Yang Join Aku Nie!

Friday, December 21, 2012

Ingin Mula Mengetuk Keyborad Semula

Dengan Lafaz Bismillahirahmannirahim.. Assalamulaikum WBT all my gojez reader.. still ada reader ker blok bersawang IEB nie??? Setelah hampir setahun IEB meninggalkan blog IEB ni sampai penuh sawang bagai lah, terasa ingin semula kembali aktif berblog... Ermm sedang mencari kekuatan dan kerajinan untuk menulis semula dan ingin berkongsi cerita suka dan duka hidup IEB di blog ini..

IEB pernah beritahu sebelum ini yang mana IEB tiada kekangan waktu untuk menulis disebabkan rutin IEB semasa mengandung dan disebabkan kekangan kerja harian.. kekadang teringin gak IEB nak berkongsi kegembiraan IEB di blog ini.. Insya Allah jika ada masa nanti IEB akan menulis pengalaman IEB semasa mengandung..

MEsti korang tertanya, tanya apa perkembangan terbaru IEB kan??? Syukur Alhamdulillah ke hadrat Illahi, denagn IzinNYA, IEB telah selamat pun melahirkan seorang bayi lelaki yang sangat comel.pada 31 Ogos 2012, pada hari Jummat jam 11.30 pagi yang lepas... Kini anak ibu Firas dah hampir 4 bulan usianya... Nanti jika berkesempatan juga IEB akan menulis saat saat manis melahirkan anak comel ini... kat atas ni IEB kongsikan sikit gambar anak IEB... Bersyukur sangat denagn kurniaan ini dan doa doa kami di makbulkan NYA dimana Penantian IEB dan Encek Bard selama hampir 3 tahun ingin memiliki anak tercapai... Alhamdulillah tahun ni kami menyambut ulang tahun perkahwinan kami yang ke-3 dan disambut ber-3 pada12.12.12...

Ok lah korang Insya Allah jika ada eksempatan waktu nanti IEB akan mula mengetuk keyboard ini semula.. banyak kenagan IEB bersama blog ini dan keangkawan yang IEB sayangi dalam blog ini...

Thursday, May 31, 2012

Buruk Perangai Sangat Ke Kami Generasi FELDA Nie??



Agak pedas gak sindiran kartun kat atas ni... Tapi sikit pun IEB tak terasa.. IEB bukan lah anak FELDA seperti yang mereka sangkakan seperti di atas dan IEB percaya tak semua anak-anak FELDA bersikap sedimikian, bila ada sesuatu imbuhan baru kami mengaku kami orang FELDA dan baru teringat nak balik kampung halaman... 

Syukur Alhamdulillah baru-baru ni PM umumkan durian runtuh untuk warga FELDA, sampaikan kami genersi ke-2 FELDA juga dapat merasa durian runtuh tersebut... Tapi jauh dilubuk hati kami mengharapkan duit tersebut.. Bak kata En. Bard, duit tu duit ayah dan ibu kita, terpulang ayah dan ibu sama ada nak beri pada kita ataupun tidak... 

Nampaknya ramai gak yang soseh-soseh kat luar sana mengata kami orang FELDA kan.. Tapi takper, sedikit pun kami tidak tergugat... Hanya kami yang duduk di FELDA sahaja tahu bagaimana rasanya dari hidup susah dahulu sehinggalah sekarang.. Mulut orang tak boleh nak tutup kan... Ramai juga mengatakan anak FELDA ni ulu, mundur, ramai yang tak berjaya, ramai yang kerja kilang, ramai yang hisap dadah.. Kami terima sahaja kritikan dengan hati terbuka dan langsung tidak melenting, kerana kami tahu sejauh mana kemampuan kami orang-orang FELDA... Tapi ada ker mereka nak mengagungkan kami anak-anak FELDA yang telah berjaya ni?? Takda kan?? Biarlah mereka terus menerus emmandang kami negatif....

Mood : Tetiba rajin pulak nak hupdet ni, pehal??? HIhihihihihihi.....

Bertukar Ke Massimo (Italian Lah Sangat)

Mintak maafh bebanyak yer En. Gardenia, ai dah jatuh hari pada Dato' Massimo ni.. Yer lah bukan apa, awak kurang best sikit jer pada Dato' Massimo ni...

First time IEB rasa Roti Massimo ni, roti yang adik IEB bawak balik dari Opis dier, sehari lagi nak expired dah, dia kata roti ni rasa manis tak sedap.. So IEB memancang beliau dengan seribu satu macam kesian sebab banyak lagi, IEB cuba lah sekeping untuk mengalas perut yang asyik lapar jer ni (sebab 2 oraang yang makan).. Cuba makan kosong tanpa bubuh perisa atau cicah apa-apa air... Pandangan pertama bila dah nak expired roti nie mesti keras dan tak sedap.. Tapi biler dah makan baru tahu bertapa lembunya roti ni... Sedap pulak tu... Semenjak dari itu Roti Massimo ni menjadi peneman IEB di kala lapar...

IEB rasa korang kena cuba roti ni.. Kalau dulu Roti Gardenia menjadi roti kegemaran, cuma Roti Gardenia klu dah dekat nak expired tu dia akan keras sikit berbanding Roti Massimo ni.. En. Bard sekali rasa pun dia dah cakap roti ni memang sedap dan lembut. harga pun lebih kurang sama jer ngan Roti Gardenia.. So apa lagi gi kedai atau apsaraya berdekatan carik roti ni.. Hihihihi... Adehh pasal roti pun leh jadi bahan cerita kan... Tapi apa salah IEB berkongsi dengan korang..

PS: Roti kalau yang dah expired dan belum berkulat boleh dimakan lagi kan?? Ieb rasa boleh kot sebab rasa dan bau dia masih sama....


Wednesday, May 30, 2012

Hai My Dear Friends & My Dear Readers, I'am Back

Assalamualaikum reader-reader dan kawan kawan tersayang... Wahhh lamanya IEB menyepi dari dunia blog... Minta maaf bukan niat IEB menyepi sebab suka-suka, tapi atas sebab yang tak dapat di elakkan.. Sungguhpun IEB tak update blog buruk ni, IEB tetap menjadi silent reader korang, baca entry korang tanpa meninggal kan apa-apa jejak (untuk mengelakkan kan korang datang ke Blog Isteri Encek Bard tanpa cerita baru)... Owhhh dah 4 bulan 30 hari Blog Isteri Encek Bard ditinggal kan sepi tanpa sebarang cerita.. IEb minta maaf sangat pada korang yang datang berkunjung tu.. IEB tahu ada juga reader -reader tersayang ni still lagi menjengah.. Jutaan terima kasih buat korang...

Aduhai, banyak sangat cerita yang nak IEB kongsikan dengan korang, tapi tak tertulis plak dalam blog nie, masa IEB pun tak berapa nak ada sekarang nie.. Ermmm yang berlalu, biar lah berlalu, Insya Allah jika ada kesemapatan waktu IEB akan mula menulis kembali dan mungkin tidak sekerap dahulu...

Apa yang IEB nak kongsikan bersama korang adalah satu berita gembira yang amat IEB dan En. Bard nantikan selama 3 tahun kami bergelar suami isteri ini, iaitu bakal menimang cahaya mata tak lama lagi.. Syukur Alhamdulillah doa-doa kami di makbulkan... Kandungan IEB kini berusia 6 bulan 6 hari. Syukur Alhamdulillah IEB dan bakal junior IEB ni berada dalam keadaan sihat.. Tekanan darah IEB juga terkawal. Baby sekarang dah semakin aktif bergerak, lelagi di waktu malam.. Seronok agaknya dia bermain di dalam perut IEB tu.. Kekadang terdetik dalam hati nak tahu apa yang dia buat di dalam perut ni...

Kalau korang nak tahu berat badan IEB pun dah naik hampir 14 kg dah.. Huhuhuhu berat kan... Jalan pun dah ala-ala pinguin dah. Boleh katakan setiap minggu IEB akan ke klinik dan hospital untuk membuat pemeriksaan. Disebab kan itulah tiada kekangan waktu untuk menulis, disamping kerja harian yang banyak... Disebabkan IEB pernah ada history High Blood Plesure dan 2 kali keguguran, doktor membuat keputusan untuk sentiasa  monitor kandungan dan keadaan IEB, bagi mengelakkan perkara lama berulang lagi.. Sungguh pun agak keletihan asyik berulang alik klinik daa hospital, tapi IEB tetap bersyukur kerana telah diberi hadiah tak ternilai ini, dah tak sabar menanti kehadiran beliau, di bulan September nanti.. Mudah-mudahan semuanya dipermudahkan.. Amin, Yarabbal A'aalamin...

Doakan IEB yer.. Insya Allah IEB akan cuba menghupdate jika ada kekangan waktu... Sayang korang semua♥♥♥
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...