Yang Join Aku Nie!

Tuesday, September 27, 2011

Hari Keluarga SPR di Desa Water Park, KL

Sabtu yang lepas IEB mengikuti program Hari Keluarga SPR anjuran  Jabatan En. Bard iaitu Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia yang diadakan di Desa Water Park KL..... Pelbagai acara keluarga yang diadakan termasuk acara untuk kanak-kanak iaitu pertandingan mewarna, memasukkan air dalam botol dan sebagainya.. Tak kurang juga aktiviti dalam air untuk orang dewasa... Kami dibahagikan kepada 4 kumpulan iaitu Hitam, Merah, Hijau dan Biru..... IEB dan En. Bard termasuk didalam kumpulan Biru..... Dalam acara yang diadakan tersebut memperlihatkan sikap setiakawan yang tinggi dikalangan kakitangan-kakitangan SPR, tanpa mengira, pangkat, umur juga hubungan.... Mereka sentiasa bekerjasama untuk kumpulan masing-masing....
 Kakitangan SPR
Ucapan dari Pengerusi SPR TAN SRI DATO' SERI ABDUL AZIZ BIN MOHD YUSOF

Kegembiraan terpancar diwajah mereka apabila aktiviti didalam air diselang selikan dengan acara cabutan bertuah dan teka kacang.. Masing-masing gembira tatkala nombor mereka yang bertuah itu dipanggil untuk menerima hadiah... Hadiah yang disediakan juga tak kurang hebat-hebatnya... Masing-masing sentiasa pegang nombor ditangan dan menanti untuk dipanggil.... Anak-anak kecil pula ramai yang dah mula merengek nak main air disitu... Syukur Alhamdulillah Nombor En. Bard bertuah untuk memenangi hadiah garand Prize yang ke-2.. Kami telah membawa pulang Sebuah Microwave Oven.... Hadiah ditempat pertama pula Sebuah TV LCD... Tahniah buat semua yang bertuah......
 Acara memasukkan air dalam botol (Acara Kanak-Kanak)
 Acara dalam air (Dewasa)

 Saya menang Microwave Oven
 Wajah-wajah kegembiraan
 Acara Penyampaian Duit Raya

Selesai acara Cabutan bertuah, satu lagi acara di adakan iaitu acara Pemberian Duit Raya oleh PUSPANITA SPR kepada anak-anak kakitangan SPR... Terpancar wajah kegembiraan diwajah mereka.... Selesai aktiviti dipentas,, tibalah masanya untuk kami semua bergembira bersama keluarga pula, iaitu aktiviti mandi manda didalam air.... Jutaan terima kasih buat SPR kerana menganjurkan program sebegini, disamping dapat merapatkan lagi hubungan sesama kakitangan SPR juga ahli keluarga juga dapat memupuk semangat kerjasama yang tinggi dikalangan mereka.... Tahniah buat SPR kerana dengan jayanya menganjurkan program sebegini.....
 Fizal dan En. Bard

 Ayu dan IEB
 IEB dan Dira domey sangat
 En. Bard adn Isterinya.. Hihihihi
 Pengurusan Atasan SPR
 Fahmi dan Dayang sekeluarga

10 comments:

MizzTina said...

blhla pinjm microwave tu yer.. hehe

cik panadol said...

wah menang microwave tu...boleh la masak sedap2 pasni....
ok mlm ni sy sampai umah....

KAMIHIDUP said...

wah, seronoknya. :)

yanamib said...

dh lama xmen air cemni..ramai cemni mmg enjoy kan =)

Misz-ella said...

lama btl KC tak gi men air. windu .. windu .. lepas tgk n3 ni brtmbh2 windu kat aktiviti camni. hihi

Isteri Encek Bard said...

tina meh ler rumah klu nak pinjam
cik pana mai lah
yana memang seronok

Anonymous said...

bestnya, meriah sangat

Ujang9897 said...

air cetek2 berani la..dalam2 gayat sbb tak reti berenang..hahaha

* bak sini oven tu.=)

LadyzuL ⎝⏠⏝⏠⎠™ said...

wah bestnya dpt microwave....

Taufiq Arifin a.k.a. Topimagine said...

wah.. sy dh lame x hari keluarga cm ni :(

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...