Yang Join Aku Nie!

Tuesday, November 22, 2011

Skuad Bola Sepak Harimau Malaya Menjuari Emas di Sukan SEA Menentang Indonesia (TAHNIAH)

Assalamualaikum dan Selamat Pagi koram.... Hari ni IEB bekerja dengan penuh senyuman sebab Pasukan Harimau Malaya menang dalam perlawanan bola sepak di sukan SEA menentang Insonesia semalam.. Dapat ko semalam memacam sakit keluar, sekit kaki sebab kuat sangat hentak, sakit dada sebab berdebar teramat sangat, sakit tangan sebab tepuk tangak biler tak gol, sakit tekak bila gol, sakit telinga sebab bila gol jer ramai giler jirang keliling umah jerit golllllll.... 

Seronok IEB melihat semangat penyokong2 kita di Malaysia ni.... Bila habis jer dengar lagu Negaraku bergema di stadium meremang bulu roma IEB.... Oke lah hari ni penuh News FB pasal bola jer, ka blog pun semu apsal bola kan... Ada plak hamba Allah yang suh tukar cerita lain, katanya bosan asyik cerita yang sama katanya.... Uiks pada IEB memang sepatutnya satu hari ni kita patut cerita pasal ni jer tau.. Kita patut bangga dan bersyukur dengan kejayaan pasukan negara kita yang mengharumkan nama negara kita tercinta ni.... IEB memang sangat excited koram.. Bagi koram yang tak excited tu cuba tanamkan lebih lagi semngat kecintaan kepada negara sendiri.. Kalau bukan kita yang tak cintakan negara kita sendiri, siapa lagi kan???

Pasukan bola kita semalan main dengat cukup bersemangat dan bersungguh, walaupun keletihan mereka tetap mencuba sedaya upaya mereka untuk Malaysia... Terima kasih untuk skuad Bola Sepak Harimau Malaya kita.. Pada IEB kalau kalah pun, kalah bermaruah kalau tengok diorang main semalam... Mereka tak gentar dengan penyokong Indonesia yang cam hongah jer tu... Terbukti kemenangan itu milik kita.. syukur Alhamdulillah....

P/s : tentiber penuh bersemangat IEB nie, korang perasan tak blog IEB ni banyak cendawan kan???..... Nie datang balik sebab nak kutip semua cendawan tu nak jual kat pasal malam.. untung2 leh dapat RM500 ni.. hahhahahahha... Jangan ditanya kemana ku menghilang selama ini..... Insya Allah kalau ada kekangan waktu IEB akan update blog buruk ni.... Rindu ker kat IEB nie???


Friday, November 4, 2011

Happy Bufday Dear (CITARASA RINDUAN)

Assalammualaikum dan Selamat Pagi semua... Sihat ker di pagi Jummaat yang indah nie.. Hari ni cam sedih jer hari... Hujan renyai-renyai di luar sana. Hurmmm Internet ternyata masih lagi ditahap siput, tapi disebabkan rindu IEB untuk berblog, akan kugagahkan jua mencari koram2 yang dirindui. Hari ni jalan lengang jer pi opis, menurut rakan-rakan FB, opis mereka pun semakin lengang dengan orang. Almaklumlah nak Raya Aidil Adha tak lama lagi, semua nampaknya dah balik bercuti di Kampung. 

IEB beraya Haji di rumah mertua di Jelebu Negeri Sembilan tahun ni. Raya Aidilfitri yang lopeh den berayo di Johor, so makanan tradisi orang JOhor of coz lah ketupat, rendang, kuah kacang dan sebagainya. Aidil Adha pulak bertukar juadah dari Ketupat, kepado lomang Nogori... Den bilo time Rayo ni, memang suko bona, suko bukan apo, yer lah dapek makan makanan tradisi bilo Rayo kan.. Yahoooo makan puas-puas sampai gumuks... Laki den dah gumuks, jadi tak leh makan bebanyak.. Hihihihihi... Eh tak leh makan bebanyak gak, den ni kan ado penyakit HBP... Kang tak pepasal kolestrol tinggi, kono bising ngan doktor kang.

Oklah koram, sebenarnya cerita IEB kat atas nie, dah lari pada tajuk dah, ok berbalik pada tajuk di atas, IEB nak ucapkan Selamat Hari Lahir khas buat Kak Ayu cantik manis yang memiliki blog Citarasa Rinduan nie. Semoga dipanjangkan usia, dimurahkan rezeki akak sekeluarga, mendapat keberkatan dunia dan akhirat dan akak bahagia disamping insan-insan teristimewa disisi akak.. Amin, Mudah-mudahan.

Kak Ayu ni rajin ke blog IEB, walaupun tak pernah bersua muka, sebenarnyer kedai Kak Ayu ni dekat jer ngan umah mak IEB kat Felda Ulu belitong, Kluang, Johor tu ha...Tapi sampai ke hari ni, kalau balik JOhor IEB amsih belum berkesempatan nak ke Rumah beliau.. Insya Allah ada umur yang panjang IEB akan ke sana nak bertemu Kak Ayu nie... IEB seanng sangat berkawan ngan Kak Ayu ni.. Walaupun hanya mengenali beliau di alam maya sahaja, tapi IEB tahu dia sangat baik... Mudah-mudahan persahabatan kita kekal sehingga akhir hayat.. Amin.. Semoga Kak Ayu bergembira di Hari Lahir akak...

Thursday, November 3, 2011

Menyepi Tak Bermakna Hilang

Assalamualaikum dan selamat petang semua... Dah petang baru den berkesempatan nak hupdate blog, takut koram tertanya-tanya kemana menghilangnya IEB... Hihihihi perasan kan, cam ada orang tanya jer. Erkkkk Alhamdulillah, kekenyangan baru lepas makan bersama En. Bard tercinta... hari den masak Sardin jer... Nak ker??? Alamak habis dah... Tetiber tekak ni teringin nak makan sardin pepedas plak, so masak sardin jer lah, kebetulan stok sardin masih ado lagi... Koram dah makan ker?? dah menjadi kebiasaaan IEB sekeluarga plak makan sebelum jam 7 ni... 

IEB biasanya balik kerja kul 5 tu terus menuju ke dapur buruk carik apa yang patut untuk menyediakan juadah makan malam... Kekadang sampai mati idea gak nak masak apa... Nasib baik banyak blog masakan  yang boleh IEB jengah untuk mencuba resepi dioarang.. Kebiasaanya IEB selalu masuk blog Cik Mat Gebu, Dapur Tanpa Sempadan untuk tiru sket masakan dia.. Terima kasih buat blogger masakan yang tidak pernah lokek mencurahkan ilmu masakan mereka kepada kita...

Dah 2, 3 minggu ni boring jer pi opis, Kesiputan internet di opis IEB sangat mematikan semangat IEB untuk berblog.. Laman sosial FB dan Twitter pun depa dah block.. Huaaaaa..... Serius bosan.. Bayangkan IEB ambil masa 20 minit nak update blog IEB... Nak loading gambo dan entry yang kita post sangat memakan masa, tak tahu lah Unit IT IEB sedang buat apa dengan network opis kami tu.. Bukannya sengaja ku mengungkit, tapi kau senganja yang membangkit. eh ternyanyi plak. Nak kata depa upgraded network, takkan lah dah 2 minggu internet tak ok lagi... Tak der plak bagi email mengatakan sedang menyelengara network.. Apa yang boleh buat sabo jer lah kan..

IEB mintak maaf yer kekalau lama koram tak nampak IEB dalam blog koram... IEB jengah juga blog koram walaupun bergerak cam siput, cuma IEB tak tinggal jojak yo, sobab eh biler komen jer PC IEB jadi hang plak... Mano silap eh, pun den tak tahu lah.. Insya Allah IEB akan jejak koram biler balik umah plak, tu pun lopeh den masak-masak dan buek kojo umah sikit...

Wednesday, November 2, 2011

Senario DI Tempat Kerja : Dah Free Pun Tak Bersyukur

Credit : Dee Utusan Malaysia, 01 November 2011 (Rabu)

Akhirnya Jodoh Nak Jumpa Si Kecil Manis Ni Terlaksana

Huhuhuuhuhu internet Opis IEB tahap siput sedut tua yang semput 2, 3 minggu nie... Serius hupdate ni tahap angin seluruh badan. Tu malas nak hupdate tu... Baca2 blog pun amek masa 15 minit nak loading sesatu blog tu... Blog yang berat tu lagi lah, terus hang PC IEB.. Huhuhuuhu FB lagi lah langsung tak leh bukak... Demmmm.. membebel jer kann... Tak tahu lah bahagian IT IEB upgrade pekejadah tah.... serius hangit, hangin semua ada lah.... Abaikan bebelan ni....

Ok sebenarnya peristiwa nie dah lama, baru berkesempatan IEB nak hupdate dalam kesiputan tua yang semput nie... Ahad yang lepas, IEB ada latihan kelas memandu (abaikan orang tua  yang baru nak amek lesen ni okeh) di Bangi...

Okeh dipendekkan cerita koram boleh KESINI... Sebab Si Comel nie dah Cerita Panjang lebar kat entry dia nie.. Sorry dear sis, akak lambat hupdate apsal pertemuan kita yang mengharukan ni... Apa yang IEB leh katakan kecik jer orangnyer dan sangat peramah (eleh padahal sama besar jer).. Terima kasih sebab sudi bergambo ngan IEB yang yang perasan cuns ni dan giler pose nie.. wakkakakkaa.... Puas tenung Si Comel nie.. Tenung bukan sebarang tenung oke, tenung dengan teka-teki dan tepat sekali jangkaan IEB.... Sila percaya, kalau tak percaya tengok gambo kat bawah ni sebagai bukti... 

Tengok mesra kan kami cam rapat jer, padahal baru pertama kali berjumpa.... Sangat seronok dapat berkenalan ngan kengkawan alam maya ni, jumpa-jumpa jer dah close cam ni....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...