Yang Join Aku Nie!

Sunday, July 31, 2011

Selamat Berpuasa Buat Semua, Maaf Dipinta.....


Assalamualaikum dan selamat malam semua..... Disini IEB dan suami ingin menyusur seploh jari memohon ribuan kemaafaan khususnya buat keluarga, kawan-kawan dan kaum muslimin dan muslimat sekalian sama ada yang mengenal diri ini sungguhpun tidak..... Kami ingin meminta maaf sekiranya ada kami terlancar kata dan perbuatan yang mengakibatkan mana-mana pihak terasa juga halal kan makan dan minum kami sekeluarga jika pernah kami termakan..... Akhir kata dari kami......

SELAMAT MENYAMBUT BUALAN RAMADHAN AL-MUBARAK DAN SELAMAT BERPUASA BUAT SEMUA MUSLIMIN DAN MUSLIMAT...

Mudah-mudahan puasa kita sentiasa diberkati Yang Maha Esa, dan Ramadhan ini adalah yang terbaik untuk kita semua.. Amin, Yarabbal A'alamin......

Friday, July 29, 2011

Tuala Wanita Berdarah..... (Untuk Bacaan Wanita Yang Akil Baligh Sahaja) : )

Wat the fish punyer olang, pengotor tau... pepetang dah bikit IEB loya-loya tengok itu darah haid yang bukan milik diri sendiri... Siapa punyer kerja nie??? Sila mengaku yer......

Wahhhh dek kerana tak tahan sangat nak terkucil, buat-buat tak nampak jer menda alah kotor tu..... Hai wanita diluar sana yang cantik, yang manis, yang molek, yang indah, yang wangi tak guna title tu tau kalau koram ni pengotor, sebab darah kotor sendiri pun tak mo cuci bersih-bersih... Minta maaf lah sebab ketengahkan tajuk nie dalam entry IEB yang mungkin akan meloyakan koram.... Yang lelaki sila skip jer entry nie, sebab entry nie khas untuk para wanita yang berkaitan sahaja...

Macam nie lah senang IEB cerita, kalau koram rasa tuala wanita yang bergel itu payah nak cuci, cer tukar pada tuala wanita yang tak bergel seperti jenama Kotex ataupun Librese sebab dia ada tisyu sahaja didalamnya, tak payah koram nak pecah-pecahkan tuala tu sampai hancur sebab payah nak cuci bersihkan... Kalau rasa tak nak gak koram try cara lama mak-mak kita dulu pakai kain batik lama yang dipotong kecil-kecil, habis pakai basuh sebersih-bersih mungkin okeh, pastu jemur..... Senang kan??

Kekadang IEB tak paham lah apa yang menyebabkan koram tak mahu cuci or tak mahu cuci bersih-bersih nie.... Dulu lagi lah IEB pernah jumpa yang tak cuci dia punya darah.... Geli tak terhingga rasanya bila tengok darah merah dan berbau atas tuala wanita tu... Huhuuhhu sangat mengangu keselesaan pada pengguna tandas yang lain tau.... Adeh camner lah jadi wanita yang indah diluar tapi pengotor di dalam.... Cam ner yer?? best ker??? Hurmmmmm kalau ada sesiapa yang terasa ngan entry IEB ini, IEB minta maaf, IEB cuma ingi saling ingat memperingati sesama kita kaum wanita.... Sebab kita kan dah sinonim dengan perkataan indah, cantik, suci, bersih... Kalau dah gini lah rupernyer, Cantikker????

Hantu Kak Limah Ikot Hussin Balik S'pore

Hrmmmmmm sakit tekak pagi nie, gara-gara jerit Gollllllllllllllllll semalam, rasanya satu flat dengar jeritan harimau IEB tu.. Miahhhahahaha.... Lantaklah kome janji puas hati...... 

Tahniah buat Pasukan S'pore kerana layak untuk ke peringkat seterusnya dan terima kasih lah buat depa sebab depa semua pandai belakon atas padang.... Semua pelakon terhebat lah..... Kalah Aaron Aziz belakon.. Lepasnie Aaron Aziz mesti tak leh carik makan kat Malaysia dah sebab ramai player S'pore yang pandai belakon.. Lepas nie nak minta Mamat Khalid buat filem sambungan Hantu Kak Limah lah tajuk dia "HANTU KAK LIMAH IKOT HUSSIN BALIK S'PORE" Amacam best tak??? Pelakon alah, leh amek player-player S'pore jer.... Hurrrmmmm, dalam bola sepak pon ado politik kotor yer tak??? Tapi bak kata Ujang <---- (malas nak link sebab dah glamer dah), tak leh nak salahkan diorang gak kalau kita berada di tempat diorang kita akak buat perkara yang sama gak kan..... 

Hurmmmmm... Nampak sangat diorang semua lebik-lembik... Kalau lembik tu tak per lah lagi, yang gay atas padang nie per citer..... Tetengah padang pun leh wat aksi melunces plak mat saleh ngan cino tu... Dermmmmm nampak plak aksi 18sx Malam Keliwon.... Ramai yang nampak, dan Yana Yang Cute nie sempat amek gambar diorang tengah cupp, cupp tetengah padang.... Cium Molot noks... tak sanggup mak nak negoknyer.. Kalau lelaki ngan pempuan tu best lah gak, ini lelaki ngan lelaki, apa kes nie... Tak cayo?? nengok AKSI GAY DARI PLAYER SINGAPURA..... Hahahhahahahhah....

Tahniah dan jutaan terima kasih buat player kita yang telah bermain dengan bersungguh-sungah malam tadi... Ternyata Apek, keeper memang hebat dan tangkas dipadang walaupun sedang menghadapi krisis yang amat berat, syabas lah Apek sungguhpun dilanda kontroversi tapi anda tak leka melayan perasaan... Semalam IEB rasa semua nak harapkan Safee jer sebagai striker, yang lain semua tak berapa yakin kot..... Hurmmmm mungkin diorang rasa tertekan sket selepas Syafik Rahim mendapat kad merah apda perlawanan yang lepas.... Malas lah nak ulas pasal bola lagi... Apa pun sangat berharap pada pasukan kita tidak berputus asa dan teruskan berusaha untuk permainan akan datang......

Thursday, July 28, 2011

Blood Pressure Chart

Jom cek tekanan darah anda sendiri, pada sesiapa yang memiliki mesin untuk menyemak tekanan darah, boleh rujuk pada chart ini....

Alhamdulillah IEB dapat 1 lagi BE dai Nuffnag, Iklan Celcom Xplay DJ 2011 LR, Hope koram sudi-sudi yer klik-klik... Terima Kasih Koram, Semoga Allah membalas segala jasa koram......Terima Kasih Nuffnag...

Drama Ramadhan, Seputeh Qaseh Ramadhan, Syurgamu Ramadhan dan Ramadhan Terakhir

Assalamualaikum dan Selamat tengah hari koram... Koram sihat ker??? IEB Alhamdulillah sihat... Macammana preparation koram untuk Ramdhan nie?? Tinggal beberapa hari lagi kita nak menyambut bulan Ramadhan, bulan yang mulia..... Alhamdulillah, IEB terasa sayu sangat bila teringatkan Ramadhan semakin hampir, tak tahu kenapa.. Mudah-mudahan Ramadhan kali ini penuh keberkatan buat IEB dan keluarga IEB juga seluruh Umat Islam di bumi ini.... Amin Yarabbal Ramadhan....

Bila Ramadhan tiba jer mesti ada drama-drama keinsafan, drama sedih-sedih yang disiarkan di telivisyen.... Patu apa lagi berendam air mata lah tengok drama-drama air mata nie.. Pada IEB ada 2 drama yang cukup buat IEB menagis teresak-esak bila tonton.... Huhuhuhu nampak sangat gembeng kan.... 

Drama lakonan Eja Seputeh Qaseh Ramadhan nie sampai sekarang lagi kot masih dimainkan di tv, yang mengisahkan tentang seorang isteri yang berkorban untuk suami dan anak-anak dan rela diri dipenjaarakan bagi membela nasib suami dan juga menghadapi saat-saat terakhir untuk hidup kerana penyakit yang dihadapinya...  Tengok drama nie berapa kali pun tetap IEB nagis gak... Biasanya kalau bulan puasa drama nie ditayangkan sebelum waktu bersahur....

Lagi satu drama yang membuat IEB nangis tak henti-henti drama Syurgamu Ramadhan... Cerita nie lagi lah sedih, lakonan Elly Suriati sebagai seorang tokoh yang berjaya yang sangat ego.... Beliau tidak merestui perkahwinan anak perempuannya dengan orang susah, lalu membuang hidup anak perempuannya...... Cerita ini bermula apabila kehadiran cucu-cucu dari anak perempuannya setelah kematian anak dan menantunya yang tak direstuai Elly Suriati..... Memang sedih koram bila sifat ego seorang wanita yang langsung tidak mahu menerima kehadiran cuccu-cucunya sungguhpun dia mulai sayang kepada mereka.....

Dan pada tahun nie pun ada gak cerita sedih kat TV3, Ramadhan Terakhir lakonan Isma Danial... IEB baru tengok episod pertama macam best jer cerita nie.....


Alhamdulillah IEB dapat 1 lagi BE dai Nuffnag, Iklan Celcom Xplay DJ 2011 LR, Hope koram sudi-sudi yer klik-klik... Terima Kasih Koram, Semoga Allah membalas segala jasa koram......Terima Kasih Nuffnag...

Khamis Yang Spontan

 
 
Apa itu Khamis yang Spontan, Rujuk SINI :
http://spontankhamis.blogspot.com/

Kespontanan Khamis atau Spontaneous Thursday adalah satu hari dimana pegguna internet khusus nye blogger Malaysia utk mnyepontankn sepatah dua ayat bagi entry mereka pd stiap hari khamis.

Wednesday, July 27, 2011

Skandal Khairul Fahmi Che Mat Penjaga Gol Pasukan Malaysia dengan Dahlia Teck


Ermmmmmmm hari nie hot mengenai isu Khairul Fahmi Che Mat, Penjaga Gol Pasukan Malaysia bersama Dahlia Teck...... Betul ker cerita nie??? Ermmmm tak tahu lah kesahihan cerita ini.... Tapi walau apa pun kita yang tak tahu ni jangan membuat spekulasi terlalu awal......

Apa yang IEB leh katakan, mari kita doakan mudah-mudahan hubungan Khairul Fahmi Che Mat dan tunangnya Elia pemilik Blog Jejari Runcing kekal sehingga ke jinjang pelamin dan bahagia hingga ke akhir hayat mereka..... Amin Yarabbal A'alamin.....

Siapa pu Dahlia Teck itu jangan kita pertikaikan.. Anggap sahaja itu gosip semata-mata juga dugaan buat Khairul Fahmi Che Mat dan Elia...... Harap mereka tabah menghadapi segala dugaan ini.....

Alhamdulillah IEB dapat 1 lagi BE dai Nuffnag, Iklan Celcom Xplay DJ 2011 LR, Hope koram sudi-sudi yer klik-klik... Terima Kasih Koram, Semoga Allah membalas segala jasa koram......Terima Kasih Nuffnang....

Happy Bufday Nyonya Lienz.....




 Wah dikesempatan ini IEB nak ucapkan Happy Bufday khas buat my BFF Nyonya Lienz, dengan ucapan Semoga dipanjangkan umur, dimurah rezeki dan mendapat kebahagiaan disamping orang-orang tersayang sehinggak akhir hayat.. Amin mudah-mudahan........ Jom nak velanja akak makan, nak velanjer gstring velang-velang bak kata Cik Pana, tak sanggup mak nok, nak tengok gstring tu pun geli dah.. hahhhahahahhah


WORDLESS WEDNESDAY : Retisss........


WORDLESS WEDNESDAY : Alhamdulillah......

Monday, July 25, 2011

Minta Maaf...

Minta maaf yer koram semua IEB tak dapat berblog beberapa hari ini sebab menguruskan hal keluarga belah husband IEB.... Mudah-mudahan segala urusan kami ini dipermudahkan Ya Allah... Tenangkan hati kami sekeluarga menghadapi ujian Mu Ya Allah, juga berikanlah kami kekuatan utuk mengharunginya......

Nota Kaki : Rerajin jenguk Blig IEB ni yer.....
Published with Blogger-droid v1.7.4

Friday, July 22, 2011

Gambar Majlis Pernikahan Nurul Syuhada Dan Raja Amir Dari The Photographer

 Sweetnyer gambar nie, tetiba teringat insan tercinta lak.. huhuhuu Rindu..

Assalamualaikum dan Selamat Pagi semaua... Sihat ker??? Alhamdulillah kerana Allah masih memberi peluang IEB untuk bernafas dan menaip entry di blog picisan ini... Syukur Alhamdulillah.... Terlebih dahulu IEB nak ucapkan tanhniah buat pasukan Bola Sepak Malaysia kita..... Walaupun kalah dengan Chelsea semalam 1-0, tapi IEB tengok mereka telah buat sehabis baik untuk menaikkan nama Malaysia... Pada yang kutuk-kutuk mereka tu, jangan lah kutuk sangat, itu dah kira bagus dah mereka bermain.... Kita patut bangga dengan kesungguhan mereka untuk menaikkan lagi nama Malaysia..... Eh membebel apsal bola lak.... IEB bukan apa, geram ada segelintir yang mengutuk pemain kita.... Kita sebagai rakyat Malaysia mesti menyokong negara kita sendiri, kalau semua sokong Chelsea, sapa yang nak sokong Negara kita sendiri, nak harapkan mereka?? ermmmm payah kot...

Ok stop pasal bola lam tadi..... Tadi IEB jenjalan kat blog Beutiful Nara, ala blogger fopular gila tu.... Ternampak gambar Pernikahan Nurul Shuhada dab Raja Amir oleh The Photographer. Memang cantik sangat hasip kerja mereka... Credit untuk The Photographer . Cantik sangat Nurul Syuhada ....






Cantik-cantik kan.... Terpesona tengok.....

Tahniah buat mereka... Nurul Syuhada telah dinikahkan pada 16 Julai yang lalu di Binjai On The Park, KLCC oleh oleh bapa Nurul sendiri dan disaksikan oleh Ketua Imam Masjid Al-Syakirin, KLCC selepas solat Isyak... Beliau selamat menjadi isteri kepada Raja Amir dengan hanya sekali lafaz sahaja.... Pada majlis tersebut tu, Nurul Syuhada menerima wang hantaran sebanyak RM20,111 dan mas kahwin sebanyak RM777 yang diadakan secara tertutup yang dihadiri kaum keluarga dan sahabat handai sahaj. Majlis Resepsi pula akan diadakan pada 23 julai ini di Grand Ballroom, Sime Darby Convention Centre, Kuala Lumpur. Mesri lagi cantik kan.... IEB tengok mereka nie sepadan sangat... Mudah-mudahan mereka bahagia hingga ke akhir hayat......

Thursday, July 21, 2011

Rindu............♥♥♥

"Terasa Rindu Menebal Menyelubungiku, Walaupun Baru Beberapa Jam Tidak Bertemu..... Ini lah Yang Dinamakan CINTA"

"Terasa Sakit Menanggung Rindu, Terasa Sebak Saat Terkenang..... Ini Juga Yang Dinamakan CINTA"

Hebatnya Penangan CINTA......


CINTA Itu Sangat Indah, Bak Bunga Mekar Nan Indah dan Keharuman Menggoda

~ CINTA Hingga Ke Syurga ~


Nota Kaki : Aper motif menjiwang nie??? Ini semua sebab RINDU dan Cinta <----- buat deek jer ngan entry poyos nie, Puan Blog hanya ingin meluahkan isi hati jer...

Biodata Mohd Farizal Marlias Goalkeeper Malaysia



Nama Penuh : Mohd Farizal Marlias
Tarikh Lahir : 29.06.1986 (23 tahun)
Tempat Lahir : Pahang, Malaysia
Tinggi : 1.78 m (5ft 10in)
Posisi Pemain : Penjaga Gol


Club information
Current clubMalaysia Negeri Sembilan Negeri Sembilan FA
Number1
Senior career
YearsTeam
2006-2008Malaysia Pahang Shahzan Muda FC
2009-2010Malaysia Perlis Perlis FA
2011Malaysia Negeri Sembilan Negeri Sembilan FA
National team
2007-2009Malaysia Malaysia U-237(0)
2009-presentMalaysia Malaysia12(0)


Mohd Farizal Marlias (born on June 29, 1986) is a Malaysian footballer who is a goalkeeper for Negeri Sembilan. He is a member of the Malaysian national team and also has played for the Malaysian Pre-Olympic squad.
Farizal is selected as the third choice goalkeeper for the 2008 AFF Suzuki Cup after Badrulzaman Abdul Halim was dropped because of injury.
On 12 July 2009, Farizal earn his first senior international caps in an unofficial matches against Zimbabwe. He later made his full international debut against Kenya.
He also featured in the exhibition match against Manchester United which he conceded three goals in the first games and two goals in the second game.He is known as one of the top goalkeeper in the Malaysia.
Malaysia coach, K. Rajagobal called up Farizal for the 2010 AFF Suzuki Cup, but he was later ruled up by injury during a match with Perlis FA. He was later replaced by Mohd Sharbinee Allawee Ramli.

Live Streaming Malaysia VS Chelsea

Jangan Kaco Puan Blog Sedang khusyuk tengok bola Malaysia VS Chelsea nie... Go, go , go Malaysia... Jom jerit gol reramai.. Kita Sokong Pasukan Bola Sepak Kita..... Malaysia Boleh...
Nak Tengok Kat 
SINI , SINI , SINI
Pun Boleh.....

Ujang Ada Band Sendiri???

Serius Laki Mithali si Ujang nia, Idong Yana pun dia nak korek.. hhahahhahah

 Dah lama rasanya tak buat entry pasal keyword nie... Hari ni IEB bukak Nuffnang dan tertarik dengan satu keyword nie..... Tak sangka Ujang ada band nyanyian indinya sendiri, siap hamek penyanyi fopular sebagai penyanyi lak tu..... Wah giler retis mamat nie... Koram tak cayer tengok bawah nie...
Koram nie nak kena babap ngan IEB eh???? dalam keyword pun leh ado typo ker??? Adeh.. Ker koram perli IEB yang ratu TYPO nie.... Nak panggil GBTT lah nak ngadu....

Khamis Yang Spontan

"Syukur Alhamdulillah Ya Allah kerana Mu masih memberi keizinan untuk ku bernafas lagi, juga di atas segala-gala kurniaan Mu Ya Allah..."
Apa itu Khamis yang Spontan, Rujuk SINI :
http://spontankhamis.blogspot.com/

Kespontanan Khamis atau Spontaneous Thursday adalah satu hari dimana pegguna internet khusus nye blogger Malaysia utk mnyepontankn sepatah dua ayat bagi entry mereka pd stiap hari khamis.

Wednesday, July 20, 2011

Aku Benci Kau!!!!!

Astagfirullah hal azim, berkali-kali IEB Istigfar untuk menghilangkan rasa Amarah dalam diri IEB... Semakin hari, semakin geram dan tak dapat dibendung lagi.. Selama ini IEB senyap jer bila dia umpat, caci, dan keji IEB dengan orang lain.... IEB tak mahu membalas sebab memikirkan dia bukan sebaya IEB untuk IEB balas balik...

Setiah hari telinga IEB bernanah mendengar dia mencaci maki hal orang lain, sehinggakan hal dalam kain orang pun dia singkap dan menghebahkannya... Tak tahan dah telinga ini mendengarkannya.. Kasihan pada mereka yang pernah terkena dengan manusia seperti ini... Bab mengipas tok sah cerita lah, dah banyak kali juga IEB meluahkan lam blog nie pasal dia juga.. 

Dia rasa gah sangat dengan kekuasaannya, dia rasa dia lah yang paling baik, dan dia rasa dialah sahaja yang paling bagus, sehingga kami semua ditindas oleh dia... Hari-hari pergi kerja mengeluh, bukan sebab tugas harian, tapi sebab suasana dicemari dengan manusia seperti ini... Ramai yang terasa hati dengan dia, tapi tak berupaya berbuat apa-apa... Apa yang mampu hanya menjadi silent dan terus menurut perintah... Kasihan IEB dengan rakan-rakan IEB yang lain yang juga merasakan perkara yang sama....

Doa IEB buat beliau, mudah-mudahan beliau diberi petunjuk untuk berubah dan sedar apa yang pernah beliau lakukan.. IEB boleh maafkan dia bila IEB dah tak nampak muka dia lagi disini... Sama ada IEB yang bertukar keluar ataupun dia keluar dari sini..... Ya Allah berilah dia kesedaran akan kehidupan beliau yang lampau dan sekarang Ya Allah, beri lah dia petunjuk untuk bertaubat ke jalan Mu Ya Allah.. Amin Yarabbal A'alamin.....
Sekarang hanya mampu bersabar, bersabar dan bersabar....... Astag firullah hal azim, sangat tak suka amarah menguasai diri.....

WORDLESS WEDNESDAY

Bila Putus Cinta, Rasa Nak Bunuh Diri.....

Tak habis lagi bab Putus Cinta nie dari pagi tadi yer... Harap koram tak bosan plak baca tau... IEB dah kupas tadi pagi mengenai BILA PUTUS CINTA......... Koram bleh baca balik entry IEB pagi tadi yer...

Malam ini, IEB BW, blog kengkwan sikit-sikit selepas menunaikan tanggung jawab sebagai isteri <---- memasak ler.... IEB ada terbaca juga entry Blogger Otai yang lagi femes, juga mengupaskan mengenai Putus Cinta, iaitu Blog Ben Ashaari juga Pembawa Wacana.... Tak sangaka IEB mereka juga melahirkan pendapat yang lebih kurang sama dengan IEB.... Koram kena baca sini juga;



Memamng lah koram kecewa bila putus cinta itu, tapi jangan lah sampai membuat tindakan bodoh, sehingga mengakibatkan koram tercedera... Kalau tercedera tu ok lagi lah koram, yang mati sebab bunuh diri tu macam mana pulak??? Wallahhua'alam, hanya DIA yang boleh meletakkan hukum bagi koram yang membunuh diri ini... Dalam Al-Quran pun dah sebut hukum bunuh diri ini.. Koram ada fikiran tentu boleh berfikir kan... Berfikirlah sebelum bertindak dan melakukan sesuatu...

Dalam Islam sudah jelas mengenai larangan dan tegahan bunuh diri:

1. firman Allah: Dan janganlah kamu menjatuhkan diri kamu sendiri ke dalam kebinasaan (al-Baqarah, 2:195);
2. Dan janganlah kamu membunuh diri kamu, sesungguhnya Allah amat Penyayang kepada kamu (al-Nisa’, 4:29);
3. Di dalam Sunnah Rasulullah s.a.w. kita menemui Hadis-hadis berikut:
1. baginda bersabda: Sesiapa yang membunuh dirinya dengan sesuatu di dunia ini, maka dia akan diazabkan dengannya pada hari kiamat nanti (riwayat Muslim, 1:104; al-Darimi, 2:112 dan Ahmad, 4:33,34); dan
2. sabdanya lagi: Sesiapa yang menjatuhkan dirinya dari puncak bukit kerana membunuh diri, maka dia akan berulangkali jatuh ke dalam api neraka selama-lamanya, sesiapa yang meneguk racun kerana membunuh dirinya, maka racun itu akan berada di tangannya dan dia akan meneguknya berulangkali di dalam neraka selama-lamanya, sesiapa yang membunuh dirinya dengan menggunakan besi, maka besi itu akan berada di tangannya dan dia akan memukul kepalanya dangan besi itu berulangkali di dalam neraka selama-lamanya (riwayat Muslim, 1:104; al-Darimi, 2:112 dan Ahmad, 4:33,34).

Tuesday, July 19, 2011

Double Cheese Burger Time




Jom koram ke MCD, serbu Double Cheese Burger Buy 1, Free 1... Murah jer untuk lunch jika tak der selera untuk makan nasik dah.. RM6.50 jer..... Hahahahha ramai giler kat MCD Alamanda, Putrajaya nie..... Walaupun panjang beratur, dapat juga turn IEB... Jemput makan semua.. Bismillahirahmahnirrahim.... Sapa nak yang free jumpa IEB sebelum pukul 2.00 petang nie.. hihihihihihihi.....

Published with Blogger-droid v1.7.3

Bila Putus Cinta..........

Bila putus cinta......... ramai yang menyalahkan takdir, ramai yang putus harapan, ramai yang rasa dunia tidak adil kepadanya, ramai yang kemurungan, ramai yang mengeluh, ramai yang rasa nak buat perkara-perkara bodoh....
Itu tidak pernah sama sekali dinafikan IEB, sebab IEB pernah mengalaminya dahulu.... IEB rasa diri ini lemah sangat apabila ditipu seorang insan yang pernah IEB sayanggi dahulu.... IEB ingin sama sekali berkongsi dengan adik-adik IEB yang sedang hangat bercinta, yang ada masalah dalam percintaan juga yang sedang bersedih kerana putus cinta......

DIA TURUNKAN HUJAN BATU YANG MENYAKITKAN ADALAH KERANA DIA NAK BERI KITA PELAGI YANG SANGAT INDAH YANG MAMPU MEMBUAT KITA TERSENYUM RIANG

Bila terjadi sesuatu seperti ini, janganlan koram putus harapan untuk hidup, sebaliknya koram patut bersyukur dan redha dengan apa yang berrlaku.. Setiap apa yang berlaku ada hikmahnya.... Kerana DIA YANG MAHA BESAR penentu segala kejadian dalam hidup kita.... Baik atau buruk ada hikmahnya koram.... Bila terjadi perkara sebegini cuba untuk lebih mendekatkan diri kepadan NYA..... Ambil masa-masa terluang untuk melakukan Solat, Berdoa juga membaca Al-Quran bagi menghilangkan kesedihan dan memberi ketenangan kepada koram....

Jangan terlalu mudah untuk menyalahkan takdir, kerana ia adalah Qada' dan Qadar yang telah ditentukan untuk kita... Banyakkan bersabar dan berserah kepadan NYA... Jika koram mahu menangis, menagis lah sepuas-puasnya bagi menghilangkan rasa gusar di hati koram.... Cari orang yang koram sangat percayai untuk berkongsi duka di hati koram, bagi melegakan sedikit kesedihan itu..... Cuba untuk menenangkan diri dengan mengingati masa hadapan yang akan koram hadapai kelak juga ingatlah sesuatu yang mampu membuat koram tersenyum lagi..... Jika koram benar-benar sayangkan mereka, doakan sahaja kebahagiaan mereka dunia akhirat dan cuba untuk melupakan mereka...... Insya Allah hati koram akan berasa tenang-setenangnya jika koram  cuba berfikiran positif......
Nota Kaki : IEB bersyukur sesangat kerana IEB dikurniakan Pelangi yang cukup indah di hati IEB, dan yang mampu buat IEB tersenyum bahagia dan gembira.. Suka, duka, pahit dan manis IEB berkongsi dengan beliau..... IEB bersyukur sesangat, kerana DIA memberikan IEB seorang insan yang sangat baik dan penyayang..

Monday, July 18, 2011

Pentingnya Nombor 6236

Assalamualaikum dan Selamat Petang semua.. huhuhu pepetang baru datang idea nak update blog.. KOram sehat ker??? Dah makan ker?? Rindu IEB tak 3 hari takder berblog?? Hihiihihi mesti tak der kan.... IEB berkursus selama 3 hari di Puteri Resort Air keroh Melaka, koram, banyak input yang berguna IEB dapat sepanjang IEB berkursus disana.. Terima kasih pada bahagian IEB yang menganjurkan kursus itu untuk kami...

Pada IEB ini adalah kursus yang sangat berkesan di hati IEB dimana kursus yang IEB pergi ini lebih kepada santapan kerohanian koram... Walaupun agak keletihan dengan jadual yang padat IEB tetap rasa enjoy dengan kursus pemantapan diri ini... Sungguhpun singat, tapi ilmu yang diberi sangat berguna untuk IEB.. Terima Kasih untuk barisan penceramah yang memberitahu kami ilmu yang tidak kami tahu...

Pentingnya No. 6236 dalam kehidupan seharian kita.. Ini bukannya no. ekor yer koram.. Ini adalah jumlah keseluruhan ayat yang terdapat dalam Al-Quran kitab suci yang menjadi pegangan kita sebagai Umat Islam, Inysa Allah... Ramai yang sangka ayat Al-Quran mengandungi 6666 ayat, tapi setelah kami mengira bersama ia mengandungi 6236 ayat rupanye.. Bertapa jahilnya IEB tidak mengatahu ia....  Selain itu IEB juga mempelajari kerjasama dalam pasukan yang merangkumi satu bahagian kita, bukanya persaingan sesama sendiri.... Inysa Allah agensi kita akan berjaya jika kita saling bekerjasama.....
Pada malam Nisfu Saaban juga program kami di atur pihak urusetia dengan Program Qiamualail.. Seingat IEB last IEB buat Qiamualail masa zaman sekolah-sekolah dulu, dans emasa menghadapi peperiksan.. Pada malam 17 Julai bersamaan 15 Saaban, kami bangun dari tidur yang lena pada jam 04.00 pagi untuk mengerjakan solat-solat sunat.. Alhamdulillah walaupun ngantuk, tenang hati kami semu melakukan ia.. IEB rasa bertuah dan bersyukur sangat kerana dapat mengikuti kursus ini..

Insya Allah jika ada lagi kursus sebegini IEB akan mengikutinya...




BUY 1 GET 1 FREE Double Cheeseburger on 18 - 20 July 2011

http://www.facebook.com/My.McDonalds
YES, it’s back again and TODAY is the day!

Don’t miss out on this Duolicious offer of BUY 1 GET 1 FREE Double Cheeseburger (a la carte only), available from 18-20 July 2011, 11am-12 midnight.

Print your official coupon here: http://www.mymcd.com.my/coupon​/July/doublecheeseburger2.pdf

See you at McDonald’s today! Offer for a limited time only. Terms apply.
Nota Kaki : Jom koram, print jer kupon di atas, pastu per lagi carik MCD berdekatan.... Jimat leh makan berdua ngan pasangan...

Jom Vote Untuk Pinky Momma Yang Cute Nie

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera koram....... Hari nie IEB sekali lagi dengan rasa rendah diri yang memang dah rendah nie kita tolong-menolong sesama rakan seperjuangan kita dalam dunia blogging ini untuk Vote Pinky Momma yang Cute ini untuk satu contest anjuran Wrangler nie, senang jer koram cuma LIKE sahaja pada gambar diya nadia

1. tolong like this page: http://www.facebook.com/MyWrangler
2. then klik: http://apps.facebook.com/mywranglerway/search photo: diya nadia
Jom Vote Pinky Momma sebelum 31.07.2011 nie




Friday, July 15, 2011

Pn. Blog Cuti Berkursus

Assalamualaikum dan Selamat Pagi semua... Sihat ker hari ini?? Alhamdulillah bersyukur sangat ke hadrat Illahi kerana masih diberi keizinan untuk bernafas lagi di bumi yang indah ini.....Buat pengatahuan koram yang IEB ingati sekalian,, Pn. empunya blog picisan ini akak berkursus selama 3 hari mulai hari ini.... 

Minta maaf tak dapat IEB beramas mesra dengan adik beradik IEB kat GBTT selama 3 hari ni... Mak. Long bercuti 3 hari yer GBTT, tak lupa juga buat rakan-rakan seperjuakan IEB dalam dunia blogging nie.. Rerajinlah ke blog IEB yer.. hehehehheheh.. Bye koram, IEB nak ke Melaka.......

Cehhhhh abaikan ayat yang macam bagus di atas yer...... hehehhehehheheh

Thursday, July 14, 2011

Khamis Yang Spontan

"Alhamdulillah selsema, MC berblog selama satu hari, mesti rest sebab rasa tak selesa"
 
Apa itu Khamis yang Spontan, Rujuk SINI :
http://spontankhamis.blogspot.com/

Kespontanan Khamis atau Spontaneous Thursday adalah satu hari dimana pegguna internet khusus nye blogger Malaysia utk mnyepontankn sepatah dua ayat bagi entry mereka pd stiap hari khamis.

Alhamdulillah blog IEB ada BE baru dari Nuffnang.. Iklan Unilever Vaseline Yahoo! Content Partnership LR.... Terima Kasih Nuffnang... Kalau koram sudi klik-klik lah kat bawah nie yer... Terima Kasih koram.. :)
 

Wednesday, July 13, 2011

Kenapa Mesti Nak Memalukan Orang??

Ermmmm pagi ni terkedu IEB baca blog Dapur Tanpa Sempadan, bila ada satu is hot mengenai beliau dituduh suka block orang dalam satu Group Kongsi Resepi di FB... Pagi nie gagah IEB like group tu dan apa yang tahu bukan CMG pengasas group tersebut.... CMG juga ada satu group sahaja di FB iaitu Dapur Tanpa Sempadan - Mat Gebu.... Tapi kenapa mereka terus tuju pada CMG tanpa usul periksa??? Kenapa tak bertanya dahulu pada CMG... Inysa Allah mereka boleh menjawab segala persoalan.... Kesian CMG yang dituduh tak pepasal, harap CMG bersabar yer.. anggap sahaja ini satu Ujian...


Pada pendapat IEB, cara mereka membuat tuduhan terus tanpa usul periksa ini adalah fitnah kerana tuduhan yang dilkukan itu tanpa adanya bukti kukuh.... Lagi satu kenapa mesti nak mention nama seseorang tu direct bila kita tak puas hati di laman sosial yang jutaan orang boleh baca dan tersalah anggap, bukan cara ini akan memalukan sesorang ker??

Kalau betul kita sangat tidak puas hati dengan sesorang bukan ini caranya... Apa kata terus direct berbincang dengan tuan punya badan, bagi mengelakkan perkara sebeginie berlaku... Bila dah cakap belakang macam nie, ini kan dah dikira mengumpat, orang yang tak tahu menahu mengenai ini pun akan cuba masuk campur dan menambah huru harakan lagi keadaan...

Pelbagai ragam dalam dunia blog yang kita boleh lihat ada yang terus maju kehadapan dengan usaha sendiri, ada yang maju dengan menipu, ada yang maju kerana menjatuhkan orang lain.... Koram rasa senang ker hati koram, kalau koram peroleh kejayaan dengan kejatuhan orang lain??? Tenang ker hati koram dapat manfaat atau faedah dari kejayaan orang lain? Mesti tidak kan??? Mesti koram akan hidup dalam keresahan takut-takut perkara itu jadi balik pada koram.....

Cuba-cuba koram renungkan... IEB bukan seorang yang baik sangat untuk menasihati, tapi Inysa Allah, IEB hanya berniat untuk saling ingat memperingati sesamer rakan-rakan seperjuangan IEB dalam dunia blogging ini.... Insya Allah kita akan lebih rasa puas hati berblog dengan hasil usaha sendiri... Kejayaan yang kita kecapi hasil usaha sendiri lebih bermakna dari kejayaan atas orang lain.....

Alhamdulillah blog IEB ada BE baru dari Nuffnang.. Iklan Unilever Vaseline Yahoo! Content Partnership LR.... Terima Kasih Nuffnang... Kalau koram sudi klik-klik lah kat bawah nie yer... Terima Kasih koram.. :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...