Yang Join Aku Nie!

Tuesday, April 5, 2011

WOW BESARNYER, GEBUNYA, SYEDAPNYER, HOT GILER LAH (18SX)

Merujuk tajuk diatas koram pikir aper tu ha???? Ujang, Cekodok, FF, Naz, Pendekar, Iqbal, Mr. Curly,  dan lain lain lagi, koram koram jangan imagine bukan-bukan fulak okeh, eh nak tanya koram suka ker yang gebu-gebu hot nie???? Kalau koram suker jom layan pic 18SX kat bawah nie.....
*
****
******
***********
**************
***************
****************
**********************
***************************
****************************
*****************************
*************************************
 Hahhahah, gebu tak saya? ni masih hot nie koram, baru diangkat dari kuali....
 
Bubuh 5 dalam pinggan suda fenuh....
Alahai cute fulak jari jemari yang memegang tu

Tadi tengah hari, jalan-jalan ngan BFF IEB Nyonya Lienz, singgah kat Depan Kedai Makan La Rizz, Bangi, beli goreng pisang, tapi ternampak fulak sibesar dan gebu nie, aper lagi 5 henget IEB beli, tapi makan sebiji jer dah kenyang koram, Burger Malaysia yang sangat lah besarnyer....

Cerita Panas

السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِي 

Bukak, blog sini cerita yang sama, bukak belog sana pun sama, memasing semua upload video yang sama. Mesti dalam pencarian google ker, yahoo ker dan lain-lain adalah yang tertinggi mengenai cerita yang sedang panas dipasaran, bak kueh karipap yang baru lepas diangkat dalam kuali. Terus terang IEB tak minat cerita mengenai cerita hot sekarang nie, bukan nak menyebelahi mana-mana, tapi seolah sifat jatuh-menjatuhkan sesama umat dah macam sebati dalam diri orang-orang kita walaupun tak semua, ini mungkin disebabkan perasaan hasad dengki yang terlampau... 

Bukan pasal cerita itu jer, banyak lagi cerita yang boleh kita cari di internet dah macam buat jualan murah fulak, yang buat cerita sendiri tu lain lah, mereka yang dosa, bagi yang menganiayai orang macam mana pulak??? Aduhai IEB terfikir bagaimana lah agaknya generasi akan datang, generasi anak-anak kita. Nauzubillah, minta di jauhkan perkara sebegini terjadi dalam diri kita.

Mengenai cerita yang sedang hot sekarang nie mari lah kita berhenti membuat spekulasi, adalah baik berdiam diri, dari tuduh menuduh, tanpa kita tahu kebenarannya dan biarlah ia terbongkar dengan sendirinya. Entry ini bukan bermaksud apa-apa yer koram, IEB minta maaf kalau ada yang terasa, IEB cuma ingin meluahkan sebagai insan yang amat kerdil di muka bumi ini ini. Subhanallah....

BEN ASHAARI KASI GEGAR 1000 BLOG ( 1 )

Monday, April 4, 2011

Penting Tak Fopular?

Wah pagi isnin yang tersangat lah bluesnyer kan koram... Pagi ini mesti semua gosip pasal pupular kan.. Yer lah ABPH semalam kan gempak.... Orang kat kedai kopi cerita hal yang sama, orang naik erl pun borak hal yang sama, orang dalam flight pun cerita hal yang sama, makcik gi pasar beli ikan pun cerita hal yang sama koram, Cik Bedah datang rumah Cik Senah pun nak gosip jugak hal yang sama. Baru-baru kan mesti semua cerita hal yang sama. Masuk Belog kawan-kawan pun semua post entry yang sama... Cam IEB jugak.. Hihihihih....

Agaknya lah koram kalau ada Anugerah Bintang Blogger, mesti gempak giler kan. IEB fopular kah? Of coz lah I tak fopular koram, saper lah yang kenal I ni kan. Penting ker fopular nie koram?? Pada pendapat IEB penting kot.... Pada IEB kita bukan lah mengejar popular semata-mata koram, tapi cukup lah sekadar blog kita nie dikenali dengan identiti tersendiri, barulah ramai yang datang membaca blog kita. 

Macam Belog yang sudah glamer seperti Ben Ashaari, beliau sangat merendah diri walaupun beliau belog beliau sangat popular dikalangan blogger Malaysia, beliau tidak sombong juga sentiasa membantu blogger baru untuk naik dengan tidak jemu memberikan panduan untuk ber belog. Sebab itu lah belog beliau sentiasa dilawati ramai pengunjung. Belog Kak Red, yang tak perlu IEB ceritakan lagi, yang memang koram kenal sangat dengan cerita-cerita mengenai keluarga beliau juga mengenai kehidupan seharian beliau sebagai sebagai seorang blogger (jeles sangat sebab dier selalu gi bercuti, ada kasut cantik, ada beg cantik, i like sesangat lah Kak Red). Tak kurang juga blogger glamer yang lain seperti Jejariruncing, Hanis Zalikha, Fatin Liyana dan lain lain lagi dimana mereka semu sudah ada identiti masing-masing untuk menaikkan lagi nama mereka di arena blogger.. Betul kata Blogger otai kita Ben Ashaari, bukan mudah untuk popular, kita mesti rajin berusaha dan bekerja keras untuk mencapai tahap seperti mereka.

IEB respek juga dengan blogger yang sedang meningkat naik nie seperti Yuyu, Sunah, Ujang, FF, Qaseh Adalia, Yana MIB, Puteri Katek, Iqbal, Pendekar dan lain lain lagi. Mereka sangat rajin koram, sebab itu Belog mereka juga menjadi sebutan dikalangan blogger.. Syabas untuk mereka.. Apa pun popular itu penting, tapi yang paling penting adalah hubungan persahabatan sesama blogger. Jadilah blogger baik hati cam Kak Pah, dah macam kakak sendiri jer rasanyer. Agaknyer bila lah IEB nak join mereka yer?? Ermmm Insya Allah satu hari nanti... Cam ner nak  glamer hupdate belog pun tak selalu.. ekekek, verangan jer lebeh IEB nie...

Kepetusan Penuh ABPH


Wah nampaknyer semua mesti buat entyr mengenai ABPH.... IEB nak amek kesempatan mengucapkan tahniah pada Sam, yang emmenagi ABPH tahun nie...

Apa-apa pun ABPH memang gempak giler dangan kehadiran geng Hantu Kak Limah.... Tahniah pada semua pemenag, apa-apa pun koram memang layak menang.
___
____
______
____________
________________
______________________
_________________________

Apa koram carik tu?? tak da lah senarai fenuh kat sini, cuba carik kat belog lain... Jangan mara ar.. saja jer.. hihihiihi

Sunday, April 3, 2011

GEGAR 1 RIBU BLOG APRIL BERMULA

BLOG NI AKU RASA PATUT POPULAR LAA

Cuti hujung minggu nie IEB nak join Segmen En. Bang Bang Boom, Alah Celebrity blogger tu.. Mesti koram kenal kan... Gi cecepat ke belog dier tuk join.....
Soalan En. Bang Bang Boom : Berikan 5 blog yang korang rasa patut popular dan kenapa korang rasa blog tu patut popular
K. Pah Yang Comel - Kenapa IEB pilih belog K. Pah nie, of coz lah dia seorang yang sangat comel, IEB rasa serasi sangat ngan K. Pah nie walaupun kenal hanya di alam maya sahaja. K. Pah nie baik hati tau koram, tak caya pi belog dier. Dia rajin sangat review belog kawan-kawan. Yang paling terharu sekali suka wish birthday di entry dia. Masa birthday IEB yang lepasa dier buat satu entry untuk wish birthday kat IEB. Ni diantara blog yang akan hari-hari IEB jenguk. Hasil penulisan beliau sangat lah sempoi juga sangat bermakna utuk adik-adik camkami.. Love u lah k. Pah. Hope satu hari nanti boleh jumpa ngan K. Pah nie.
K. Mimi - Nama Blog beliau Belog Mrs. Sabri. Akak ni pun baik sangat ngan IEB... Walaupun tak der kakak, rasaer cam ada kakak jer biler IEb kenal ngan beliau. Belog beliau banyak menceritakan mengenai keluarga beliau. Pengisian yang ringkas dan menarik ada dalam belog beliau.
Mak Lgenda Yang Voge - IEB suka ke belag Mak, sebab mak nie voge tau koram, IEB suka kasut-kasut beliau yang sangat cantik. Beliau ingin mengadakan gathering di Serempan pada 08.05.2011. Sesaper yang nak join leh lah cepat-cepat ke belog beliau. Belog beliau nie banyak menulis mengenai anak-anak beliau yang comel-comel tu, juga mengenai keluarga beliau.. Seorang yang sangat merendah diri.
Cekodok Pisang Yang Cute - Budak nie ada hati nak ngorat En. Bard, nak jadi madu IEB... Ada apa dengan Belog Cekodok nie. Beliau nie blogger baru. Walaupun baru dah ada ramai peminat.. Cara penulisan yang sangat sempoi dan mesra alam.. MEmbahasakan diri " wa, lu". Serius tak penah jumpa belog yang sempoi habis macam nie..
FF Ensem - Musuh ketat Ujang nie.... Belog FF memang best. Penulisan beliau banyak berkisar isu terkini selain mencetuskan peperangan dengan blogger celebrity si Ujang tu...
Soalan En. Bang Bang Boom : Pada pendapat korang , apa yang patut dilakukan untuk popularkan sesebuah blog itu ?
Pada pendapat IEB, hubungan diantara kawan-kawan blogger tu tersangat lah penting, selain mengeratkan hubungan silaturahim sesama umat, kita dapat menambah kenalan walaupun hanya dialam maya. Entry haruslah sentiasa diupdate untuk bacaan kawan-kawan. Corak penulisan mestilah sentiasa meningkat dari semasa-kesemasa. Tidak sombong walaupun sduah popular.
Soalan En. Bang Bang Boom : Pentingkah populariti sesebuah blog dan kenapa ?
Penting, tapi bukanlah sekadar mengejar populariti semata-mata. Sepertimata kata IEB diatas hubungan sesama rakan blogger adalah sangat penting, disamping dapat menambah kenalan, kita boleh menarik mereka untuk membaca hasil penulisan kita, juga memberi pendapat mengenai hasil penulisan kita. Kritikan yang membangun adalah sangat penting 
utuk memperbaiki hasil tulisan kita.


P/S : Sebenarnyer koram, banyak lagi yang IEB nak masukkan, tapi sebab EN. Bang Bang Boom mintak 5 jer, IEB pun bagi 5 jer, kawan-kawan lain jangan berkecil hati yer.. Koram semua tetap best.

Saturday, April 2, 2011

Minyak Naik Lagi Ker??

IEB tertarik baca enrty dari blogger otai kita Abang Bang Bang Boom mengenai kenaikan Harga Minyak, Kalau koram belum baca klik SINI.... Dulu IEB pernah juga wat entry mengenai kenaikan harga minyak sebelum nie yang mempengaruhi semua kenaikan harga barang. Kalau belum baca koram klik SINI.

Berikutan kenaikan harga minyak melampau, ia juga sedikit sebanyak mempengaruhi kenaikan harga barang. IEB berfikir sejenak bagaimana agaknya golongan berpendapatan rendah macam IEB nie untuk menghadapi kenaikan harga barang, sedangkan gaji yang kami perolehi tak juga naik. Nak tanya koram, cukup ker gaji yang koram dapat sekarang?? Kalau tanya golongan atasan mesti lah diorang cakap cukup kan... Kalau yang berpendapatan rendah cukup ker?? Pada IEB setakat nie memang bersyukur sangat-sangat Allah tak pernah memutuskan rezeki kami. Cuma sekadar cukup makan jer tiap-tiap bulan sekarang nie.. Sekali berbelanja sahaja paling sedikit pun akan habis dalam RM200. Bukan mahu mengeluh, tapi sekadar meluahkan isi hati ini.

Menurut entry Abang Abang Bang Boom juga mengenai bayaran bagi meletak kereta di Pusat Kerajaan Persekutuan. Mereka telah kuatkuasakan pembayaran meletak kereta itu bermula tahun ini. Bagi kami golongan yang bukan pegawai ini juga merasa tempias ini, kerana penguatkuasaan bayaran bagi meletak kenderaan. Harga 50 sen untuk sejam agak mahal juga bagi kami, jika kami yang bekerja 8 jam atau lebih meletak kenderaan di tempat letak kereta, sedangkan pegawai atasan boleh melentak kederaan dengan percuba di dalam bangunan Kerajaan... Terima kasih kepada kerajaan kerana prihatin terhadap kami golongan mampu miskin ini...

Minta maaf di atas enty ini jika menyebabkan isu kepada sesetengah pihak, entry ini bukan bermaksud apa-apa, tapi sekadar meluahkan isi hati kami golongan yang mudah miskin ini... Apa pendapat koram???

Friday, April 1, 2011

Masih Ramai Lelaki Yang Suka Shopping

Semalam IEB ada menulis entry mengenai Kenapa Lelaki Tak Suka Ikut Perempuan Shopping, pelbagai pandangan yang IEB terima, Rupernyer masih ramai lagi lelaki yang sporting ikut pasangan mereka membeli belah. Cayalah kat koram...
 Bagus Si Fadzli nie sangat sporting...
 Wah bertuah Cik Yana dapat Ujang
Fariyzh siap buat entry lagi, Klik SINI
 Husben Mak mesti sporting dan romantik.. Sweet.
 Alahai terharu sangat Dr. Hafiz sudi singgah belog IEB dan terjah entry IEB... Dr. Hafiz sangat sporting....

 Yuyu yang comel, IEB doakan Yuyu akan bertemu dengan pasangan yang sporting dari semua segi.... Amin

April Fool Ker??


Pagi nie IEB cam biasa jogging kat belog kawan-kawan... Dah jadi rutin pagi-pagi, kecuali IEB cuti pulang ke kampung tu tak dapat jejak tu.... Ada terbaca beberapa entry kawan-kawan mengenai April Foll.. Owh tengok kalendar hari ni dah masuk 1 April.. Alahai cepatnya masa berlalau kan sudah masuk bulan ke-4 dalam tahun 2011. Usia pun semakin meningkat kertu nampakna..... Tutup cerita umur, nak cerita pasal April Fool pulak.

Sebut pasal April Fool nie, baru sekarang nie kita di dedahkan tentang hari yang haram kita sambut nie, seperti April Foll juga Velentime Days.... Dulu bukan ada juga, cuma tidak diberi penekanan sangat, so ramai juga menyambutnya.... Dulu masa IEB sekolah sekolah, masa zaman nakal-nakal dulu, selalu kenakan kawan-kawan..  Nakal kan.... Tapi hari tu semua tak boleh marah, sebab April Foll kan... Macam-macam idea lah carik nak kenakan kawan-kawan nie...  IEB pun ada terkena gak masa tu, tapi layankan jer koram, sebab tak boleh marah kan, walaupun sakit hati..... Dan sekarang bila diberi penekanan mengenai Pengharaman Sambutan April Fool nie, baru IEB sedar... Alahai berdosanya masa tu sebab masih cetek dengan ilmu... Kat sini IEB nak mintak maaf dengan kawan-kawan IEB yang penah IEB kenakan dulu yer.... Mintak maaf sesangat.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...