Yang Join Aku Nie!

Monday, January 31, 2011

Rusuhan Di Kaherah

Marilah kita sesama mendoakan akan keselamatan semua pelajar-pelajar Malaysia disana... Kepada adek ipar ku Zhariff Mudah-mudahan selamat lah hendakya di sana.... Mak, Ayah, Along, Angah, Ainur, Akak dan Kak Nurul serta keluarga disini sentiasa mendoakan keselamatan Zhariff  di sana. Amin Yarabbal A'alamin

SUMBER BERITA HARIAN ONLINE 31.01.2011

Tinggalkan sementara Mesir,Kedutaan di Amman, Riyadh dan Tripoli digesa bantu 11,000 warga Malaysia
KOTA KINABALU: Rakyat Malaysia di Mesir akan dibawa keluar sementara ke tiga negara jiran jika keselamatan mereka terancam susulan keadaan yang semakin tegang di negara itu. Persetujuan sudah dicapai bagi rakyat Malaysia dibawa ke Amman, Jordan; Riyadh, Arab Saudi dan Tripoli, Libya sebagai pelan kecemasan, manakala lokasi berhimpun sebelum pergerakan ditetapkan di bandar Panta, di selatan Kaherah, kata Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman. Katanya, kakitangan kedutaan di tiga negara berkenaan sudah dimaklumkan mengenai keputusan itu dan bersedia membantu pergerakan keluar rakyat Malaysia kira-kira 11,000 rakyat Malaysia di Mesir dengan sebahagian besarnya pelajar.“Ini adalah keputusan terkini mesyuarat pelbagai jabatan yang memantau rapi perkembangan di Mesir dan akan dilaksanakan jika senario mencapai tahap kritikal. Kedutaan Malaysia di tiga negara terbabit akan menyelaras isu berkaitan tempat tinggal dan makanan jika keadaan memaksa,” katanya ketika dihubungi Berita Harian semalam. Anifah menegaskan, kerajaan tidak mempunyai halangan jika ada rakyat Malaysia yang mahu meninggalkan Mesir secara sukarela dan atas perbelanjaan sendiri berikutan keadaan huru-hara susulan krisis kepemimpinan di negara itu yang bermula Selasa lalu.“Bagaimanapun, kita harap semua rakyat Malaysia menghubungi pihak kedutaan di Kaherah supaya kita mengetahui bilangan sebenar mereka di sana. Perangkaan tepat akan memudahkan usaha membawa keluar jika perlu," katanya. Anifah berkata, perkembangan di Mesir diklasifikasikan pada tahap ‘amaran jingga’ iaitu persediaan membawa keluar rakyat Malaysia dan akan digerakkan sebaik situasi tegang bertukar menjadi ‘amaran merah’ iaitu pemindahan bagi tujuan keselamatan. Beliau menasihatkan semua pihak bertenang dan menghubungi talian yang disediakan Wisma Putra bagi mengetahui perkembangan ahli keluarga masing-masing dan kerajaan memandang serius tanggungjawab memelihara keselamatan warga Malaysia di luar negara dalam keadaan genting seperti sekarang. Gelombang kebangkitan menggulingkan Presiden Hosni Mubarak yang mula tercetus pada 25 Januari lalu dilaporkan semakin tegang apabila perintah berkurung dilaksanakan di beberapa bandar utama di Mesir. Bantahan besar-besaran di Kaherah, Iskandariah, Suez, Dumiyat, Tanta dan Mansoura menyebabkan puluhan menjadi korban manakala ribuan lagi ditangkap dan dilaporkan cedera susulan pertempuran dengan pihak berkuasa.

6 comments:

fara feroza said...

semoga rakyat malaysia disana selamat..:)

Elie Lily said...

takut jugak bnda2 macam ni jadi kat mana2..
hope semuanya selamat! :)

Isteri Encek Bard said...

MUDAH-MUDAHAN. AMIN...

Madd said...

doakan keselamatan mereka dan juga seluruh rakyat yng ada di mesir...

Hann Salleh said...

InsyaALLAH smg arip selamat...dia x balik ka sue??

Park Min Rin said...

kawan ain pun ada kat sana.. harap sangat mereka semua selamat.. amin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...