Yang Join Aku Nie!

Tuesday, September 27, 2011

FILEM LIBAS Tahniah Buat Bicara Mak Dara

Mari kita menonton Filem Libas yang akan ditayangka dipawagam pada 29 September 2011.... Filem ditulis oleh Suami K. Adza a.k.a Mak Dara iaitu Martias Mohd Ali... Tahniah buaat Kakak Sayang dan Suami nie kerana filem tulisan mereka akan keluar beberapa hari lagi... IEB pun tak sabar nak tengok filem nie.... Mari kita menyokong hasil karya anak tempatan kita....

Untuk maklumat lanjut mengenai Filem ini mari kita ke Laman Web Filem Tersebut :

Trailer Filem Libas:


Sinopsis Filem Libas:

LIBAS merupakan sebuah kisah perebutan bola raga pusaka dari zaman Kesultanan Melayu Melaka yang telah jatuh ke tangan negara jiran, Thailand. Raja Libas berusaha bagi mendapatkan semula bola raga pusaka dipertandingan “Libas" yang merupakan satu pertandingan/pertarungan sepak takraw yang diadakan secara unik dan bersifat brutal serta menggabungkan kepakaran seni mempertahankan diri dan skil sepak takraw itu sendiri.
Lantaran itu Raja Libas terpaksa mencari muka-muka baru untuk dilatih bagi menentang pasukan lawan dan seterusnya memastikan supaya maruah negara dapat ditebus semula. Pencarian Raja Libas membawa kepada penemuan Hamidi seorang pemuda bandar yang mempunyai skil menimbang bola dan Ku Mok seorang lelaki gemuk yang mempunyai tandukan tajam dan berbisa. Bagi melengkapkan 3 pemain, maka Megat telah menawarkan diri.
Dalam masa yang amat singkat Raja Libas terpaksa menurunkan segala ilmu tentang LIBAS kepada Hamidi dan Ku Mok yang masing-masing tidak tahu langsung bermain sepak takraw.
Menjelang perlawanan pelbagai kejadian menimpa pasukan negara didalam memastikan kemenangan. Pasukan negara terpaksa bermain dengan 2 pemain apabila salah seorang dari pemain mereka tersingkir. Pasukan negara jiran menggunakan teknik berbisa sehingga pasukan negara mengalami kecederaan parah sewaktu perlawanan akhir.
Disamping sedang menghadapi masalah tentang pertarungan sepak takraw, Raja Libas juga terpaksa memikirkan konflik percintaannya dengan Ratna. Apakah yang bakal terjadi kepada Raja Libas dan pemain-pemainnya? Bagaimanakah kesudahan konflik percintaan diantara Raja Libas dan Ratna? Saksikan semuanya di dalam "LIBAS".....

Cast & Crew : 

PENERBIT
:
:

MOHAMED AZLAN GHAZALI
ROSDI MAT YUSOF
PENERBIT EKSEKUTIF
: JUREY LATIFF ROSLI
PENERBIT PENYELARAS
: AL FATTAH MOHAMAD
ARAHAN/KONSEP/IDEA
: JUREY LATIFF ROSLI
SKRIP
: MARTIAS MOHD ALI
OLAHAN SKRIP
: ASMAT SULAIMAN
PENGURUS PENTADBIRAN
:
:
NORNAIMAH NORASIT
ROZANA JAHIDIN
TERBITAN
: MEDIA DISTRIBUTION ADVERTISING GROUP (MDAG SDN BHD)

   
PELAKON UTAMA
ROSYAM NOR
- RAJA LIBAS
SCHA AL-YAHYA
- RATNA
JOHAN RAJA LAWAK
- HAMADI
BEEGO
- MEGAT
FADZLY KAMARULZAMAN
- KUMOK
MOHD RAZIB SALIMIN
- JURULATIH MALAYSIA
     
PELAKON PEMBANTU
MOHD ZABRI IBRAHIM
- AK NANGKHON
YUSWAISAR
- PRATAPOL
ADAM CORRIE LEE
- PROPCHAI
SALLEHUDDIN ABU BAKAR
- SUKCHAI
ZULKARNAIN ZAKARIA
- SOMPON PULAPOL
YANG KASSIM
- JURULATIH SIAM
     
PELAKON UNDANGAN
SABRI YUNIS
- HJ HASBULLAH AWANG
SATHIA
- MAMAK
JOHAN ABDULLAH
- MR WILSON


15 comments:

ADZA IRDAWATI aka MAK DARA said...

Jutaan terima kasih kerana sudi pomot LIBAS.. really appreciate it.. muahhh

Ujang9897 said...

cerita ni lawak gila...hehe

Rahmad said...

wah..skrip karya mak dara..

YanaMIB said...

kita dh tgk preview..muahaha mmg best cite nih..rugi sape x beli tiket =P

Anum said...

best nie

Izzuddin Fauzi said...

Whaaaaa :D Jom tengok cite nie kat wayang jom :D Hehehehe :D

aanie said...

mesti tengok cite ni....^_^

Tina Othman said...

kena tgk ni, sebagai sokongan pada Mak Dara =D

KC@ella said...

msti mak dara tgh dag .. dig .. dug .. ni. Hihi

BeloG MTT said...

Mesti kena tengok nie..Hehe :D

cik panadol said...

IEB kne opentable tgk movie ni kan....hahaha

IBU GEBU said...

@MAK DARA: tahniah ya...

@IEB: macam best je preview, pelakon pum mantop2...

Kathy Tuah said...

kene gi tengok ni :)

Taufiq Arifin a.k.a. Topimagine said...

confirm kena g nengok kn anti filem ni :)

Umie Artoqiemie said...

tahniaaahhh :D Whoaa.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...