Yang Join Aku Nie!

Thursday, October 2, 2014

Harga Minyak RON95 Naik Subsidi Kerajaan Dikurangkan Bermula 2 Oktober 2014

Aku tahu sungguhpun penyataan di atas bukan dati Tun Mahathir dan hanya seorang peminat yang benar benar mengkagumi Tun, tapi aku sokong penyataan dia diatas.... Aku bukan nak jadi penentang kerajaan malah mahu mengutuk kerajaan.. Kerajaan telah banyak membantu aku, aku juga bekerja di bawah kerajaan dan aku menerima gaji untuk mengisi sesuap nasi juga untuk keluarga aku... Memang sangat tak layak untuk aku menentang mereka, apatah lagi tidak menyokong mereka sama sekali....

Kenaikan minyak doposen atau lebih dikenali mereka dengan pengurangan subsidi minyak sebanyak 20 sen.... Kenaikan Harga minyak RON95 naik 20 sen menjadikan harga baru adalah RM2.30 seliter. Kenaikan harga minyak diesel 20 sen naik menjadikan harga baru adalah RM2.20 bermula tengah malam tadi jam 12.01 pagi, 2 Oktober 2014 cukup menimbulkan kemarahan rakyat di negara ini... Lebih lebih lagi dari kalangan pembangkang yang tunggu masa untuk mencari salah pentadbiran kerajaan...

Aku tak kisah klu minyak naik doposen, iyerlah kan banyak mana lah sangat doposen, bukan kita bawak keta hari hari kerja dari KL ke Kelantan kan.. Memang mustahil lah kan... Aku juga tak kisah kalau minyak naik doposen kalau harga barang tak naik.... Aku golongan bawahan ni memang sangat terasa dengan kesan kenaikan harga barang ni der... 

Orang boleh cakap, alah masa zaman harga RM2.70 seliter boleh jer korang hadap.. memag lah boleh hadapp der sebab masa tu harga barang tak sama cam sekarang... memang harga barang naik der, tapi tak pernah mencapai harga macam sekarang.... Dan dimana harga minyak turun pulak, harga barang akan turun ker der???? Takkannyer nak turun kan der.... Harga barang makin naik adalah walaupun tiada kenaikan harga minyak, dan biler harga minyak naik ni lagi lah depa suka nak naikkan sesuka hati mereka... 

Aku ada terbaca keluh kesah sahabat blogger di FB, bayangkan semalam beli nasik lemak dan ayam dengan harga RM3.50hari ini dah naik RM4.50, tak ker harukk namanya tu... Minyak naik doposen, nasik lemak naik singgit... Hadoiii belom tentu ko dah isi minyak harga baru dan belom tentu ko dah gi belanja pasor dengan harga baru kesan kenaikan harga minyak ni... Memang sangat tak munasabah, biler kita sebagai pelanggan tanya, kenapa naik dik alasan mereka mesti harga minyak petrol dah naik kak, kasihan lah kami kos pengangkutan lagi... habis tu kami ni sebagai pembeli tak kesian ker, kami kemana mana tak pakai minyak lah... Ok fine korang jer pakai minyak, kami pakai air jer isik kat keta.. Fulll stopppp....

Ok belum lagi habis kes nasik lemak, mesti korang tanya kenapa tak berjimat masak sendiri jer.. Korang bayangkan pulak mereka mereka yang bekerja suami isteri, dan punyai anak anak kecil yang harus di uruskan memang kekadang sempat untuk sediakan sarapan, kekadang ada waktu terlajak juga, almaklumlah hanya manusia biasa yang bukan robot dan terpaksa membeli jugak, kalau untuk 2 orang ok lagi der, cuba bayangkan untuk 5, 6 orang kali RM4.50 untuk sarapan pagi sahaja, dah berapa kos yang kita keluarkan?? Korang kira dan korang pikir... Itu belum lagi makan tengah hari.. Korang rasa ibu ibu bekerja ni sempat ker nak balik umah dalam sejam masak tuk anak anak yang bersekolah pulak... Kalau rumah sebelah pejabat tak kisah der, bayangkan nak balik umah pun ambil masa setengah jam pergi, kalau masuk opis lambat mesti kena haruk dengan boss punyer.. Nak tak nak kena juga keluarkan duit untuk membeli makan tengah hari anak anak.... Nak umah orang gaji??? Hurmmm korang pikir lah mampu ker golongan bawahan ni nak upah orang gaji???? Dan tu belum lagi dikira kos bahan api untuk kenderaan yang kita gunakan....

Ok tutup bab makanan, kita masuk bab barang keperluan harian, aku bukan terasa apa, kalau dulu keluar RM200 penuh dah troli, skang keluar RM400 pun belum tentu cukup bahan keperluan.. Orang kata belanja ikut kemampuann.... Aku dah cuba berbelanja ikut kemampuan... Hanya mengutamakan barang keperluan, tapi barang keperluan pun dah mula melebih kemampuan.. Acanerr tu??? Aku memang dah lama tak beli barang melalut lalut, ni, aku beli barang keperluan untuk masak di rumah dan jarang makan luar untuk berjimat... Boleh dikira dalam sebulan sekali dua jer makan di luar bersama keluarga.. Iyerlah sesekali nak juga berehat masak dan merasa makanan kat kuar plak.. Kalau dulu makan kat luar RM50 kenyang sekeluarga, skang ni RM100 belum tentu kenyang nyer... Aku dah cukup terasa kesannya walaupun sebelum pengishtiharan harga minyak baru semalam...

Korang cuba fikir, bagi mereka yang duduk kat kawasan luar bandar mungkin tak terasa sangat.. Macam kitaorang yang duduk di badar elite ni sangat terasa kesannya... aku dah mula rasa nak duduk kampung, mula bercucuk tanam sendiri, mula berternak sendiri,,, tapi apa kan daya bukannya mudah seperti bibir menuturkannya.. banyak aspek kena nak fikir.... Apa pun minyak dah naik pon, nak keluh kesah tak guna, benda dah jadi kannnn.... Kita kena cuba hadap.. Kena cuba kurang kan lagi apa yang patut, kena cuba berjimat jimat sejimatnya untuk menampung seharian... Aku bukan membenci malah menghina tapi aku terkejut sebab ini macam drastik buat kita tak bersedia hadapinya.. mohon pihak berkenaan mendengar suara hati kami rakyat golongan bawahan... kami dah cuba tuk ubah bukan kami tak cuba... kami tak nak jadi golongan penentang, kalau boleh kami nak kedamaian, dan kami tak tagih janji manis... Ap yang kami harapkan adalah cuba lah mereka meletakkan diri mereka di dalam diri kami dan menyelami apam yang kami rasa...



8 comments:

mamabeauty said...

its true.. suka ke tak harga makanan dan barangan akan tetap naik seiring dengan kenaikan harga minyak

Anonymous said...

Secara jujurnya saya kurang memahami tentang kenaikkan minyak .

Ania said...

Salam kenal! Saya dari team Kumpulbagi.
Jika Anda mau share dan download files dengan gampang kunjungi page kami di: www.kumpulbagi.com
Semuanya gratis, cepat dan tanpa limitasi. Anda bisa upload sebanyak files (audio, video, pdf, jpg, dll.), membuat koleksi berkas dan bagikan dengan lainya.
Coba servis kami tanpa registrasi:)

Najib Ariyan Ali Basha said...

kena selalu update nih... by this time harga minyak dunia dah jatuh teruk sampai 40%

aarongrey112 said...

Hi, can I contact you through your email? I've something to share that might interest you.

Aaron
aarongrey112 gmail.com

Anonymous said...


Satta Matka

satta king said...


Wonderfull article really i gain very important words of this article,keep sharing.

Satta king
Satta king chart
Satta king gali
Satta king Faridabad
Satta king Desawar
satta king Gaziabad
Satta king online
satta king fast
Satta King Results

sattamatkardx1 said...

just click on for entertainment: indian matka

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...