Yang Join Aku Nie!

Thursday, June 30, 2011

Kerana Cinta Ku Serahkan Segala-galanya Buat Mu


Seperti biasa IEB BW di blog kengkawan dan IEB ada terjumpa satu Entry menarik seorang blogger dan IEB dah minta kesempatan pada tuan rumah untuk berkongsi entry beliau.. Semoga menjadi iktibar kepada semua... Ada satu entry menarik yang IEB nak kongsikan bersama koram mengenai  "Kerana Cinta Ku Serahkan Segala-galanya Buat Mu.... Adik-adik yang IEB sayangi sekalian ingatlah keseronokan dan keenakan Cinta koram tu hanyalah sementara... Jangan lah dek kerana cinta segala-galanya koram nak serahkan pada kekasih hati koram yang belum tentu akan menjadi pasangan hidup koram... Cuba fikirkan dan renungkan kembali dialong di bawah

Bunga : Sayang, U cintakan I????
Kumbang :Iskk, U nih.... Of Course la I cinta kan U sangat-sangat, Kalau U tak da, I tak boleh hidup tau
Bunga : Betul??
Kumbang : Betul Sayang, I tak tipu
Bunga : U, nie jangan lah raba-raba I
Kumbang : I, raba sikit jer sayang
Bunga : Taknak lah, kalau terlanjur macam mana??
Kumbang : Kita, kahwin lah, I jumpa parents U okay??
Bunga : Betul, U nak Kahwin dengan I???
Kumbang : Betul.... Sumpah Sayang!!.. U diam jer, jangan cakap apa-apa, I pegang sikit jer...

SETAHUN SELEPAS ITU
Bunga : Sampai hati U!! Tipu I... Dulu U kata nak kahwin dengan I, tapi bila U dah dapat, U kahwin dengan perempuan lain... Kejam!!!
Kumbang : I, lelaki, U ingat I nak kahwin dengan perempuan yang senang-senang I boleh dapat?? I nak perempuan yang suci, bukan macam U! Yang senang-senang bagi tubuh pada lelaki yang bergelar suami. U ingat I bodoh nak kahwin dengan U???
Bunga : Sampai hatu U cakap macam tu... Dulu masa U nak, macam-macam janji manis U bagi, tapi sekarang U salahkan I pulak??
Kumbang : I, kan lelaki, I cuma nak uji U jer... U bagi, apa lagi I belasah jer lah
Bunga : U memang jantan tak guna!! I menyesal kenal dengan U
Kumbang : U, menyesal?? Tapi I puas.. Jangan lupada datang kenduri I nanti
Bunga : U akan dapat balasanya nanti..


MALAM PERTAMA KUMBANG BERSAMA SI CANTIK (WANITA YANG DIKAHWINI KUMBANG)
Kumbang : Sayang, I, Love U, So Much...
Si Cantik : Mee too Sayang
Kumbang : I bertuah keahwin dengan U, Sayang
Si. Cantik : I, pun Sayang... I ada something nak bagi tahu U
Kumbang : Apa dia Sayang??
Si Cantik : Sebenarnya I nak berterus terang dengan U, Sayang, U bukan lah lelaki pertama yang pernah tidur dengan I... I pernah tidur dengan semua teman lelaki I.. Just for fun dan mencari kepuasan, Tapi satu I sedar dan I ingin mencari teman hidup I untuk sepanjang hayat I dan I pun berjumpa dengan U.. I rasa U, lah lelaki terbaik untuk menjadi suami I, U tak kesah kan sayang??
Kumbang : ?&*^^%%$#@<--- mula terkenangkan Bunga..

Ingatlah wahai sahabat-sahabat ku sekalian, Lelaki Baik diciptakan untuk perempuan baik, serta perempuan baik diciptakan untuk lelaki yang baik :)

Terima kasih Adik Nur Asilah yang memberi peluang IEB untuk sharing entry beliau... Akak harapkan Adik Ila berjaya dalam SPM kelak juga dimasa-masa akan datang.... Jom terjah blog beliau.... http://cadbury-lurve.blogspot.com/

Bad Request Error 404



Pagi nie Blogspot menghadapi masalah seperti ini, tapi jangan risau, cuba guna Google Crome ataupun Internet Explore.... Tadi blog IEB menghadapi masalah yang sama jugak, tak boleh kan komen juga bukak dashboart dan dia kluar Bad Request Error 404, tapi setelah IEB bukan menggunakan Google Crome, IEB berjaya bukak semua...

Penyelesaian untuk Bad Request 404 oleh Sunah Mohammad

Update : Berjaya koram cer cuber buat cam nie Tools - Clear Recent History...(tick cookies je) - Clear Now..
lepas tu refresh tau...
 Terima Kasih buat Sunah
http://www.sunahsukasakura.com/ 

Terkini Update : Jika koram menghadapi masalah lagi (Bad Request Error 404) selepas post entry koram, biarkan sahaja dan jangan risau, kerana entry koram memang dah di publish di blog koram, koram cuba buat sekali lagi cara di atas (Tools - Clear Recent History...(tick cookies je) - Clear Now..lepas tu refresh tau)

SPONTANEOUS THURSDAY


p/s : IEB nak koram tinggalkan link koram mengenai "Spontaneous Thursday" kat ruangan komen IEB, untuk IEB masukkan link koram dalam entry IEB nie.... Bagi koram yang belum tahun apa itu Spontaneous Thursday sila ke :

Wednesday, June 29, 2011

Keputusan Rasmi Malaysia VS Taiwan 29.06.2011

Siyes Exited tengok bola lam nie koram... Bola pun bola jugak yer Israk dan Mikraj 29.06.2011 bersamaan 27 Rejab 1432H, jangan lupa apa kata baca artikel IEB mengenai Israk Mikraj siang tadi, klik DISINI....

Sakit tekak jerit golllllllll... Di kawasan rumah IEB pun tengok ramai yang jerit gollllll, wah camner agaknyer geng SB yang gi stadium malam nie yer?? Mesti koram lagi exited sebab leh tengok live.... Jeles tak dapat tengokkk, terigin gak nak tengok live... Camner lak koram yang ada kat kedai mamak yang menjadi pilihan hati tu, mesti memasing tak kelip nak mata tengok, sebab tak nak lepaskan peluang melihat pasukan malaysia... Hahhahah, tahniah untuk Pasukan Harimau Malaya kerana berjaya menjaringkan gol yang pertama 2-0.. yang dijaringkan oleh Syafiq Rahim, Aidil Zafuan...

Alamak di separuh masa kedua pulak Taiwan berjaya menjaringkan 1 gol menjadikan 2-1.. Tapi yang pasti Malaysia berjaya akhirnya.... Alhamdulillah.. Tahniah buat Pasukan Harimau Malaya kita yang berjaya pada malam ini di tempat sendiri.. Apa pun IEB harap koram dapat kekalkan prestasi permainan koram pada 3 Julai nanti di Taiwan untuk melayakkan mereka menentang Singapura pula pada 23 dan 28 Julai ini....

Go, GO, Go, Go Pasukan Malaysia.. Kami sentiasa menyokong koram.... Jom layan forum ni http://www.harimaumalaya.com/forum/

Surat Seorang Ibu


IEB nak kongsi dengan koram semua Video pendek arahan Saiful Ng dan crew-crewnya..

WORDLESS WEDNESDAY

 




PERISTIWA ISRAK DAN MIKRAJ

Alhamdulillah hari ini IEB kembali bertugas setelah seminggu mendapat cuti sakit... Alhamdulillah bersyukur sangat-sangat kerana IEB masih diizinkan Allah untuk melihat bumi yang indah ini... Hari ini hari yang cukup indah, dimana Peristiwa Israk dan Mikraj jatuh pada hari ini 29.06.2011 bersamaan 27 Rejab 1432H... Tapi sayang IEB tak dapat berpuasa pada hari ini atas sebab yang tidak dapat dielakkan.. Bagi yang berpuasa IEB ucapkan Selamat Berpuasa dan marilah kita ambil iktibar di sebalik berlakunya Israk dan Mikraj ini...

Sempena bulan Rejab yang banyak keberkatannya ini, ruangan Sudut Agama menyorot peristiwa Israk dan Mikraj yang berlaku pada 27 Rejab, setahun sebelum Hijrah. Penerangan yang diberikan adalah bersifat sepintas lalu, dan dicadangkan agar anda merujuk kepada ahli agama yang benar dan bertauliah seperti ustaz atau guru yang berkenaan bagi mendapatkan fakta dan huraian selanjutnya.

Ringkasan Peristiwa Israk Dan Mikraj
 
Sebelum Israk dan Mikraj
Rasulullah S.A.W. mengalami pembedahan dada / perut, dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Mika'il. Hati Baginda S.A.W.. dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam ('alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman.ke dalam dada Rasulullah S.A.W. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan "khatimin nubuwwah". Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan "Israk" itu.

Semasa Israk ( Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa ):
Sepanjang perjalanan (israk) itu Rasulullah S.A.W. diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah:
i.      Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah.
ii.     Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A.S. menerima wahyu daripada Allah;
iii.    Baitul-Laham (tempat Nabi 'Isa A.S. dilahirkan);
  • Dalam perjalanan itu juga baginda Rasulullah S.A.W. menghadapi gangguan jin 'Afrit dengan api jamung dan dapat menyasikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib. Antaranya :
  • Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S.A.W. dibertahu oleh Jibrail : Itulah kaum yang berjihad "Fisabilillah" yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.
  • Tempat yang berbau harum. Rasulullah S.A.W. diberitahu oleh Jibrail : Itulah bau kubur Mayitah (tukang sisir rambut anak Fir'aun) bersama suaminya dan anak-anaknya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir'aun kerana tetapt teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir'aun sebagai Tuhan).
  • Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).
  • Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebeis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail : Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.
  • Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri / suami.
  • Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba`.
  • Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.
  • Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.
  • Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.
  • Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.
  • Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.
  • Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S.A.W. tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang mensesiakan umurnya sampai ke tua.
  • Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.

Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia` dan mursalin menjadi makmum.

Rasulullah S.A.W. terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.

Semasa Mikraj ( Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah ):
Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah S.A.W. dan Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).
i.    Langit Pertama: Rasulullah S.A.W. dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam A.S. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba` dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.
ii.    Langit Kedua: Nabi S.A.W. dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi 'Isa A.S. dan Nabi Yahya A.S.
iii.   Langit Ketiga: Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf A.S.
iv.   Langit Keempat: Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris A.S.
 v.   Langit Kelima: Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun A.S. yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.
vi.   Langit Keenam: Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan Nabi-Nabi. Seterusnya dengan Nabi Musa A.S. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.
vii.    Langit Ketujuh: Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Ma'mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah S.A.W., Nabi Ibrahim A.S. bersabda, "Engkau akan berjumapa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dha'if, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu LA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAHMengikut riwayat lain, Nabi Ibahim A.S. bersabda, "Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA LA ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA LA HAULA WA LA QUWWATA ILLA BILLAHIL- 'ALIYYIL-'AZHIM. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga". Setelah melihat beberpa peristiwa lain yang ajaib. Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).
viii.   Tangga Kelapan: Di sinilah disebut "al-Kursi" yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.A.W. menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah S.A.W. dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya.
ix.   Tangga Kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.A.W. masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur 'Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.
 x.     Tangga Kesepuluh: Baginda Rasulullah sampai di Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah S.W.T. dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya:
Allah S.W.T     :       Ya Muhammad.
Rasulullah        :       Labbaika.  
Allah S.W.T     :       Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan.
Rasulullah        :       Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan 'Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan. 
Allah S.W.T     :       Aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari qiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah 'Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan Aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang. 
Selesai munajat, Rasulullah S.A.W. di bawa menemui Nabi Ibrahim A.S. kemudian Nabi Musa A.S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah S.A.W. merayu kepada Allah S.W.T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardhukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.
  
Selepas Mikraj
Rasulullah S.A.W. turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah). Wallahu'alam.
(Sumber : Kitab Jam'ul-Fawaa`id)
Kesimpulannya, Peristiwa Israk dan Mikraj bukan hanya sekadar sebuah kisah sejarah yang diceritakan kembali setiap kali 27 Rejab menjelang. Adalah lebih penting untuk kita menghayati pengajaran di sebalik peristiwa tersebut bagi meneladani perkara yang baik dan menjauhi perkara yang tidak baik. Peristiwa Israk dan Mikraj yang memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah dan takut kepada kekuasaan-Nya.
Seandainya peristiwa dalam Israk dan Mikraj ini dipelajari dan dihayati benar-benar kemungkinan manusia mampu mengelakkan dirinya daripada melakukan berbagai-bagai kejahatan. Kejadian Israk dan Mikraj juga adalah untuk menguji umat Islam (apakah percaya atau tidak dengan peristiwa tersebut). Orang-orang kafir di zaman Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam langsung tidak mempercayai, malahan memperolok-olokkan Nabi sebaik-baik Nabi bercerita kepada mereka.
Peristiwa Israk dan Mikraj itu merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikan kudrat atau kekuasaan Allah Subhanahu Wataala. Allah Subhanahu Wataala telah menunjukkan bukti-bukti kekuasaan dan kebesaran-Nya kepada Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam.
Mafhum Firman Allah S.W.T. : "Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat."
(Surah Al-Israa': Ayat 1).

SUMBER : http://www.al-azim.com/~beringin/agama/israkdanmikraj.htm

Tuesday, June 28, 2011

Gambar Anak Jimmy Shanley

Alhamdulillah Jimmy Shanley selamat dikurniakan anak perempuan yang sangat comel.. Tengok koram comel kan.. putih melepak jer baby diorang nie kan... Teringinnyer IEB nak merasa saat ini... Zahrah Shanley diberi nama untuk Puteri Kecil ini, apa yang IEB baca Zahrah dilahirkan Zahrah  selamat dilahirkan secara pembedahan di Pusat Perubatan Putra (PMC), Sungai Buloh pada pukul 6 petang, Jumaat lalu dan berat 2.2 kilogram.

Apa yang IEB baca lagi, Jimmy Shanley turut mengalirkan air mata dikala Puteri Kecil ini lahir... Wahhhh sapa tak terharu kan bila dikurniakan permata sebegini..... Tahniah buat Jimmy Shanley dan isteri Nursuhaila Eliani walaupun mereka mengalami krisis rumahtangga.. Diharap mereka dapat mendidik Puteri Comel ini sebaik-baiknya walaupun mereka mengalami masalah keluarga...

Monday, June 27, 2011

Kartun Seksi Nampak Buah Dada



Hai koram IEB kembali sihat dan akan berblog sepertia biasa... Terimakasih atas nasihat juga kata-kata semangat yang telah koram beri pada IEB... Terima kasih yer semua.. sayam koram semua.... Terlebih dahulu IEB ingin meminta maaf diatas tajuk yang menggunakan perkataan buah dada, IEB cuma ingin menyampaikan sahaja.

Semenjak 2 menjak ini IEB perasan ada siaran TV  yang mengeluarkan kartun untuk tontotan umum sekitar jam 6 hingga 7 petang... Apa yang membuatkan IEB tertarik nak buat entry ini adalah IEB terlihat beberapa rancangan kartun di TV yang memaparkan kartun perempuan yang seksi-seksi... Pada pendapat IEB kebanyakan kanak-kanak yang meminati rancangan kartun, jadi amat tidak elok menjadi tontonan mereka.. Lebih-lebih lagi pada mereka yang berumur 18 tahun kebawah.... Pada ibu bapa haruslah mengawal anak-anak mereka untuk menonton rancangan yang berunsur tidak elok tersebut, bagi mengelakkan berlakunya gejala sosial yang semakin menigkat dikalangan masyarakat....

Diharap pihak televisyen tersebut dapat megkaji semula rancangan yang mereka paparkan untuk tontonan umum, biar sesuai dengan semua lapisan masyarakat termasuk kanak-kanak...

Friday, June 24, 2011

Amalan Ketika Sakit

Sesungguhnya Hamba Mu ini Redha dengan sakit yang Kau berikan ini Ya Allah, kerana ia adalah satu rahmat untuk menguji umat Mu... 

Sakit adalah penyuci dosa dimana, kita berserah dan bertawakal sepenuhnya kepada yang Maha Esa.. Disini IEB ada memberi info serba sedikit mengenai amalan ketika kita ditimpa sakit... Jangan mengeluh, sebaliknya kita harus bersyukur keraya DIA pencipta masih sayang kan kita dan menyuruh kita untuk segera bertaubat kepada NYA.. Marilah banyakkan zikir dan berdoa semasa sakit.. Mudh-mudahan diberkati.. Amin, Yarabbal A'alamin...

Perdampingan dengan Allah dengan mengingati Allah berdoa dan bersabar

Ini disebabkan, Penyembuh yang sebenamya ialah Allah. Adalah sesuatu yang tidak masuk diakal sekiranya mereka yang sakit enggan untuk berdamping dengan Dia Yang Maha Penyembuh dan mereka bersikap menjauhkan diri daripadaNya.
i) Firman Allah:

"Ingatilah Aku nescaya Aku akan mengingatimu."

(Al-Baqarah: 152)
Ingatilah Allah, moga-moga Allah akan mengingati mereka yang sakit dengan pertolonganNya.
Ibn Hisyam meriwayatkan bagaimana Ar-Rasul bersembahyang duduk ketika sakit sebelum wafat. Menunjukkan perdampingan dengan Allah perlu berterusan walaupun ketika sakit.

ii) Bersabda Ar-Rasul:
"Kamu hendaklah mengambil dua jenis ubat:- madu dan Qur'an."
(Baihaqi dan Ibn Majah)
Membacakan Al-Qur'an merupakan ubat penting di dalam kehidupan manusia, di samping ubat-ubat lain. Pembacaan Al Qur'an akan merapatkan lagi hubungan seseorang dengan Allah.

iii)Pesakit-pesakit juga tidak boleh lupa daripada berdoa kepada Allah.
Perhatikanlah hadis ini:-
"Letakkanlah tangan kamu di bahagian yang kamu terasa sakit. Kemudian bacalah  
بسم الله الرحمن الرحيم tiga kali  dan kemudian bacalah doamelegakan sakit sebanyak tujuh kali!"



Berkata Osman, "Aku pun melakukannya dan Allah menghilangkan kesakitan ku itu!"
(Muslim)
Si doktor juga perlu berdoa untuk si pesakit.
Lihatlah bagaimana Ar-Rasul berdoa untuk Saad ibn Waqqas:

"Ya Allah, sembuhkanlah Saad." (3x)
(Muslim)

iv) Di samping itu pesakit-pesakit dan para-para doktor mesti memahami bahawa kesabaran adalah penting di samping berusaha, kerana penyakit yang menimpa akan mengkifaratkan dosa-dosa.
Bersabda Ar-Rasul:
"Tidaklah seorang Muslim ditimpa oleh keletihan, atau kerisauan, atau kedukacitaan, atau penyakit, atau permasalahan walaupun kesakitan berupa duri (yang mengenai), melainkan ini merupakan penebus kepada dosanya."
(Bukhari dan Muslim)

Thursday, June 23, 2011

Spontaneous Thursday #1

Sayang Tak Bermakna Cinta, Tapi Dalam Cinta Ada Segala-galanya Termasuk Sayang.

Jutaan Terima Kasih Semua

Pertama selai IEB ingin memanjatkan syukur kehadrat Illahi kerana dengan limpah dan kurniaan NYA IEB masih diberi peluang untuk bernafar di bumi ini... Jutaan terima kasih khas buat En. Bard yang banyak membantu IEB semasa IEB sakit ini.... IEB bersyukur sangat kerana dia telah diciptakan untuk IEB, jasanya menjaga IEB menunggu IEB semasa IEB sakit ini tak dapat IEB nak balas... En. Bard sanggup ambil cuti semata-mata nak jaga IEB dan masakkan untuk IEB... Terima Kasih Pa sebab sentiasa menjaga dan memberi semangat untuk Je.. JE sayang Pa sesangat.... Mudah-mudahan kita akan kekal bahagia ke akhir hayat nanti.. Amin Yarabbal A'alamin... IEB bersyukur kerana mendapat seorang suami yang sangat penyanyang.....

Jutaan terima aksih juga buat ayahnda bonda dan ayahnda bonda mertua yang hari-hari telefon IEB bertanyakan khabar dan emngabil berat pasal diri IEB... Termia kasih mak-mak dan ayah-ayah semua.. Sayang mak-mak dan ayah-ayah sesangat.....

Jutaan terima kasih khasnya buat kawan-kawan IEB yang nyata mahupun di alam maya, yang sentiasa memberi nasihat dan sokongan buat IEB.. IEB sayang koram ketat-ketat.... Terima kasig buat KSP kerana beliau lah orang pertama yang memberi ucapan di FB juga di Group Sahabat Blogger.. Terima Kasih buat KSP, juga buat Adik HY yang siap buat entry untuk IEB.. Terima kasih yang, betul apa yang adik gitau tu... Setiap kejadian ada hikmahNYA.. Kini IEB redha dengan segala ketentuan NYA...

IEB minta maaf sesangat sebab IEB tak dapat nak BW blog koram sesangat, sebab IEB masih lagi belum pulih sepenuhnya, badan masih lemah dan perut IEB masih lagi mengalami kesakitan.... IEB minta maaf sesangat... kalau IEB berkemampuan, Insya Allah IEB BW blog koram pki handphone jer....

Wednesday, June 22, 2011

Blogspot Bermasalah, Gagal Untuk Meng Upload Gambar Dalam Entry

IEB buat enty hari nie dan cuba nak meng upload gambar dalam blog, tapi gagal, ada sesiapa boleh tolong jawabkan, kenapa ia berlaku, adakah blogspot bermasalah lagi??? ASAP

Wordless Wednesday


Published with Blogger-droid v1.6.9

Tuesday, June 21, 2011

Don't judge a book by its cover!


IEB suka untuk menekankan peribahasa sebegini "Jangan Menilai Buku Dari Kulitnya".... Kenapa?? Sebab kebanyakan dari kita suka menilai sesorang melalui rupa parasnya.. Misalnya, koram nampak di memakai songkok, sentiasa mencari surau bila masuk sahaja waktu, sentiasa mengeluarkan kata-kata yang baik-baik sahaja, koram akan ingat dia seorang yang sebaik-baik umat.. Benarkah??? 

Hakikatnya tak semua orang yang kita nampak sebegitu adalah sebaik-baik umat.. IEB ada jumpa beberapa orang sebegini... Pada mulanya tanggapan IEB juga seperti koram, "baiknya orang tu." "segan lah dengan simpulan ni, dier tak pernah tinggal sembahyang, tak pernah bukak tudung, tak pernah mengeluarkan kat-kata kesat" Tapi bila sudah lama mengenali mereka barulah IEB kenal dengan perangai sebenar mereka... Walapun tak semuanya begini...

Lagi satu apa yang selalu IEB nampak adalah mereka suka menilai sesorang itu apabila pertama kali melihat misalnya "seksi lah minah tu, ni mesti bohsia nie"... Pernah ker koram terfikir kalau diorang dengar apa yang koram ucapkan tu?? Jangan mudah kita menilai mereka melalui pemakaian mereka juga, kerana kita tidak tahu isi hati mereka, mungkin mereka lebih mulia dari kita, mungkin mereka juga ingin perubahan dan sedang mencari jalan ke arah itu... Banyak lagi contoh yang selalu berlaku di depan mata IEB... Macam IEB juga, jangan pula koram ingat penulisan IEB baik-baik, IEB seorang yang sangat baik... IEB hanya manusia biasa yang tak pernah lepas melakukan kesalahan dan kesilapan...

Kita ini manusia biasa yang tidak pernah terlepas melakukan kesalahan. Hanya DIA yang Maha Sempurna... Minta maaf jika ada penulisan IEB yang membuatkan koram terasa.... IEB menulis lahir dari hati terus ke jari lalu menekan keyboard dan terus di publish untuk bacaan koram....

Monday, June 20, 2011

Keguguran Buat Kali Ke-2


Ya Allah, Sesungguhnya kami Redha dengan segala ketentuan Mu Ya Allah.. Setiap apa yang berlaku ada hikmahNYA Ya Allah... Kami berserah segal-galanya Hanya Pada Mu... Sudah suratan takdir IEB dan Suami tiada rezeki untuk baby yang ke-2 kami ini.... Sedih dan pilu teramat sangat..... Tabahkan hati kami Ya Allah untuk menerima Ujian MU... Amin, Yarabbal A'alami..

IEB baru sahaja keluar dari Wad Kecemasan Hospital Kecemasan Putrajaya kerana keguguran dan pendarahan.. Badan terasa sangat lemah, hati juga merasa sangat sedih.. I, need rest... Minta maaf banyak-banyak jika IEB tak sempat bertandang kebelog koram.... Maaf dipinta juga jika IEB ada membuat kalian berkecil hati... Sesungguhnya apa yang berlaku adalah ujian dari Yang Maha Esa buat diri IEB yang lemah ini.. Doakan semoga IEB tabah untuk menghadapinye yer...

Shoutbox, Cbox, Shoutmix Problem

Warggggggghhhhhh rasa nak menangis jer.... Dah berminggu-minggu sebenarnyer IEB tak boleh membalas jejak koram yang tinggalkan di ruangan Cbox IEB tu, disebabkan opis IEB dan block Cbox untuk semua blog.. So, IEB pun tak dapat nak gossip2 ngan koram dah.. Huhuhuhuhuhu.. Koram jangan memarah tau.. Insya Allah kalau sempat IEB akan balas jejak koram bile IEB balik kerumah nanti...

Hapy Belated Birthday Qaseh Delia Adalia

Sorry dik akak lambat memberi ucapan Selamat Hari Lahir yang ke-23, Eh, sebaya lah Qaseh ngan adik IEB No. 2 tu...

Ucapan akak :
Semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, cepat-cepat naik pelamin dan sentiasa mendapat kebahagiaan dan keredaan NYA dunia dan akhirat kelak.. Mudah-mudahan.. Amin Yarabbal A'alamin....

Sayam Qaseh ketat-ketat..... Mmmmuah...

Kartunis Ujang, Qayyum Meninggal Dunia

Hari nie IEB BW, blog kengkawan terbaca mengenai satu lagi berita pemergian orang yang berbakat besar di Malaysia iaitu Kartunis Majalah Ujang, Qayyum yang cukup dikenal dengan kartun Mat Dispact beliau..
Arwah dipercayai meninggal dunia di Apartment beliau jam 7.45 malam tadi kerana mengidap stroke... Takziah buat ahli keluarga Arwah.. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman..

Baru sahaja kita dikejutkan dengan pemergian Arwah Pak Uda... Biler teringat akan kematian, terasa keinsafan melanda diri.. Sesungguhnya ajal sentiasa menghampiri kita tak kira berapa usia kita... Setiap yang hidup akan pergi jua kepada NYA, kerana kita hanyalah sementara sahaja di dunia ini.....

Al-Fatihah buat Pak Uda (Zami Ismail)

Salam Takziah diucapkan khas buat keluarga Arwah Zami Ismail atau lebih dikenali dengan nama Pak Uda... Alfatihah buat Arwah, semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman..

Terkejut mendengar berita pemergian Arwah Pak Uda semalam.. Sekali lagi kita kehilangan seorang seniman yang sangat berbakat besar dalam dunia lakonan ini... Teringat lakonan Arwah dalam rancangan Sitcom Pi Mai, Pi Mai Tang Tu dan yang terakhir sekali Filem arahan Mamat Khalid Hantu Kak Limah Balik Rumah... Lakonan Arwah seringkali mencuit hati kecil kita...

Selamat Hari Bapa

 Ayah IEB
 Ayah Mertua IEB

Sebelum terlambat IEB ingin mengucapkan Selamat Hari Bapa khas buat ayahnda tercinta Muhammad Ridzwan b. Md. Ariff, juga tak lupa khas buat Yah Mertua Baharuddin....

IEB juga ingin mengucapkan Selamat Hari Bapa yang meraikan sambutan hari bapa semalam.. Selamat Hari bapa buat kalian yer...

Friday, June 17, 2011

Poligami perlu keputusan lebih terperinci

Petikan Daripada Berita Harian Online
Sila KLIK Untuk Tumbesaran Maksima

IEB menyokong sepenuhnya pendapat Yusri, dari Kuala Lumpur di atas... Pada IEB berfikirlah sebelum anda membuat keputusan untuk berpoligami, jika ia hanya akan menyusahkan kesemua pihak, cuba berfikir semula untuk ke arah itu.... Yang penting adalah niat, apakan niat anda untuk berpoligami?? Kerana nafsu semata-mata kah?? kalau kerana nafsu semata-mata baik di elakkan... 

Betul kata Yusri banyak perkara harus kita fikirkan untuk berpoligami inie, misalnya kewangan, keadilan pada setiap pasangan, bolehkan kita berlaku adil seadilnya, kita hanya manusia biasa yang tidak pernah sempurna. Dari segi aspek perhubungan pula, ia mungkin akan melibatkan hati dan emosi wanita yang dimadu itu. Sedikit sebanyak hati lemah mereka juga mudah tersentuh sekaligus melibatkan kawalan emosi yang tidak stabil...  Hubungan kekeluargaan misalnya dengan ahli keluarga mertua, juga sedikit tergangu yang kadangkala mengakibatkan dendam dan permusuhan... Koram nak ker hubugan baik yang koram jalin selama ini semakin hambar akhirnya... 

Pada wanita muda yang berniat untuk berbuat sedemikian cuba elakkan, kerana ia amat berisiko besar bak kata Yusri lagi.. Benar, koram mungkin berisiko besar untuk ke arah itu..  Banyak prosedur yang koram mesti hadapi, kebanyakan yang IEB dengar lah mereka lebih memilih untuk bernikah di Siam, koram tak rasa ker cara itu sangat memalukan juga menyusakan banyak pihak.... Sebelum koram bertindak sedemikian, cuba fikirkan ahli keluarga koram yang lain, mereka suka kah anak mereka bernikan dengan cara itu???

Cuba koram renung-renungkan yer... IEB minta maaf jika ada yang tak bersetuju dengan pendapat IEB ini, IEB just memberi pendapat IEB sahaja... Terpulang pada individu masing-masing...
Ingat ini semua melibatkan hati dan perasaan, cubalah untuk menjaga hati dan perasaan psangan masing-masing dan cubalah untuk menghargai pasangan masing-masing selagi dia di depan mata kita.. Menyesa kemudian tiada gunanya...

Thursday, June 16, 2011

Besarnya Kemaluan IEB

Wahhhhh nak nangis pun ada, serius gabra, takut pun ade... Tapi yang paling IEB rasa dalah perasaan takut sebab adeh, malu pulak nak cerita koram.... Haipppp, bukan pasal kemaluan IEB besar lah... Mana leh gitau, dosa tau.. Bahaya..

Nie pasal peristiwa balik kerja petang tadi... Waaaa, rasa malu dan blushing sekejap muka IEB sampai menyirap darah sampai ke atas... Tetengah bawak moto nak balik ke rumah sambil berangan sikit dan nyanyi-nyanyi lagu peberet tiba-tiba moto IEB berhenti bebetul ditengah-tengah traffic light.. Masa tu lampu hijau, so line IEB kene jalan lah, tapi tetiba moto IEB stuck ditengah-tengah.. Koram bayangkan lah punyer lah takut IEB nie.. takut dilanggar kereta dari belakang yang tak nampak motor IEB terberhenti.. Mujur Allah masih panjangkan nyawa IEB, Syukur Alhamdulillah Ya Allah...

Koram nak tahu ker pasal aper motor IEB berhenti??? Motor IEB Autostart Alarm, So IEB lupa nak pulas mata kunci di tempat kunci moto tu.. Waaaaaa, koram paham ker nie, kalau tak paham sila abaikan ayat songsang IEB nie... IEB cumer nak meluahkan betapa malunyer IEB hari nie..

PERANG antara BLOGGER BERMULA !

KETUA KUMPULAN : Sunah Sakura

NAMA KUMPULAN  : KL GANGSTER
  1. http://gula-gulapelangi.blogspot.com
  2. http://www.adybudika.com
  3. http://lzulxocraxme.blogspot.com
  4. http://www.sunahsukasakura.com
  5. http://dreamcda.blogspot.com
  6. http://birumuda91.blogspot.com
  7. http://thesoundofmyjourney.blogspot.com
  8. http://ekahafizy.blogspot.com
  9. http://bintangkita080808.blogspot.com
  10. http://bicaramakdara.blogspot.com
  11. http://ibundadelight.blogspot.com
  12. http://mizztina.blogspot.com
  13. http://ahmooyymunchett.blogspot.com
  14. http://azfar9897.blogspot.com
  15. http://cekedismanis.blogspot.com
  16. http://pilhanhati.blogspot.com
  17. http://suarahatisipujaanhati.com
  18. http://nusha1706.blogspot.com
  19. http://sitikektus.blogspot.com
  20. http://amanithecraziest.blogspot.com
  21. http://www.hasrulhassan.com
  22. http://pinkexia.blogspot.com
  23. http://sitiatikah.com
  24. http://qyrndishdush.blogspot.com
  25. http://pwince93.blogspot.com
  26. http://themrizzo.blogspot.com
  27. http://salimharmanain.blogspot.com
  28. http://jahidihsaili.blogspot.com
  29. http://2octobersecret.blogspot.com
  30. http://sukmabintara.blogspot.com
  31. http://msredcheesecake.blogspot.com
  32. http://idafirdausi79.blogspot.com
  33. http://syurgacintalya.blogspot.com
  34. http://sitiumairahsaat.blogspot.com
  35. http://www.blahblahasnita.blogspot.com
  36. http://kasutkaripap.blogspot.com
  37. http://official19.blogspot.com
  38. http://belogperibadi.blogspot.com
  39. http://viniyamey.blogspot.com
  40. http://eerashera.blogspot.com 
  41. http://www.jamaluddin.net
  42. http://frameandlenses.blogspot.com
  43. http://smileasuwant.blogspot.com
  44. http://hasrisa.blogspot.com
  45. http://miss-nadya.blogspot.com 
  46. http://ayaisensei.blogspot.com
  47. http://bbyuya.blogspot.com
  48. http://eima-contest.blogspot.com
  49. http://belogcikarda.blogspot.com
  50. http://sempoi-zone.blogspot.com 
Rujuk SINI

Perempuan Merokok Cantik dan Cerdik

Cantik ker??? IEB nak tanya pendapat koram lah kan, elok ker kalau koram pandang perempuan merokok nie?? Cantik ker diorang biler merokok nie?? IEB tengok semakin ramai perempuan merokok nie.. Kekadang tengok muka cantik dan macam budak baik-baik jer, tapi kat tangan pegang rokok hembus asap sana sini... Dah macam gurl mafia dah nampak.. IEB minta maaf jika enry ini menyebabkan koram terasa dan sebagainya... IEB cuma ingin meluahkan apa yang terbuku sahaja..

IEB selalu nampak di Alamanda, Putrajaya golongan mereka ini, kekadang tengok mereka slumber sahaja dan seolah-olah mereka bangga dengan perbuatan mereka.. Siap ada buat asap bentuk OOO lagi.. Rasa kurang sopan pulak biler nampak gurl yang buat macam tu... Kekadang apa yang IEB lihat kebanyakan golongan muda-mudi.. Bila diorang buat sebegitu teringin IEB nak tegur seperti adik-adik IEB, tapi apakan daya IEB tak mampu nak berbuat demikian demi menjaga maruah mereka.. IEB hanya boleh memandang simpati kepada mereka...

Bagaimanalah keadaan mereka kelak, sebab muda-mudi lagi organ dalaman sudah dihidangkan dengan asap tar... Jika ada sesiapa yang terbca entry init IEB minta maaf sesangat.. IEB sekadar menasihati sepaya mereka tidak terjebak lagi kea arah yang lebih teruk.. Jagalah kesihatan anda.. Sayangilah diri anda seperti mana anda menyayangi orang-orang yang anda sayangi...

Dapat BE Nuffnang Yang Pertama

Pertama kali IEB ingin memanjatkan syukut kehadrat Illahi, kerana diatas limpahan kurniaan rezeki buat IEB sekeluarga juga masih diizinkanNYA untuk IEB masih bernafar dimuka bumi ini....

Dah lama IEB tak bukak Nuffnang, hari terasa nak try bukan Nuffnang. Dan Alhamdulillah hari IEB diberi BE yang pertama dai Nuffnang... Rasa Gembira sangat, walaupun tak seberapa, tapi IEB bersyukur sangat-sangat.. Semua rezeki datang ini adalah dariNYA... Mudah-mudahan murah lah rezeki IEB dan koram semua lagi lepas nie.. Amin Yarabbal A'alamin...
 Terima kasih khas buat  Nuffnang, kerana sudi bagi IEB BE ini... Lepas nie bagi lah lagi yer.. Bertambah-tambah semangat IEB nak berblog.. Diorang nie bagus gak koram, hari tu IEB ada hantar email bertanyakan mengapa IEB tak pernah diberi BE, dan respon dari diorang sangat cepat dan siap bagi tips supaya IEB meningkatkan lagi traffic di blog picisan IEB nie.. Insya Allah IEB akan cuba untuk memperbaiki mutu penulisan IEB untuk menarik minat pembaca di blog IEB...

Mood IEB happy sangat hari ini, walaupun terasa Rinduuuuuu sesangat dengat En. Bard..

PERANG BLOGGER

Wednesday, June 15, 2011

Fenomena Gerhana Bulan Penuh Esok


سُبْحَانَ اللّهِ

Esok dijangka berlaku fenomena alam yang jarang sekali kita jumpa, iantu Fenomena Gerhana Bulan Penuh sekitar jam 1.25 pagi dan 7.00 pagi esok... Kita boleh melihat fenomena ini bemula seawal pagi tersebut.. Subhanallah sungguh besar kekuasaan Mu Ya Allah sehinggakan fenomena sebegini berlaku, dan bersyukur pada Mu Ya Allah, kerana menginzinkan kami untuk melihat keindahan ciptaan Mu Ya Allah....

Marilah kita sama-sama melakukan Solat Sunat Gerhana

Tatacara Sebelum Melaksanakan Solat Sunat Gerhana
1.   Sunat mandi terlebih dahulu.
2.   Tidak disunatkan memotong kuku atau bercukur kerana waktu yang sempit.
3.   Sunat juga memakai pakaian yang biasa (pakaian harian), bukan pakaian yang cantik-cantik seperti solat sunat istisqa’ (minta hujan).
Waktu Disunatkan Solat Sunat Gerhana
Waktunya bermula ketika berlakunya gerhana dan berakhir dengan hilangnya gerhana tersebut dan keadaan menjadi seperti sedia kala.  Begitu juga tidak diharuskan menambah ruku’ menjadi tiga bagi satu rakaat sekalipun gerhana berlaku panjang, atau memendekkan ruku’ menjadi satu bagi satu rakaat sekalipun gerhana sudah berlalu.  Jika gerhana berlalu dan hilang sedang kita masih dalam keadaan bersolat maka dikira sah.  Jika gerhana berlaku pada waktu yang ditegah padanya kita bersembahyang, maka dengan sebab gerhana kita disunatkan bersembahyang dan makruh pula meninggalkannya jika kita melihat fenomena gerhana.  Ini adalah pendapat di sisi mazhab kita.  
Beberapa Peringatan
i.       Tidak perlu azan dan iqamah untuk memanggil jemaah menunaikan solat gerhana tetapi cukup dengan sekadar ucapan : ( الصِّلاَةُ جَامِعَةً )
ii.      Sunat menyaringkan suara pada bacaan Fatihah dan surah ketika solat sunat gerhana bulan.  Bagi solat sunat gerhana matahari pula disunatkan memperlahankan suara pada bacaan Fatihah dan surah.
iii.     Disunatkan mandi untuk solat gerhana, seperti hendak solat Jumaat.
iv.     Sunat menyampaikan khutbah (dua khutbah seperti khutbah Jumaat) selepas solat sunat gerhana walaupun gerhana sudah hilang.
v.      Sunat menyampaikan khutbah (seperti khutbah hari raya tetapi tidak disunatkan bertakbir 9 atau 7 kali berturutan pada mukaddimah khutbah).
vi.     Isi khutbah hendaklah menyuruh para jemaah agar bertaubat daripada maksiat, bersedekah, berbuat kebajikan, banyak berdoa, beristighfar dan berzikir, memerdekakan hamba, berpuasa, mengingatkan manusia supaya tidak lalai, jangan leka dengan dunia dan sebagainya.
vii.    Jika dilakukan berseorangan atau jemaah hanya daripada kalangan wanita, maka tidak perlukhutbah (tetapi harus memberi tazkirah kepada jemaah wanita).
  
PANDUAN RINGKAS SOLAT GERHANA & KHUTBAHNYA

Lafaz Niat Solat Sunat Gerhana Bulan
أُصَلِّى سُنَّةَ الخُسُوفِ رَكْعَتَينِ للهِ تَعَالَى
Ertinya : “ Sahaja aku solat sunat gerhana bulan dua rakaat kerana Allah Taala.”

Lafaz Niat Solat Sunat Gerhana Matahari
أُصَلِّى سُنَّةَ الْكُسُوفِ رَكْعَتَينِ للهِ تَعَالَى
Ertinya : “ Sahaja aku solat sunat gerhana matahari dua rakaat kerana Allah Taala.”

Cara & Bilangan Rakaat
Terdapat 3 cara melaksanakan solat sunat gerhana iaitu;
i.       Yang terlebih sempurna ialah dilakukan 2 rakaat dengan setiap rakaat 2 ruku’ dan 2 qiyamyang dipanjangkan bacaan surah dan tasbihnya pada kedua-dua rakaat (Kesimpulannya: jumlah ruku’, qiyam dan sujud adalah sebanyak 4 kali dalam dua rakaat solat sunat gerhana).  Ini adalah cara yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. bersama para sahabatnya dan melibatkan masa yang amat panjang.  Kadar panjang bacaan surah ialah surah al-Baqarah (286 ayat) dalam qiyam pertama, sirah Aali Imran (200 ayat) dalam qiyam kedua, surah al-Nisa’ (176 ayat) dalam qiyam ketiga, dan surah al-Ma’idah (120 ayat) dalam qiyam keempat).  Kadar panjang tasbih ialah sekadar bacaan 100 ayat dalam ruku’ dan sujud pertama, sekadar bacaan 90 ayat dalam ruku’ dan sujud kedua, sekadar bacaan 70 ayat dalam ruku’ dan sujud ketiga, dan sekadar bacaan 50 ayat dalam ruku’ dan sujud keempat.
ii.     Yang lebih sempurna dilakukan 2 rakaat dengan 2 kali ruku’ dan 2 kali qiyam, dengan tidak dipanjangkan bacaan pada kedua-dua rakaat.  Ini adalah cara yang sederhana dan tidak memakan masa yang lama.
iii.     Sekurang-kurangnya 2 rakaat seperti solat sunat biasa.  Ini adalah cara dan bilangan rakaat yang paling minimum dan melibatkan tempoh yang singkat.

Huraian Cara Kedua (Sederhana Panjang)
Berikut adalah huraian cara solat gerhana dalam tempoh yang sederhana iaitu sekitar 30-40 minit berdasarkan pengalaman menunaikan solat gerhana bulan pada hari Selasa 15 Syaaban 1428 bersamaan 28 Ogos 2007 lalu.  Turut dicadangkan bacaan surah-surah pilihan daripada juzuk ke-30 yang lebih dikenali di kalangan masyarakat kita dengan ’ayat-ayat lazim’.

(Rakaat Pertama)
1.         Takbiratul Ihram.
2.         Membaca doa iftitah.
3.         Membaca Isti’azah. (أَعُوْذُ بِالله مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيْمِ)
4.         Membaca surah al-Fatihah.
5.         Membaca surah dalam qiyam pertama.  Dicadangkan membaca surah surah al-Baqarah (ayat 1-25) atau surah al-A’laa (19 ayat).
6.         Ruku’ (pertama) dan membaca tasbih (100 kali tasbih).
7.         Iktidal dan qiyam kedua, membaca surah al-Fatihah dan surah.  Dicadangkan membaca surah al-Baqarah (ayat 26-48) atau surah al-Ghaasyiyah (26 ayat).
8.         Ruku’ (kedua) dengan membaca tasbih (90 kali tasbih).
9.         Iktidal.
10.       Sujud (pertama) dan membaca tasbih (100 kali tasbih).
11.        Duduk antara 2 sujud (sunat dipanjangkan tempohnya).
12.        Sujud (kedua) dan membaca tasbih (90 kali tasbih).
13.        Berdiri ke rakaat kedua.

(Rakaat Kedua)
1.         Qiyam ketiga dan membaca surah al-Fatihah.
2.         Membaca surah.  Dicadangkan membaca surah al-Baqarah (ayat 49-61) atau surah al-Syams (15 ayat).
3.         Ruku’ (ketiga) dan membaca tasbih (70 kali tasbih).
4.         Iktidal dan qiyam keempat, membaca surah al-Fatihah dan membaca surah.  Dicadangkan membaca surah al-Baqarah (ayat 62-74) atau surah al-Zalzalah (8 ayat).
5.         Ruku’ (keempat) dengan membaca tasbih (50 kali tasbih).
6.         Iktidal.
7.         Sujud (ketiga) dan membaca tasbih (70 kali tasbih).
8.         Duduk antara 2 sujud (sunat dipanjangkan tempohnya).
9.         Sujud (keempat) dan membaca tasbih (50 kali tasbih).
10.       Membaca tasyahhud akhir.
11.       Memberi salam & imam bangun menyampaikan dua khutbah.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...