Yang Join Aku Nie!

Wednesday, June 1, 2011

Mari Mendaftar Mengundi (SURUHANJAYA PILIHANRAYA MALAYSIA)


IEB sudah mendaftar... Koram bila lagi nak mendaftar?? Dan cukup umur kan?? Kalau dah umur 21 tahun tu dah layak sangat dah tu dan cepat-cepat sikit tunaikan tanggungjawab kita sebagai Rakyat Malaysia untuk mengundi kelak bagi menentukan pihak mana yang berhak memerintah Negara kita yang aman damai nie.. Koram sayangkan Malaysia kan?? Kalau koram sayangkan Negara tercinta nie, aper lagi jom lah kita mendaftar.

Biasa alasan koram bagi kalau suruh mendaftar nie:

  • "Tak minat Politik lah, sebab politik kotor" - Untuk itu kita bertanggungjawab untuk memilih Pemimpin yang berjiwa bersih untuk mentadbir Negara kita supaya sentiasa aman damai, IEB nak tanya koram kucar kacirkah negara kita sekarang dengan isu politik sekarang??? Tak kan?? Masih Aman dan Damai lagi jika dibandingkan dengan Negara luar yang lagi terkenal degan Rasuah, Politik Kotor dan sebagainya, kalau ada pun cuma isu kecil oleh orang yang tidak bertanggungjawab jika nak dibandingkan dengan Negara Luar... Siapa minat politik kotor nie?? IEB pun tak minat koram, untuk kita berhak menentukan pemimpin kita yang bersih bagi mentadbir negara, renung-renungkan..
  • "Muda lagi la" - Generasi muda ini lah yang diperlukan untuk membentuk negara maju akan datang. Kerana Generasi Muda masakini semakin bijak memberi idea-idea bernas untuk memajukan negara.
  • "Tak da masa lah nak mendaftar" - Alahai koram lama sangat ker nak mendaftar nie?? Lama sangat ke 5 hingga 10 minit masa yang mereka ambil untuk butir-butir peribadi kita semasa mendaftar?? Bukan susah pun nak mendaftar sekarang nie, Pejabat Pos di kawasan rumah koram mesti banyak kan, pergi sekejap jer di situ untuk mendaftar.. Lagi satu, koram suka kan pergi Karnival Jom Heboh lah, Himpunan Sejuta Belia lah, dan pelbagai lagi Festival yang dianjurkan di seluruh Negeri?? Haaa tu lagi bagus, koram cari jer Kauter SPR yang dibuka sepanjang Karnival berlangsung dan daftar jer disitu, dah alang-alang bersuka ria apa salah pergi menunaikan tanggungjawab yang mengambil masa tak lama pun koram. Cuma bawa Kad Pengenalan je koram... Senangkan???
So, apa lagi koram nak fikir-fikir lagi dengan alasan diatas. Tak perlu fikir panjang dah jom kita mendaftar koram.... Tengok syarat kat bawah nie, seanng jer kan??? 

APA YANG DIMAKSUDKANDENGAN PENDAFTARAN PEMILIH ?
Pendaftaran Pemilih sebagaimana yang ditetapkan oleh undang-undang, membolehkan warganegara Malaysia yang layak mendaftar sebagai pemilih. Di samping itu ia membolehkan Pemilih Berdaftar yang sudah bertukar alamat mendaftar di alamat baru. Pemilih juga digalakkan untuk menyemak nama mereka dalam Daftar Pemilih yang sudah disahkan.
  
KENAPA ANDA PERLU MENDAFTAR ?
Untuk mendapat hak anda mengundi dalam pilihan raya serta menggunakan hak anda sebagai seorang warganegara.

SIAPA YANG LAYAK MENJADI PEMILIH ?
- Warganegara Malaysia;
- Sudah mencapai umur 21 tahun;
- Menetap di mana-mana Bahagian Pilihan Raya di Malaysia
- Tidak hilang kelayakan.


BAGAIMANA UNTUK MENDAFTAR ?
 - Pergi sendiri ke Pusat Pendaftaran;
- Bawa bersama Kad Pengenalan anda; 
- Pastikan Borang A diisi dengan betul oleh petugas sebelum anda menandatangani borang
- Simpan satu salinan borang berkenaan sebagai bukti pendaftaran anda

UNTUK MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI UNTUK RUJUKAN DILAMAN WEB SPR (SURUHANJAYA PILIHANRAYA)

13 comments:

qasehraihan said...

waaa..bagos2..bijok2..
tau x sy xpernh ngundi pun..hahahahaha


hai IEB, lama xdatang cni..sori..
bz kejar penghutang xbayar utang..

tau sapa penghutang tu??huh

http://qasehraihan.blogspot.com/2011/06/entry-panas-hati-pendekar-berkuda.html

Izwa Kamaruddin said...

alamak x daftar lagi.hikhikhik...

risa said...

nyesal pi daftar!!! politik sekarang mendukacitakan!

CikPuan Fara said...

oh saya sudah mendaftar. dan 1st time mengundi tahun 2008. setuju dgn pendpt awk, walaupun politik negara kita nampak "kotor" tapi ni hak kita utk pilih mana satu pemimpin yg nak tadbir.

AYuNG said...

ayung pun dh daftar jugak...hehe, telepas mengundi PRU12 dulu..

tp, PRU13 nti lom tau lg nk ngudi ker x..

huhu~~

Unknown said...

sy sduah lama mengudi..
x sabo nk mngundi kali ke -2 nie.

MizzTina said...

sy belum mendaftar sbb klu daftar xtau nk pangkah sape.. kang silap2 leh jadi undi rosak lak.. hahaha..


psst akak, xleh nk post kt kotak chat akak la..hukhuk...

Muhammad Ariff Mohamad Nizam said...

tak cukup umur lagi!tapi dah tak sabar nak mengundi.hehe. :)

yanamib said...

kita dh daftar ms pilihanraya 4 thn leps..haha..tp x pi mengundi pon..ampeh je =.=

cik panadol said...

ok tak daftar lg...mau daftar ngan encek bard la huhu~

Qaseh Dalia said...

qaseh dah daftar ! hehe .. fes time ..

A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y said...

marilah mari.. pegi m'undi.. la3.. ;P

~Kirin Selama Perak~ said...

alamak !
KSP da tua !
tahun ni da boleh ngundi
kekekeke~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...