Yang Join Aku Nie!

Wednesday, December 28, 2011

Mengendap Perempuan Berak (18SGELI)

Sungguh kasar tajuk di atas kan... Hurmmm bagi yang tak mo baca sila abaikan tajuk di atas.. Mengendap orang berak kebiasaannya sejak kecil kita di ajuk oleh mak, ayah, datuk nenek kita dengan masalah Ketumbit... Betul ke fakta itu tidak sama sekali dapat di pastikan... Tapi ajukan sebegitu sudah sebati dengan diri dan masyarakat kita dahulu.. Sekarang ni tak pasti pulak IEB adakah masih ada lagi ajukan seperti itu...
Sebenarnya apa yang nak IEB sampai tiada kaitan dengan masalah Ketumbit. Pagi tadi tergelak IEB bila dah lama tak tengok keyword di blog IEB, koram tahu apa yang IEB jumpa?? IEB jumpa ada pulak yang mencarik keyword Mengendap Perempuan Berak di blog IEB ini... Siapa lah yang mencari tu. Agak-agaknyer koram sekarang mesti tengah ketumbit kan skang nie sebab carik benda alah tu kat blog IEB.. 

Fakta Mengenai KETUMBIT :

 Profesor Dr. Muhaya Mohamad Noor, Pakar Perunding Mata, Kuala Lumpur
Kalazion
Biasanya ketumbit mengambil masa tiga hari sebelum ia pecah dan kering. Bagaimanapun dalam kebanyakan kes, ketumbit akan sembuh dalam tempoh seminggu

Ketumbit jenis kedua yang disebabkan penyumbatan kelenjar minyak (kalazion) pula 'tumbuh' lebih perlahan dan jika ia terlalu besar, ia mungkin boleh mengganggu penglihatan. 

Rawatan utama untuk ketumbit ialah pembedahan kecil atau penggunaan antibiotik setempat yang harus diletakkan ke dalam mata bagi merawat jangkitan kuman.
Pembedahan juga hanya diperlukan untuk ketumbit yang disebabkan oleh penyumbatan pada kelenjar di kelopak mata selepas rawatan antibiotik setempat tidak berkesan. 

Selalunya ia berlaku selepas keradangan berlanjutan melebihi dua minggu.

Pada peringkat awal, kalazion dapat dirawat dengan meletakkan antibiotik dan diikuti dengan menuam mata dengan kain yang direndam dalam air suam untuk mengatasi penyumbatan pada kelenjar di kelopak mata.
Ini harus dilakukan sebanyak tiga kali sehari selama seminggu.

Rawatan
Ketumbit juga tidak menyebabkan kebutaan! Ini kerana ia hanya membabitkan kelopak mata.

Fungsi melihat bergantung kepada kesihatan biji mata dan kesihatan mata tidak terganggu apabila ada ketumbit

Ketumbit boleh menyebabkan sedikit gangguan penglihatan jika ia menjadi terlalu besar dan menekan pada bahagian tengah mata, di mana ia menyebabkan astigmatisme. 

Anak yang sering mendapat ketumbit juga bukannya kurang sihat. Sebenarnya ia cuma jangkitan kuman dan boleh berlaku pada sesiapa sahaja.
Ketumbit tidak berjangkit kepada orang lain! Ini kerana ia berlaku disebabkan penyumbatan pada kelenjar tarsal mata pesakit.

Jika berlaku ketumbit pada kelopak mata anak anda, segera berjumpa doktor untuk mendapatkan antibiotik dan memulakan rawatan untuk mencegah pembesaran ketumbit.

Pembedahan kalazion untuk golongan dewasa dan kanak-kanak juga berbeza dan hanya dilakukan jika perlu.

Untuk orang dewasa, selalunya ia dilakukan dengan pembedahan menggunakan bius setempat dan tidak menyakitkan.

Bagaimanapun, kanak-kanak akan memerlukan bius am (penuh) untuk menjalani pembedahan ini atas sebab-sebab yang jelas.

2 comments:

Semut Senyum said...

org tua2 kata kalau ketumbit sapu bwang putih kat situ.. ehhehehe

terima kasih utk info dari dr. tu...
=)

yanamib said...

err so far seumur hidup lom pernah kna ketumbit..tp pernah la tgk ketumbit tu cano..hee~ klu ms kecik2 dlu mmg caya je org ckp ketumbit ni jd sbb ngintai org mandi..haha =P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...