Yang Join Aku Nie!

Thursday, September 29, 2011

SPONTANEOUS THURSDAY

"KEJAYAAN TIDAK AKAN DATANG BERGOLEK KEPADA KITA, SEBALIKNYA KITA YANG SEHARUSNYA BERUSAHA UNTUK MENDAPATKANNYA"
Apa itu Khamis yang Spontan, Rujuk SINI :
http://spontankhamis.blogspot.com/

Kespontanan Khamis atau Spontaneous Thursday adalah satu hari dimana pegguna internet khusus nye blogger Malaysia utk mnyepontankn sepatah dua ayat bagi entry mereka pd stiap hari khamis.

Wednesday, September 28, 2011

Terasa Kehilangan

Hurmmmmm IEB baru dapat mood untuk kembali berblog setelah sebulan lebih IEB mendiamkan diri dan kurang aktif dipersada blog nie......  Satu punca nya adalah sebab IEB kekeringan idea dan satu lagi punca, IEB rasa dunia blog cam makin suram jer.... Koram rasa tak apa yang IEB rasa nie....... Dunia blog dah tak semeriah dulu lagi.... Kalau dulu Blogger Ootai kita Ben Ashaari rajin buat segmen, meriah jugak rasa sebab dari segmen beliau kita dapat kenal ramai kawan dan sahabat.. Cam IEB mula rapat ngan kengkawan di blog bermula dari Segmen Ben Ashaari..... Ben Ashaari pun cam dah kurang kot buat segmen pasai, ramai yang downkan dia sebab segmen yang dia buat untuk kepentingan blog dia sahaja....

Hurmmmm pada IEB orang yang cuba judge Blogger Ootai nie cam tu cam silap jer... IEB bukan nak membodek Ben Ashaari yer... Jauh sekali nak dapat perhatian beliau.... Apa yang IEB dapat simpulkan disini segmen yang beliau buat tu dapat juga merapatkan hubunngan kita sesama blogger, macam team building lah kiranya.. Kebanyakan segmen beliau berkonsep team building yang mana memerlukan kita kenal diantara satu sama lain juga bekerjasama didalam satu kumpulan..... Kalau koram rasa tak mo join Ben Ashaari punya segmen, koram join lah segmen yang blogger lain buat.... Konsep segmen ni lebih kurang sama jer kan.... Untuk kenal-mengenal sesama blogger juga merapatkan hubungan kita sesama blogger...

Tapi terus terang IEB katakan dunia blog semakin sangat suram... mungkin salah satu sebab ramai yang baru masuk study, tapi yang tak study tu kemana menghilang yer??? Mungkin koram cam IEB juga masih busy ngan raya dan kekeringan idea.... Terasa sangat akan kehilangan.... CMG blogger OOtai pun cam dah tawar hati nak berbelog jer.... Mungkin dia pun terasa hati sebab ramai cuba nak downkan dia dengan mengatakan menumpang populariti orang lain.... Kenapa nak judge orang sebegitu yer??? Bukan ker Dapur Tanpa Sempadan itu dikenali dengan resepi-resepi CMG yang mengancam tu.... Hari hari bukak Blog Dapur Tanpa Sempadan tanpa sebarang entry cam tak best jer kan....

WORDLESS WEDNESDAY : Hurmmmmmmm....

Apakah Wordless Wednesday : Setiap hari rabu blogger akan post gambar di blog tanpa meletakkan sebarang keterangan untuk menjelaskan gambar tersebut. Biarkan gambar yang berkata-kata

Tuesday, September 27, 2011

FILEM LIBAS Tahniah Buat Bicara Mak Dara

Mari kita menonton Filem Libas yang akan ditayangka dipawagam pada 29 September 2011.... Filem ditulis oleh Suami K. Adza a.k.a Mak Dara iaitu Martias Mohd Ali... Tahniah buaat Kakak Sayang dan Suami nie kerana filem tulisan mereka akan keluar beberapa hari lagi... IEB pun tak sabar nak tengok filem nie.... Mari kita menyokong hasil karya anak tempatan kita....

Untuk maklumat lanjut mengenai Filem ini mari kita ke Laman Web Filem Tersebut :

Trailer Filem Libas:


Sinopsis Filem Libas:

LIBAS merupakan sebuah kisah perebutan bola raga pusaka dari zaman Kesultanan Melayu Melaka yang telah jatuh ke tangan negara jiran, Thailand. Raja Libas berusaha bagi mendapatkan semula bola raga pusaka dipertandingan “Libas" yang merupakan satu pertandingan/pertarungan sepak takraw yang diadakan secara unik dan bersifat brutal serta menggabungkan kepakaran seni mempertahankan diri dan skil sepak takraw itu sendiri.
Lantaran itu Raja Libas terpaksa mencari muka-muka baru untuk dilatih bagi menentang pasukan lawan dan seterusnya memastikan supaya maruah negara dapat ditebus semula. Pencarian Raja Libas membawa kepada penemuan Hamidi seorang pemuda bandar yang mempunyai skil menimbang bola dan Ku Mok seorang lelaki gemuk yang mempunyai tandukan tajam dan berbisa. Bagi melengkapkan 3 pemain, maka Megat telah menawarkan diri.
Dalam masa yang amat singkat Raja Libas terpaksa menurunkan segala ilmu tentang LIBAS kepada Hamidi dan Ku Mok yang masing-masing tidak tahu langsung bermain sepak takraw.
Menjelang perlawanan pelbagai kejadian menimpa pasukan negara didalam memastikan kemenangan. Pasukan negara terpaksa bermain dengan 2 pemain apabila salah seorang dari pemain mereka tersingkir. Pasukan negara jiran menggunakan teknik berbisa sehingga pasukan negara mengalami kecederaan parah sewaktu perlawanan akhir.
Disamping sedang menghadapi masalah tentang pertarungan sepak takraw, Raja Libas juga terpaksa memikirkan konflik percintaannya dengan Ratna. Apakah yang bakal terjadi kepada Raja Libas dan pemain-pemainnya? Bagaimanakah kesudahan konflik percintaan diantara Raja Libas dan Ratna? Saksikan semuanya di dalam "LIBAS".....

Cast & Crew : 

PENERBIT
:
:

MOHAMED AZLAN GHAZALI
ROSDI MAT YUSOF
PENERBIT EKSEKUTIF
: JUREY LATIFF ROSLI
PENERBIT PENYELARAS
: AL FATTAH MOHAMAD
ARAHAN/KONSEP/IDEA
: JUREY LATIFF ROSLI
SKRIP
: MARTIAS MOHD ALI
OLAHAN SKRIP
: ASMAT SULAIMAN
PENGURUS PENTADBIRAN
:
:
NORNAIMAH NORASIT
ROZANA JAHIDIN
TERBITAN
: MEDIA DISTRIBUTION ADVERTISING GROUP (MDAG SDN BHD)

   
PELAKON UTAMA
ROSYAM NOR
- RAJA LIBAS
SCHA AL-YAHYA
- RATNA
JOHAN RAJA LAWAK
- HAMADI
BEEGO
- MEGAT
FADZLY KAMARULZAMAN
- KUMOK
MOHD RAZIB SALIMIN
- JURULATIH MALAYSIA
     
PELAKON PEMBANTU
MOHD ZABRI IBRAHIM
- AK NANGKHON
YUSWAISAR
- PRATAPOL
ADAM CORRIE LEE
- PROPCHAI
SALLEHUDDIN ABU BAKAR
- SUKCHAI
ZULKARNAIN ZAKARIA
- SOMPON PULAPOL
YANG KASSIM
- JURULATIH SIAM
     
PELAKON UNDANGAN
SABRI YUNIS
- HJ HASBULLAH AWANG
SATHIA
- MAMAK
JOHAN ABDULLAH
- MR WILSON


Hari Keluarga SPR di Desa Water Park, KL

Sabtu yang lepas IEB mengikuti program Hari Keluarga SPR anjuran  Jabatan En. Bard iaitu Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia yang diadakan di Desa Water Park KL..... Pelbagai acara keluarga yang diadakan termasuk acara untuk kanak-kanak iaitu pertandingan mewarna, memasukkan air dalam botol dan sebagainya.. Tak kurang juga aktiviti dalam air untuk orang dewasa... Kami dibahagikan kepada 4 kumpulan iaitu Hitam, Merah, Hijau dan Biru..... IEB dan En. Bard termasuk didalam kumpulan Biru..... Dalam acara yang diadakan tersebut memperlihatkan sikap setiakawan yang tinggi dikalangan kakitangan-kakitangan SPR, tanpa mengira, pangkat, umur juga hubungan.... Mereka sentiasa bekerjasama untuk kumpulan masing-masing....
 Kakitangan SPR
Ucapan dari Pengerusi SPR TAN SRI DATO' SERI ABDUL AZIZ BIN MOHD YUSOF

Kegembiraan terpancar diwajah mereka apabila aktiviti didalam air diselang selikan dengan acara cabutan bertuah dan teka kacang.. Masing-masing gembira tatkala nombor mereka yang bertuah itu dipanggil untuk menerima hadiah... Hadiah yang disediakan juga tak kurang hebat-hebatnya... Masing-masing sentiasa pegang nombor ditangan dan menanti untuk dipanggil.... Anak-anak kecil pula ramai yang dah mula merengek nak main air disitu... Syukur Alhamdulillah Nombor En. Bard bertuah untuk memenangi hadiah garand Prize yang ke-2.. Kami telah membawa pulang Sebuah Microwave Oven.... Hadiah ditempat pertama pula Sebuah TV LCD... Tahniah buat semua yang bertuah......
 Acara memasukkan air dalam botol (Acara Kanak-Kanak)
 Acara dalam air (Dewasa)

 Saya menang Microwave Oven
 Wajah-wajah kegembiraan
 Acara Penyampaian Duit Raya

Selesai acara Cabutan bertuah, satu lagi acara di adakan iaitu acara Pemberian Duit Raya oleh PUSPANITA SPR kepada anak-anak kakitangan SPR... Terpancar wajah kegembiraan diwajah mereka.... Selesai aktiviti dipentas,, tibalah masanya untuk kami semua bergembira bersama keluarga pula, iaitu aktiviti mandi manda didalam air.... Jutaan terima kasih buat SPR kerana menganjurkan program sebegini, disamping dapat merapatkan lagi hubungan sesama kakitangan SPR juga ahli keluarga juga dapat memupuk semangat kerjasama yang tinggi dikalangan mereka.... Tahniah buat SPR kerana dengan jayanya menganjurkan program sebegini.....
 Fizal dan En. Bard

 Ayu dan IEB
 IEB dan Dira domey sangat
 En. Bard adn Isterinya.. Hihihihi
 Pengurusan Atasan SPR
 Fahmi dan Dayang sekeluarga

Monday, September 26, 2011

Syukur Alhamdulillah Rezeki Lagi (Dapat BE daru Nuffnang)

Sabtu yang lepas IEB mengikuti En. Bard di Hari Keluarga SPR yang diadakan di Desa Water Park, KL.. Penat masih terasa selepas sakan kami main air disana... Syukur Alhamdulillah No. En. Bard naik untuk memenangi second prize untuk cabutan bertuah, dan kami telah memenangi...... tettt akan bersambung di entry selanjutnya, jangan mara yer koram IEB bukan apa, memang nak update pasal ahri Keluarga SPR, tapi gambo tak bawak pulak, jadi kena simpan untuk entry seterusnya.. Hihihihihi....

Lama rasanya IEB tak aktif dalam dunia blog nie.. tak tahu lah kenapa, idea menulis tu tetiba kosong plak... Huhuhuhuhu.. bila blog IEB tak berhupdate, so IEb pon jadi silent reader jer lah di blog koram, baca blog koram tanpa meninggalkan jejak.... 
Walupun blog IEB ni dah dekat sebulan berhabuk tepu, tapi syukur Alhamdulillah ada juga rezeki menyinggah dalam blog IEB nie.... IEB dapat BE dari Nuffnang yang sedang berlegar-legar dalam Blog IEB nie (Celcom SAMSUNG GALAXY TAB 10.1 Inch dan Unilever Magnum Royal Treatment) Terima Kasih Nuffnang kerana masih sudi bagi IEB BE..... Klu sudi tulun lah klik BE IEB yer.. Semoga Allah membalas jasa dan budi baik kalian.....

How Sweet Pertemuan Kita Itu.....

Kisahnya bermula di segmen Abg. Ben Ashaari, beliau mula mengenali IEB melalui header IEB yang mempunyai kereta merah itu.. Dari segmen itu lah kami mula kenal-mengenal dan mulai rapat.... Senang IEB berkawan dengan beliau, seorang yang sangat sempoi dan peramah... Sudah beberapa kali mengatur masa untuk bertemu akan tetapi ada sahaja halangan......

Lagi seorang pula IEB kenal beliau dan mulai rapat selepas IEB menubuhkan Group Geng Bala Tenetra Typo, dari situ budak cute ini membahan IEB sahaja yang Queen Of Typo kann.... Tajam sungguh mata beliau mencari typo IEB.... Di group GBTT ini juga kami bergurau senda, bergelak tawa, kutuk-mengutuk dan merasakan dah macam adik beradik sahaja....



Tanggal 23 September 2011 hari Jumaat, lebih kurang jam 08.00 malam kami ditemukan... Sangat senang melihat Kak Adish shida yang sangat comel tu juga budak cute yang cam dak Tingkatan 2 ni iaitu Along Usop..... Kami berborak seolah cam dah rapat saja, padahal baru pertama kali berjumpa dengan diorang....  Sangat seronok IEB dapat jumpa korang... Mudah-mudahan satu hari nanti dapatlah kita berjumpa lagi..... Sebelum balik K. Shida ada bekalkan IEB 3 kuntum bunga daun getah sebagai tanda ingatan.. Terima Kasih K. Shida ku sayang....

Wednesday, September 21, 2011

RM10 Jer, Murah Jer Koram..

Mari-mari koram, IEB nak jual barang ni, barang baik punya.. Insya Allah baik dari yang terbaik.... Jual barang untuk mendapat pahala... Tak mahal pun korang RM10 beserta niat kerana Allah... Mari kita menderma bagi yang memerlukan.....

Terima kasih pada yang sudi membantu, hanya Allah yang dapat membalas jasa dan budi baik koram....

Tuesday, September 20, 2011

Selamat Hari Lahir Ayahnda...

Selamat Hari Lahir buat Ayahnda ku Mohd Ridzwan bin Md Ariff.... Kami disini sentiasa mendoakan mudah-mudahan ayah dipanjangkan umur, sentiasa dimurahkan rezeki mendapat keredaan NYA di Dunia dan Akhirat dan bahagia disamping Mak dan kami-kami anak-anak dan menantu-menantu yang sentiasa menyangi Ayah...... Jasa ayah menjaga kami hingga kami dewasa tak ternilai dan tak terbalas dek kami....

Tetiber tertouching plak.. huhuhuhuhu

Monday, September 19, 2011

RINDUUUUUUUUUUU.......

Hurmmmm berabuk belog buruk IEB nie.. lama IEB tak menghupdatenyer..... Kesibukan dek hal-hal yang tak dapat dielakkan juga kekeringan idea yang terlampau... Rasa rindu kat kengkawan semua...... Minta maaf yer koram... Eh ada yang ingat IEB lagi ker?? huhuhuhuh... Kesihatan juga agak mengangu IEB nak berblog, demam dah berkurang tapi selsema dan batuk tu still ada lagi, yang membuatkan IEB rasa letih sangat...... Tetiap malam batuk terkongkong-kongkong, payah sikit nak lelap mata nie.....
Keluarga sebelah suami IEB juga sibuk menyambut kehadiran insan kecil baru dalam keluarga kami, biras IEB yang telah selamat bersalin pada minggu lepas.... Mereka mendapat puteri yang comel yang diberi nama Nurul Afiqah Ukhail.....  Gembira IEB melihat mereka semua gembira terutama mak dan ayah mertua IEB yang dapat menyambut kelahiran cucu sulung mereka..... Tahniah buat Angah dan Nurul....

Kawan-kawan juga ramai yang demam batuk dn selsema nie rasanya yang mungkin disebabkan cuaca tak menentu kebelakangan ini... Jadi untuk mengelakkan berlakunya pada koram IEB nasihatkan minum air yang banyak setiap hari.. Insya Allah IEB akan kembali berblog seperti biasa jika IEB betul kelapangan dan pulih sepenuhnya dari sakit....

Wednesday, September 14, 2011

WORDLESS WEDNESDAY : ALHAMDULILLAH

Apakah Wordless Wednesday : Setiap hari rabu blogger akan post gambar di blog tanpa meletakkan sebarang keterangan untuk menjelaskan gambar tersebut. Biarkan gambar yang berkata-kata

Friday, September 9, 2011

Heliza Helmi Meminta Bayaran Pendahuluan Segera Untuk Pembedahan Mak

Hurmmmm tak patut, tak patut..... Jap jap koram yang peminat Heliza atau Ija jangan lah terbakar plak ngan entri yang berunsur fitnah nie... Sebenarnya semalam IEB menjalan kan misi untuk menjerat Heliza Helmi Pelesu... Yang menyamar sebagai Heliza untuk meminta duit dari peminat-peminat beliau untuk pembedahan mak dia yang sakit.....

Jika sebelum ini Ujang pernah juga terkena dengan Faker Heliza nie.... Misi Di Faker ini adalah sama  meminta duit dari peminat Heliza.... Dia hengat kitaorang ni bodoh ker senang-senang nak bagi duit pada dia.. 

Semalam IEB menyamar sebagi sumone yang memrlukan Heliza sebagai artis undangan untuk Sambutan Majlis Hari Raya Company IEB dan ternyata banyak pembohongan yang dibuat oleh Faker heliza ini.... Faker Heliza ini mengenakan bayaran sebanyak RM15 000 untuk 10 lagu, tapi disebabkan beliau kenal IEB dia bagi IEB diskaun sebanyak RM3 000, So IEB perlu emmbayar beliau sebanyak RM12 000... Akan tetapi beliau meminta bayaran pendahuluan itu segera di bank in kan dalan akaun bank PA dia.... Memula PA dia lepastu sedara dia pulak.. Adeh nampak sangat nak menipu kejap PA kejap sedara.....

Tapi IEB masih gagal untuk mendapatkan no akaun si faker nie kerana si faker ini meminta IEB no telefon IEB atau menghbungi dia bagi mengelakkan dia ditipu.. Sebab si faker ni dah pernah kena tipu sebelum nie..... Adeh dia menipu tu tak hengat kan....
Malam tadi Real Heliza Helmi membuat pengakuan di FB beliau bahawa ada si Faker sedang menipu menggunakan nama Heliza Helmi untuk meminta duet bagi pembedahan ibunya yang sakit..... terima Kasih buat Ija kerana membuat statement itu dan membuatkan beliau deactive akaun FB si Faker tu dan sekaligus dapat menyelamatkan orang ramai dari ditipu oleh si faker ini... Kesian Ija, mudah-mudahan Ija tabah menghadapi dugaan ini..... Kepada si Faker pulak mudah-mudahan dia dibukan kan hati untuk sedar dans ekaligus berubah....

Berikut sedikit sebanyak keratan pebualan IEB dengan si Faker.... 

 
 
 

 
 

P/S : FB si Faker ini sanagt serupa dengan FB Heliza Helmi sebenar.... Gambar sentiasa di update yang dicuri dari FB Heliza Helmi, setiap post di FB juga mengenai keagaamaan dan nama FB si faker ini sentiasa ditukar-tukar bagi mengelirukan orang ramai.. Jadi semua berhati-hati yer.....

Wednesday, September 7, 2011

Semoga Selamat Semuanya

Assalamualaikum dan Selamat Pagi koram... HUhuhuhuu terasa kemengantukkan menguasai diriku... IEB dan suami baru balik dari Hospital Bersalin, Putrajaya menghantar biras IEB yang sedang sakit untuk bersalin.... Beliau dijangka bersalin 10 September ini, Tapi pukul 3.00 pagi tadi sudah menunjukkan tanda-tanda bersalin.

Ada sedikit masalah yang diberitahu oleh doktor... Bayi lemah sedikit mungkin sebab si ibu tidak berapa sihat..... Pada mulanya Pihak Hospital mahu menempatkan beliau di Hospital Kajang berikutan katil di sana sudah penuh, tetapi selepas diberitahu ada sedikit masalah kemungkinan beliau akan bersalin di Hospital Putrajaya juga....

Mudah-mudahan semuanya selamat hendaknya...... Amin Yarabbl A'alamin....

Tuesday, September 6, 2011

Selamat Kembali Semula

Assalamualaikum dan selamat pagi semua...... Amacam masih mood raya lagi ker?? Op coz lah raya lom habis kan.... hujung minggu mesti penuh jemputan open house.... Amacam raya koram tahun ni meriah ker???? Hurmmmm hari nie IEB baru start bekerja dan kembali berblog setelah 2 minggu menyepi kebizian.... Rindu ker koram kat IEB nie???
Amacam raya koram tahun nie???? Tahun nie giliran IEB beraya dengan keluarga IEB di Kluang, Johor..... Kemeriahan turut dirasai kami seperti tahun lepas juga sungguhpun kesihatan mak mertua IEB sangat tidak mengizinkan.. Mudah-mudahan mak mertua IEB segera sembuh dari penyakit batu dalam pundi hempedu beliau.. Amin...... Tahun nie IEB beraya di 3 buah negeri.... Raya pertama sehingga ke-2 IEB dan suami beraya di Kluang, Johor, manakala raya ke-3 hingga Raya ke-4 kami beraya di rumah atuk IEB di Triang, Pahang dan raya ke-5 hingga ke-6 kami beraya di Jelebu, Negeri Sembilan.....Kemeriahan kami rasai apabila dapat berkumpul satu keluarga....

Terasa cam tuesday blues plak hari ni... malas jer nak buat kerja...... Mengantuk dan malas sedang mengusai diri disamping mood raya masih menebal......

Aduhai idea rasa cam kering plak nak menulis nie... tapi rinduuuu sangat nak menulis cam dulu..... Sadis sungguh.. ker idea menuilis nie masih beraya...... Waaaaaaaaaaaaaa.... Idea oh idea datang lah.....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...