nak susah kan mak... Kiter tunggu sampai ujan berenti... pastu kiter gerak... Hari tu first time kiter ikut Lebuhraya Lekas yang baru bukak tu.. Kiter nak try dekat ker jauh... Tentengah jalan lak sebelum smpi Seremban gi maser tu, tetiber ujan lak... Kiter berenti kat pondok tgu ujan reda, dalam 5 minit ujan berenti kiter pu teruskan perjalanan kiter.. Sampai jer kat bukit Tangga ujan turun ngan lebat, Pa kater teruskan lah sebab tak der tempat berenti... Pastu Kiter wat keputusan rejah jer ujan tu alang-alang dah basah kan.... Sepanjang perjalanan kiter nak balik Putrajaya kiter kene hujan.. Sampai Putrajaya jer lencun kiter... Kesian Pa maser tu kesejukan..... Je kat belakang Pa kurang sket kesejukan...

Pa, masih ingat tak biler kiter naik moto je selalu sejuk, Pa suh jer masukkan tangan jer lam sweter Pa, supaya tak sejuk... Kesian Pa lagi sejuk kan....

Dedulu je bukan tak mo mak anta Je sampai Putrajaya nek keta... Pastu Pa bawak moto sensorang.. Je bukan takut pa bawak aweks lain ker... Tapi Je klu boleh biar jadi2 aper lam perjalanan Je bersama Pa.. Tak terkilan Je klu jadi ape-ape..... Pastu Je klu boleh nak susah senang bersama Pa.. Je tak mo raser senang je ngan Pa... Klu Pa susah, Je pun nak rasa susah... Ibarat cubit peha kiri, terasa peha kanan....

Pa tau tak... Je raser kenagan nie semua sweet sebab bersama Pa.. Walaupun basah kene ujan sekalipun... Je harap Pa pun ingat kenagan kita ni selamnyer... Klu Pa lupa, takpe, Je tak kesah... Tapi Pa kene buka Blog Je ni baca balik coretan Je nie.. Je pun klu terlupa atau terleka, Insya Allah akan baca balik coretan kita nie...

Timer kasih Pa sebab selalu ambil berat kat Je.......

Hokeh pekater kiter terjah plak kat blog derang ni pas baca entry kat blog IAM.... Atok Sempoi, mintak kat dier kopi o kaw punyer... Singgah kat blog Lizz gak tau... Abang ni terrer amek gambo tau  meh lah kat bloh Abh Izz... Jom ajak Zaiya datting jom... Gugurl yang vogeu nie kiter baca story mory Dhia jom.... Mata Hati nie segan konon, meh kiter lawat orang pemalu nie... Wow panjang nyer namer dier si Mimi nie, ader aper pada nama dier?? Jangan luper plak klik aper yang patut kat Blog Saffiyah nie...

Tuesday, January 18, 2011

Nak Promote Blog Koram...

Assalammualaikum, dan Salam Sejahtera Semu.... Yuhuuuuuu... ader sesaper berminat tak??? IAM teringin nak promote blog koram kat Blog IAM yang tak glamer nie.... Sudi ker?? Sesajer nak tolong kengkawan blogger yang masih baru cam Blog IAM ni.... Yang lamer pun bleh.... Koram jangan sesegan tau tinggalkan blog koram kat ruangan komen bawah nie... Sila.. jangan sesegan, pintu rumah IAM terbuka luar untuk koram.... 

25 random things about me!!!

Sekali lagi IAM telah di tag oleh si manis nie Mrs Rizwan. Owh kamu nak jadi Abng Nas rambut Ketak eh.. Okehlah Mrs Rizwan IAM akan gitau 25 perkara tentang IAM....

"Once you have been tagged,you are suppose to write a note, with 25 random thing, fact, habits or goal about you. At the end, choose 25 people to be tagged. You have to tag the person who tagged you. If I tag you, it's because I want to know more about you. Your cooperation is highly appreciated."

25 Petua Awet Muda, Eh silap tentang IAM :
1. Suker kaler PINK, HIJAU, HITAM
2. Dah Kawin dah tapi belum dikurniakan cahaya mata
3. Suker makan pedas-pedas giler
4. Asal IAM orang Kluang, Johor dan Abg. Manis orang Negeri Sembilan
5. Ader penyakit darah tinggi (young hypertension) 
6. Suker sangat Milo Ais kaw-kauw
7. Suker ngan Pelakon Johny Depp, Adam Sandler, Orlando Bloom, Helena Bonham, Tom Hank, Angelina Jolie, Lisa Surihani, Scha Alyahya dan Fahrin Ahmad
8. Suker ngan penyanyi Kak. Ziana Zain dan Faizal Tahir
9. Suker suprise dari Abg. Manis
10. Suka banyak kawan
11. Suker Movie Forrest Gump, Transformer, Predator, 50 First Date dan banyak lagi Movie
12. Keje kerani kat Jabatan Kerajaan
13. Seorang  yang rendah jer
14. Tak suka orang yang berpura-pura
15. Sangat Suka bercucuk tanam
16. Snagat suka ngan kucen
17.  Sangat sayang kat keluarganyer
18. Sangat saynag kat Abg. Manis
19. Tak suka makanan manis
20. Suker tengok wayang
21. Tak der lesen keta
22. Suka Bawak moto
23. Suka baca blog
24. Kuat nanges (gembeng)
25. Takut klu orang terasa ngan kita... cecepat pujuk klu nampak air muka dah berubah

Itu sahaja tentang IAM, IAM nak gak tau pasal koram.... klu koram tak nak join pun tak per.. IAM tak kesah...... :)
Okeh IAM nak tag kamooo hokeh...

1st GA dari duniakuelken

IAM telah di tag oleh sorang adek manis nie DiaUmaiNiNaz join 1st GA dari duniakuelkan.  Okelah IAM join, koram pun kene join gak tau.. Rugi klu tak join... Untuk sebarang pertanyaan lanjut berkenaan GA nie koram bleh lak membuat pertanyaan ke SINI....

Okeh IAM mintak izin nak tag koram eh....

Pinky Momma
Logamaya

Jom Join koram.....

Monday, January 17, 2011

Mayat Pelajar Lelaki Dipercayai DiBunuh dan ditanam Dalam Kawasan Sekolah....

Adeh tengok sudutan berita pendek kat tv tadi... Orang sekarang bunuh orang cam bunuh kucen jer kan... Ngeri jer rasa... Dulu selalu baca kes bunuh kejam ni sellau ader kat luar negara jer... Skang Malaysia pun dah jadi tren jenayah terlampau nie.. Bunuh dan tanam..... Tak der perasaan ker derang ni bunuh membunuh sesama manusia nie... Kejam tul lah....

Sunday, January 16, 2011

Happy Birthday Kak Ngah

Happy Birthday yang ker-23 wat adek ku Kak Ngah... Semoga dipanjangkan usia, dimurahkan rezeki dan sentisasa bahagia disamping orang tersayang.... Nak adiah ker.... Aku ucp kat Blog jer lah sebagai hadiah.... Hihihihi....

Friday, January 14, 2011

Camner Nak Buat Isteri Puas

Wahhhhh.. Hots IAM, Apesal wat entry lucah nie.... Tak takut ker ti Blog IAM nie masuk blog Mazidul plak.... Senarnyer takder story lucah pun yang IAM nak wat.. Tak pandai laks nak wat entry yang hot cam nie.... Lum belaja lagik.. Hihihih.. Senarnyer IAM sesajer lah tengok keyword tu Blog IAM.. Bukak-bukak jer opppppocots, terkojut den nengok satu keyword nie.... Alahai camner lah koram nak jumper entri yang cam nie.. IAM tak pandai melucah lah...
Klik Gambo ni untuk tumbesaran sempurna, tengok keyword yang IAM bolder kan tu.....

Sampai hati koram TM (Streamyx)

Sedih... Menyampah... Bengang... Masih lagik lam mood bengang ngan TM... Yang pasti tenet umah aku masih lagik takder.... Janji nak datang semalam, aku kol teknisyen tak angkat phone, aku kol TM lak, baru dapat info teknisye tak dapat nak attend appoinment sebab hujan lebat.... Ader aku kesah hujan lebat ker haper... nie bukan masalah aku klu hujan lebat.. Tu masalah koram kan... Tak der care ker nak bagi koram datang umah aku... Aku punyer masalah tenet bukan 1, 2 hari... Dah masuk hari ke-12.... Aku bukan tak bayar.. Aku bayar tau... Abg. Manis kater jangan marah keterlalun hokeh, sebab aku ni kan ader darah tinggi.. Kang bersembur plak darah lam badan aku ni klu aku marah sangat... Huhuhuh.. sabor jer lah... Nak tamatkan perkhidmatan belum habis kontrak 2 tahun... Perlukah, aku kol koram tetiap hari maki koram jer.. Aku tau bukan salah koram yang aku maki.. Nie semua salah sistem khidmat pelanggan koran yang tak ellert... Maaf yer Juruteknik yang kene maki ngan aku selalu tu...

Thursday, January 13, 2011

I'm Fall In Love Part 3

Lamer gak Abg. Manis menyepi... Alamak dier tawar hati ker... Agak keciwa gak lah maser tu... Lam maser yang samer lak ader 2 orang housemate Abg. Manis yang sesungguh nak tackle kat aku... Asyik ngejas aku jer... Aku memang layan derang nie baik.. Yer lah kan aku anggap diorang nie cam kengkawan jer.... Dah salah sangka lak diorang kat aku... Last2 aku terus terang ngan yang satu nie, aku anggap dier kawan jer.. cumer yang satu lagi jer aku tak gitau, sebab dier ni cam payah sket..... Koram jangan hengat aku pasan lak he.. Aku cume cerita pengalaman aku jer.... 

Lamer gak Abg. Manis nie menyepi tak der mesej aku pas kejadian aku tolak cinta dier aritu.. Lam hati aku, sah Abg. Manis memain jer maser cakap nak kapel ngan aku hari tu... Aku rapat ngan sorang housemate Abg. Manis nie, sebba kami seopis, tapi serius aku gitau kat koram, aku anggap dier cam kawan jer... Dier anggap aku lebih plak.. Adeh camner nie... Aku agak fenin gak lah maser tu nak gitau perkara sebenar.... Arghhhh, tensen gak amser tu......

Ader lam 3 bulan Abg. Manis langsung tak kol aku, klu tak ader gak dier mesej, ker, tipon sesajer jer.... Luper gak nak gitau, maser tu aku ngan BFF, ngan dak2 serumah Abg. Manis rapat sangat.. Yer lah keluarga kan jauh, tu kitaorang kekadang masak ajak derang sekali makan kat umah kitaorang, Klu Abg. Manis masak pun dier ajak sekali Kitaorang serumah makan kat umah derang... Eh koram paham ke nie?? Alah bebuat paham yer lah.. Aku pun tak pandai sangat nak olah cerita cam penulis novel tu ... Hihihihihi.... 

Ader satu hari tu opis aku ader terlibat ngan satu Majlis Pelancaran kat Dataran Masjid Putera.. kebetulan aku jadik urusetia maser tu...... Satu hari sebelum Majlis Pelancaran tu aku duk kat Dataran Masjid Putra sampai lah malam tengok persiapan kat sana... Tetibe memeber aku tipon ajak keluar makan ... Aku pun on jer lah, lagik pun keje dah settle..... Tengah tunggu memeber aku tu, aku tergerak nak tipon Abg. Manis nak ajak sekali dier kuar makan.... Dier kater ok jer, pastu dier tanya aku kat ner skang... Aku cakap lah yang aku kat Dataran Putra sensorang jer.... Hihihi, cam ayat trick nak dating jer kan.... Tetiba Abg. Manis cakap yang dier kat Opis nak datang jumpe aku kat situ... Bayangkan lah koram, berdebar2 nyer aku maser tu.... Suker yang teramat sangat... Lam 5 minit Abg. Manis pun sampai... Kitaorang berborak2 kat Bintang (bukan bintang angkasa, tapi tempat duduk bintang) yang kat depan Masjid Putra tu.... Bayangkanlan koram, bahagianyer aku maser tu..... Ader satu ayat tu dier gitau aku yang aku hengat sampai skang... " Satu umah aku minat kat ko erk Seng ".... aku jawab balik " Eh, yer ker Bard?, termasuk ko lah erk?" ayat trick aku bagitau kat Abg. Manis, hihihihi, lam hati Tuhan lah yang tau bertapa berbunga-bunga nyer aku.... Pastu Abg.Manis seseyum tak jawab paper pun... Alamak manisnyer senyuman dier.... Aku akan hengat peristiwa nie sampai bebila koram, sebab biler aku teringat jer akan buat aku tersenyum... Tak lama pas tu memeber serumah aku datang... Kitaorang pun pi makan... Tapi Abg. Manis tak ikut pun sebab dier nak balik kampung... Keciwa gak aku maser tu sebab dier tak join makan sekali ngan kitaorang... Dier ader gitau gak dier nak balik Kampung malam tu... Aku tak bagi, sebab dah malam sangat, bahaya aku kater... Cet bebelum dah ambil berat....

Bermula dari hari tu kitaorang jadik rapat balik, selalu, sms, selalu tipon... AKu selalu cerita masalah aku kat Abg. Manis pasal cam ner aku nak gitau sorang budak yang syok habis kat aku tu... Abg. Manis pun bagi nasihat suh aku terus terang jer... Aku cam tak sampai hat koram..... Biler kitaorang dah rapat, aku mula rasa sayang kat Abg. Manis... Sesama sayang hokeh....  Aku pun wat keputusan gitau jer kat mamat tu... Aper lagi keciwa lah mamat tu... Aku tak der lah gitau kat dier aku dah together ngan Abg. Manis.... Cumer aku gitau aku anggap dier sebagai kawan jer.... Settle masalah aku maser tu.... Aku ngan Abg. Manis selalu dating kat bawah blok kitaorang.... Kitoaran buat keputusan nak declare kapel 08.08.2008.. Tepat kul 12 malam bersaksikan bintang dilangit, kat pondok Presint 11, kitorang menetapkan yang kitaorang dah kapel... Yeyyyyyyyyy..... Seronok..... Sayang kat Abg. Manis... Maser nie dah tukar nama panggilan dah... AKu panggil Abg. Manis Pa (Papa), Abg. Manis panggik aku Je (Anje).... 

Aku rasa bersyukur sangat dipertemukan ngan Abg. Manis, sebab Abg. manis seorang yang memahami, penyayang... Maser kitaorang kapelkitaorang tak sorok perangai sebenar.. Sebab Abg, Manis tak suka pura2.. Tak macam aku sebelum nie yang banyak emmendam raser jer... Ngan Abg. Manis tak der aku pendam raser... Klu aku nak simpan pun, Abg. Manis tau yang aku ader simpan sumting... So, aku pun ceritlah... Pada 25.01.2009, kitaorang ditunangkan.... Dan pada 12.12.2010 kitaorang disatukan ngan ikatan yang sah... Tak tertahan air mata aku menahar sebak, sebab aku dah bergelar isteri kepada Abg. Manis... Kini aku bahagia sesangat, dah setahun lebih usia perkahwinan kitaorang... 

Terima kasih Pa atas segala-galanya... Terima kasih Pa sebab membahagiakan Je... Je akan sentiasa sayang dan menyintai pa selama-lamanya... Kenangan Je bersama Pa sentiasa tersemat dalam hati je... Mudah-mudahan hubungan yang kita jalin ini akan kekal bahagia ke akhir hayat.... Mudah-mudahan kita dapat merempuh segala onak dan duri dalam perhubungan kita.. Amin Yarabbal A'alamin...

Eh koram semua baik hati kan... jom kiter ke blog Siti Norbaiti...

Wednesday, January 12, 2011

I'm Fall In Love Part 2

Nak di jadikan cerita lepas kami dipostingkan aku ngan 2 orang BFF, yang di postingkan di Putrajaya gak carik rumah nak menginap..... Aku dapat tahu gak 3 orang kawan yang sama posting kat Putrajaya, lelaki pun carik rumah gak...

Dengan bantuan sorang kenalan mak aku, aku dapt duduk kat Presint 11 dengan sewa RM450 sebulan... Menjajau gak lah maser tu.. gaji pun belum lagik dah kene carik 3 bulan deposit sebulan sewa rumah... Kitaorang bertiga pinjam sana sini... Wah rindu kat BFF aku, K. An, Raden, ngan Aen.... Memasing dah berkahwin dah skang.... Secara kebetulan rupernyer 2 orang kawan lelaki yang satu opis yang carik umah pun dapat kat Presint 11 gak... Dan yang lebih aku tak sangka sekali Abg. Manis pun duk ngan diorang sekali.. Eh, silap diorang duk ngan Abang Manis.. Sebab Abg. Manis yang dapatkan umah tu hasil bantuan sepupu dier.... Wah... bayangkan maser tu happynyer aku, aku hengat tak jumpa dah ngan Abg. Manis, sebab kitaorang lain Jabatan kan... Rupernyer bleh jumpa plak..... Gembira sangat maser tu... Memula Abg. Manis tak tau yang aku syok kat dier... Aku syok dari jauh jer..... Bermula lah sesi kitaorang kemas-mengemas untuk pindah.... Pas aku ngan BFF aku siap kemas umah dan berpindah, Abg. Manis plak ngan muker tak malu nyer pinjam mop, penyapu, umah kitaorang... Lam hati aku... eleh nak ngorat aku lah tu... Hihihihi pasan lak.... Eh luper lak nak citer kebetulan yang tak disangka kitaorang dapat rumah 1 blok lak tu, beza tingkat jer, kitaorang duk tingkat 6, Abg. Manis duk tingkat 9... No kegemaran Abg. Manis 69 gitu....
Bermula lah kehidupan kitaorang sebagai penjawat awam.... Kitaorang pun jadi rapat semua sebab tinggal berdekatan...

Aku tak sangka lak yang beberapa housemate Abg. Manis, syok ka aku... Almak pasan plak... Tapi memng betul pun... Diorang nak ngorat aku, aku layan cam kengkawan jer lah, sebab aku syok kat Abg Manis... Nak Abg. Manis gak.... Ada satu hari tu Abg. Manis kol aku.. tekejut gak aku, Abg. Manis tetiber kol nak ajak kapel... Takder angin, tak der ribut... tetiber jer mamat nie kan.... Aku hengat Abg. Manis memain jer maser tu... Sebab Abg. Manis nie terkenal ngan sikap gile-gilenyer... Die suker kacau orang... Dengan pantas aku jawab " tak nak lah Bard, ko ni cam memain jer " Eh bukan aku suker ker?? Yer lah koram bayangkan maser tu aku baru kenal dier baru sebulan dah nak akpel, giler ker... Aku nak kengkawan dulu. kenal hati budi pastu baru lah kapel.. takkan nak kapel terus kan... luper nak gitau nama panggilan kitaorang, Aku panggil Abg. Manis sebelum kapel Bard, dier panggil aku Sue Seng (nama panggilan aku maser sekolah ngan belajar dulu).  Pastu lamer gak lah Abg. Manis tak kol aku... Lam hati aku, dier nie bebetul ker nak kapel ngan aku??? Nyesal lak aku tak cakap yer hari tu... Warghhhh.. cam ner nie....

Okelah koram kiter sambung lak lam I'm Fall In Love Part 3, jangan marah yer... sebab panjang sangat nak citer.. takut koram boring lak.. jom sesambil klik gak kat blog diorang nie.... Cik Mutiara nie sian dier kene selsema... engok kat sini gak si Teratai Tasek Madu, en3 dier yang terbaru sal sayang anak, ditangan-tangankan, kat sini juga Blog Iman, ader cerita pasal aper yang dier tak puas hati... Blog Hidayah jgn luper key, ader n3 GA, jom joint jom....Dan jangn luper ke Gaung, wow ader n3 pasal Fasha Sandha...

Tuesday, January 11, 2011

I'm Fall In Love Part 1

Terkejut??? betul ker aku jatuh centa?? ngan saper?? ko jangan wat pasal IAM, nak kene karate ngan Abg. Manis jatuh cinta ngan orang lain..... Weh.. aper nie... Memang betul aku jatuh cinta ngan Someone... aku sayang dier sesangat.. Tetiap hari aku makin terpikat kat dia... Tetiap hari akau makin sayang kat dier.... Koram nak tau saper?? Of coz lah laki den si Abg. Manis... Hihihih sesajer jer wat propa nyah... Jangan Marah...

Aku nak cerita pasal cam ner aku leh Fall In Love ngan Abang Manis.... Memula aku jumpa Abg Manis nie maser kitaorang dikumpulkan lam kursus Pengenalan asas masa 04.05.2008 oleh JPA.. Maser memula masuk keje..... Hari pertama tu aku tak pasan lagik lah... Yer lah kan mase tu kan tak kenal sesaper lagi.. Memasing malu-malu kucen lagik.... Masuk hari ke-2 aku pasan Abang Manis nie.. dier suker duk lam kulih tu belah belakang.... Ader satu hari tu sorang penceramah kitaorang tegur dier.. " Eh muka awak macam Toi lah " sah penceramah nie terpengaruh ngan AF... Start tu aku dah muler jejeling kat Abang Manis.. Maser tu abang manis kurus sangat, pastu tinggi.. Yang membuat aku minat kat mamat nie sebab lesung pipit dier.. Alamak manisnyer dier senyum....

Abis kursus kitaorang dipostingkan... Pastu kitaorang terpisah sebab Abang Manis dapat kat tempat lain... Maser tu kire dah tak jumper lah Abang Manis dah.. Pastu ader lah sorang mamat ni usha aku... Layan gak ler... sebab maser tu cam perlukan teman jer.. Op luper nak cerita kebetulan maser aku memula masuk keje tu baru pas putus cinta, baru pas pulih darik frust yang menonggeng.... Aper jadik ngan mamat tu.. Alah aku layan gitu jer sebab tak minat sangat ngan dier.. lelama kitaorang lost contect gak...

Aku pun di postingkan di Putrajaya....Masa memula Abg. Manis di postingkan di KL, tapi dier mintak tukar Putrajaya dan dapat lak tu, cume kitoarang kat jabatan berbeza jer.... Ok lah, sempat aku risik2 kat orang pasal Abg. Manis.. Kira dier nie Secret Admire aku lah.. Hihhihihikkkk..... Memula aku rasa eh jodoh aku ker nie, leh jumpa balik ngan Abng Manis....

Okeh aku akan sambung cerita aku lam I'm Falla In Love Siri - 2, jom kiter baca lak blog diorang.... Klik je rkat pic kat bawah nie....

 
 
 
 

Monday, January 10, 2011

Segmen 2011 : Mereka kata ...

Hati tergerak nak join Segmen 2011 : Mereka kata En . Ben Ashaari... Padahal lamer dah beliau buat segmen nie.... Sorry yer En. Ben....

Okey lah IAM nak ucapkan selamat datang ke blog buruk IAM yang huduh nie... Blog IAM nie adalah tempat IAM berkongsi suka, duka, kenangan, lepas geram IAM juga nak luahkan cinta hati kat Abang Manis.... IAM mintak maah yer kalau kata-kata IAM lam blog nie leh mengguris hati koram... IAM mintak maap sesangat... Aper yang IAM tulis nie pun sekadar kotak luahan hati IAM jer.... IAM baru sahaja berjinak2 dalam dunia blogger nie... Bak kata orang dedulu, budak baru nak belajar bertatih lah katerkan... Kalau koram nak kutuk, nak kater nak bagi nasihat pasal blog IAM nie silakan hokeh... IAM tak kesah pun... Mana tahu bebekal koram tu boleh betulkan isik perut Blog IAM nie kan... Klu koram raser entry IAM ni membosankan, cakap jer terus terang... IAM tak kesah pun.... 

Tujuan IAM buat belog nie selain meluahkan isik hati IAM, IAM nak juga berkawan ngan koram tak kesah lah beraper umor koram, koram duk kat maner, aper status koram... janji IAM bleh tambah kenalan IAM di seluruh pelusuk dunia... Gila glamer ker IAM nie??? Eh tak lah koram... IAM bukan nak jadik cam Lisa Surihani pun, cukup jadik cam Angelina Jolie pun jadik lah... Erkkk pasan lak IAM... larik... Gurau jer hokeh....

Sudi2 sudi lah koram ke rumah buruk IAM nie yer... Pintu umah IAM sentiasa terbuka untuk koram..... Insya Allah IAM akan sentiasa terjah blog koram nak baca hasil tulisan koram... Bleh belajar memperbaiki lagik hasil tulisan IAM lam blog nie.... Paper pun IAM sayam sesangat kat Abg. Manis.. Hihihihi... sayam koram gak....

72 JAM JANJI TM (STREAMYX) DAH JADI 7 HARI

Alahai... mesti kah kene membebel pepagi hari nie?? Mesti kah kene menyumpah pepagi hari nie??... Koram raser patut ker TM buat kitaorang cam nie.. Janji 72 jam internet dah bleh di baiki... Kenapa internet umah aku dah 7 hari masih tak di baiki lagi... Susah sangat ker nak hantar Juruteknik koram kerumah aku... Macamlah aku tembak koram klu koram datang umah aku tu... Aku sambut baik lah......

Masih lagi lam mood tensen pepagi nie... bukan pagi nie jer.. pagi semalam, semalam pun sama.. Waaaaaa...... Koram buat perkhidmatan yang hancur..... TM MEMANG HANTU!!........ 

Paper pun kredit unutk AJL semalam.... Terbaik persembahan artis2 Malaysia..... Part paling aku suker maser Kak Ziana menyanyi.... Eh dier kan tak masuk AJL.. Yer lah koram, dier kan artis jemputan... Mantops lagik suara Kak Ziana... I loikeeeee Kak Ziana......

Meh kiter ke blog diorang.. kita intai aper yang patut...... Cumer klik je rkat gambar kat bawah nie...
 
 
 

Saturday, January 8, 2011

Header Blog IAM

Akhirnyer blog IAM dah Ader header.. Eh bukan dah lamer ker ader.. Memang pun, cumer lambat nak update jer di sebabkan inter net kat umah IAM ni asyik problem ajer... TM memang hantu raya lah... Wahhhha.. hari nie baru lah berpeluang nak update, men FB bagai.....
 Abnag Manis yang buat nie....
 Aku buat sket jer pastu Abg. Manis teruskan...
Haaa.. yang nie aku wat sendiri sebab dah pandai sikit2 guna adobe....

Jom singgah blog diorang kiter tengok aper yang ader kat blog diorang key... Klik kat pic kat bawah jer...

Wednesday, January 5, 2011

Hantu Punyer Stremix!!!!

Berkenaan tajuk di atas..... Aku ngah marah nie.. Tapi bukan marah kat koram hokeh... Kat koram aku sayam... Aku marah kat TM atau Stremix.... Koram bayangkan lah 3 hari umah aku tak der internet.... Koram marah tak... Lain lah aku tak bayar... Aku bayar tau teteiap bulan... Hampeh betol lah.... Wahhahahha.. memula sabor lah gak.. lelama tak bleh sabor dah.. aku nak luahkan gak kat koram......

Aku tipon TM.... Diorang kater akan cuba baiki dalam masa 72 jam... What???? 72 jam means 3 hari.... Pahaman aku dalam masa 72 jam meibi hari ke-2 mesti dah bleh pki dah.. Tapiiiiiiiii... aku hampa... sebab memang hari ke-3 baru bleh pakai.... Apesal perkhidmatan diorang nie slow giler.. Abis yang 3 hari kitaorang tak pakai tu kene bayar gak ker??? Koram mesti kater aku kedekut kan... Zaman harga dah naik nie kene berkira sket.... Betul tak koram..... Aper pun aku memng tak puas hati ngan TM... Diorang hanya akan baiki pas 3 hari....

Okeh lah nie tak marah sangat pun, dah cool dah.. sebab aku selalu jenguk blog diorang.. koram pun kene gak kasini, just klik kat gambo kat bawah nie key.....
 
 
 

Harga RON 97 naik 10 sen lagi

Wahhh harga minyak dah naik lagik...... Sesaper yang pakai RON97 tu banyakan besabar keh... Anggap nie semua dugaan... Dah naik jadik RM2.40 seliter... Patutlah semalam kat stesen minyak berpusu-pusu orang isik minyak... Kesian koram, kan... Aku pun tak leh nak tulun ape-ape...... Klu aku jadik PM baru lah aku bleh turunkan harga minyak tu.. Bakrup plak Malaysia nie kang... Tu pasallah aku tak jadik PM kan..... Adeh minyak asik nai jer nie, gaji biler lak nak naik kan??? Gaji tak cukup nak isik minyak nie... Camner nak gi keje ngan cepat klu tak nek kenderaan??? Alamatnyer kene naik public transport lah pas nie semua rakyat Malaysia... Waaaaaaaa.......

Jom kiter intai blog diorang lak... tengok aper yang best.. Klik jer kat pic kat bawah nie key koram...




Tuesday, January 4, 2011

Aku Nampak Taik Orang....

Eikkkk.. geli baca tajuk di atas hokeh.... Sesaper yang ader alahan pada mende kotor nie.. sila jangan baca hokeh, takut dikuatiri koram akan memuntah kan isik perut koram... Yang baru pas makan Pizza Hut ker, Kenny Rogers ker, Kentaki ker.. Prosperity BUrger MCD ker.. koram jangan baca hokeh, dikuatiri korang akan memuntahkan balik haper yang koram makan tu...

Tadi aku berhajat nak buang air kecil jerk kat tandas opis aku... Ada 3 tandas lam bilik air berdekatan ngan opis aku nie... Aku cambiaserlah.. memasuk terus meluru di tandas tengah kegemaran aku tu... Tak tau apesal aku suker masuk situ... Aku sanggup tunggu klu ader orang lam tu... Sebab Mangkuk tandas emas ker??, Sebab ader bau lavender ker lam tu?? Eh maner ader tandas wangi semerbak.. Wangi sesikit ader lah kan... Klu tandas Awam tu tok sah citer lah, memang aroma semerbak.... Memasuk jer.. terbnatut hajat aku apabila aku nampak mende alah yang tak disenagi tu.. Eikkkkkk... Kat opis pun ader orang pengotor ker?? Takkan dier tak nampak bahan bunagn dier selepas melepas tu?? Mangkuk tandas tu punyer lah besau gajah.. takkan tak nampak lagi kot??? Adeh.. sabo jer lah koram....
 
 
 
 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...