Yang Join Aku Nie!

Wednesday, June 15, 2011

Wow Air Jarang

Koram penah dengar ker perkataan "Air Jarang"??? Ermmm mesti jarang-jarang koram dengar kan... Disebabkan IEB nie Johorian, so bahasa-bahasa Johor tu tak pernah lekang dan luput dek ingatan IEB.... Air Jarang yang dimaksudkan bukanlah bukan lah air seksi sebab pakai baju jarang.. <--- melalut plak IEB nie, kang tak pepasal kene hentam dek Anon kang.. Hahhahahha... Hye Anon... Kalau koram nak tahu Air Jarang tu apa, koram tengok jer lah kat bawah nie...
Eh bukan yang ni lah, mampos kang kene serang Anon.. Hehehehhe
<<<>>>
<<<>>><<<>>><<<>>>
<<<>>><<<>>><<<>>><<<>>>
<<<>>><<<>>><<<>>><<<>>><<<>>>
<<<>>><<<>>><<<>>><<<>>><<<>>><<<>>>
<<<>>><<<>>><<<>>><<<>>><<<>>><<<>>><<<>>>
<<<>>><<<>>><<<>>><<<>>><<<>>><<<>>><<<>>><<<>>><<<>>>
<<<>>><<<>>><<<>>><<<>>><<<>>><<<>>><<<>>>
<<<>>><<<>>><<<>>><<<>>><<<>>><<<>>>
<<<>>><<<>>><<<>>><<<>>>
<<<>>><<<>>><<<>>>
<<<>>>
Ni lah stok Air Jarang IEB tuk beberapa hari, alah yang koram panggil Air Masak lah, Air Putih lah ataupun nama komersialnyer Sky Juice....

Info :
Air dan Diet
Air sebenarnya adalah satu elemen yang sangat penting untuk badan kita. Ramai yang tahu air ni penting, tetapi tak sedar yang sebenarnya kita kekurangan air. Orang yang tinggal di negara sejuk pun minum lebih banyak dari apa yang kita minum. Minum air secukupnya sepatutnya menjadi tabiat kita. Kita perlu air kerana;
  1. Tubuh kita terdiri daripada 70% air
  2. Air diperlukan untuk mengawal suhu badan
  3. Darah kita 83% air
  4. Otot kita 77% air
  5. Tulang kita 22% air
  6. Air mengelakkan “takungan air” atau water retention
  7. Mengangkut oksigen dan zat makanan dalam badan
  8. Melembapkan kulit dan tisu badan
  9. Mengelakkan sembelit
  10. Melembapkan rawan untuk serap hentakan
  11. Membantu menguatkan otot
  12. Mengelakkan kekeringan
Berapa banyak air yang perlu kita minum? 
Kuantiti air yang kita perlu minum bergantung kepada jantina, saiz badan, umur, keadaan kesihatan, makanan harian kita, tahap aktiviti fizikal, cuaca dan ubatan yang diambil. Tetapi, kita selalu disarankan untuk meminum sebanyak 2L (8 gelas air dalam sehari). Mengikut kajian yang saya buat, untuk mengira kuantiti air yang kita perlu minum, kita bahagikan berat kita dalam KG dengan 25. Hasilnya, itulah kuantiti air yang kita perlu minum dalam sehari.
Contoh: Berat kita 75kg bahagi 25 = 3. Maka, air yang perlu kita minum ialah 3 liter.

Cara minum air yang betul
Agama Islam tidak mengalakkan kita minum sambil bernafas dan kita perlu minum dengan perlahan-lahan. Saya telah mengamalkan minum air dengan cukup selama hampir 4 tahun lebih sekarang. Hasilnya;
  1. Apabila orang kesejukan, saya rasa seperti biasa sahaja
  2. Apabila orang kepanasan, saya tidak begitu panas berbanding orang lain
  3. Saya tidak pernah mengalami masalah sembelit
  4. Saya tidak pernah pening kepala
  5. Kulit saya sentiasa lembap
Untuk minum air dengan betul, saya sarankan agar;
  • Minum 2-3 teguk setiap 10-15 minit
  • Minum segelas air sebelum makan
  • Segelas air lagi selepas makan
  • Tidak minum semasa makan
Sumber : http://cyberslimcenter.com/blog/page/4/

18 comments:

MizzTina said...

mamak, air jarang satu!!!!

memang pelik la kn mamak tu klu mintak air jarang..hahaha... dh terbiasa sbb kt kg pggl air jarang...

Misty Melor said...

:) .. kami orang kl.. dari atok nenek semua panggil air panas mati :| hehehe...


my hubby .. orang penang... panggil .. ayaq masak..

LadyzuL ⎝⏠⏝⏠⎠™ said...

ooo..dah faham...TAPI gambor tu sheksi u...

Taufiq Arifin a.k.a. Topimagine said...

lebih tertarik ngan gambar first tu... hehehe

air jarang bukan bahasa orang pantai timur ke kak :)

Ibu Muda 30series said...

pes taim dengar air jarang :)

Unknown said...

hehe....lau nampak dekat JEJAKA TERHANGAT gambo atas nie mau dia serang....selalu sgt da kene...huhu

Entry Paling Hangat: ZIZAN MAHARAJA LAWAK BAKAL DI SAMAN???? | ISU ABG KAWASAN

Unknown said...

jerang air tau lah.huhu

rafina mimi abdullah said...

jarang air?pertama kali dengar.. :)

Khumaera Ismail aka Mariam Ismail said...

dah lame tk dgr perkataan air jarang..rasenye org zmn dulu2 aje panggil camtu =)

Fakhrul said...

saya suke gambar "air jarang" di atas sekali tu..HAHAHAHA

AbgferOz said...

bley tergode tgok gmbar kat atas hahaha... isk isk isk..

yanamib said...

air jarang sedap! slalu bwk bekal air jarang dtg opis..hihu~ =P

Misz-ella said...

IEB, KC pagi tadi baru renung tupperware air yg dah 2, 3 ari tak hbis2 dn berazam nk hbiskan air tu arini. tgk2 IEB dh buat n3 tntg air. cam tau2 jer dilema KC ye. hihihi.

'idun sa'idun said...

cemaner nak bagi suka minum air jarang ni ya..? mmg la air jarang ni bagus utk kesihatan.. tp rasanya dok beshh la.. huhuhu

ain revival said...

heheh..kami orang kampung panggil air masak..:)

mintak air jarang dekat mak nnt mesti terkebil2 mak nnt..:)

KAMIHIDUP said...

KAMI tahu air jarang tu air masak, kat kampung pun selalu gak guna air jarang. :)

Maya Mayana said...

johoria rupanya..sekapal kita ni :) air jarang sungguh jarang-jarang dapat meminumya...emm kena cuba perbaiki nih

risa said...

akak pon manggei air jarang..hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...