Yang Join Aku Nie!

Wednesday, December 1, 2010

Dapat RM500 Bayar Saman Jom

Wah hari nie kakitangan kerajaan cam aku ni dapat duet saguhati RM500. Alhamdulillah rezei.... Happy sesangat.. Muker senyum dah nak cecah telinga dah nie....



PAstu ader berita baik jugak untuk koram yang belum bayar saman.. So aper lagi dapat RM500 tu ambek peluang sementara masih ader nie tuk bayar saman... Hihiiii.

Sumber Harian Metro Online,

KUALA LUMPUR: Mulai hari ini, Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengenakan kadar kompaun yang munasabah serta diskaun sehingga 50 peratus kepada pesalah trafik berdasarkan beberapa ketetapan.

PDRM dalam satu kenyataannya di sini semalam, memberitahu beberapa ketetapan baru melayakkan pesalah trafik menerima diskaun serta kadar kompaun lebih sesuai mengikut jenis kesalahan serta tempoh masa pembayaran saman.


Antara ketetapannya, semua saman dikeluarkan pada atau sebelum 30 November 2010, kadar munasabah akan diberikan secara automatik melalui semua kaedah pembayaran sama ada melalui kaunter PDRM, pejabat pos dan Internet.

Manakala, bagi saman dikeluarkan selepas 30 November 2010 pula insentif atau diskaun akan diberikan secara automatik melalui semua kaedah pembayaran.


Menurut kenyataan itu, semua saman baru diselesaikan dalam tempoh 15 hari dari tarikh dikeluarkan akan diberi insentif sebanyak 50 peratus dari kadar kompaun sebenar dan saman diselesaikan dalam tempoh 16 hingga 30 hari pula diberi insentif sebanyak 30 peratus.


“ Pesalah trafik yang tidak membayar saman mereka dalam tempoh 30 hari pula tidak layak menerima sebarang insentif dan lebih teruk mereka juga akan disenarai hitam.

“Sebarang kemusykilan mengenai kadar kompaun dan diskaun ini, boleh berhubung dengan pegawai trafik daerah, kontinjen atau Bukit Aman seperti tersenarai di ruangan maklumat trafik laman web rasmi PDRM,” katanya.


Sumber foto dari http://abuazri.blogspot.com

3 comments:

Cik Yaya said...

hhaaha same je dt ke tak rm500..kena pulangkan balik gak

Isteri Encek Bard said...

tul gak tu.. sebab nak bayar saman.. pandai derang nie...

elnino de moona said...

nasib baik aku takdak saman..
leh simpan wit pigi soping.. hahaha!~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...