Yang Join Aku Nie!

Thursday, October 27, 2011

Baru Aku Tahu Kenapa Hospital Putrajaya Sesak Dengan Manusia

Kalau tengok No. 500 tu memang cantik, cam no bertuah jer kan.. Tu lah nobor giliran IEB hari ni untuk appoinmet doktor, tapi nobor ni jugaklah yang membuatkan IEB terkandas di Hospital Putrajaya selama 5 jam.. Bagi koram 5 jam tu sekejap ker??? Kalau buat kek tu dah dapat berbuku-buku kan.... Tunggu lama tu tak kesah lah kan, dah biasa setiap 3,4 bulan cam ni lah IEB.... Hospital Putrajaya memang sentiasa sesak dengan orang, tapi kali ni IEB rasa paling lama yang pernah IEB tunggu... 

Selama 5 jam menunggu nie lah macam2 karenah orang yang IEB peratikan di Hospital Putrajaya.. Kalau koram yang pernah pergi sana mesti koram tahu camna keaadaan kritikal dan sesaknya di sana tu.... hari ni IEB ada buat analisis sikit, takderlah cam penganalisis politik tu.. Cuma IEB buat analisis mengapa berlakunya kesesakan teruk di Hospital Putrajaya ini.

Punca kesesakan tu adalah disebabkan pesakit yang ada appoinment doktor tu sorang jer, tapi yang menghantar boleh katakan sekeluarga koram, misalnya yang sakit atuk dia, yang hantar adalah neneknya, anaknya yang no. 1, anaknya yang no. 3 lah, siap bawak cucu lagi yang kecik-kecik.. Kalau sorang jer yang teman pesakit tu ok lagi lah, ini sampai sekeluarga nak teman sorang pesakit ni.. Kalau memang kurang upaya tu ok lah juga, ini aku rasa sihat walafiat, siap boleh jalan-jalan lagi koram.... Memang lah hospotal tu penuh.

Lagi satu yang buat darah IEB ni tinggi jer hari ni, ragam manusia pasal tempat duduk, dah lah ko hanya peneman pesakit jer, lepastu ko konker tempat duduk kat hospital tu untuk kerabat-kerabat ko saja untuk makcik lah, pakcik lah, abang angkat lah dan sebagainya, dan lagi siap letak beg korang, menandakan korang cop tempat duduk tu kalau koram nak ketandas ker, makan ker.... Fuuuu... Mintak maaf lah kalau ada sesiapa terasa dengan entry IEB ni.. IEB hanya melahirkan rasa terkilan saja... Kalau agak2 korang tak perlu ada dalam Hospital ditempat menunggu tu, boleh tak koram bagi tempat duduk tu pada orang yang memerlukan, macam orang tua ker, orang kurang upaya ker, dan ibu mengandung ker, ini IEB tengo kesian pakcik, makcik yang berdiri menunggu nobor giliran tu.. Kalau yang sihat walafiat cam IEB ni kena berdiri lama tu ok lagi lah....

Doktor kata darah IEB hari ni tinggi sangat.. Satu puncanya lupa makan ubat pagi tadi, satu puncanya stress tengok ragam manusia... Sebab tu kalau IEB gi hospital malas ajak En. Bard teman, lantak lah orang kata laki ko tak romantik ker hapa ker, tapi yang pasti IEB tak suka sebab keaadaan cam ni lah, kecuali memang IEB tak mampu nak bergerak sendiri, tu memang kena mintak teman lah... So koram yang rasa sihat walafiat dan rasa tak memerlukan peneman tu, tak perlu lah ajak sesiapa untuk tunggu koram sampai habis jumpa doktor tu. Ini pun untuk keselesaan kita bersama jugak kan.. Tak derlah kusut jer biler gi hospital tu....

Tuesday, October 25, 2011

Tutti Frutti Semak Dengan Stawbery, Badam dan Cokelat Murah Jer...

Hari ni hari Selasa, ada Ladies Day di Tutti Frutti, so apa lagi ajak BFF Nyonya Lienz berjimba kesana terus menikmati kesedapan eskrim yogurt nie... Tengok penuh mangkuk hijau kami masukkan tapi murah jer koram.. RM9.00 jer... 

HIhihihi, kalau tengon bahan-bahan yang kami taruk sakan dalam eskim tu mesti koram tak caya kan sebab murah... Salah satu sebab ia murah adalah disebabkan ada diskaun untuk kaum hawa, dan lagi satu peneybab inaya murah adalah disebabkan kami beli eskimnyer jer, bahan-bahan yang lain tu Kak Linz bawak dari rumah.. Hahhahha bijak kan otak kami, ia bukan sahaja murah malah dapat memuaskan hati biler habis jer bahan-bahan campuran tu leh tambah lagi.. Waakkakkkaakka..


Dulu tak da kat Putrajaya Tutti Fritti ni, bebaru ni jer ada.. Kalau koram yang duk area Putrajaya bleh pergi kat Presint 15, Diplomatik alah yang area-area Mydin tu... Cari sahaja, kedai belah tepi... 

Friday, October 21, 2011

Happy Birthday Kirin

Wekkkk Kirin dah tua dah.. Hahhaha gurau jer... Selamat Hari Lahir Buat Kirin Selama Perak yang menyambut hari lahir yang keberapa tak tahu pada hari ini.. Akak ucapkan semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki mendapat keberkatan dunia dan akhirat dan mencapai cita-cita yang diimpikan.. Amin..

Akak doakan juga mudah-mudahan awak cecepat sket naik pelamin bersama si Budak Comel lagi Cute tu malas nak sebut nama, ti kirin jeles.. dan semoga bahagia selamanya... wakakakkaka.. Apa-apa pun korang memang sangat sweet and  sweeties lah... Kirin diet dan bersenam sikit tau, supaya pelamin tak runtuk, akak tengok Budak comel tu dah kurus.. Wakakak jangan marah...

Tuesday, October 18, 2011

Short Word!!

Assalamualaikum. Morning Sunshine :) : Pengajaran Hari ini, hidup ini tidak sentiasa berada di atas, sekali sekali kita tetap akan berada di bawah, jadi untuk persediaan, Jangan Sombong!!!
P/S : Ambil kata-kata dari FB IEB, just nak share pada semua, yang hakiki di dunia ini hanyalah sementara dan pinjaman semata-mata, lambat laun kita akan pulang kepada NYA dan meninggal segala yang kita miliki...

Selamat Hari Lahir Ayah...

Assalamualaikum dan Selamat Pagi Semua... Syukur Alhamdulillah IEB masih lagi mampu bernafas juga melihat keindahan dunia ciptaan Yang Maha Esa... Di kesempatan ini IEB ingin mengucapkan Selamat Hari Lahir buat ayah mertua IEB En. Baharuddin yang menyambut hari lahirnya pada hari ini.

Ayah, kami nak-anak ayah sentisa mendoakan kesejahteraan kehidupan ayah bersama mak dan juga kami anak-anak dunia dan akhirat.. Kami juga sendiasa mendoakan mudah-mudahan ayah dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki hidup kita sekeluarga dan muda-mudahan kita sentiasa bahagia hingga ke akhir hayat.. Amin.. Semoga ayah gembira di hari lahir ayah ini.... Amin Yarabbal A'alamin...

Monday, October 17, 2011

Benda Kecik Pun Ko Nak Besar Kan!!!

Assalamualaium dan Selamat Pagi koram.... Jangan gerun dengan tajuk diatas, sebenarnya IEB bukan dalam situasi seperti dalam tajuk di atas... Hal ini biasanya berlaku disekeliling IEB dan menarik minat IEB untuk mengupas tajuk seperti di atas..

Apa yang IEB jumpa disekeliling IEB, orang kita suka mengetengahkan perkara-perkara kecil ini menjadi besar... Dari sesuatu masalah itu dapat diselesaikan dengan cara mudah ianyanya menjadi besar sehingga sukar untuk dilaksanakan... Contohnya isu politik di Negara kita dari punca yang kecil, diperbesarkan untuk mendapat perhatian ramai, juga sokongan ramai, tapi IEB tidak berminat sama sekali untuk menyentuh isu politik di Negara Kita... Hal rumah tangga misalnya pun sering dijadikan bahan untuk diperbesarkan yang menjadi punca isu keretakan dalam rumah tangga, isu ini juga tidak mahu IEB kupaskan dan ianya dijadikan contoh sahaja..

Dalam dunia blog perkara sebegini juga sering terjadi. Apa yang IEB perhatikan ada blogger suka memperbesarkan perkari kecil ini misalnya blogger menegur cara blogger lain ber blog... Kita pandang dari sudut positif, ianya mungkin satu teguran yang baik untuk kita memperbaiki blog kita, kenapa harus nak diperbesarkah hal yang sebegini remeh sehinggakan ada yang membuat entry membalas balik, kononya tidak dapat menerima teguran kerana merasa mereka tidak layak untuk ditegur oleh orang yang menegur itu, sehingga ianya akan mengakibatkan pertelagahan dan perselisihan paham sesama blogger... 

Perkara sebegini bukan sahaja berlaku dalam dunia blogger, malah ianya kerap kali berlaku disekeliling kita... Dalam dunia hiburan juga ianya sering berlaku, kisah artis yang dijaja sana sini, padahal itu adalah hal remeh yang kita tak perlu tahu pun, bila dijaja sana-sini membuatkan kita berfikiran negatif terhadap sesetengah artis tersebut.

Kebiasaanya perkara mudah dan kecil sebegini yang pada asalnya bukan lah sesuatu masalah, tetapi jika ia selalu diketengahkan juga diperbesarkan ianya akan menjadi lebih rumit untuk diselesaikan... Jadi apa kata kita nasihatkan diri kita supaya tidak selalu memperbesarkan perkara kecil ini..

Friday, October 14, 2011

Selamat Hari Lahir Sayang Pengerang Jantung Hati Ku

Selamat Hari Lahir diucapkan khas buat suami ku yang tercinta... Je Ucapkan mudah-mudahan Pa dipanjangkan umur, keluarga kita sentiasa dimurahkan rezeki dengan melimpah ruah, mendapat keberkatan dunia dan akhirat juga mencapai segala impian yang Pa impikan kecuali nak tambah cawangan, tu Je tak berapa restu okeh. harap-harap Pa memang takda impian cam tu.. Hhihihihihihihi...

Je Doakan mudah mudahan hubungan kita ini akan kekal bahagia hingga ke akhir hayat... Juga je doakan mudah-mudahan dipermudahkan bagi kita untuk menimang cahaya mata yang cute-cute cam Je, ensem cam Pa jugak... Hihihi tetiber blushing plak masa tulis nie..... Montel cam Pa pun Je tak kisah janji mereka sihat juga sempurna akalnya..... Amin Yarabbal A'alamin... Hihihihi jangan marah....

Je akan sentiasa menyangi dan mencintai Pa selagi Je masih bernafas dan masih lagi berada di dunia ini dan Insya Allah sayang Je pada Pa sehingga Ke Syurga....Amin. 
Je tak mampu nak bagi Pa Ferarri Merah dan tak mampu nak bagi Ducati Merah, tapi sebagai penganti je bagi Pa sekeping kad merah yang bukan kad untuk keluar padang yer, dengan Tulisan Buruk, tapi Je dah say sorry dah dalam kad merah tu sebab tulisan Je buruk giler sebab dah lama tak menulis. Hihihii juga 5 kuntum ros merah tanda cinta membara Je pada Pa. je harap pa sudi terima semua kejutan yang tak seberapa ni buat Pa... Nak ajak Pa pi candle night dinner, Pa ajak plak gi bawak candle kat mamak kembar Presint 9.. cettt tak der kelas lor.. hahhahahha gurau jer Pa.... Semoga Pa gembira di hari lahir Pa... Love U Sayang.. Mmmmuah, Mmmuah, Mmmmuah.... Okeh nanti Je bagi kiss yang real punya untuk Pa, Kiss Paling Istimewa.. Ekekekkekek....

Thursday, October 13, 2011

Ucapan Sayang Selalunya Dari Perempuan

Assalamualaikum WBT... dan Selamat Pagi koram.... Semalam IEB dikejutkan dengan kehilangan seorang rakan IEB yang bekerja di Negeri Sembilan akibat terjatuh bangunan... Alfatihah.. Mudah-mudahan rohnya dicucuri rahmat....

Lama rasanya IEB tak menulis mengenai cinta, perasaan dan sebagainya.. Ucapan Sayang sering kita dengar dari mulut perempuan, sebagai tanda menghargai pasangan mereka. Ada juga sesetengah lelaki yang bosan bila perempuan selalu mengungkap sayang cinta dan sebagainya. "Kenapa perlu nak cakap sayang jer, habis kita ni tak sayang awak ker" Kenapa nak bosan bila pasangan mereka berbuat demikian, sedangkan itu adalah tanda dia benar-benar menghargai kamu dan hubungan yang terjalin.

Manakala perempuan pula jangan menyalah kan lelaki yang jarang mengungkap sayang pada mereka. Kebiasaanyan lelaki ada ada ego mereka tersendiri. Mereka jarang mengungkap sayang pada pasangan mereka, sebaliknya mereka menunjuk kasih sayang mereka melalui perbuatan juga cara mereka mengambil berat pada kita, perempuan. Ada juga lelaki yang suka mengungkap kata-kata sayang pada pasangan mereka, tapi jumlah orang sebegini kebiasaannya tidak ramai, kira limited edision lah nie. Hihihiihihihi...

Pada IEB terpulang bagaimana cara koram menyampaikan perasaan sayang koram terpulang pada cara masing-masing.. Yang penting koram tahu koram ikhlas terhadap pasangan koram. Jangan sesekali salah-menyalah sesama sendiri kerana ini mungkin akan mengakibatkan hubungan koram hambar. Terima seadanya cara pasangan koram untuk menyampaikan kasih sayang.

Semoga koram bahagia selamanya bersama pasangan koram.... ♥♥♥

Wednesday, October 12, 2011

Kuali Senduk Dapur IEB


Dari dapur memegang kuali dan sudip ke hadapan komputer menekan keyboard dan tetikus.... Diharap sudi lah kiranya menyinggah di dapur buruk IEB ini..... Terima Kasih atas sokongan kalian.....

WORDLESS WEDNESDAY : RM9.99 FOR 2 ALA CARTE GRILLED CHICKEN

 
CHICK WEDNESDAY SPECIAL: RM9.99 FOR 2 ALA CARTE GRILLED CHICKEN WITH EVERY 2 MEDIUM CARBONATED DRINKS PURCHASED!

Cara Menukar Gambar Latar Belakang Untuk Page Goggle

Hurmmmmm benda ni mungkin dah biasa kot bagi koram, tapi IEB baru jumpa application ni pagi tadi, berminat IEb untuk berkongsi pada yang belum menatahuinya.... Untuk mengabadikan foto bersama orang-orang tersayang di page goggle koram leh layah tutor IEB kat bawah nie.. Mintak maaf andai ada terkurang dalam tutor di bawah ini yer.....
  • Mula-mula sekali, koram mesti lah kena taip http://www.google.com/ atau http://www.google.com.my kan untuk masuk ke page google....
  • Pastikan koram sign-in dahulu dalam account goggle yer. 
  • Bila dah masuk ke page goggle koram klik di Change Background Image seperti yang dalam gambar diatas kalau koram tak jumpa petak Chage Backgroud Image tersebut. Dan petak seperti gambar dibawah akan keluar.
 
  • Bila sudah keluar petak di atas koram boleh pilih seperti yang telah IEB petakkan bewarna pink itu sama ada Public Gallery (gambar sediada oleh Google), From Your Computer (Ha!! yang ni koram leh letak gambar-gambar korang yang ada dalam komputer koram, gambar bersama orang-orang tersayang seperti dalam gambar 1),  Your Picasa Web Photo (Gambar-gambar koram yang ada dalam simpanan account koram dalam internet),  Your Recent Pick (Gambar-gambar yang pernah koram gunakan di Page Google dan  No Backgroud (Tiada gambar latar untuk Page Google koram)
  • Selepas itu klik sellect.
Senang kan??? Selamat Mencuba yer koram...... Lepas ni boleh lah abadikan gambar-gambar kenangan koram dalam page google.. Tak kira lah gambo dengan ekkasih ker, kekasih golap ker, suami tercinta ker, anak-anak ker , adik-beradik ker, ibu-bapa ker dan sebagainya......

Happy BIrthday Pinky Momma & Aslann As


Assalamualaikum dan Selamat Pagi koram...... IEB nak ucapkan Selamat Hari Lahir buat akak sayang Kak Diya Nadia atau Pinky Momma yang menyambut hari kelahirannya pada hari ini..... IEB ucapkan semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, mendapat keberkatan dunia dan akhirat juga bahagia disamping insan-insan tersayang selam-lamanya...... Juga mudah-mudahan Kak Diya berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi.. Amin Yarabbal A'alamin..... Mmmmuachhh Kak.....

Tak lupa juga ucapat Selamat Hari Lahir buat sorang lagi rakan blogger yang slalu IEB gado-gado bersama Nick Iema iaitu Aslann.

Juga buat sesiapa yang menyambut Hari Kelahiranya pada hari ini.... Wish koram semua sucsess....

Tuesday, October 11, 2011

Penyanyi Ahmad Jais Meninggal Dunia (Al-Fatihah)


Innalillahiwainnahilairojiun.... Semoga roh Arwah Ahmad Jaiz di cucuri Rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.. Amin... Takziah diucapkan khas buat keluarga Arwah.... Arwah telah menghembuskan nafas terakhir beliau pada pagi tadi.

Menurut rakan blogger iaitu rotikaya.com :- Sekitar hujung September yang lalu, Dato’ Ahmad Jais ada di’laporkan masuk ke Unit Rawatan Separa Rapi Pusat Perubatan Darul Ehsan (DEMC) akibat mengalami sesak nafas. Menurut ahli keluarga, Dato’ Ahmad Jais pernah mengadu penat selepas pulang dari membuat persembahan di Batu Pahat pada 8 September yang lalu.

Hal ini diberitahu menerusi lawan web twitter, walau bagaimanapun punca kematian arwah masih belum diketahui.... Datuk Rais Yatim turut merakamkan ucapan takziah di twitter beliau pada ahli keluarga Arwah Ahmad Jais....

Monday, October 10, 2011

Selamat Hari Lahir Buat Qayyum dan Ainur

Assalamualaikum dan selamat pagi koram... Dikesempatan ini IEB nak ucapkan Selamat Hari Lahir buat adik-adik IEB Qayyum dan Ainur yang menyambut hari lahinya pada hari ini 10.10.2011..... Kak Sue doakan semoga kalian dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, mendapat keberkatan hidup didunia dan juga akhirat dan mudah-mudahan kalian berjaya dalam pelajaran dan emncapai cita-cita kelaian kelak... Amin Ya Rabbal A'alamin.....
 Ainur
Qayyum

Pada yang sambut hari lahir pada hari ini IEB juga mengucapkan Selamat hari Lahir Pada Kalian juga.......

Friday, October 7, 2011

Riang Ria Raya Yang Dah Habis

Terlambat IEB nak buat entry ni, sebab baru hari ini berkesempatan nak menulis... Hari Ahad 02.10.2011 yang lepas IEB ada membuat Jamuan makan-makan kecil-kecilan untuk rakan-rakan opis IEB juga En. Bard... IEB ada juga menjemput beberapa orang kawan blogger yang tinggal berdekatan Putrajaya... Walaupun dah habis raya tapi still dikira jamuan raya gak.. Hihihihihih... Sebenarnya kami memang dah berniat nak buat makan-makan seperti tahun2 lepas kami buat, tapi tiada kesempatan masa disepanjang Bulan Syawal yang lepas, jadi kami emmbuat keputusan untuk membuat selepas raya pulak......



 

Alhamdulillah walaupun terasa penat, tapi keseluruhan majlis kami berjalan dengan lancar, dari segi makanan juga timing.... Jutaan terima kasih buat kengkawan yang sudi menghadirkan diri pada Majlis tersebut.... Tapi kehadiran koram mungkin majlis kami tidak semeriah itu.. Majlis bermula pada pukul 12.00 tengah hari sehingga pukul 11.00 malam..... 

Antara tetamu yang hadir adalah kawn-kawan opis IEB, juga kengkawan opis En. Bard, manakala tetamu blogger yang hadir adalah Mr. Curly and the gang iaitu Cik Panadol, Budak Johor dan opcoz lah Laling Mr. Curly kan..... Along Usop yang comel lagi pun ada datang gak, merempit dari UKM, Bangi..... Terima kasih buat koram.....

Thursday, October 6, 2011

Sesuker Ko Jer Curik Gambo Aku Kan Retis!!! Marah Ni!!!

Wakkakka wat gempak jer tajuk diatas... Ecelli apa yang IEB tahu mesti ramai orang marah bila hasil seni photografer diorang dicuri.. Kebiasaannya dalam blog masakn lah... Diorang bantai jer dok mengambil tanpa izin si empunyer gambo.... Yang siap ada watermark pun diorang curi untuk dipamerkan pada orang ramai... Apa cer??? cer amek gambo sendiri ler.. Eh, eh ter emo plak.... IEB tolong wakilkan tuk sesapa yang emo bila gambo diorang dicuri...

Ni IEB nak ngadu kat koram lah, IEB berbulu dan beruban jer ngan sorang mamat yang perasan cam MAWI ni..... Sekali tengok bleh lah cam Mawi, tapi 2 kali tengok sejibik macam Aaroon Aziz, eh bukan lah jauh panggang muka mamat ni dari jejaka kacak malaya tu.. Dua kali tengok memang sebijik cam Ujang.... Tengok dia curik gambar IEB tak mintak kebenaran pun.... Hype.. Hype.... Nak kena babap ni..... Jap, jap, tarik nafas dalam-dalam sebab nak gitau kat Ujang yang IEB tak kisah pun.... Malu IEB, sebab si Ujang siap wat entry pasal pertemuan kitaorang yang berlangsung selama 5 minit tu..... Terima kasih yer Ujang dan Yana.... Yang tak tahan siap kata IEB retis plak ko.. Kelas Ko Jah!... Aduhai jauh lagi IEB nak jadi retis cam Ujang dan Yana tu.... Kalau koram tak cayo koram klik SINI

Hurmm terima kasih kat koram sebab koram sudi patah balik jumpa IEB yang tengah comot dok berkira-kira ngan En. Bard dan Adik nak mengabiskan makanan tu... IEB tengok peyut Yana dan nampak sikit... Yana bertambah cute lah time pregnant ni..... IEB doakan mudah-mudahan Yana sihat sehingga melahirkan baby dan semuanga selamat hendaknya.. Amin...... Sebenarnya dah 2 kali IEB terserempak ngan diorang ni kat Alamanda.. Firts time terserempak dekat tangga escilator (cam salah eja jer, sila abaikan), masa tu IEB nak balik kampung dan tak sempat nak ambil gambo ngan diorang, dan pertemuan semalam baru dapat bergambo ngan diorang.... Ujang dan Yana memang sangat sporting ko.... Nampak romantik couple jer diorang ni, sangat sweet..... So saper2 yang ada hati kat Ujang atau Yana, pikirkan balik.. hehehhehehheheh.. Insya Allah klu ada masa dan umur yang panjang nanti IEB akan bertandang ke teratak koram plak.....
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...