Yang Join Aku Nie!

Wednesday, June 15, 2011

Wow Air Jarang

Koram penah dengar ker perkataan "Air Jarang"??? Ermmm mesti jarang-jarang koram dengar kan... Disebabkan IEB nie Johorian, so bahasa-bahasa Johor tu tak pernah lekang dan luput dek ingatan IEB.... Air Jarang yang dimaksudkan bukanlah bukan lah air seksi sebab pakai baju jarang.. <--- melalut plak IEB nie, kang tak pepasal kene hentam dek Anon kang.. Hahhahahha... Hye Anon... Kalau koram nak tahu Air Jarang tu apa, koram tengok jer lah kat bawah nie...
Eh bukan yang ni lah, mampos kang kene serang Anon.. Hehehehhe
<<<>>>
<<<>>><<<>>><<<>>>
<<<>>><<<>>><<<>>><<<>>>
<<<>>><<<>>><<<>>><<<>>><<<>>>
<<<>>><<<>>><<<>>><<<>>><<<>>><<<>>>
<<<>>><<<>>><<<>>><<<>>><<<>>><<<>>><<<>>>
<<<>>><<<>>><<<>>><<<>>><<<>>><<<>>><<<>>><<<>>><<<>>>
<<<>>><<<>>><<<>>><<<>>><<<>>><<<>>><<<>>>
<<<>>><<<>>><<<>>><<<>>><<<>>><<<>>>
<<<>>><<<>>><<<>>><<<>>>
<<<>>><<<>>><<<>>>
<<<>>>
Ni lah stok Air Jarang IEB tuk beberapa hari, alah yang koram panggil Air Masak lah, Air Putih lah ataupun nama komersialnyer Sky Juice....

Info :
Air dan Diet
Air sebenarnya adalah satu elemen yang sangat penting untuk badan kita. Ramai yang tahu air ni penting, tetapi tak sedar yang sebenarnya kita kekurangan air. Orang yang tinggal di negara sejuk pun minum lebih banyak dari apa yang kita minum. Minum air secukupnya sepatutnya menjadi tabiat kita. Kita perlu air kerana;
  1. Tubuh kita terdiri daripada 70% air
  2. Air diperlukan untuk mengawal suhu badan
  3. Darah kita 83% air
  4. Otot kita 77% air
  5. Tulang kita 22% air
  6. Air mengelakkan “takungan air” atau water retention
  7. Mengangkut oksigen dan zat makanan dalam badan
  8. Melembapkan kulit dan tisu badan
  9. Mengelakkan sembelit
  10. Melembapkan rawan untuk serap hentakan
  11. Membantu menguatkan otot
  12. Mengelakkan kekeringan
Berapa banyak air yang perlu kita minum? 
Kuantiti air yang kita perlu minum bergantung kepada jantina, saiz badan, umur, keadaan kesihatan, makanan harian kita, tahap aktiviti fizikal, cuaca dan ubatan yang diambil. Tetapi, kita selalu disarankan untuk meminum sebanyak 2L (8 gelas air dalam sehari). Mengikut kajian yang saya buat, untuk mengira kuantiti air yang kita perlu minum, kita bahagikan berat kita dalam KG dengan 25. Hasilnya, itulah kuantiti air yang kita perlu minum dalam sehari.
Contoh: Berat kita 75kg bahagi 25 = 3. Maka, air yang perlu kita minum ialah 3 liter.

Cara minum air yang betul
Agama Islam tidak mengalakkan kita minum sambil bernafas dan kita perlu minum dengan perlahan-lahan. Saya telah mengamalkan minum air dengan cukup selama hampir 4 tahun lebih sekarang. Hasilnya;
  1. Apabila orang kesejukan, saya rasa seperti biasa sahaja
  2. Apabila orang kepanasan, saya tidak begitu panas berbanding orang lain
  3. Saya tidak pernah mengalami masalah sembelit
  4. Saya tidak pernah pening kepala
  5. Kulit saya sentiasa lembap
Untuk minum air dengan betul, saya sarankan agar;
  • Minum 2-3 teguk setiap 10-15 minit
  • Minum segelas air sebelum makan
  • Segelas air lagi selepas makan
  • Tidak minum semasa makan
Sumber : http://cyberslimcenter.com/blog/page/4/

Game Antara Blogger


WORDLESS WEDNESDAY : 18*C

Tuesday, June 14, 2011

Tabiat Bila Menaiki Kenderaan

Semalam cam biasa IEB jalan-jalan bukan cari makan di blog kawan-kawan dan IEB ternampak satu entry menarik yang IEB nak kongsikan ngan koram.. Pinjam idea awak yer dik, bukan copy paste idea awak.. Hehhehe, mintak izin kat tuan punyer idea...

IEB ada beberapa jenis tabiat yang IEB tak bleh kikis biler menaiki atau membawa kenderaan.. Apa yang IEB perasan tabiat ini berlaku sejak dari kecil lagi.. Kadang-kadang fikir, kelakar juga.. Koram ada ker tabiat serupa cam IEB nie??

Biler IEB menaiki kereta, IEB suka menyanyi-menyanyi, biasanya kalau IEB tak tido sepanjang perjalanan IEB akan menyanyi dari mula naik kereta hingga lah sampai ke destinasi... Kalau ada radio pun mulut IEB ni masih gatal juga nak menyanyi.. Kalau koram pernah terserempak IEB dalam kereta sedang menyanyi, sila abaikan perangai buruk tu yer... Kiranya koram ngah nampak IEB ngan berceramah dengan EN. Bard lah tu... Muahahhaaahh
Bila naik moto pun sama koram, tapi IEB tak derlah menyanyi dalam nada yang kuat macam dalam kereta, slow sikit volume IEB, sebab takut pulak En. Bard kata sakit telinga sebab dengar IEB menyanyi sebelah telinga dier....

Lagi satu tabiat yang ini paling buruk lah IEB rasa, biler IEB bawak motosikal a.k.a Minah Remfit bak kata Shah Rukh Curly dan Cik Panadol Elena, IEB suka nyanyi kuat-kuat atas moto, yer lah bawak sendiri, sendiri jer lah dengar nyanyian sumbang diri sendiri... Rasa sedap jer sore, padahal sumbang mambang.. Lagi satu yang paling huduh berangan biler bawak moto... Adeh yang nie IEB pun tak tahu apesal IEB tak boleh buang dalam diri IEB.. Berangan sampai cakap sensorang.. Jangan pulak koram ingat IEB ni psyko pulak, ni dah menjadi tabiat IEB dari IEB pandai bawak motor sampai lah sekarang.. Lepas ni kalau koram terserempak dengan minah remfit cakap sensorang, sila anggap beliau sedang bercakap di telefon menggunakan ear fhone.. miahahhahahha..

Monday, June 13, 2011

Shooting Iklan SPR Bersama Sharifah Shahira, Nabil dan Abon

Assalamualaikum dan Selamat pagi semua... Waaaa monday blues tol lah hari nie... Rasa tak happy jer... Alak, tak happy lak, alak, alak?? En. Bard berkursus selama seminggu, waaaa rindu sangat kat dier.... Keletihan shooting semalam masih terasa lagi walaupun hanya duduk dan belakun tanpa suara... Nak upload pic shooting iklan SPR bersama Nabil, Sh. Shahira dan Abon, tapi tak dapat sebab tak bawak pendrive...

Keletihan masih terasa jugak lah walaupun hanya jadi tunggul kayu jer kat sebelah Nabil, hahhahha. Baru tahu bagaimana shooting dijalankan.. Pengalaman yang sangat menarik pada IEB.... Melayan karenah Kak Shera yang tak berhenti bercakap dan melawak, melayan lawak-lawak Nabil yang cukup sengal tu. Tapi serius Nabil memang kelakar dan sengal ubi bila jumpa face to face.. Tak kurang juga dengan Abon, asyik buat lawak jer... Pelakun-pelakun tambahan dari SPR dan RTM juga tak kurang hebatnya...

Pada IEB diorang nie sangat best dan sporting... K. Shira sangat peramah dan slumber.. Tak berhenti beliau biler dah bercakap dan bercerita pengalaman-pengalaman beliau mendaki Gunung Kinabalu... Abon pun asyik melawak jer dan bercerita pengalam-pengalaman beliau..... Nabil pun sporting jugak, walaupun penat, terkejar-kejar sebab beliau sedang menjalankan pengambaran drama TV3 You Saka, You Pergi Jauh-jauh dan ada masa rehat hanya 2 jam sahaja untuk shooting iklan tersebut. Ada masa melayan kami-kami nie buat fotogedik tanpa sebarang alasan sampaikan dia lambat untuk ketempat pengambaran selepas shooting iklan... Nabil best lah... Melayan karenah-karenah diorang nie buat kitaorang tak kering gusi gelak.....
Iklan ini dijangka akan dikeluarkan pada bulan Julai. Dimana SPR mangajak kita semua untuk menyemak butir-butir peribadi anda sekiranya telah mendaftar sebagai pemilih... Koram dah daftar lom nie?? kalau lom aper lagi jom lah daftar, pastu semak, sonang yo leh semak melalui SMS, taipkan SPR SEMAK No. Kad Pengenalan dan hantar ke 15888 atau laman web SPR http://www.spr.gov.my/ dan anda boleh menyemak di SINI. Eh, tiba-tiba terbuat iklan pulak...

Kalau koram belum mendaftar sila rujuk ENTRY INI .

“GA PERTAMA PUTERI KATEK”

 Cara penyertaan :
  1. Buat satu entry bertajuk “GA PERTAMA PUTERI KATEK”
  2. Copy banner di atas dalam entry tersebut dan link ke entry ini.
  3. List kan 3 TAJUK ENTRY TERBAIK anda sepanjang berblog. Tak kira la entry zaman bila. Yang penting anda rasa entry tu terbaik. Link kan ke entry tersebut.
  4. Last sekali!!! Dibawah entry GA tersebut (penutup) sila tulis : 

“ LIFE IS TOO SHORT TO BE UNHAPPY!!”

Letak link entry GA anda disini!!!

TARIKH TUTUP : 15 JULAI 2011
(random.org akan digunakan utk memilih yang bertuah)

Objektif GA :
  • Nak bersedekah… Hahahaha….
  • Nak berkenalan dengan kenalan blogger lain…
  • Mempromosikan entry2 terbaik anda!!
  • Dan saja2 nak mintak suruh pelihara penyu kita yg comel itu!!
  • Hadiah berkaitan dengan penyu jugak lah!! InsyaAllah... Amin.
Penyertaan dari IEB :
Tajuk Entry Terbaik Blog Isteri Encek Bard
Enty ni IEB menulis dari hati IEB yang sangat sedih nila IEB tahu mengenai berita ini di TV3, sangat membuat IEB tersentuh hati, apalah salah insan kecil yang tak berdosa ini sehinggakan diperlaku sebigini kejam...
Kita sering dengar perihal perempuan yang merejuk, kali ini IEB kupas sedikit mengenai lelaki merajuk
Dalam entry nie IEB mengupas mengenai orang yang hipokrit.. menci  tau tak suker...

“ LIFE IS TOO SHORT TO BE UNHAPPY!!”

Friday, June 10, 2011

Sayang Koram Ketat-ketat


Jutaan terima kasih buat kawan-kawan blogger sekalian yang tak putus-putus bagi dorongan padan IEB untuk terus berbelog Sayang koram ketat-ketat. Selepas kejadian Si Anon menyerang IEB, mood mula down fikir bukan-bukan... Sebab IEB rasa blog IEB nie memang blog mengarut... Bukan blog formal seperti yang Anon harapkan.. Memang IEB pun rasa blog IEB nie blog sampah, kalau Anon menyesal baca pun IEB tak kesah, janji ada kengkawan IEB still nak baca penulisan IEB yang mengarut nie... Apa yang IEB tulis adalah lahir dari fikiran IEB, bukan hasil IEB copy paste entry orang lain wokeh, kalau ada pun sikit jer.. Miahahahhaha.....

  • Adik Sunah yang comel suh IEB abaikan jer Anon tu, da jangan tutup blog. - Cayam kat Adik Sunah ketat-ketat sebab sentiasa support blog akak..
  • Ady budika kata menulis mengikut kepuasan diri dan biarkan pada yang tak sudi membaca blog kita... - Tul tu Ady budika, pada IEB ini adalah blog peribadi bukan blog yang skema, so mintak sangat jangan tersinggung dengan entry mengarut IEB
  • Feroz si montel kata, biarkan si Anon, mulut orang memang tak leh tutup, tambah plak yang jeles lagi ramai. - Adeh apesal nak jeles ngan IEB Anon oiiii, jeles eh, sebab IEB buh pic Maria Ozawa.. Miahahhahaha
  • Adinda Amy gitau jangan sedih - Thanks yang, IEB tak sedih dah.. I'm cool right now, macam duduk kat kutub utara jer.
  • KSP kata abaikan jer kak dan yang membuat IEB terharu diap bagi IEB nasihat memlalui entry "I love Anonmous" - tul tu dalam entry KSP nie, KSP suh kiter semua sayang Anon.. Anda semua sayang Anon??? Right now IEB mula menyanyangi Anon, sebab anon lah kita boleh memperbaiki mutu gaya keunggulan penulisan kita dan sekurang-kurangnya golongan mereka ini lah yang menambah traffic sedia ado.
  • Cik Panadol kata Anon tu penakot sebenarnyer, tu pasal tak terus terang, tapi dia baca gan entry tu dan abaikan dia. - Lebiu lah Cik Panadol
  • Cik Eka kata, sabar je lah, diorang memang suka cari salah kita, happy blogging dan jangan tutup blog - Terima kasih Cik Eka yang comel sebab bagi support pada blog IEB..
  • Yana Mib tak hot mana pun komen dia, masih di tapah sopan.. - Betul lah Yana Mib nampak sopan sikit koemn si anon tu, hehehhe abaikan jer lah kan.. hehehhehe
Terima kasih buat kawan-kawan yang sentiasa bagi support pada blog IEB dan yang sudi berkawan IEB... Dulu IEB pernah tanya Blog IEB nie Blog Sampah Ker?? Kenapa Anon tak komen kat situ erk???

Thursday, June 9, 2011

Cara Menarik Pembaca Ke Blog Kita

 Adeh sekso, apesal IEB goggle pic nie jer lah yang sopan sket, yang lain tak sanggup nak pilih

Semalam IEB ada buat pertanyaan di Sahabat Blogger mengenai isu ini, wah terima kasih pada yang memeberi respon yang sangat memberangsangkan, IEB sayam koram semua.. Muahahahha...
  • Pakai tali nie ide asal Syafiqcoklat nie, adeh bleh ker dik oi pakai tali, siap suh pi pinjam tali kat Bomba lagik, idea ko memang bernas lah Syafiq, suka akhak, klu nak tarik pengunjung yang ramai ofcoz lah kena carik tali yang panjang dan kuat yer tak??/ setakat tali rapia, tali pusat or tali bra tak jalan derr...
  • Idea yang ke dua nie serius kreatif dan berimaginasi tinggi budak comel nie.... Ader ker dier suh pakai magnet. Akak suker sangat idea ko dik, idea nie tercetus oleh Adilah yang Comel nie.. Adeh mangnet mana yang leh tarik pengunjung nie yo??/ bagi cadangan sket nak carik kat kedai serbaneka...
  • Letak video lucah dalam blog idea asal oleh Cik Pana yang comel ini... Wah best gak idea nie, tapi nak letak video aper erk?? Ado cadangan tak Hamzah Ian ngan Ayeem Elena?? Eh pehal plak aku pi tanya diorang nie?? Video Maria Ozawa okeh ker???
  • Penulisan yang menarik dan kreatif, serius si KSP nie nampak macho dan matang jer biler komen, muhahahhaha, Akhak suker idea ko nie KSP, dan IEB sedang dalam proses memperbaiki tulisan IEB supaya ramai nyinggah kat belog buruk IEB nie, alah kalau koram tak mo baca penulisan IEB pun, setakat jeling pun jadi lah <----- ayat mintak simpati or pelempang nie??
  • Seterusnya idea dari IEB sendiri, tarik pakai kren, yer lah saiz koram kan tak sama semua, ada kocik, ada besar, ada sodang, ado tinggi molangit, ado rondah rendang-rendang sedap mato memandang jer cam IEB.. Pakai ni gerenti leh menampung berat yang banyak.
  • Pakai Jala Ikan Laut Dalam, haaaa, yang ni confirm dapat punyer lah.. Dah Jala besar kan mesti ramai yang masuk lam belog IEB... 
Aper pu sila abaikan tips yang mengarut di atas, yang boleh pakai boleh korang amek, pakai dan simpan, pada IEB tips  KSP jer boleh digunakan untuk menarik pengunjung blog bertandang ke blog kita... Kita mestilah menghasilkan penulisan yang menarik untuk dibaca disemua peringkat umur yang bukan hanya mencari isu semasa untuk diketengahkan... Entry copy paste nie boleh diterima juga asal, kita mesti pandai untuk menjadikan ia adalah entry kita dan jangan lupa untuk memberi kredit pada penulis asal (ini sangat penting). Jangan lah koram copy bulat-bulat, cuba selitkan nasihat, humor dan sebagainya pada apa yang koram copy paste tu, baru lah pembaca tak bosan dan marah sebab koram suka ciplak.

Selain itu kita haruslah bijak untuk mencari idea baru untuk memberi kelainan pada blog kita selain unsur komedi yang boleh diterima setiap pembaca. IEB tengok blog-blog yang menghasilkan entry melalui kartun-kartun kreatif juga semakin popular kerana meraka ini mempunyai bakat dengan menghasilkan penulisan berdasarkan lukisan....

Abaikan entry ini jika koram rasa IEB membebel yer, IEB pun dah bosan sebenarnyer nie baca tulisan sendiri... Ada cadangan untuk menghasilkan penulisan menarik???

Kenduri Arwah + Rewang + Nasi Ambeng

Assalamualaikum dan selamat pagi koram. Puasa Sunat Rejab ker?? Selamat berpuasa yer koram.. Alhamdulillah.... Ok lah hari nie IEB nak cerita mengenai pengalaman IEB semasa IEB pulang ke kampung yang lalu...

IEB pulang ke kampung hari itu kebetulan Mak dan Ayah IEB buat Kenduri Tahlil untuk Arwah-arwah Atuk IEB yang telah kembali ke Rahmatullah.... Semoga roh mereka dicucuri rahmat.... Kalau di Negeri Johor, bila ada majlis kenduri sahaja mesti orang kampung datang rewang... Means koram untuk Rewang apa yer?? Kalau di Negeri Johor Rewang adalah, dimana beberapa orang kampung datang menghulurkan pertolongan pada tuan rumah yang mengadakan majlis kenduri, tak kisah lah Kenduri Doa Selamat ker, Kenduri Tahlil ker, Kenduri Kahwin ker. Kalau koram tak pernah tengok koram boleh tengok Maharajalawak Minggu 8 mengenai Rewang... 

Ini dikira permulaan bagi Sesebuah Majlis Kenduri itu... Yang menyeronokkan kita boleh jumpa jiran-jiran tetangga sambil borak-borak kosong, gosip pun ado, ada buat makan-makan sikit... Kalau IEB, IEB paling suker makan time rewang nie, biasanya mereka nie akan masak lebihan bahan untuk dimasak untuk kenduri nanti seperti hati ayam dan pedal, kaki ayam, tulang-tulang, kulit-kulit.... Sedap tau koram.. Paling best sekali kita tuan rumah nie tidak merasa letih sangat sebab mendapat pertolongan dan kerjasama dari orang kampung.

Dan yang paling best sekali, dan IEB paling nantikan biler ada kenduri Tahlil diorang buat Nasi Ambeng, Kenduri di rumah IEB nie IEB dah pesan pada mak dan Ayah IEB tuk buat Nasi Ambeng sahaja.. Ingat tak IEB pernah cerita mengenai budaya makan Nasi Ambeng nie pada Entery NIE... Dan kami sekeluarrga berpakat untuk mengekalkan tradisi Cara Makan Nasi Ambeng nie... Wah, kebetulan IEB dapat memperkenalkan tradiri ini pada EN. Bard orang Nogori Sembilan, dan dia pun seronok mengikuti tradisi ini...
Tadaaaa, tergoda tak koram???
 Diorang akan membukus terlebih dahulu Nasi Ambeng yang disediakan untuk dibawa pulang kerumah
  Planstik, surat khabar dan daun pisang untuk pembungkusan
 En. Bard berminat nak belajar membungkus juga

Wednesday, June 8, 2011

BAHAYA!! Penyakit Demam Baru Menular di Seluruh Negeri di Malaysia

BAHAYA!!!!
Cerita yang IEB dapat sejak 2 menjak nie semakin ditakuti ramai. Penyakit-berjangkit ini sedang menyerang setiap orang yang berumur dalam lingkungan 14 hingga 60 tahun... Penyakit berjangkit ini dikatakan sangat bahaya kepada semua masyarakat di Malaysia yang menyerang tak mengira jantina.... IEB pun ada sikit merasai tanda-tanda Penyakit demam ini, Tapi IEB dah jumpa doktor, doktor kata masih diperingkat awal... Sesiapa yang mempunyai tanda-tanda awal dibawah sila segera berjumpa doktor...
<<<<<<<<
<<<<<<<<<<<<
<<<<<<<<<<<<<<<<
<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<
<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<
<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<
<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<
<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<
<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<
<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<
<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<
<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<

Penyakit ini dinamakan  Penyakit Demam NE a.k.a ST <--- aper ke pelik nama penyakit nie

Tanda-tanda Penyakit :

Awal penyakit
  • Resah sepanjang hari
  • Jam 7.00 malam Isnin hingga Khamis mesti tak keluar gi mana-mana,sebab nak tengok benda tu kalau terpaksa keluar pun mesti cari isiatif lain nak tengok benda tu....
  • Kalau sehari tak tengok rasa macam nak maki orang jer
  • Menahan rasa nak berak kencing dan sebagainya
  • Mula memberi alasan pada Boss nak balik sebelum jam 7.00 malam sambil ajak Boss balik sekali
  • Bagi ibu-ibu pula menyediakan makan malam sebelum jam 06.30 petang, kiranya jam 06.30 petang memasing dah siap makan dan dah siap basuh pinggan dah
  • Anak-anak semua dah siap mandi dan keperluan anak-anak sudah tersedia
  • Mula menyimpan remote TV, takut nanti anak koram ambil tengok kartun pulak
  • Bagi tahu dekat anak koram yang siaran TV lain rosak, yang ada cuma siaran nie
Pertengahan penyakit
  • Bagi perempuan Mula verangan kan pasangan koram jadi cam lelaki tu
  • Bagi lelaki pula, mula verangan nak jadi cam lelaki itu dan verangan kan perempuan yang cantik seperti itu
  • Dah mula bising-bising nak pasangan koram jadi cam tu gak 
Peringkat Akhir
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...