Yang Join Aku Nie!

Friday, May 6, 2011

Nak Jadi Bos...


Harga minyak Ron 97 naik lagi 20 sen, menjadikan harga minyak kepada harga asal iaitu RM2.90 seliter.... Ermmmm mengeluh lagi, dek bukan kerana harga minyak itu naik, tapi disebabkan memikirkan nasib kami bergaji kecil ini.... Jika harga minyak petrol naik, kemungkinan besar peniaga akan menaikkan harga barang mereka dengan alasan harga barang tak terkawal berikutan kos pengangkutan mereka meningkat.... Walaupun kalangan mereka tak pakai pun minyak Ron 97 nie. Alasan minyak petrol naik lah mengukuhkan lagi pandangan mereka untuk menaikkan harga barang....

Mereka Insya Allah akan kaya, tapi kami sebagai pengguna yang golongan mudah miskin ini hanya mampu mengelu, mengeluh dan mengeluh... Bayangkan lah gaji sebulan sudah di asingkan untuk pengasuh anak-anak, barang keperluan dapur, minyak, tol dan parking, tambang pengangkutan awam dan lain-lain lagi.... Cukup ker nak berjoli-joli sakan??? Tepuk dada, tanya poket koram....

Sekarang ini baru IEB rasa menyesal kenapa dulu malas belajar... Kalau IEB rajin belajar dulu, mesti sekarang IEB dah jadi Boss dah... Gaji pun mesti dah besar dah.... Ermmm teringat pesan mak ayah suh belajar rajin-rajin, tapi tak diapek IEB.... Sekarang nak menyesal tak guna... semua dah terlambat.....

Disebalik keluhan ini sebenarnya IEB masih lagi memanjatkan syukur kahadrat Illahi diatas limpahan kurnianNYA.... IEB masih dipanjangkan umur, masih diberi rezeki cukup untuk menampung kehidupan sekarang dan di kurniakan keluarga yang bahagia.... Anggap lah ini hanya satu dugaan dari NYA untuk seluruh umatnya... Kita sebagai hamba yang fana ini jangan hanya mengeluh sahaja, sebaliknya mesti berusaha untuk mencapai impian yang di impikan.. Insya Allah...

7 comments:

storyfromme said...

tiada kesenangan yang akan dikecapi tanpa usaha dan tawakal.

Adinda Amy Sensei said...

hai IEB....apa khabar...

LadyzuL ⎝⏠⏝⏠⎠™ said...

minyak naik lg....adus pening kita dibuatnya...

qasehraihan said...

huhuhuhu..terharu dengan kenaikan harga minyak..hidup kerajaan BN.hakhak..

IEB nak jd boss xperlu skolah tinggi kot..hehe..

puanbee said...

memang penih mcm nih huhu

Mama Iqa said...

tol tu IEB...harga minyak naik,kita yang bergaji kecil yang susahkan....hmmmm

Mak Jemah said...

x guna menyesal dah skang nie...pasni kita g opis naik beskal laaa...akak memg dah lama plan nak beli beskal..tapi cam malu laaaa plak...miahaha..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...