Yang Join Aku Nie!

Saturday, December 11, 2010

Happy First Anniversary Sayang.... 12.12.2010


Happy First Anniversary khas buat suami ku tercinta....

Terima kasih atas segala-galanya Pa Sayang... Terima kasih atas kebahagiaan dan kasih sayang yang pa berikan pada Je... Teringat saat tangan Pa bertaut dengan Tangan Kadi untuk melafazkan Akad Nikah... Masa tu pa nampak ceria, walaupun lam hati pa, menanti sebuah debaran.... Tika Akad dilafazkan, berderai air mata Je kesedihan kerana kasih sayang yang kita bina pada 08.08.2008 telah selamat di satukan pada 12.12.2009... Tak terkata rasanyer kegembiraan di saat itu....

Kini telah setahun usiah perkahwinan kita.... Makin, hari makin sayang je kat pa... Pa selalu menjaga hati Je, sebaiknya.... Terima kasih Pa sekali lagi atas segala-galanya... Mudah-mudahan usia dan jodoh kita akan sentiasa berkekalan hingga ke akhir hayat.... Je akan cuba menjadi isteri terbaik untuk pa... Maaf kiranya ada terkasar bahasa dan membuat pa berkecil hati... Pa tegur lah je sekiranya Je ada melakukan kesalahan pada Pa...

Je akan sentiasa menyayangi dan menyintai Pa selama-lamanya, selagi hayat dikandung... Insya Allah.....

Tinggal kan LInk KOram Yer....

aku terupdet Mistery Linky Winget aku, so aku mintak jasa baik koram letakkan link koram kat atas yer.. ti senang lah Akhak nak jenguk koram selalu... Jangan sesegan koram... Akhak akans entiaser jam kan traffic koram... :)

Friday, December 10, 2010

Buat Scroll Pada Widget

okeh oleh kerana ader permintaan dari koram, aku nak tunjukkan cara camner nak but Scrool pada Mistery Linky Winget koram... Aku buat nie pun sebab hasil pertolongan Adek Qilah yang comel dan baik hati nie... Macih bebanyak yer Adek Qilah... Klu dah bleh buat koram mesti gi jengah blog dier tau, Alah koram klik jer kat nama Adek Qilah nie, terus koran akan ke blog comel dier tu....


Buat cam blog Adek Qilah yang cumel nie...

Okeh olah kerana aku tak leh nak copy paste dan post kat dalam blog aku, aku terpaksa buat lam bentuk gambar.... So koram mungkin kene salin balik kod nie yer.....



Koram buat cam bisa key.. gi kat Design - Add Gadget - HTML/JavaScript Add - Masukkan Kod Diatas beserta kod Mistery Linky Winget koram - Save...

Kalau koram tak bleh buat, roger2 aku key...

Tujuan buat scroll nie takmo bagi muka blog koram dipenuhi oleh Link kenkawan, biler dah buat scroll leh jimatkan ruang, yer taak???

Thursday, December 9, 2010

Camner nak buat Scroll??

Koram leh tulun aku tak?? ku nie tak baper reti sangat pasal blog nie... Hihihi, bru nak belajar2 lah katerkan.. Camner nak wat Scrol Up, Down kat Mister Linky's Magical Widgets kiter tu erk... Aku tengok makin hari makin panjang widget tu... Pleaseee tulun aku eh....

Aku nak wat cam ni jer koram... Pinjam blog zulyana jap yer nak tunjuk widget...

Ya Allah Ampun Kanlah Dosa Dia, Mudah-mudahan dia Mendapat Hidayah Mu....

Adeh masih ader lagik ker orang tak berperikemanusiaan nie... Nak jual anak kat orang bukan Islam lak tu... Nak jadi aper lah nie.... Kejam nyer.... Tergamak dier nak jual anak dier...

Sumber Harian Metro, 09.12.2010

KUALA LUMPUR: “Bayi ini sudah ditempah pada harga RM22,000,” kata seorang wanita yang kini menunggu masa untuk melahirkan kandungannya itu kepada dua wartawan Harian Metro yang bertemu dengannya di sebuah restoran di Bukit Bintang, di sini, baru-baru ini.

Dia yang memperkenalkan diri sebagai Suzie, 22, berkata satu pasangan suami isteri bukan Islam menyatakan hasrat membeli bayi berkenaan ketika kandungannya masih berusia lima bulan.

Pertemuan tanpa dirancang itu berlaku ketika penulis menikmati makan malam apabila ternampak Suzie bersama seorang rakan sekerjanya mencari meja untuk menjamu selera di restoran sama.

Melihat keadaan Suzie yang sarat mengandung sembilan bulan itu, penulis menawarkan tempat untuk dia duduk semeja.

Dalam perkenalan singkat itu, wanita yang bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO) terbabit mula menyatakan hasrat untuk menjual bayinya sejurus dilahirkan kelak kepada pasangan suami isteri berkenaan.

“Saya sayangkan bayi ini, tetapi kerana kos sara hidup tinggi di ibu kota, saya terpaksa menjualnya,” katanya ketika pertemuan itu.

Menurutnya, dia nekad mahu menjual bayi dikandungnya itu kerana berasakan tidak mampu menjaganya apabila dilahirkan kelak.

Selain itu, katanya pasangan terbabit mendakwa akan menanggung segala kos bersalin termasuk pembedahan dan perubatan serta mendapatkan sijil beranak sah buat bayi yang bakal dilahirkannya itu.

Mendengar cerita itu, penulis menasihatinya tidak berbuat demikian dan memujuknya ke Rumah Kebajikan Wanita dan Remaja (Kewaja) di Gombak, untuk bersalin dan dijaga sepanjang berpantang.

Tiga minggu selepas pertemuan pada awal November lalu itu, Suzie dibawa ke rumah berkenaan selepas dia bersetuju cadangan penulis.

Sebaik tiba di Rumah Kewaja, Suzie kelihatan keberatan untuk tinggal di pusat itu, tetapi selepas dipujuk pemilik rumah perlindungan berkenaan, dia bersetuju menginap di situ dan menjalani kehidupan baru.

Wanita terbabit mengakui terdetik rancangan untuk menjual bayi dalam kandungannya itu selepas teruja dengan jumlah wang ditawarkan pasangan berkenaan.

Menceritakan lebih lanjut, menurut Suzie, dia didatangi pasangan suami isteri itu ketika melepak di Bukit Bintang dan mereka mendakwa sudah berkahwin, tetapi tidak dikurniakan anak.

“Pasangan itu menghampiri saya kerana perasan perut saya besar. Ketika itu, usia kandungan baru lima bulan.

“Saya bekerja sebagai GRO di sebuah kelab malam terkemuka, namun takdir mengubah hidup saya apabila berjumpa teman lelaki yang mendakwa mahu mengahwini dan mengubah diri saya kepada kehidupan lebih baik,” katanya ketika ditemui semula di rumah perlindungan itu.

Difahamkan, dia memilih jalan hitam dengan bekerja sebagai GRO selepas terpengaruh kehidupan mewah seorang rakan.

Tambahan pula, Suzie mendakwa dia dilahirkan dalam keluarga pincang dan tidak pernah menerima perhatian serta kasih sayang ibu dan bapa menyebabkannya keluar rumah dan memulakan hidup sendirian.

Menceritakan bagaimana dia boleh mengandung anak luar nikah, Suzie berkata semuanya bermula apabila mengenali seorang lelaki berusia 30-an di kelab malam tempatnya bekerja.

Selama dua tahun hubungan Suzie dan lelaki itu tidak ubah seperti pasangan suami isteri sehingga satu hari dia mengetahui lelaki terbabit sudah berkahwin.

“Saya menerima panggilan telefon daripada seorang wanita yang mendakwa isteri teman lelaki saya dan sebaik ditanyakan perkara itu, teman lelaki saya mengaku sudah berkahwin dan mempunyai dua anak.

“Hancur luluh hati ini apabila mengetahui perkara itu, namun kerana sayang kepadanya, saya bersabar sehingga satu hari saya disahkan hamil,” katanya.

Namun, apabila mengetahui perkara ‘gembira’ berkenaan, dia ditinggalkan lelaki terbabit kerana tidak percaya anak yang dikandungnya itu hasil hubungan cinta mereka.

Suzie yang pada mulanya mahu menggugurkan kandungannya ‘menyimpan’ janin terbabit kerana kononnya mahu teman lelaki bertanggungjawab, tetapi lain jadinya, sehinggalah didatangi pasangan berkenaan yang ingin membeli bayi itu.

Dia yang kini tinggal beberapa hari saja untuk bersalin, mengakui insaf dan tekad untuk membela bayinya itu sendiri selepas diberi suntikan semangat dan bimbingan agama sepanjang tempoh ditempatkan di rumah perlindungan berkenaan.

Wednesday, December 8, 2010

Ader Hatu Dalam Selimut....


Sumber achik goggle

Warghhhh.. menyeramkan jer kan koram klu menghadapi situasi cam nie... Koram cayer tak aku mengalami peristiwa cam tu... Peristiwa nie terjadi maser hari Isnin malam selasa, kat umah aku hokeh..... Mana tak kene kacau, sampai umah pun dah kul 1 pagi maser tu. Disebabkan keleihan kaki pun tak sempat basuh, terus jer tido.... Maser tu Abang Manis kat luar lagik tgh baca komik online dier... So, sebab aku dah letih sesangat aku terus jer tido...

Lebih kurang lam kul 2 pagi maser tgh lena dibuai mimpi... tetiba aku raser cam ader benda masuk lak selimut aku... Aku hengat abang manis nak bergurau tetngah pagik nie.. Giler haper nak bergurau camtu kan... pastu tetiba jer aku raser selimut aku membesar semacam jer... Nie dah rasa len macam dah.. Tetiba aku raser sesak nafas sebab kene tindih ngan makhluk tu.. Berat giler... sampai aku tak bleh nak mengucap... Aper yang aku bleh sebut ALLAH je.. Tu pun cam tersekat lam kerongkong, susah nak keluar.. Lama gak aku bertarung ngan makhluk tu nak lepas.... Tapi teramat lah payahnyer koram... Selepas lebih 5 kali aku sebut ALLAH, Alhamdulillah aku bleh lepas darik cengkaman makhluk yang menindih aku tu...

Pas aku tersedar, terus aku panggil Abg. Manis masuk bilik... Aku ceritakan lah aper yang aku alami tu... Abg. Manis ader dengar aku menjerit lam dua kali sebut ALLAH, dier ingat aku ngigau tetengah pagi tu, tapi bukan rupernyer.... Terus Abg. Manis masuk tido temankan aku...

Pastu esoknyer aku raser cam tak sedap badan jer... Badan raser lemah sesangat... Mungkin hilang semangat kot.. Alhamdulillah lah koram tak der aper2 yang berlaku....

Tuesday, December 7, 2010

Kampung Ku...


Yuhuuu.. kengkawan semua, Isteri Abg. Manis kembali berbelog setelah 3 hari bercuti di Kampung halaman.... Terlebih dahulu Isteri Abg. Manis ingin mengucapkan Salam Maal Hijrah buat semua kengkawan blogger... JOm kita berhijrah... Mudah-mudahan, Amin....

Alhamdulillah aku dah selamat kembali ke rumah, esok dah start keje balik dah... Huhuhu, besalah kemalasan melanda setelah bercuti lam... Dan bermulah lah sesi aku nak jenjalan ke blog koram key.. Mesti banyak cerita baru koram kan...

Okelah aku nak cerita pengalan balik kampung lak kali nie... Aku sampai ke kampung halaman kul 2 pagi terus tido, esok lah bermula lah sesi jenjalan.. Hihihi... Pepagi dah siap2 Aku dan Abg. Manis dah siap2 nak Ke JOhor Bahru... Kitaorang pi kilang Apollo.. Alah kilang yang buat cokelat Apollo tu.. Borong bagai nak rak untuk Godies Bag Adek Ipar aku yang nak kawin 25.12.2010 nie... Memang murah koram, so sesaper yang merancang nak buat Majlis, aku syorkan koram pi borong terus kat kilang tu...


kitaorang ronda JB sampai petang, sesampai di rumah plak mak aku jak kitaorang ke rumah makcik kitaorang kat Teluk Ramunia, Penggerang Johor... Sampai jer sana kitaorang di ajak memancing tapi laut... Maser tu air tengah pasang, tu masa sesuai nak emamncing.. Angin laut pun sepoi-sepoi bahasa jer maser tu.... Peacefull jer rasernyer kat sana.... Kitaorang mancing lam 2 jam jer pastu balik tido.. Dapat lah 2 ekor ikan gelam besar tapak tangan... Susah gak nak mancing kat laut nie koram... Asik sangkut jer batu ladung... Huhuhuu.. Tapi amat menyeronokkan...


Paper pun memang menyeronokkan, lelagik melayan teletah anak buah ku yang bnayak cakap yu, walaupun kitaorang tak pahamaper dier cakp.. hihihih

Friday, December 3, 2010

Nak Balik Kampung Petang Nie...

Bye koram, aku mungkin tak dapat nak jelajah blog koram 1, 2 hari nie yer.. Sebab nak balik ke Kampung halaman ku ngan Abg. Manisku.... Jangan Marah yer... Tapi koram rerajin lah jenguk Blog Aku nie yer.. Tengok2 kan aper yang patut... Alah kiter kan Berjiran, kene tulun menulun... hihiihihi... Insya Allah klu aku sempat aku try curik2 maser nak jenguk Blog koram yek... Hihhii...

Thursday, December 2, 2010

Telepon-telepon Murah Yang Penah Aku Pakai

Okeh koram, aku nak tunjuk koram dan cerita sedikit-sedikit pasal HP murah yang penah aku pakai, darik aku abis sekolah sampai lah la nie... Tapi semua hanya tinggal kenangan jer koram....

Ni HP pertama aku, orang kater HP nie klu baling anjing pun mampus... Aku beli HP nie maser dapat elaun pertama aku belajar kat ILP Pasir Gudang... Sebab tu maser nie zaman HP ni lah paling glamer koram.... Hp nie memng bagus sesangat, jatuh tingkat 2 pun masih bleh pakai lagik... So aku ape lagi, sebab tahu kekebalan HP nie buat baling2 jer lah.. hihihi

HP nie plak HP kedua aku beli pakai wet elaun maser belajar gak.. Nakal kan aku.. Kerajaan bagi wet suh beli buku rujukan ker, bahan nak buat ujian praktikal ker.. ni tak aku wat beli HP lak... hihihi

HP nie aku beli maser aku ngah praktikal kat Johor Bahru, walaupun praktikal tak bergaji.. tapi aku nie memang giler HP, terpengaruh dengan penjual kat Kota Tinggi maser tu, kater nyer nie HP true tone, Tapi tak true tone maner lah... Aku beli RM50 sajer sebab tray in HP aku yang di atas.. pastu terkilan lah.. HP nie banyak kenangannyer kat aku... Nie lah HP aku wat baling2. Lamer gak aku pakai HP ni sampai lah aku masuk keje Goverment Tahun 2008 koram.. Lamer jase dier, pastu member serumah aku pinjam, hilang maner tah...

Owh HP nie bukan HP aku, aku penah pakai ia 1 bulan jer sebab rosak, nie HP adek aku No. 3 senarnyer, pastu jadik bahan mainan dah ia...

Ermm HP ni aku beli pakai duet ayah aku maser memula nak masuk keje Goverment.. Tapi sayang dier hidup ngan aku tak lamer, sebab kecuaian aku ngan Abg. Manis, meniggalkan ia di Ampangan Night Market, Seremban.. Murah hati kan sedekah kat orang.. hihi

Ni lah HP paling murah aku penah pakai koram.... Aku merasa sesangat terkilan dengan kehilanganyer kat Terminal 1, Seremban.. Tercicir dalam case RM 10 Abang Manis.. Malas nak citer banyak.. Aku masih sedih sampai skang... Waaaaaaaa... Duet HP nie aku kongsi ngan Abg. Manis maser nak beli ia..

Dan nie HP terakhir aku pakai... Aku beli RM300 Second hand kat budak sebelah tempat duduk aku kat opis.... Dengan ia lama sket kot....

Dan.... Aku bebenar ingin memeiliki ia..... Bilakah aku akan memilikinyer.. Ko tunggu yer.. aku tengah ngendap ko nie... Tgu harga ko murah dan Tungggu Kewangan aku mencukupi... huhuhuhu

Bye... Bye... En. T Yang Banyak Jasa

Sob.. Sob... Sob... Sedih harini aku berpisah terus ngan En. T yang banyak jasa nie... Banyak sangat ker jasa beliau?? Hihiih.. Bolehlah... Maser memula aku masuk sini aku dah nampak dah kaki dier tempang, tapi aku tak pedulik pun... Lam hati masih buleh harap lagik En. T nie.... Bior lah dulu kan.. Aku masih tetap bebankan beliau jugak... Mende berat2 aku bebankan dier.. Kesian dier... Alah dah memang dier dilahirkan untuk buat tugas tu, tempang, ker cacat ker buat keje lah gak kan... Takkan nak suh dier jawap tepon lak kan.. Cam tak sesuei jer koram, nak suh En. T nie... So bior lah dier buat keje hakiki dier walaupun kakinyer dah tempang....

Hari nie En. T dah pergi buat selama-lamanyer meniggalkan aku.. Sebenarnyer aku yang sisihkan dier darik hidup aku... Yer lah, kan dier tempang, pastu plak semalam dier terus rebah jatuh kebumi.. terus aku nyahkan dari meja aku.. Buat menyemak jer nak simpan-simpan beliau nie...

Dan aku dah ader pengganti yang baru, beliau sungguh lah machonyer... Kaler grey lagik, I suke grey2 nie... Hihihihihi..... Koram nak tengok ker penggati En T nie....
_
___
____
_____
______
_______
________
__________
___________
____________
______________
_________________
___________________
____________________
______________________
_________________________
___________________________
_____________________________


Semasa En. T pergi buat selama-lamanya.... Serabut jer aku tengok...

MAsih didalam kotak lagi beliau...

Baru aku buat pemasangan.

Tara... dah siap dipsang dan diportkan di tempat En. T yang lama, dan dah siap diletak beban lagik... Hiihihihihii.

Kenangan hanya tingal kenangan, kini di situ tempat En T... Bye... Bye En. T... Jasamu Ku Kenang...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...