Yang Join Aku Nie!

Tuesday, December 21, 2010

Kerajaan perlu kurangkan Penjawat Awam

Owh terkejut sungguh baca tajuk di atas dalam Utusan... Boleh ker cam nie?? Aku cam tak setuju klu kerajaan wat cam nie... Kesian anak melayu kita yang menjadi penanam anggur tu... Bukan senang orang melayu nak diterima dalam sektor swasta nie.. Akibat dari itu ramai yang jadi penganggur dan penjenayah... Tak sedih ker tengok ramai orang melayu yang jadi pengedar dadah, hisap dadah, penyamun, pensuri merempit dsbginyer.... Aku sedih koram, tengok kengkawan aku yang masih mencarik kerja lagi.. Berapa kali apply gov. tapi masih belum diterima.... Aku bersyukur sesangat sebab dah dapat kerja lam gov nie...

Aku harap2 kerajaan tak laksanakan Pengurangan Penjawat Awam nie... Kesian bangsa aku yang nak bekerja tu... Kesian tengok bangsa aku yang agak mundur dari segi ekonomi dan kemajuan tu...

Petikan dari Utusan Malaysia Online, 21.12.2010

"KUALA LUMPUR 20 Dis. - Kerajaan perlu mengurangkan jumlah pengambilan penjawat awam selain mencari jalan meningkatkan produktiviti kerja golongan itu bagi mencapai status negara maju menjelang 2020"

"Hadir sama Presiden Cuepacs, Omar Osman serta dua timbalannya, Azih Muda dan Husain Mohd. Yasin.Beliau berkata, jika pengurangan kakitangan dan peningkatan produktiviti dilakukan, ia mampu menjimatkan perbelanjaan kerajaan selain mempercepatkan proses kemajuan negara.Di negara-negara maju hari ini, kebanyakan rakyatnya rajin bekerja dan melakukan tugas secara 'pelbagai kerja'. Melalui cara itu, kerajaan boleh menjimatkan perbelanjaan walaupun mungkin terpaksa membayar lebih sedikit kepada seseorang kakitangan awam kerana beban kerjanya bertambah"

22 comments:

Anonymous said...

Me sangat TIDAK SETUJU!!

Encik MamaT said...

melayu semua je nak kje kerajaan.. nak senang.. usaha tanak.. nak mudah je.... sapa kata swasta tanak amik orang melayu.. mungkin la kot.. sebab melayu kebanyakan lembik... itu sebab import pekerja asing...

ondeonde said...

hurmm..makin ramai la menganggur lepas nie..
cadangan yang tak memikirkan akibat utk satu jangka masa yg panjang kalau dilaksanakan.

kenapalah perlu ikut acuan dari negara lain?

Isteri Encek Bard said...

encik mamat tak semua yang lembik... banyak kengkawan IAM yang teringin nak keje.. biler aply swasta tak diterima, biler apply gov pun reject gak.. kesian kat diorang yang sesunggh nak keje nai... kebanyakan diorang kene kutuk, kene maki ngan orang sekililng sebab jadi penganggur...

Encik MamaT said...

btol2 tu.. tak semua mcm tu. tapi kebanyakan mcm tu.. yee.. sape yang nak jadi penganggur... btol tak.. tengok la.. pelambakan kolej2 swasta... kan jadi pelambakan penganggur... dah belajar tinggi2 mna la nak kje cikai2... yang kje gomen tu sume sedara2 je... hehe... sori2... sekiranya megngores IAM...

Unknown said...

memang x setuju pun..x faham jugak apa kaitan kurangkan kakitangan awam dan peningkatan produktiviti...

Isteri Encek Bard said...

en. Mamat tak mengores pun cume meluahkan perasaan biler tengok kengkawan kiter sindiri kan... Kiter yang dah bekerja nie bersyukur sesangat

..:: k i n a k O y u @ m a m a ' a D a m ' ::.. said...

kina byk kali mintak keje gov x dapat² huk...huk...

feyus said...

Tapi dlm ms yg sm, universiti keluarkan graduate beribu2 dlm setahun...mana nk cari kerja nanti dieorg nih. huhuhuhu.

No name said...

swasta tak ssh nak dapat keje, just jangan kuat demand jer... Byk graduan skang nie kuar kalu boleh nak terus senang,, bg kerja ssh skit dah mula merungut..

aMy said...

alamak,da kene kurangkan? interview spa pun takde dapat lagi, nampak nye memang tak berpeluang laa nak keje goverment eheheh , kene stick dengan swasta laa nampak nya =___=

btw betul gak cakap Lizzie Yasmin tuh, tak susah nak dapat kerja, kene pandai cari je & rajin semestinya.

mommyajim said...

woahaha tul ke? sedeyynyer mommy nh...2011 nh umo da 31 taun...5 taun keja kntrak dlm gomen nh...taun dpn kena berenti huhu...ingatkan dptler di'appreciate tuk dpt jawatan tetap....sapo nk kasik makan mommy nh weh ;(

Ujang9897 said...

tak dpt nk mintak keje baru la cmnie.he

Unknown said...

alasan nak save badget..yer lah tu...dah masak sangat dah perangai diorang...kalau ikutkan ati nak jer bocorkan rahsia kerajaan macam wike buat..

lilY said...

x setuju jugak !
bru jer interview gov. aritu..
uwaaaaaaaa...kejam lah

Tiada Nama said...

lahai...jgn la dilaksanakan....den bru je mohon..huh...

Rinna said...

Alahai..napa nak kurangkan kesian plak pada mereka yg kakitangan kontrak..at least kalau tambah boleh jugak dia org yg kontrak mohon dan dpt tetap.. Harap tak berlaku laa..

Isteri Encek Bard said...

tul tu.. harap tak berlaku lah... kesian sesiapa yang sesungguh nak berkhidmat dalam kerajaan nie....

.::: Princess MOMOY :::. said...

yeke nih ?
adeh...sian plak mereka yang x de keje nanti
hope. nih cuma khabar angin
MY RECENT POST : Hello Kitty Airlines

Unknown said...

dah la tadi pergi klinik kerajaan kene tgu sampai 2 jam, ada hati lagi nak kurangkan pekerja..

yolanda diego said...

tukar kerajaan la. mane tahu ade perubahan.

Sham said...

dah miskin sangat ke kerajaan Malaysia ni...?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...