Yang Join Aku Nie!

Tuesday, May 10, 2011

Terengganu 6 - 7 Mei 2011 Part 1

Penat masih terasa sampai sekarang rasanya mengharungi perjalanan ke Terenganu dalam 9 jam perjalanan... Tapi sangat seronok, dan dapat merehatkan minda... IEB bergerak dalam trip pertama pukul 9.00 pagi. Sebanyak 5 buat bas yang mengikuti trip pertama, manakalan 2 buah abs lagi trip ke-2 pukul 3.00 petang... IEB sampai ke Felda Residence Hotel, Kuala Terengganu kira-kira jam 06.30 petang... Kira-kira jam 09.00 malam IEB and the geng per lagi jalan-jalan carik makan berdekatan dengan tempat penginapan... Nak pi jauh kenderaan tak disediakan plak tuk malam... So IEB memilih western menjadi hidangan kami.....

Selesai makan malam, IEB dan beberapa orang rakan lagi cuba mencari tempat untuk berkaraoke. Suasana malam Di KT sangat sunyi rupanya... Kami jalan kaki jer koram, meredah kegelapan dek kerana semua kedai-kedai berdekatan sudah tutup... Kami jumpa satu tempat tu hasil carian Bro Zaki.. Tempat yang agak terasing bagi kami, tapi kami masuk gak dengan niat nak karaoke sahaja... Macammana tempat tu, tak yah lah IEB cerita okeh... Kira-kira pukul satu pagi kami balik kebilik masing-masing..

Keesokan hari pukul 06.30 pagi bas kami sudah bergerak ke Merang Suria Resort yang mengambil masa 1 setengah jam jugak untuk sampai ketapak karnival kami... Sampai jer kami membuat pendaftaran dan diberi sarapan pagi... Bermulalah acara yang telah diatur urusetia.. IEB masuk permainan Water Rafting jer koram... Cara permainan ini adalah setiap kumpulan mempuanyai 10 orang peserta dikehendaki membuat rakit sendiri menggunakan pelampung, tali dan kayu untuk penguat rakit kami.. Pasukan IEB dapat tempat terakhir, walaupun kalah kami berpuas hati sebab rakit kami kukuh....

Kira-kira jam 12.30 semua acara yang diatur urusetia pun tamat, ada sesi berkaraoke, tiup belon, mummy dressing, goyang inul, tarik tali dan sebagainya.... Selepas tamat segala acara kami di jamu makanan tradisi dari Terengganu... Lebih kurang jam 04.00 petang kami mula bergerak balik dari hotel ke Putrajaya, sebelum tu sempat juga kami singgah ke Pasar Payang membeli keropok bagai.. IEB masuk sekejap jer dalam tu koram, sebab terasa panas sangat.... Dan kami selamat sampai Ke Putrajaya lebih kurang jam 05.00 pagi... Sangat letih, tapi sangat menyeronokkan...

5 comments:

Cik Puan Tqah said...

hoho..beshnyeee..xpenah men water rafting

yanamib said...

berjln gi cameron pn dah letih, apa lg nk gi ganu..pheww..tp dh smpi sana mmg best kan..cuma perjalanan nk ke sana je mcm memeritkan =)

MizzTina said...

wah..kemain padat xtvt kt sn...

Taufiq Arifin a.k.a. Topimagine said...

suasana diterengganu pada waktu malam memang sunyi kan.. kecuali di pantai abtu burok.. ramai lagi yang ngah lepak2 tengah malam :)

faryzh said...

wah..bes2.
tak bgtau nak g teganu.dekat je ngan umah faryzh tu.
kalo tak leh sediakn transport ntuk IEB and the gang jalan2.hehehehe.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...