Yang Join Aku Nie!

Thursday, August 18, 2011

Gadis hilang ditahan peras ugut keluarga

PUCHONG – Tembelang Ameerah Asha Azizan, 17, yang dilaporkan hilang sejak enam hari lalu terbongkar selepas dia ditahan polis bersama teman lelakinya kerana disyaki menipu ibu bapanya dengan merancang penculikan diri sendiri dan meminta wang tebusan berjumlah RM50,000. 

Sebelum dilaporkan hilang, Ameerah Asha, pelajar tingkatan lima dikatakan tidak pulang ke rumah selepas menghadiri kelas tambahan di Sekolah Menengah Puchong Utama 1 dekat sini pada 12 Ogos lalu.

Bagaimanapun, rancangan penculikan itu terbongkar apabila Ameerah Asha dan teman lelakinya seorang penganggur berusia 19 tahun ditahan ketika pasangan tersebut menaiki sebuah kereta di kawasan Saujana Puchong dekat sini pada pukul 9 pagi semalam.


Ya Allah terkejut IEB baca berita ini pagi nie di Kosmo! Online.... Sanggup si anak bersengkokol dengan teman lelaki yang baru dikenali untuk menipu ibu bapa sendiri yang telah melahirkannya dan menjaganya selama 17 tahun..... Sanggup menipu ibu bapa beliau semata-mata kerana turutkan kata-kata teman lelaki yang belum tentu menjadi suaminya... Mudah-mudahan Adik Ameerah Asha ini dibukakn pintu hati untuk bertaubat dan kembali mengenang jasa ibu bapanya.... 

Kenapa mesti sayang dengan teman lelaki dan sanggup serahkan segala-galanya termasuk kehormatan diri?? Wahai adik-adik yang bercinta di luar sana jangan lah meletakkan kan sepenuh harapan pada teman lelaki yang belum tentu menjadi suami kamu.... Sayangilah ibu yang telah melahirkan  juga membesarkan kamu, sayangilah juga bapa yang telah menjaga dan mendidik kamu dari kamu kecil dah merah hingga dewasa.... Jasa ibu dan bapa kita tak terbalas dengan duit yang berbillion-billion sekalipun.... Apa yang perlu kita mendoakan kesejahteraan ibu bapa kita dunia dan akhirat... Mudah-mudahan mereka sentiasa diberkati Allah.... Hiba rasa IEb bila baca berita kosmo hari ini....

9 comments:

♥ cik_farah ♥ said...

budak2 sekrang...
mak bapak pon nak ditipunya.. ish!
geram sungguh baca berita nie..

laskar pelangi said...

ish ish! budak zaman sekarang ni..huuu~ sadis baca kisah ni..tak sangka kan.

MizzTina said...

panjang akal btl budak2 zaman skang.. dia ingt duit trn dr langit agaknya..

.:Yana:. said...

nauzubillah..mintak dijauhkanlah anak saye dr perangai cam tu..
sekolah lg tu kak..haish..budak2 zaman sekarang.. menakutkan betul..

yanamib said...

yana pn sentap gak baca..dr tajuk je dh sentap..hurmm..yana sentiasa doa keturunan yana sok dijauhkan dari sifat manusia mcm ni..klu yana jd mak bdk tu mmg sedih sgt..mslhnya br 17 thn..budakkkkkk lg..br nk kenal dunia kottt..hehh~ =.=

Unknown said...

buta kerana cinta...
orang mesti akan kata
mak pak tak jaga..
padahal tak kan tak jaga..kan???
sapa la sanggup tengok anak jadi gitu...
tapi budak2 sekarang ni memang berani kemain...
ajar mengaji sembahyang semuanya tapi cukup susah nak ikut..
tu yang last2 jadi gini...
mintak dijauhkan la dari anak2 kita sifat2 macam ni..

Taufiq Arifin a.k.a. Topimagine said...

betul lah orang kata... cinta itu buta.. sampai leh buta kan hati seorang anak :(

abah khalisha said...

apa punya anak lah famili sendiri pun sanggup tipu ka demi jantan

LadyzuL ⎝⏠⏝⏠⎠™ said...

cinta memang buta...sbb tu sampai sanggup jADI mcm tu...

minta2 la sikap2 yg tak elok ni dijauhkan dari keluarga kita kan...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...