Yang Join Aku Nie!

Thursday, May 8, 2014

Cerita Dongeng : Resam Kejiranan Rumah Pencakar Langit 2

ABAIKAN HASIL SENI JALANAN SEORANG VANDALISME DISITU YER...

Assalamualaikum... Bertemu sekali lagi dengan bebelan mak orang ini... seperti yang ku kata dalam entry pertama dengan tajuk panjang di atas (malas nak taip tajuk panjang beno) gaya penulisan aku berubah selaras dengan perubahan hormon muda kepada hormon pengakhiran zaman remajeer...  saper pernah bava entry skema aku yg lepas jgn ingat aku buang tebiat plak...

Okey aku akan sambung lagi bab sampah...  bab bau air sampah dalam lift tu entry yang lepas, dan entry kali ni masih lagi mengenai sampah dll... Lagi satu jenis makhluk bijak bestari yangvkorang akan jumpa bila duduk kejiranan bangunan pencakar langit ni yang suker buang sampah di depan pintu lift, dengan harapan sampah mereka akan dibuang oleh pekerja pembersihan.. Okey aku positif sebab ni kan cerita dongeng mungkin sampah tu dah berbau biler letak dekat umah mereka, dan mereka tak tahan bauan semerbak tu dan berniat nak buanh samah tu, tapi kebetulan plak banyak barang nak bawak, dgn anak lagi kiri kanan, so jalannya letak di tempat berdekatan dgn lift dan jauh sikit dari rumah mereka dgn harapan sampah tu akak tekan lift dan berjalan ke tmpt pembuangan sampah.... misteriii sangatt kannn... sebab tu aku kata mereka ni bijak bukan b****, nampak tak mencurah2 idea mereka kan...

Tu belum lagi sampah dari kereta yang dibuang di tempat meletak kenderaan yg disediakan.. Pasal ni lebih kurang gak dengan orang yang membuang sampah merata2 tu korang mesti dh dapat bayangkan...

Hurmmm lagi satu aku nak sentuh pasal tangga kecemasan yang dijadikan tandas awam.... agaknyeer kan... Cerrr korang bayangkan lift semua rosak dan terpaksa korang gunakan tangga untuk naik dan turun dan yg lebih mebanggakan sepanjang menggunakan tangga akan ada haruman kekal, haring dan hancing yang menyakit lubang hidung korang, damai ker korang rasa???? Ok mungkin ada juga sisa sisa dari haiwan seperti kucing dsb, mereka boleh di maafkan sbb mereka memang tak da akal.. kemon lahhh berbeza okey bauan sisa manusia dengan kucing... Boleh kenal sangat tompokkan kuning yang banyak dan hancing tu.... sangat berbeza...

Hurmmmm kalau yer pun korang rasa nak terbuang sangat cer berlari ditandas awam yang berdekatan kot.. Mesti kat kaw. korang ada tandas awam kan... cam kat surau ker, dewan org ramai ker,  petrol station ker dsb.. So kesimpulannya adakah mereka yang membuang tu sama seperti kucing yg selalu tembak dinding tu.. Kemonnn lahhh fikir fikirkanlah buah fikiran aku ni.. ehhhh tak yah fikir ni just bed time story jer... rasa ngantuk tidur dengan mimpi indah...

Ok terpanjang lagi aku rasa entry aku yang ke 2 ni, mungkin aku kena sambung lagi kisang dongeng ni.. Insya Allah akan ku jadikan entry ke-3 ni entry terakhir aku untuk tajuk ni lah.. Mungkin aku akan sentuh bab sensitip sikit bab atitude kejiranan.. Boleh???
To Be Continued......... Assalamualaikum...

Wednesday, April 30, 2014

TUTORIAL : Square HIjab Shawl Tutorial (Tutorial Tudung Bawal Menjadi Shawl)

JOM SHOPPING TUDUNG NI KAT LINZ'S SCARVES
LINZ'S SCARVES

KELEBIHAN SQUARE HIJAB MATERIAL COTTON VISCOSE INI ADALAH KAIN YANG SEJUK, LEMBUT DAN TIDAK PERLU DISETERIKA, SELAIN BIDANGNYA JUGA CUKUP BESAR. IA JUGA BOLEH DIGAYAKAN DENGAN PELBAGAI CARA SEPERTI TURBAN, GAYA BAWAL YUNABELLA, GAYA SHAWL LILIT DAN LAIN LAIN LAGI

Boleh menggunakan tudung bawal atau square hijab yang berbentuk 4 segi sama. (Saya menggunakan bawal square cotton viscose dengan hanya beharga RM10 dari LINZ'S SCARVES)
  


1. Buka tudung jadi segi 4 tepat, kemudian pakai dikepala dan samakan hujung sama hujung menjadi sama panjang.

2. Lipat tudung seperti biasa dan pinkan di bawah dagu seperti biasa.

3. Ambil bahagian sebelah tudung, kemudian lilit kan ke atas dan bawak ke bahagian tepi (kawasan pipi) tudung.

4. Pin kan hujung tudung menggunakan jarum peniti.
5. Kemaskan bahagian depan tudung mengikut keselesaan (boleh juga pin kan tudung di bahu kiri dan kanan untuk kemasan).

6. Kemaskan juga bahagian belakang tudung mengikut keselasaan.

Tuesday, April 29, 2014

Tutorial Shawl Butterfly


JOM SHOPPING TUDUNG NI KAT LINZ'S SCARVES
LINZ'S SCARVES

1. Menggunakan shawl potongan butterfly.


2. Pakai di atas kepala seperti biasa dan pastikan sebelah panjang dan sebelah lagi betul2 pendek.


3. Pin kan seperti biasa dibawah dagu.


4. Ambil bahagian yang panjang tadi dan lilitkan di atas kepala sehingga hujung shawl panjang ke sisi tepi shawl (bahagian pipi).


5. Pin kan mengguna peniti hujung shawl yang dililit tadi.


  
6. Kemaskan bahagian depan shawl mengikut keselesaan. (boleh juga pin di bahu untuk kemasan)

** Kelebihan ‪#‎shawl‬ cutting butterfly ni, bahagian hadapan dan belakang tudung akan menjadi kemas dan bentuk bulat dengan sendirinya.

Tuesday, April 22, 2014

Maxis menuntut Bayaran Untuk Internet Percuma

Ok pepagi tadi on FB ternampak satu post dari Oh Media di FB mereka, mengatakan ada langganan internet percuma untuk 1GB untuk lima hari diberikan secara percuma untuk semua pelanggan maxis... Pelanggan maxis cuma perlu masukkan code yang diberikan dan tekan dile... Maxis akan terus menghantar terus mesej ke telefon bombit mengatakan pas internet telah di aktifkan...


So apa lagi aku try lah FOC kan.. menjadi ko.. Aku pon share kat FB... Beberapa kawan aku yang cuba juga berjaya, tapi tak lama rupanya beberapa jam lepas tu ada kawan aku kata dh tak leh buat.. So maknanya maxis dah sekat lah yer...

Selepas jer kengkawan aku gitau yang dah tak leh buat. bertalu talu mesej kat FB. whatsup masuk bahawa perkhidmatan internet percuma yang aku  share  tersebut bukan percuma, siap ada yang kata pihak maxis telah membuat laporan polis berkenaan perkara tersebut dan akan membuat tuntutan pada setiap pelanggan prepaid maxis yang telah aktifkan perkhidmatan tersebut... hahhahha aku senyumm dan gelak jer baca yang mereka share tu, macam tak logik kan siap laporan polis.

Kalau yg share kata maxis mengalami ganguan teknikal dan terdapat pihak tidak bertanggungjawab menyebarkan kod tersebut dan maxis akan mengenakan bayaran rm9 untuk perkhidmatan tersebut.. yang ni ok lah sikit pada laporan polis tu..

Mereka ni nak menjatuhkan maxis tak hagak2... so lepas jer mesej tu cam peluru perpandu tersebar secara tak langsung yg dah aktifkan mesti takut dan mula lah memasing cuba nak salahkan maxis sebab membuat tindakan tak logik atas kesilapan teknikal mereka sendiri.. Yang buruk maxis gak..

Aku tak puas hati selagi tak dapai info tepat dari maxis.. sebab yg aku dapat semua mesej berantai suh sharekan... so aku godek godek page maxis dan hotlink kat fb dan terjumpa satu soalan dari pengguna maxis mengenai peekara ini dan mendapat feedback dari maxis bahawa itu adalah kesilapan teknikal dari pihak mereka dan mereka telah menyekat code tersebut dan tiada sebarang caj dikenakan untuk pelanggan yang telah mengaktifkanya...

So jangan risau ok, confirm tiada caj dikenakan tuk sesiapa yang telah cuba aktifkan langganan internet percuma tersebut.. Confirm FOC sebab aku pun ada mengajukan soalan yang sama pada pihak maxis tadi dan mereka memberikan jawpan yang sama juga.. hehehhe huntunggg sabut timbul, untung batu tenggelam, yer dak... Terima kasih buat maxis sebab anda dah buat amal jariah.. Terima kasih gak buat maxis sebab menjawab persoalan kami pelanggan maxis yg budiman ni...




Internet Percuma Maxis 1GB Untuk 5 Har

Bukan FB pepagi nampak ni.... so sharing os caring.. hahhahhah

Thursday, April 17, 2014

Tutorial Tudung Bawal YunaBella


Assalamualaikum...

Hahahhahahhaha, ramai plak yang tanya camner aku pakai tudung bawal gaya adik YunaBella tu, so dengan rasa rendah dirinya dan malu dirinya, gigih gak aku buat tutorial tu ngan K. Linz,  K. Linzz ni gak ada jual pelbagai, tudung, pelbagai shawl yang murah murah, cantik cantik dan berkualiti dan yang penting kita mampu milik, so kalau korang rasa nak dapatkan shawl murah dan cantik leh pe page FB beliau di bawah ni..


 

1. Alatan yang diperlukan, tudung bawal, 1 jarum peniti, 2 brooch kecil & 1 brooch besar.

2. Pakai tudung bawal seperti biasa, dan pastikan hujung tudung tersebut mestilah sama.



3. Mulakan lipatan lebih kurang 2cm ke atas.

4. Hasilkan lipatan lebih kurang dalam 7 lipatan ke atas.

5. Pin kan lipatan tadi degan brooch panjang.

6. Penitikan hujung tudung bawah dibelah belakang untuk menampakkan ia bulat.

7. Pin kan di belakang tudung di bawah leher untuk kemaskan bentuk tudung.

8. Kemaskan mengikut keselesaan..

Terima kasih...

copy paste from : FB Isteri Encek Bard

Sunday, April 6, 2014

HAPPY BIRTHDAY BLOG ISTERI ENCEK BARD


Eh. eh eh terajinnn plak hupdate blog yang dah lama bersawang tu kan.. tetiber rasa rindu sangattt kat Blog Isteri Encek Bard... Owhhhh rupanya hari ni genap 4 tahun aku berblog dan mempunyai blog, walaupun dalam 2 tahun ni aku malas hupdate, tapi aku tetap sayang blog tu.. sebab blog tu lah aku dapat ramai kawan yang baik baik dan comel cemel dan kat situ jugalah aku mula belajar menulis walapun entry aku banyak meraphu.... biler baca entry lelama tersnyum sendiri aku baca penulisan aku... hahhahaha.. 

Happy Birthday Blog Isteri Ebcek Bard.... Coretan pertama ku masa mula berblog korang leh tengok sini.. serius funny cam budak lepasan SPM menulis.. hahhahahhahahhah http://bintangkita080808.blogspot.com/2010/04/terdetik.html

copy paste from FB

Saturday, April 5, 2014

Cerita Dongeng : Resam Kejiranan Rumah Pencakar Langit

Assalammualaikum... I' m back... Yuhuuuuu.... lamaaa oooo tak hupdate blog aku ni... aku kembali bukan nak cerita kemana aku menghilang, apa aku buat sebelum ni dan apa yang aku buat skang.. past is past.. (sebenarnyer malass engko, padahal idea banyak jer nak rulis) so skang aku aku just nak mencoret beberapa coretan nakal kat blog aku ni...

Ala klu rasa korang rindu kat aku ker apa ker? gi jer stalk FB aku, Isteri Encek Bard.. ada jer aku kat situ uollsss... Ada jer aku update status berunsur coretan coretan nakal mengenai gosyip artis, isu semasa seperti isu MH370 (Masih terus dan terus berdoa supaya dipermudahkan untuk merungkai apa yang berlaku ngan aeroplane ni) dan opcoz kisah aku, suami aku, anak comel aku dan family aku....  Ehh ada kerr org rindu kat aku??? Perasan lebih..

Ermmm corak dan cara penulisan aku mungkin akan berubah kot selari dengan diri aku skang ni... Gaya penulisan mungkin lebih kepada diri aku sendiri.. hehehheh... Idea spotan terus dari otak aku tulis terus.. tapiiii.... yang ni memang tak leh lari ngan aku iaitu TYPO, haa yang tu mmg takkan lari ngan aku... cerr korang bayangkan aku menulis sambil bermain dengan anak comel setahu lapan bulan tu... korang yg ada anak mesti dpt bayangkan... hahhahhaha padahal malas nak cek spelling ngko..

Ok aku melalut jauh dah ni dari tajuk kat atas... Resam hidup or berkampung atau kejiranan di kawasan rumah pencakar langit a.k.a rumah flat, ni aku wat kisah dongeng jer ni, baca boleh percaya jangan... hahahahha.... Cuba korang bayangkan setiap kali nak naik pengangkutan penghantar kecil a.k.a lift rumah flat ni korang terbau satu haruman yang cukup menyegarkan korang dari ngantuk membuatkan korang tersedar dan nak bernafas pon payah.... Haaaa bau apa bukan edp ker edt yang berjenama dolce cabana ker, gucci ker, chanel ker dlll yg korang beli beratus ratus or cap pasar malam tu (aku pakai cam pasar malam jer) tapi haruman dari cecairr kekuning kuningan di lantai or di dalan lift...

Bauu sampahhhh!!!!!! hadoiiiii lahhhhh sakit hidung dengan bau cairan itu.. bayangkan org mengandung yang ada simtom morning sickness tu, tak ke naya kat ibu mengandung tu??? kesian mereka terpaksa menahan bauan kurang menyenangkan dan korang bayangkan lagi mereka duduk tingkat 18 dan lift yg ada bau harumab tu berhenti setiap tingkat, tak ker lemas mereka nak tutup hidung???

Ok ini mungkin peringatan tuk diri aku sendiri gak... Kalau dah rasa sampah korang tu dah masuk 3 hari tak buang, dah tentu sampah tu ada sisa makanan berair dan berbau kennn?? so apa tindakan korang tuk perkara ni??? skema plak ayat aku... Aku rasa korang yang bawak dan nak buang sampah tu mesti ada akal tu berfikir kan??? Takkan korang nak suh anak anak korang yg umur 5, 6 tahun tu nak gi buang? tu memang melampau lah, diorang belum dapt berfikir panjang cam korang...
Kalau dah rasa sampah korang berbau dan berair silah lah ambil langkah bijak balut sampah korang tu berlapis2 sampai lah ia tak bocor yg mengakibatkan cecair berbau tu keluar dari plastik korang tu... Ada paham... Aku paling risau nak buang sampah time ada ramai org dlm lift, sebab tu suker buang sampah dikala org tak byk kluar or masuk rumah.. waktu biler tu korang pikir dan tentukan sendiri.. Tak smpi hati nak naya orang...

Wednesday, September 18, 2013

Ketabahan Hati seorang Ibu

Ermmm baru menasihati seorang kawan tentang anak ni... lain anak lain ragamnya... memang benar seorang ibu lebih cepat terasa biler kita disentuh tentang anak kita ni.. ada jenis anak yang kuat nangis, ada anak yang jenis kuat semangat dan sebagainya... memang ada jenis orang yang tak pernah mengalami situasi yang kita hadapai senang untuk menghakimi sesuatu... saya pun pernnah terasa sangat biler sombody bercakap tentang hal anak saya, tapi saya tetap kuatkan semangat saya sebab saya fikir dia tak tahu masalah yang saya hadapi...

tak dinafikan pernah terdetik dalam hati saya juga membezakan anak saya dengan anak orang lain, tapi cepat2 suami tegur dan ingatkan buat apa nak samakan dengan anak orang lain.. anak kita anak kita lah, janji dia sihat dan senang dengan kita..

kekadang anak anak yang kuat menangis ni bersebab... anak saya memang kuat nangis. ada satu masa memang kekadang saya hilang sabar, tapi cepat2 saya padamkan api kemarahan tu bila saya terpikirkan yang dia sangat rindukan kita setelah seharian saya manghantar dia kerumah pengasuh, mungkin dia nak sampaikan rindu tu melalui tangisan... kesian dia mesti setiap masa dia teringat kan saya, sebab tu setiap saya ambil dia dari rumah pengasuh dia mesti menangis, menandakan dia sangat rindukan saya dan setiap kali saya hantar dia turut mennagis mungkin sebab dia berat hati untuk saya meninggalkanya... jadi seorang ibu ni kena memilikim kesabaran yang sangat tinggi dan hati yang sangat kuat, barulah saya tahu bertapa besarnya pengorbadanan mak saya dulu dalam membesarkan kami adik beradik.. terima kasih mak....

Monday, September 2, 2013

Happy Birthday My Chenta Hati Firas (copy paste from fb)

Teringat peristiwa setahun yang lepas yg mana aku mendapat hadiah tak ternilai dalam hidup, Syukur Alhamdulillah... Pergi check up ibu mengandung buat kali terlahir sebelum deliver.. Hari isnin tu cek darah naik plak, so doktor KK Putrajaya refer Hospital.. Ermm per lagi le Hospital Putrajaya lah kita.. cek punya cek punya cek kat hospital semua ok, jantung baby ok, masih lom ada contruction lgi cuma tekanan darah jer tak cun, dah memang ada high bp kan nk wat cam ner, lelagi dh dkt nak bersalin ni... So doc plan soh warded nk tgk cam ner... Hari Isnin tu warded lah saya... Esoknyer masih lom ada tanda lagi nk bersalin, tpi result BP masih tak cun lagi, so doc buat plan nak induce (masuk ubat tuk paksa bersalin) sbb tkut ada apa jadi kat baby, masa tu masih 37 minggu 3 hari... 

So hari Rabu awal2 pagi dah start masuk ubat... Sakit hanya Allah dan org yg pernah kena induce jer yg tahu biler nak kena masuk ubat tu, contruction masih blom terasa lagi dan mula start terasa biler dah dekat 3 jam ubat di masukkan. Bermulalah episod seluk menyeluk utk tgk jalan keluar, jalan still tak bukak lagi walaupun dah ada tanda.. Sakit kena seluk tu mmg tak menahann sagat, jalan masih lagi 1 cm sampai lah kesan ubat induce tu hilang, so doc plan nk masuk ubat ke 2 plak, tgk katil kiri kanan yg kena induce gak dah ada yg bersalin dah, so doc pun masukkan ubat ke dua ptg tu juga, dan hari tu jugalah di duga dengan kehilangan handbang kesayangan dlam tu ada duit cincin tunang dan brg2 lai.. Redha dan percaya yg ada hikmah disebalik kejadian, mungkin Allah nk beri hadiah yg lebih tak ternilai, teringat pesan k. Lin yg melawat ptg semlm suh husband bwk blik handbag yu, tpi dek kekalutan, smpi trlupa soal hand bag tu.. Takper lah bukan rezeki saya.. 

Malam tu contruction agak kuat sikit, tpi jalan still tak bukak lgi, masih lagi 1.5 cm.. tgk katil kiri kanan dah ada yg sekali ngan baby.. petang tu jugak ada tergerak ckp ngan husband agaknyer baby nk kluar 31 ogos kot pa... lepas ubat ke 2 dimasukkan ni ada tanda sikit darah kluar, jalan still gak tak bukak, bukak lah smpi 2 cm jer.. Sakit contruction ngan kena seluk yg byk kali tu jgn crita lah, memang klu ingt jadi ngeri... malam tu pun jalan masih tak bukak lagi so doc buat plan nk masukkan ubat kali ke 3 awal pgi esok, dan doc ckp klu tak bukak gak u, kungkin kena bedah... sy merayu kat doc, buat lah cam ner pun sy nk bersain normal doc, oh luper nk citer klu ikut plan doc kat spital tu mmg diorg kata jena operate sbb high bp, skali doc pakar turun marah diorg sbb doc pakar kata sesenang jer nk operate sedangkan boleh normal... esok pepagi lgi diorg masukkan ubat ke 3, ermmm hru tu contruction agak kuat gak tpi jalan masih lgi 2 cm gak haiyoo mmg nk lahir 31 ogos gak nyer.. 

Mlm tu doc wat plan tu masukkan 1 ubat cecair (takingt nama ubat) pada 31 ogos sok klutak halan gak mmg kena erate lah jawabnyerr... sebelum ubat cecair tu dimasukkan doc plan lgi nk pecahkan air ketuban sblm masuk labour room... sakit kat bwh jgn crita lah, Hanya Allah yg tahu cam ner sakitnya... terima kasih buat mak ayah, mak dan ayah metua juga adik beradik da kengkawan yg tak putus2 bgi tips dan kata kata semangat... minu air zam zam, mkn kurma dan mulut sentiasa dgn doa nabi yunus.. 

Pagi tu jaln bru nk masuk 3cm so doc suh gak masuk labour room tu masuk ubat cair tu.. dlm kul 9.30 pg dh masuk dah.. lepas ubat dimasukkan jalan bru bukak 4cm.. tpi contruction sgt 2 kuat masa tu.. tak tergambar dek akal sakitnyer.... mintak nurse cucuk ubat tahan sakit kat punggung sbb terlampau tak tahan... dlm kul 10.30 masa tu.. tak lama suntik ubat tahan sakit tu dalam 15 minit tetiba rasa sakit makin sgt2 kuat pastu terasa ada kepala nak kluar,mujur suami ada disisi masa tu yg tak putus2 bagi sokongan, nampak gabra kat muka tapi still cool, terusmpgil doc, tengok2 mmg kepala dh kat bwh jalan dh bukak terusb10 cm, per lagi bermula lah sesi teran meneran, doc gunting kat bwh pun tak rasa sakit dh sbb sakit nk bersalin lgi sakitnyer.. tepat jam 11.34 pg, lahirlah seorang hero yang comel... 

Selamat Hari Lahir anakku MUHAMMAH FIRAS MIKHAIL BIN MOHAMAD ZABADI, yg dilahirkan pada hari Jumaat, tanggal 31 Ogos 2012, jam 11.34 pg dgn berat 2.77 kg.. Syukur Alhamdulillah kini dah setahun anaknda dan Syukur Alhamdulillah anaknda masih menyusu badan dengan ibu sepenuhnya... Kelahiran mu merupakan hadiah tak ternilai buat ayah dan ibu nak setelah 3 tahun kami menunggu.. bermacam dugaan dan rintangan akan ibu dan ayah lalui demi kamu nak... Membesar lah menjadi anak yang soleh dan sentiasa berbakti pada agama, bangsa dan negara.. Mudahan mudahan kamu menjadi seorang yang berguna dewasa kelak.. Amin...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...