Yang Join Aku Nie!

Tuesday, April 19, 2011

Ayuh Bangkitlah Wanita Teraniaya Part 2

Kali ini kesabaran Sue dah tak tertanggung lagi, tiba-tiba teringat akan kata-kata anak-anak beliau yang menyuruhnya memukul kembali bapa mereka. Dengan menarahan rasa geram dan hati yang sakit meluap, tangan Sue naik menampar dan memukul suaminya. Zain terkejut dengan tindakan Sue yang snagat mengejut itu. Bertambah marah lah Zain dan menghamburkan kata-kata nista terhadap Sue. Zain terus menghubungi ibu bapanya dan saudara trdekat di Johor. Mereka bergegas kerumah Zai. Ahli keluarga Zain turut menyalahkan Sue kerana bersikap kurang ajar dan tidak menghormati suami. Sue tetap mempertahan kan diri beliau dengan menyuruh anak-anak beliau menceritakan hal sebenar yang berlaku pada Sue. Tetapi keluarga Zain tetap menyalahkan Sue. Campur tangan keluarga Zain mengakibatkan pergolakan rumahtangga mereka bertambah teruk.

Terasa gelap dunia Sue, apabila diceraikan dengan talak 1 oleh Zain. Tak terungkap dengan kata-kata. Sue hanya ada anak-anak didunia inie. Keluarga di Siam hanya tinggal saudara jauh sahaja. Sue terasa lemah, dan hanya air mata menjadi saksi sengsara yang di tanggung. Bayangkan lah, nak menggunakan mesin ATM pun sue tak pandai, inikan pula teknologi yang lain. Dulu kad ATM, Buku Bank Sue, Zain yang simpan dan Zain jugalah yang selalu menggunakan hasil Sue bekerja sebagai tukang masak restoran. Semasa Zain melafazkan talak die pernah menyatakan pada Sue dimana jika dia menceraikan Sue, Sue akan senang, sebab Sue pandai memasak, sedangkan dia tidak... Zain juga sudah berkahwin dengan kekasih hatinya.

Sue mula mengorak langkah kehadapan. Dia cuba melupakan kisah sedih seketika. Sue mula mencari pekerjaan di restoran sebagai tukang masak. Dia bertekad dalam diri, sampai bila dia mahu bersedih. Kalau dia bersedih nanti anak-anak juga terabai. Dia memesan pada anak-anak beliau supaya bantu beliau untuk mengorak langkah kehadapan. Aiman yang gak ketinggalan dalam pelajaran juga tutut mengorak langkah kehadapan dengan belajar bersungguh-sungguh.

Alhamdulillah berkat doa anak-anak juga usaha Sue, Sue kini sudah berjaya membuka restoran sendiri... 2 anak perempuannya juga sudah berjaya dan bekerja dalam jawatan tertinggi di Bank. Iman yang dulu agak ketinggalan dalam pelajaran juga mengorak langkah kehadapan. Kini Aiman sedang melanjutkan pelajaran ke luar negara dalam bidang kedoktoran.. Baru lah sue sedar, jika dia tidak diceraikan Zain mungkin dia tidak akan berjaya seperti ini.Setiap apa yang berlaku ada hikmahnya. Sesungguhnya ALLAH menjadikan sesuatu ada hikmahnya. Setiap ujian, dugaan dan rintangan haruslah kita hadapinya dengan sabar dan tenang. Setiap perpisahan yang terjadi itu bukan lah beerti ALLAH mahu kita bersedih, tetapi DIA telah mengaturkan sesuatu yang lebih baik untuk kita. Insya Allah.. Renung-renungkan koram...

Alhamdulillah habis juga cerita nie... Sory tak dapat sambung semalam IEB jumpa doktor kat Hospital semalam...

18 comments:

MizzTina said...

tgk...walau susah mcm mn sekalipun, wanita boleh bangkit... wanita mmg diluar nmpk lemah, tp jgn disangka kelemahan tu lelaki senang2 nk perkecilkan kehebatan wanita... "tgn yang menghayun buaian bisa menggoncang dunia!!"

yanamib said...

yeayy hidup Sue!! agak binatang itu lelaki ye..bila bini berdiam dia lagi pijak kepala..bila bini pn dah pandai melwn reti pulak pggl famili mtk backup..cis cis cis..

wanita mmg makhluk yg sgt tabah..anak² punya psl tgk la mcm mana dia bangkit lwn sume dugaan..mcm kacang putih je dia tepis segala cabaran dlm hidup dia..huh! respect gila! klu Sue mmg btol wujud dlm dunia ni sy mmg nk jmpe dia..haha

nice story lah ieb..ai bc smpi abes taw ^_^

Isteri Encek Bard said...

tu tu MK wanita bukan lemah
yana ini memang kisah benar. IEB suka semangat dia yang gigih nak bangun semula tu

ej said...

huhuhu... cam cerita drama plak.. tp semua tu tak mustahil.. bagi lelaki2 kat luar tu.. bukan nak backup org pompuan nih.. cuma kowang ingatlah.. time nikah dulu aper yg kowang janji ngan mak bapak pompuan tu.. baca balik taklik yg kowang lafazkan lepas akad nikah.. kowang kener igt jugak isteri kowang tu la yg mengandungkan anak2 kowang tu.. zuriat kowang.. huhuhu...

tp kalo bacer citer pasal sue tu, lelaki tu mmg tak gentle la.. agak2 nak kalah panggil backup plak.. huhuhu... tak jantan la bhai.. hahahahha

Qaseh Dalia said...

wuwu sedih gak cite ni ... alhamdulillah akhirnya kesabaran dan segala apa yg berlaku jadikan sue seorang yg berjaya .. tu lah hikmah dr NYA ... mesti kalau ex laki ye yg tak guna tu tahu mesti nyesal ..yeahhh wanita bangun lah mengejar impian wpun penderitaan menyekat di tengah jalan

p/s : sue ?macam nama qaseh je hehek

Qaseh Dalia said...

sis g jumpa doctor wat pe ?

LadyzuL ⎝⏠⏝⏠⎠™ said...

tangan yg menghayun buaian itu...boleh menggongcang dunia....
itu lah wanita sekarang...

Isteri Encek Bard said...

qasih biasalah dik kes darah tinggi akak tu

Sunah Sakura said...

erk! tak baca yang sebelum ni..ingatkan cite betul tadi...-_-"

Isteri Encek Bard said...

sunah nie kisah benar yang akak dengar dari sumone

fizah said...

akhirnya berjaya juga hidup sue tnpa suami yang xberperikemanusian 2...eisssshhh

Anonymous said...

kekuatan dalaman wanita lebih kuat berbanding lelaki... tabah :>

Areyoudys said...

as salam..
wah! kisah benar? kisah siap kak?
sungguh hebat ujian-Nya..
hm..moga dipermudahkan urusan oleh-Nya..

adeh. dah masuk waktu.

Sharinginfoz said...

sama2 kita ambil iktibar

Khuzrin Kamarudin said...

wanita memang terkenal dengan kekuatan..

Belalang hijau Perisik said...

uik? ada cerpen? nak kena baca part one dulu nih...ngee

Unknown said...

huhu..jiwa ppuan ni apik x kenal lg..hehe..

Taufiq Arifin a.k.a. Topimagine said...

sejahat mane suami pon, tapi jangan lah menderhaka yerk... hehe syurga dibawah tapak kaki suami :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...