Yang Join Aku Nie!

Wednesday, August 3, 2011

Sesuka Jer Nak Kata Orang Monyet...

AKSI Safee dan Amirulhadi ketika menentang Singapura dalam pusingan kedua kelayakan Piala Dunia di Bukit Jalil pada 28 Julai lalu. (Gambar - sumber internet)
AKSI Safee dan Amirulhadi ketika menentang Singapura dalam pusingan kedua kelayakan Piala Dunia di Bukit Jalil pada 28 Julai lalu. (Gambar - sumber internet)

Pagi tadi IEB baca Berita Harian Online mengenai Isteri Ketua Pasukan Bola Sepak Singapura, Shahril Ishak iaitu Hidayah Shahril  menerusi laman Twitter peribadinya, menggelar Safee dan Amirul tidak ubah seperti monyet kerana percubaan melakukan tendangan lipat serentak pada perlawanan berkenaan.... Hurmmmm adeh emo plak dier nie... Padahal suami dia yang main bola sepak, dier plak emo, pastu sesuka hati jer gelar orang tu sebagai monyet..... Mencik tau... sangat berharap Hidayah tampil untuk permohonan maaf....

Berita lanjut di BERITA HARIAN ONLINE

Safee tuntut isteri kapten Singapura mohon maaf terbuka

BELUM pun reda bahang saingan di antara Harimau Malaya dan Singapura, bulan lalu, sudah cetus satu lagi episod panas. Penyerang sensasi negara, Safee Sali bernada kecewa apabila tampil menuntut agar Hidayah Shahril - isteri kepada ketua pasukan skuad Singapura, Shahril Ishak membuat permohonan maaf secara gara-gara membuat kenyataan berbaur penghinaan kepadanya dan rakan sepasukan, Amirulhadi Zainal selepas perlawanan antara Malaysia dan Singapura di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada 28 Julai lalu. Hidayah menerusi laman Twitter peribadinya, menggelar Safee dan Amirul tidak ubah seperti monyet kerana percubaan melakukan tendangan lipat serentak pada perlawanan berkenaan.

“Saya cukup tersinggung dengan kata-kata isteri Shahril, apa lagi suaminya adalah antara sahabat saya yang turut beraksi di liga Indonesia. Malah Shahril juga meminta jersi saya selepas perlawanan tempoh hari sebagai tanda persahabatan kami, tetapi kenyataan isterinya amat menyinggung perasaan saya.”

“Kami memandang serius perkara ini kerana ia menyentuh keperibadian seorang pemain profesional negara,” kata Safee dalam satu kenyataan kepada media.

“Buat masa sekarang, kami belum memikirkan untuk sebarang tindakan undang-undang, tetapi cukup sekadar dia memohon maaf dan menyatakan kekesalannya kerana mengeluarkan kenyataan sedemikian serta berjanji untuk tidak mengulanginya pada masa depan. Menurut Safee, memandangkan pasukan Singapura akan lebih kerap ke Malaysia musim depan, begitu juga sebaliknya, dia mahu isu ini diselesaikan segera supaya tidak timbul suasana tidak diingini apabila pemain terbabit kembali ke sini.

Sifat seteru antara Singapura dan Malaysia tidak pernah putus-putus dan terkini adalah selepas perlawanan pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2014 zon Asia. Dalam perlawanan pertama Malaysia tewas 3-5 dan seri 1-1 dalam timbal balik di Bukit Jalil...

16 comments:

aizamia3 said...

a'ah dah baca dalam BH pagi tadi.. kalau nak bergurau @ tak suka pun janganlah guna bahasa cenggitu.. bukan Malaysia tau Singapura pun sama.. kan dah malu..

MizzTina said...

terlajak perahu boleh undur, terlajak kata buruk padahnya.. haa, kn dh meluas cite ni.. nk tulis pape tu fkr dl.. ada otak n berakal tu guna sebaiknya..

rafina mimi abdullah said...

hidayah17..hahaha..baru umo 17 ke apa?satu tindakan yg langsung x matang..

rafina mimi abdullah said...

sue..akak nak copy artikel ni boleh?macam biasa akan di credit ke sini.. :)

Isteri Encek Bard said...

kak amek lah kak.... mencik sangat

Isteri Encek Bard said...

mencik sangat kat pempuan emo tu.. sesuka jer nak pgil orang monyet

LadyzuL ⎝⏠⏝⏠⎠™ said...

pasal la dia ckp mcm tu...mengongkan dia...

Kancil 8349 said...

main sedap mulut dia je cakap macam tu...Kalau singa tu juara piala dunia ndak apa...nie tahap asia tenggara je...berlagak nak mampus

GREENJADE said...

bengong minah tu. dia lak yg over. lempang laju2 br taw

err..sabor..seb bln posa hehehe

Ujang9897 said...

grrrrr..!!!!!!!!!!

Zura Tahir said...

suke hati dia je ckp cm tue...

PinKy MoMMa said...

boooooo dia balik la..apa la hubby bersahabat..wifey pulak cari pasal..

grrrrr...

Taufiq Arifin a.k.a. Topimagine said...

adohaiii... wife die yang xde kena mengena ngan bola sepak nak menyebok apesal lak ek....

Mak Jem said...

cuba reramai panggil laki dia monyet lak..tengok dia nak melenting ke tak..sesuka hati jer..naseb bek mama caca ni bukan makwe diorang kalau tdk dah lama kena tampor laju2 kat muka si hidayah ni

lolashuhadah said...

ntah, mne leh wt mcm nie

Natalie Holmes said...

kak amek lah kak.... mencik sangat

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...