Yang Join Aku Nie!

Thursday, December 2, 2010

Klu Tak Nak, Bagi Kat Aku, Aku Nak Tau

Korang, jangalah buat die cam tu... Dier tak besalah langsung... Koram tak geram ker tengok muker dier yang sungguh comel... Korang tak raser ker dier wangi sangat, walaupun belum mandi... Korang tak raser ker tangisan dier manja sangat... Biler dier senyum jer raser bahagia sesangat... Biler dier dah pandai gelak, mesti korang raser geram sesangat... biler diorang dah belajar merangkak, dah mula nak berjalan dah padai becakap sikit-sikit mesti korang raser tak bleh tinggal kan dier dah... Setiap maser korang rindu kat dier kan.... Biler dier dah meningkat dewasa korang mesti sentiasa nak yang ter baik untuk dier... :((



Sumber Harian Metro Online, 02.12.2010, Khamis

KANGAR: Cubaan sepasang pelajar sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di negeri ini untuk membuang bayi hasil hubungan sulit mereka di sebuah masjid di sini, gagal apabila rakan mereka yang diminta membantu rancangan itu enggan berbuat demikian, semalam.

Dalam kejadian awal pagi itu, pasangan berusia 22 tahun yang bersekedudukan dengan menyewa sebuah rumah kedai di bandar ini, mulanya dikatakan terkejut dengan kelahiran bayi lelaki berkenaan pada usia tujuh bulan kandungan sebelum meminta seorang rakan membuang bayi berkenaan di sebuah masjid.

Bagaimanapun, rakan pasangan pelajar terbabit dikatakan tidak tergamak berbuat seperti diarahkan, sebaliknya membawa bayi yang masih bertali pusat itu ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini sebelum melaporkan kejadian itu kepada polis.

Difahamkan, pasangan pelajar terbabit menyewa sebuah rumah kedai di Jalan Jublee Emas di sini, dan sering berulang-alik bersama mengikuti pengajian di IPTA berkenaan di Arau.

Ibu bayi malang yang masih belajar itu dikatakan cuba menyembunyikan kehamilannya daripada pengetahuan keluarga yang menetap di sekitar Kangar.

Sumber polis berkata, bayi itu dilahirkan cukup sifat ketika usia kandungan tujuh bulan itu berjaya diselamatkan daripada risiko maut berikutan tindakan bijak rakan kepada bapa bayi berkenaan apabila membawanya ke HTF, bukan dibuang di masjid seperti diarahkan.

Katanya, bayi lelaki itu kini ditempatkan di wad kanak-kanak HTF dan dilaporkan sihat selepas dilahirkan kira-kira jam 1.30 pagi semalam.

“Pasangan pelajar lelaki dan perempuan itu dikatakan panik apabila mendapati bayi mereka dilahirkan awal daripada dijangkakan. “Mereka berdua dikatakan menguruskan sendiri proses kelahiran bayi itu di rumah kedai yang disewa dan sejurus dilahirkan, bapa bayi berkenaan menghubungi rakannya untuk membantu membuang bayi berkenaan,” katanya ketika ditemui di sini.

Katanya, berikutan aduan diterima daripada rakan pasangan terbabit, polis menahan pasangan itu untuk siasatan lanjut sebelum merujuk kes itu kepada Jabatan Agama Islam Perlis (Jaips).

“Ibu bayi malang itu turut menerima rawatan di HTF dan keadaannya dilaporkan masih lemah,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Jaips, Abdul Malik Hussin, ketika ditemui di pejabatnya mengesahkan menerima laporan berhubung kelahiran bayi luar nikah membabitkan pasangan pelajar berkenaan.

Pihaknya memandang serius kes itu dan sudah mengambil keterangan pelajar lelaki dipercayai bapa kepada bayi berkenaan tengah hari semalam manakala ibu bayi itu masih dirawat di HTF.

“Pelajar perempuan yang melahirkan bayi luar nikah dan pasangannya yang bersubahat melakukan perbuatan terkutuk itu akan diambil tindakan mahkamah mengikut Enakmen Jenayah Dalam Syarak Perlis 1991,” katanya.

Menurutnya, ibu bayi berkenaan akan didakwa mengikut Seksyen 15 (1) manakala teman lelakinya pula didakwa mengikut Seksyen 46 enakmen sama yang jika sabit kesalahan boleh didenda RM5,000 atau penjara tiga tahun atau kedua-dua sekali.

8 comments:

Marlina Roslee said...

Cian baby 2..
Baby 2 x b'slh lgsg...

Isteri Encek Bard said...

Mar, tu lah tu

Marlina Roslee said...

Klu xnk baby 2...
Bagi jelah kt sape2 yg nk ank...
Dowg nie mase nk buang baby 2 x kecian ke tgk muke baby yg comel 2.....

zaL_cdpx said...

kepala hotak dia ! dia ingt kawan dia tu bingai mcm dia gak ke ! buat anak pndai.., jaga anak xnk ! mcm haram !!! opss ~ astaufirullahalazim !!!!

mintak dijauhkan dari aku, keturunanku, kawan2 ku, juga teman2 bloggerku sekalian ! AMIN YA RABBAL ALAMIN

Syahida Baharuddin said...

cpt2 la kawen student tu..

tp anak tu sian..

cmne la baby tu ble da besar..

pN.rOs said...

ciannya kat baby...
tak kesian ker dorang bila tgok baby tu eik? terutama the mother

Isteri Encek Bard said...

mar, saye pun nak baby tu mar
zal Amin..
adi emmang kesian kat baby cumel
p. ros cam takder hati perut jer

fatema said...

aduss nasib ler slamat gak baby tu kan.. ape nak jadi ni kalau remaja yg educated bakal mewarisi kepimpinan negara di masa depan pon dah letak otak kat lutut? kalau isu buang bayi ni mmg sensitif gilerr kat ibu2 muda cam i nie.... tak nak bagi jer kat saya...pastu saya pass lah kat sesiapa yg nak :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...