Yang Join Aku Nie!

Monday, March 21, 2011

Ayam Seksi !!!


Alamak mahalnyer harga ayam, lepas nie kene makan lain lah selain ayam, macam mana lah nasib kami yang bergaji kecik ni nak hidup, kalau harga barang mentah naik mendadak? Patut lah hari tu IEB beli ayam kat Pasar Presint 8 harga sekor EM18.00, ayam kecik jer koram.
Mintak Maaf yer koram entry ni hasil copy paste dari "Harian Metro"

KUALA LUMPUR: Kenaikan mendadak harga ayam di pasaran yang mencecah RM8.50 hingga RM9.90 sekilogram tidak menjejaskan permintaan makanan itu apabila bekalan ayam di kebanyakan pasar basah dan kedai runcit habis seawal jam 12 tengah hari. Tinjauan Harian Metro di beberapa pasar basah, pasar raya dan kedai runcit sekitar ibu kota mendapati kebanyakan pengguna terburu-buru dengan membeli bekalan ayam dalam kuantiti banyak ekoran kebimbangan harga itu akan terus meningkat.

Suri rumah, Saodah Abdullah, 50, berkata pengguna tidak mempunyai pilihan selain membeli ayam walaupun menyedari harga di pasaran terlalu mahal dan membebankan. “Saya berkeluarga besar yang memerlukan penggunaan ayam yang lebih sebagai bahan masakan. “Suami dan anak-anak lebih gemar ayam berbanding ikan atau daging menyebabkan saya membelinya dalam kuantiti banyak,” katanya ketika ditemui di sini, semalam. Saodah berkata, kenaikan itu tidak wajar kerana membebankan isi rumah yang terpaksa berbelanja lebih setiap hari terutama sepanjang seminggu cuti persekolahan selain faktor kenduri kahwin.

Pengguna, Ahmad Bohari Mohd Nor, 46, berkata kenaikan harga ayam secara mendadak iaitu kira-kira RM1.50 itu memberi kesan kepada perbelanjaan hariannya. “Saya harap pihak terbabit memantau harga ayam terutama pada musim cuti sekolah dan perayaan kerana ada pihak mengambil kesempatan menaikkan harga terlalu tinggi,” katanya. Peniaga pasar basah, R Gopal, 31, berkata peniaga terpaksa menaikkan harga kerana pembekal menjual ayam kepada mereka dengan harga tinggi RM8 sekilogram. Katanya, peniaga memperoleh untung kecil selain perlu menampung beberapa kos penyelenggaraan termasuk bayaran pekerja dan perkhidmatan yang disediakan pasar itu.

“Minggu lalu, kami menjual ayam pada harga RM7.50 sekilogram, tetapi naik sedikit demi sedikit hingga sekarang dengan harga RM8.50 sekilogram,” katanya. Sementara itu, Pengarah Komunikasi Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca), Mohd Yusof Abd Rahman, berkata masalah kenaikan harga ayam secara mendadak ini berpunca daripada harga tinggi bekalan makanan ayam yang diimport dari negara luar. Mohd Yusuf berkata, kebanyakan negara pengimport kini mengalami bencana alam yang menyebabkan bekalan produk dijual dengan harga mahal dan senario ini memberi kesan kepada harga barangan terutama bekalan ayam di pasaran.

15 comments:

MizzTina said...

harga ayam naik sebab tsunami....logik ker??

red gitarputeh said...

haih.? tsunami pun boleh naikan harga ayam.? hadoiai..

gadis kepastian said...

dunia skunk mmg dah xbetol..bnyk kepincangan

gadis kepastian said...

dunia skunk mmg dah xbetol..bnyk kepincangan

Unknown said...

mak bapak ngan anak ayam pon tak mahal mcm ni..hoho

Anonymous said...

buat rusuhan mcm kat mesir tu baru depa ada akai masing2...

yanamib said...

alaa kt mesia kn byk aym..aym mesia tu nape nk kena nekkan arga jugak..eiii gedik btol..jum la IEB kita bukak ladang ternak ayam =_=

Taufiq Arifin a.k.a. Topimagine said...

title entry x menahan.. ingat ayam ape tadi... xpasal2 otak ne dh jadi kuning... hahaha

Isteri Encek Bard said...

YANA JOM KITER BELA AYAM..
TOP EKEKEKE, KAMU MEMANG KUNING

Lulu Rahman said...

alaaaaaaaaa, da la esok final cooking guna ayam sekor ;(

Qaseh Dalia said...

a.ah lah kecoh pasal ayam.. xlogik lah

Oasis said...

Harga udang dan sotong lagi murah...terkejut bila makan tengahari tadi. Ayam memang mahal!

Mimie said...

ayam oh ayam kenapa engko mahal?xlogik betol.kalau harga ikan naik boleh la caye.saje nak hambek untong.Riba taw!!! syukur gak saya xsuka ayam neh.

MiszCoMoT said...

ayam bukan dok laut???hehehe haishhh ayam naik kenapa3??huhu ayam atas tu memang seksi..pandai dia posing..haha

hyemynameisrasyid said...

awww.,seksinya.,hehe
em,naik naik naik.,turunnya x.,

nice blog anyway^^

salam perkenalan dari Alahai~ jemput la ye^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...