Yang Join Aku Nie!

Wednesday, February 9, 2011

Alahai Semua Harga Barang Dah Naik

Lam tadi pi shopin bebarang rumah kat Carrefour, Alamanda.... Cam biaser lah IAM suker beli stok bebesar sket bior tahan bebilan lamernyer.... IAM selalu soppin bebarang rumah ni lam 2 bulan sekali koram..... Pas abis citer Tiramisu, IAM ngan Abang Manis pun gerak ke Alamanda, dek peyut ni lapor, kitaorang singgah dinner (cet dinner konon) kat KFC... Agak lama gak lah kitaorang tak makan KFC nie.... Abih makan meninggalan sisa tulang pada Restoran tu jer kitaorang pun carbut, dah bayar hokeh ke destinasi mencari bebarang umah kat Carrefour.... Pilih, pilih barang bagai, terkejut IAM, tengok reger barang semua dah naik... Baru 2 bulan shoppin semua barang dah naik harga ngan banyaknyer..... 

Wah, semua mahal-mahal belaka.. Bebarang yang kitaorang beli pada kebiasaanyer tak sampai pun 100 henget, tapi dah melepasi harga seratus henget.. Barang semua sama jer lebeh kurang... Dulu susu reger RM2.50, skang dah jadik RM2.90, apesal lah tak naikkan RM3.00 jer kan senang, adeh... Softlan dulu RM5.00, skang dah jadik RM6.00, Pencuci Pingan dulu selalu beli RM4.80 jer skang dah 5 henget lebeh..... Beras toksah ceciter lah, memenag naik jer... Minyak masak pun tinggal jenama Carrefour jer tu pun dah naik gak aritue jenama Carrefour nie reger dier 12 henget lebeh jer, skang dah jadik 13 henget lebeh..... Adeh mekasihlah kerana sentiasa menaikkan harga barang..... Camner ah yerkstart minyak naik nie, harga barang pun naik melampau, apesal lah gaji pun tak naik biler harga minyak naik erk??? Tak der ker sistem cam tu????

Tuesday, February 8, 2011

Jutaan Terima Kasih Buat Semua......


Wah terkejut beruk IAM, nasib baik tak jadik beruk.... Baru beberapa bulan IAM berblog Follower IAM dah mencecah angka itue... Bukan Angka 4 nombor ekor okeh... Tapi Angka 888... Ternyata Angka 888 nie memang Angka kegemaran IAM sebab ader makna disebalik angka... 080808 adalah tarik IAM kapel ngan Abang Manis yang kini dah bergelar suami IAM... Jutaan terima kasih yang tak terhinggan buat koram yang rajin jenguk blog IAM yang tak seberapa nie, yang rajin komen kat blog IAM nie... Dan yang paling penting koram yang sudi berkawan ngan IAM...... Buat si pemilik no. bertuah nie 888 Adek Ninie terima kasih  yer.......

Tag Darik Puan Kubis

Cumel kan anak beruang nie??... Puan Kubis yang ferasan masih lagik cik.. Hihihi, larikkkkk...... Tag IAM nampak... Hihihihi, okehlah IAM akan menjawab semua soalan yang telah di ajukan.....

APAKAH STATUS ANDA ?
IAM berstatus isteri kepada Abang Manis... Menjadi hak milik sepenuhnyer untuk Abang Manis... Dipermudahkan atau lam perkataan lain status IAM berkahwin dan belum lagi dikurniakan cahaya mata, ti klu dah jadik ibu baru tukar status ibu yang cute plak...

CERITAKAN TENTANG DIRI ANDA?
Alah koram mesti dah banyak tau tentang IAM kan, IAM kan selalu cerita tentang IAM, takper IAM cerita sket jer bagik mengimbau ingatan koram pada IAM. IAM suker kaler pink, hijau, merah, hitam, IAM suker makan pedas giler, IAM suker duk umah jer, tak minat sangat shopping... IAM tak suker jalan sensorang tanpa Abang Manis, tak lengkap rasernyer tanpanyer.... Keta yang paling IAM minat Toyota Vios. IAM orang Kluang, Johor dan IAM anak sulung darik 5 orang adek beradik. IAM seorang yang agak rendah tapi cute, pasan tul lah. Itue jer kot setakat nie....

CERITAKAN TENTANG BLOG ANDA.
Belog IAM mengisahkan tentang diri IAM, Abang Manis IAM, pasal keluarga IAM, pasal kengkawan dan BFF IAM, Ader sket2 lah isu semasa tu pun selalu copy paste darik internet jerk.. Pemalas kan, jangan mare....

APE PENDAPAT ANDA TENTANG DUNIA BLOG?
Blog????????? Pada pendapat IAM menulis blog untuk mengisi masa yang terluang, kongsi pengalaman pahit manis IAM ngan koram...... Bleh tambah kenalan walaupun tak bersua muka. Bleh tau isu semasa, kisah suka duka koram lam blog gak.... Yang penting IAM suker baca blog koram....


NASIHAT KEPADA KAWAN-KAWAN YANG BARU NAK BUAT BLOG
Alah IAM pun baru jer terjebak lam kancah blog nie, nak bagi nasihat pun cam tak layak jer... Paperpun tulislah blog dengan seikhlas hati, luahkan saja aper yang tersirat lam hati koram lam blog koram akhir kata darik IAm "BLOG KORAM, SUKER HATI KORAM NAK TULIS APER PUN" janji koram tak melanggar undang-undang yang ada kat negara kita nie...


NYATAKAN KEUNIKAN BLOG ANDA
 Alah malu nak gitau lah... oklah IAM gitau ngan rsa angkuhnyer sebab aper koram kene selalu pi Blog IAM nie.... Blog IAM LANGSUNG TAK UNIK pun.. Jangan mara, IAM buat blog sesajer jer, tak pandai lagik nak carik keunikan nie....


SAMPAI BILA NAK MENULIS BLOG DAN IMPIAN ANDA DALAM DUNIA BLOG
Sampai IAM kertu sok, dah tak larat nak menaip dan mata dah tak nampak tulisan kat komputer IAM akan menulis blog lagik, maser tu mintak cucu cicit tulun taipkan, wan dier nie gitau jer aper yang nak tulih.. Hihihihii


TAG 5 Blogger yang Pofular GileR
joomm kite tgok saper yg kena~~~\

Monday, February 7, 2011

Alahai Pokok Lada

Assalamualaikum dan selamat pagi semua... IAM kembali setelah 6 hari menyepi tanpa blog... Rindu giler kat blog IAM nie... Rindu giler nak blogwalking kat blog koram.... Amacam koram sehat ker??? Cecuti raya cina kan panjang, so IAM amik kesempatan balik ke Kluang, tanah air tercenta.... Juga balik umah mertua di Jelebu.... 6 Ari IAM tinggallkan blog, juga rumah... Masa lam bercuti dah terbayang pokok2 lada kesaynagan IAM kat umah dah 6 ari tak minum, mesti balik dah mati.. Waaaaa.. Tapi Alhamdulillah walaupun 6 ari tak bersiram, pokok lada IAM masih lagi sehat dan gemuk.. Suker sesangat....

Monday, January 31, 2011

Rusuhan Di Kaherah

Marilah kita sesama mendoakan akan keselamatan semua pelajar-pelajar Malaysia disana... Kepada adek ipar ku Zhariff Mudah-mudahan selamat lah hendakya di sana.... Mak, Ayah, Along, Angah, Ainur, Akak dan Kak Nurul serta keluarga disini sentiasa mendoakan keselamatan Zhariff  di sana. Amin Yarabbal A'alamin

SUMBER BERITA HARIAN ONLINE 31.01.2011

Tinggalkan sementara Mesir,Kedutaan di Amman, Riyadh dan Tripoli digesa bantu 11,000 warga Malaysia
KOTA KINABALU: Rakyat Malaysia di Mesir akan dibawa keluar sementara ke tiga negara jiran jika keselamatan mereka terancam susulan keadaan yang semakin tegang di negara itu. Persetujuan sudah dicapai bagi rakyat Malaysia dibawa ke Amman, Jordan; Riyadh, Arab Saudi dan Tripoli, Libya sebagai pelan kecemasan, manakala lokasi berhimpun sebelum pergerakan ditetapkan di bandar Panta, di selatan Kaherah, kata Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman. Katanya, kakitangan kedutaan di tiga negara berkenaan sudah dimaklumkan mengenai keputusan itu dan bersedia membantu pergerakan keluar rakyat Malaysia kira-kira 11,000 rakyat Malaysia di Mesir dengan sebahagian besarnya pelajar.“Ini adalah keputusan terkini mesyuarat pelbagai jabatan yang memantau rapi perkembangan di Mesir dan akan dilaksanakan jika senario mencapai tahap kritikal. Kedutaan Malaysia di tiga negara terbabit akan menyelaras isu berkaitan tempat tinggal dan makanan jika keadaan memaksa,” katanya ketika dihubungi Berita Harian semalam. Anifah menegaskan, kerajaan tidak mempunyai halangan jika ada rakyat Malaysia yang mahu meninggalkan Mesir secara sukarela dan atas perbelanjaan sendiri berikutan keadaan huru-hara susulan krisis kepemimpinan di negara itu yang bermula Selasa lalu.“Bagaimanapun, kita harap semua rakyat Malaysia menghubungi pihak kedutaan di Kaherah supaya kita mengetahui bilangan sebenar mereka di sana. Perangkaan tepat akan memudahkan usaha membawa keluar jika perlu," katanya. Anifah berkata, perkembangan di Mesir diklasifikasikan pada tahap ‘amaran jingga’ iaitu persediaan membawa keluar rakyat Malaysia dan akan digerakkan sebaik situasi tegang bertukar menjadi ‘amaran merah’ iaitu pemindahan bagi tujuan keselamatan. Beliau menasihatkan semua pihak bertenang dan menghubungi talian yang disediakan Wisma Putra bagi mengetahui perkembangan ahli keluarga masing-masing dan kerajaan memandang serius tanggungjawab memelihara keselamatan warga Malaysia di luar negara dalam keadaan genting seperti sekarang. Gelombang kebangkitan menggulingkan Presiden Hosni Mubarak yang mula tercetus pada 25 Januari lalu dilaporkan semakin tegang apabila perintah berkurung dilaksanakan di beberapa bandar utama di Mesir. Bantahan besar-besaran di Kaherah, Iskandariah, Suez, Dumiyat, Tanta dan Mansoura menyebabkan puluhan menjadi korban manakala ribuan lagi ditangkap dan dilaporkan cedera susulan pertempuran dengan pihak berkuasa.

DASAR PERAMPAS!!!!!!!

Eh saper yang rampas saper nie??? Serius IAM memang bencikan perampas nie.. Tak kira lah perampas boyfreind orang ker, tunang orang ker dan yang lebih IAM mencik sekali perampas Laki orang.. Lelebih lagik Rampas laki orang yang bini dier ngah sarat mengandung.... Sabor, IAM jangan lah emo pepagi nie... Maner tak emo koram biler baca blog sorang akak yang teraniaya nie REALITI SEBUAH KEHIDUPAN.. Sedih giler koram, IAM pun jadik takut mendengarnyer.. Mintak2 dijauhkan lah ini semua berlaku pada IAM dan keluarga IAM.... Sebenarnyer IAM selalu mengikuti perkembangan blog akak nie.. IAM salute ngan akak nie sebab dier jatuh dan bangun ngan sendirinya... Semangat yang akak nie sampaikan lam blog beliau untuk membesarkan 3 orang anak-anak yang ditinggal kan ayah beliau masih kecil lagi dan semangat beliau untuk menenangkan emosi anak-anak beliau tatkala anak-anak beliau terlalu rindukan seorang lelaki yang bergelar ayah.... Hati IAM sedih tatkala baca biler anak perempuan akak nie sakit sebab terlalu rindukan ayah...

Dan yang paling disakiti si muka pisang nie boleh plak bergembira di atas kesengsaraan orang lain... Dier kan perempuan? tak raser ker aper yang perempuan lain rasa??? Boleh plak siap nak meraikan penceraian kaum sejenis dier ngan lelaki yang dier rampas tu kat hotel mewah, sebenarnyer dinner opis dier jer pun, tapi belagak cakap meraikan berdua.... Boleh blah lah weh... Pastu sampai hati plak dier erk tunang ngan laki akak tu time beliau sarat mengandung, dan sampai hati plak die si muka pisang, bleh plak anto MMS gambo perkahwinan dier  disaat-saat akak tu sakit selepas melahirkan anak.... Takder hati perut ker biler ko wat cam tu ha??? Tu kan kaum sejenis kita.... Pastu bleh plak buat blog semata-mata nak sakit kan hati dan nak balas balik aper yang akak nie tulis lam blog dier... Blog pun carca merba jer IAM baca, belagak jer lebeh, konon engineer lah, pekerja contoh lah, pekerja yang disayangi bos lah dan lagik berkuasa dari manager lah.... Dan yang lagi cam hangah jer baca siap mengutuk akak yang teraniaya nie lagi.. Tak bleh blah biler baca blog si muka pisang nie....

Ter emo plak IAM pepagi nie.. yer lah koram maner tak, IAM emmang anti kaum sejenis yang suker manjatuhkan kaum sejenis sendiri... Ader satu kes lagi yang IAM dengar kat tempat IAM keje yang lebeh kurang sama kes Akak yang teraniaya dan si muka pisang nie... banyak sangat IAM dengar.. tu yang geram tu.... 

Paper pun mudah-mudahan akak nie sentiasa kuat dan tabah tuk menghadapi segala ujian... Dan di permudahkan jalan hidup beliau untuk membesarkan anak-anak beliau.. Amin...

Tengok derang nie pun berkongsi perasaan yang sama cam IAM...

aku mengamuk secara menggila~

SAYA BUKAN MERAMPAS CUMA BERKONGSI SAJA. DASAR LEMBU PENDEKS!!

Realiti sebuah kehidupan..Iaitu, perempuan perampas sebenarnya tak secun Fasha Sandha pun..

Friday, January 28, 2011

Dating Kat Kedai Abang Kenny

Lam 24, 25 haribulan tetiap bulan bagi Penjawat Awam adalah hari yang paling di nantikan.. Nak tau kenaper?? Time tu lah hari kenaikan pangkat, eh silap time gaji lah koram... Cam IAM memang tak sabo menunggu hari tu tiba koram... yer lah maner tak wet pun tinggal ciput-ciput jer nak wat belanjer kan, lagi lah pulak time bulan lepas gaji awal, lagi lah parak.... Biler pas gaji jer pakcik, makcik, abang, akak, adek semua berbondong-bondong ke Alamanda, bagi yang duk Putrajaya lah yer, Klu yang duk Kangar nak pi Alamanda gak time gaji sebab nak keluarkan duet ngan belanja barang dapur tak tau lah IAM plak kan.. Semuanyer melakukan aktiviti berkeluarga nie, pertama sekali mesti beratur sepanjang-panjang kat mesin ATM, time tu semua mesin ATM full orang beratur, pastu ramai yang berbondong-bondong ke Carrefour atau Parkson beli barang dapur, troli pun semua penuh menggunung. Kat restoran makanan segera cam kentaki, lempeng omputeh (Pizza Hut), MCD, Kedai Nasik Ayam ngan Food Court of coz lah fenuh. Dah gaji kan, so sesaper yang bekeluarga amik kesempatan makan sesama, bagi yang ngah bercinta plak berdating kan...

IAM ngan Abg. Manis pun amek kesempatan berdating gak. Tempat kitoram pi cam biaser lah koram, keluarkan duet, beli Biskut Famous Amos (satu ketika penah jadik isu kat JB takder, ibu mengidam tak puas hati), pastu kami pun singgah ke kedai Abang Kenny, alah Abang Kenny tu Abang Angkat IAM.. Cet.. Larik.... Balik makan-makan kat kedai Abang Kenny kitaorang beli barang kat Watson, banyak tu SALE.. Koram kene amek kesempatan sempena CNY nie kan, semua kedai SALE koram.. Wah.. mata IAM pun dah jadik duet-duet nie.. Hihihii...
Ha, inilah Kedai Abang Angkat IAM, Abang Kenny...
Ini dia Juadah kat Kedai Abang Kenny, Ermmm Yummy...
Tengok Abang Manis, ngah mengunyah, IAM wat permintaan nak amek pic dier...
Elleh, makcik nie belagak jer pakai sudu ngan pisau tu, padahal pakai tangan jer..

Wednesday, January 26, 2011

Jagong Bakar VS Oblong Daging

Hari minggu lepas IAM kan berkumpel di rumah mertua bersama Abg. manis, Adek Ipar dan Isterinyer yang bakal menjadi ibu dan ayah... IAM nak dapat anak buah tak lama lagi....So Aktiviti hujung minggu kami sentiasa bersama-ssama satu keluarga... Hari sabtu kitaorang menjala ikan tilapia merah di kolam sedara kat kampung, so tengah hari tu terus masak stim... Sedap koram, ikan baru di tangkap terus menjadi hidangan kami sekeluarga.. Manis seungguh isinyer.. Hari ahad plak makan lagi ikan tilapia, tapi kali nie masak ikan goreng berlada... Wah semua berselera menikmati juadah, sampai tinggal tulang sebab makan beramai-ramai jan.. Tak sempat IAM nak aemk pic ikan tu... Aktiviti petang hari plak, hari tu ayah mertua IAM beli jagong, so aper lagi petang tu, kitaorang bakar lah jagong... Lamer gak tak makan jagong bakar nie.... Bakar jagong pastu salut ngan Planta... Habis 15 biji jagong kami belasah petang tu....
Mak Mertua Den ngan Beras Den
Sila Abaikan orang gaji yang macam K. Limah ngan bakar jagung tu....

Alamak ader lagi gambo ornag gaji tu.. Hihihihi


Tadaaaa, ini lah hasilner koram...
Lepas maghrib kitaorang pun balik ke Putrajaya... Malam tu IAM ngan Abg. Manis hantar Angah ke KL... Dekat kul 12 gak lah kitaorang sampai KL... Dah sampai KL tak sah klu kitaorang tak singgah Kedai burger kegilaan kitaorang kat Kg. Dato' Senu... So aper lagik oder 3 oblog daging tuk kitaorag, siap mintak kat abang tu extra kuah black papper.... Pada IAM nie lah Oblong terbaek penah IAM makan... Kesedapan dier lebeh kureng Prosperity Burger MCD..... Kat kul 2 pagi gak IAM dan Abg. Manis sampai kat umah, terus tido sebab kekenyangan....... Alhamdulillah....
 Oblong terbaik kat KL jer koram....

Tuesday, January 25, 2011

Terima Kasih Ekwan dan Charade beliau

25 January gak.... Eh ader komen dari Ekwan Hensem nie... Terima Kasih kat beliau sebab bawak keta charade ngan kelajuan maksima dan selamat..... Dan Abang Manis pun selamat sampai ke rumah ku....
 Sila klik untuk tumbesaran, klu koram nak baca....

Jom Berkenalan Ngan My BFF

Okeh koram hari nie IAM nak wat entri pasal BFF IAM, nak ajak koram semua berkenalan ngan diorang nie....

Meh kiter berkenalan ngan Puan Norsalihan yang berasal dari Kelanan nie, IAM kenal beliau maser memula masuk keje ke Jabatan Kerajaan nie... IAM dulu serumah ngan dier.. Kini memasing dah kawin dan beliau dah pun berpindah ke Tanah Air, Kelantan mengikuti si somi..... Beliau ni sangat terkenal ngan sifat setiakawan.. K. An memang best tau, saper kawan ngan dier... Orangnyer cantek... IAM tak sabo nak tgu anak sedara darik beliau nie... HIhiiii... Meh kiter godek Blog Beliau ni... YuKikAzE_KuB!S07

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...