Yang Join Aku Nie!

Thursday, December 2, 2010

Bye... Bye... En. T Yang Banyak Jasa

Sob.. Sob... Sob... Sedih harini aku berpisah terus ngan En. T yang banyak jasa nie... Banyak sangat ker jasa beliau?? Hihiih.. Bolehlah... Maser memula aku masuk sini aku dah nampak dah kaki dier tempang, tapi aku tak pedulik pun... Lam hati masih buleh harap lagik En. T nie.... Bior lah dulu kan.. Aku masih tetap bebankan beliau jugak... Mende berat2 aku bebankan dier.. Kesian dier... Alah dah memang dier dilahirkan untuk buat tugas tu, tempang, ker cacat ker buat keje lah gak kan... Takkan nak suh dier jawap tepon lak kan.. Cam tak sesuei jer koram, nak suh En. T nie... So bior lah dier buat keje hakiki dier walaupun kakinyer dah tempang....

Hari nie En. T dah pergi buat selama-lamanyer meniggalkan aku.. Sebenarnyer aku yang sisihkan dier darik hidup aku... Yer lah, kan dier tempang, pastu plak semalam dier terus rebah jatuh kebumi.. terus aku nyahkan dari meja aku.. Buat menyemak jer nak simpan-simpan beliau nie...

Dan aku dah ader pengganti yang baru, beliau sungguh lah machonyer... Kaler grey lagik, I suke grey2 nie... Hihihihihi..... Koram nak tengok ker penggati En T nie....
_
___
____
_____
______
_______
________
__________
___________
____________
______________
_________________
___________________
____________________
______________________
_________________________
___________________________
_____________________________


Semasa En. T pergi buat selama-lamanya.... Serabut jer aku tengok...

MAsih didalam kotak lagi beliau...

Baru aku buat pemasangan.

Tara... dah siap dipsang dan diportkan di tempat En. T yang lama, dan dah siap diletak beban lagik... Hiihihihihii.

Kenangan hanya tingal kenangan, kini di situ tempat En T... Bye... Bye En. T... Jasamu Ku Kenang...

Klu Tak Nak, Bagi Kat Aku, Aku Nak Tau

Korang, jangalah buat die cam tu... Dier tak besalah langsung... Koram tak geram ker tengok muker dier yang sungguh comel... Korang tak raser ker dier wangi sangat, walaupun belum mandi... Korang tak raser ker tangisan dier manja sangat... Biler dier senyum jer raser bahagia sesangat... Biler dier dah pandai gelak, mesti korang raser geram sesangat... biler diorang dah belajar merangkak, dah mula nak berjalan dah padai becakap sikit-sikit mesti korang raser tak bleh tinggal kan dier dah... Setiap maser korang rindu kat dier kan.... Biler dier dah meningkat dewasa korang mesti sentiasa nak yang ter baik untuk dier... :((



Sumber Harian Metro Online, 02.12.2010, Khamis

KANGAR: Cubaan sepasang pelajar sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di negeri ini untuk membuang bayi hasil hubungan sulit mereka di sebuah masjid di sini, gagal apabila rakan mereka yang diminta membantu rancangan itu enggan berbuat demikian, semalam.

Dalam kejadian awal pagi itu, pasangan berusia 22 tahun yang bersekedudukan dengan menyewa sebuah rumah kedai di bandar ini, mulanya dikatakan terkejut dengan kelahiran bayi lelaki berkenaan pada usia tujuh bulan kandungan sebelum meminta seorang rakan membuang bayi berkenaan di sebuah masjid.

Bagaimanapun, rakan pasangan pelajar terbabit dikatakan tidak tergamak berbuat seperti diarahkan, sebaliknya membawa bayi yang masih bertali pusat itu ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini sebelum melaporkan kejadian itu kepada polis.

Difahamkan, pasangan pelajar terbabit menyewa sebuah rumah kedai di Jalan Jublee Emas di sini, dan sering berulang-alik bersama mengikuti pengajian di IPTA berkenaan di Arau.

Ibu bayi malang yang masih belajar itu dikatakan cuba menyembunyikan kehamilannya daripada pengetahuan keluarga yang menetap di sekitar Kangar.

Sumber polis berkata, bayi itu dilahirkan cukup sifat ketika usia kandungan tujuh bulan itu berjaya diselamatkan daripada risiko maut berikutan tindakan bijak rakan kepada bapa bayi berkenaan apabila membawanya ke HTF, bukan dibuang di masjid seperti diarahkan.

Katanya, bayi lelaki itu kini ditempatkan di wad kanak-kanak HTF dan dilaporkan sihat selepas dilahirkan kira-kira jam 1.30 pagi semalam.

“Pasangan pelajar lelaki dan perempuan itu dikatakan panik apabila mendapati bayi mereka dilahirkan awal daripada dijangkakan. “Mereka berdua dikatakan menguruskan sendiri proses kelahiran bayi itu di rumah kedai yang disewa dan sejurus dilahirkan, bapa bayi berkenaan menghubungi rakannya untuk membantu membuang bayi berkenaan,” katanya ketika ditemui di sini.

Katanya, berikutan aduan diterima daripada rakan pasangan terbabit, polis menahan pasangan itu untuk siasatan lanjut sebelum merujuk kes itu kepada Jabatan Agama Islam Perlis (Jaips).

“Ibu bayi malang itu turut menerima rawatan di HTF dan keadaannya dilaporkan masih lemah,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Jaips, Abdul Malik Hussin, ketika ditemui di pejabatnya mengesahkan menerima laporan berhubung kelahiran bayi luar nikah membabitkan pasangan pelajar berkenaan.

Pihaknya memandang serius kes itu dan sudah mengambil keterangan pelajar lelaki dipercayai bapa kepada bayi berkenaan tengah hari semalam manakala ibu bayi itu masih dirawat di HTF.

“Pelajar perempuan yang melahirkan bayi luar nikah dan pasangannya yang bersubahat melakukan perbuatan terkutuk itu akan diambil tindakan mahkamah mengikut Enakmen Jenayah Dalam Syarak Perlis 1991,” katanya.

Menurutnya, ibu bayi berkenaan akan didakwa mengikut Seksyen 15 (1) manakala teman lelakinya pula didakwa mengikut Seksyen 46 enakmen sama yang jika sabit kesalahan boleh didenda RM5,000 atau penjara tiga tahun atau kedua-dua sekali.

Wednesday, December 1, 2010

Folowwer Yang Ke-200

Untuk MJ (bukan Michael Jackson katernyer) menjadi Follower Blog Isteri Abang Manis Yang Ke-200.



Untuk follower yang laen jangan kecik hati yer... Insya Allah ader rezeki lebih Isteri Abang Manis nak bagi koram sumting yang cute... Tunggu yer....

Dapat RM500 Bayar Saman Jom

Wah hari nie kakitangan kerajaan cam aku ni dapat duet saguhati RM500. Alhamdulillah rezei.... Happy sesangat.. Muker senyum dah nak cecah telinga dah nie....



PAstu ader berita baik jugak untuk koram yang belum bayar saman.. So aper lagi dapat RM500 tu ambek peluang sementara masih ader nie tuk bayar saman... Hihiiii.

Sumber Harian Metro Online,

KUALA LUMPUR: Mulai hari ini, Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengenakan kadar kompaun yang munasabah serta diskaun sehingga 50 peratus kepada pesalah trafik berdasarkan beberapa ketetapan.

PDRM dalam satu kenyataannya di sini semalam, memberitahu beberapa ketetapan baru melayakkan pesalah trafik menerima diskaun serta kadar kompaun lebih sesuai mengikut jenis kesalahan serta tempoh masa pembayaran saman.


Antara ketetapannya, semua saman dikeluarkan pada atau sebelum 30 November 2010, kadar munasabah akan diberikan secara automatik melalui semua kaedah pembayaran sama ada melalui kaunter PDRM, pejabat pos dan Internet.

Manakala, bagi saman dikeluarkan selepas 30 November 2010 pula insentif atau diskaun akan diberikan secara automatik melalui semua kaedah pembayaran.


Menurut kenyataan itu, semua saman baru diselesaikan dalam tempoh 15 hari dari tarikh dikeluarkan akan diberi insentif sebanyak 50 peratus dari kadar kompaun sebenar dan saman diselesaikan dalam tempoh 16 hingga 30 hari pula diberi insentif sebanyak 30 peratus.


“ Pesalah trafik yang tidak membayar saman mereka dalam tempoh 30 hari pula tidak layak menerima sebarang insentif dan lebih teruk mereka juga akan disenarai hitam.

“Sebarang kemusykilan mengenai kadar kompaun dan diskaun ini, boleh berhubung dengan pegawai trafik daerah, kontinjen atau Bukit Aman seperti tersenarai di ruangan maklumat trafik laman web rasmi PDRM,” katanya.


Sumber foto dari http://abuazri.blogspot.com

Tak Payah Repeat Papar BM untok Calon SPM 2010



Horeyyyyy... Eh pasan lah aku nie, cam aku jer yang amek peksa kan.... Dah tua tak sedo dirik nak amek SPM lak(khas untuk aku jer).. hihiihii

Besyukur lah Adek-adek kakak semua sebab koram tak yah repeat Paper BM untuk SPM koram dah... mesti koram yang gundah gulana sebelum nie, ngah lonjak2 kegembiran kan.. hati2 melonjak yer Adek-adek, jagan jatuh plak...

Aper-aper pun Good Luck untuk adek-adek akhak semua.. Akhak pun turut gembira tok koram... hihihi...

Sumber Harian Metro

BM kertas 2 SPM tak perlu ambil semula

PUTRAJAYA: Khabar angin kononnya calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini perlu menduduki semula peperiksaan Bahasa Melayu (BM) Kertas 2 dijalankan pada 23 November lalu tidak benar sama sekali.

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Abdul Ghafar Mahmud berkata, siasatan dijalankan Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) mendapati peperiksaan kertas itu pada 23 November adalah sah.


Berikutan itu katanya, semua calon SPM menduduki peperiksaan itu tidak perlu menduduki semula peperiksaan kertas berkenaan.

“Saya meminta ibu bapa dan calon peperiksaan SPM supaya tidak mempercayai khabar angin yang tidak berasas ini,” katanya.


“Saya juga meminta ibu bapa dan calon supaya tidak perlu bimbang kerana kementerian sentiasa mengambil langkah bagi memastikan peperiksaan adalah sah serta memastikan kualiti dan standard peperiksaan berada pada tahap yang terbaik,” katanya dalam kenyataan, di sini, semalam.


Beliau berkata, buat masa ini, peperiksaan yang bermula 23 November lalu dan berakhir 20 Disember ini dapat dijalankan dengan baik dan lancar.

Abdul Ghafar berkata, ibu bapa atau calon yang ingin mendapatkan penjelasan berkaitan peperiksaan SPM yang sedang dijalankan sekarang boleh menghubungi Bilik Gerakan SPM, LPM di talian 03-88893551 atau 03-88893601 atau 03-28893520.

Pelakun Air Mata

Aku ingat mamat sorang nie jer pelakun air mata, rupernyer ade sorang lagi pelakun air mata lelaki, orang malaysia lak tu... Hihii, bagus2, i loike tengok lelaki menagis, nampak luntur egois seorang lelaki koram....

Pelakun yang memang koram kenal ngan pelakun air mata, alah koram mesti kenal ngan pelakun hindi yang mendapat gelaran datuk kat malaysia nie, saper lagi kalau bukan si Shah Rukh Khan tu...



Memang macho shah rukh khan ni biler nanges koram.. tapi macho lagik Abang Manis ku.. ngeh, ngeh, ngeh...

Pelakun air mata lelaki sorang lagik lak, adalah hero citer asmara koram.. Semalam tengok citer Asmara Ep. last.. Memang best citer nie aku ngan Abang Manis suker citer nie... Jalan cerita pun menarik....



Hero dier si Shah Jazle tu, memang mudah menitiskan air mata... bagus pelakun yang cam nie, menjiwai watak yang diberikan....

Tuesday, November 30, 2010

Pirated CDs / VCDs / DVDs - Road Blocks in Malaysia


Tertarik aku ngan email sorang akak opis yang bagi kat aku nie nak aku kongsikan kat koram semua key....

The road blocks that caused all the traffic jamm are not checking on road tax or licenses but on
PIRATED CDS, DVDS. Can you imagine???

They should be after the big fish, why us and cause all the traffic chaos ??? Nothing better to do.

Already started since last month.
To all those CDs lovers pls beware!

Please do not keep any pirated or burned CDs, DVDs, or VCDs in your car.

Police and Domestic Trade & Consumer Affairs Ministry's enforcement division in Malaysia have started the operation to search and fine anyone who keep pirated disc inside their car especially through road block at all main road and expressways.

If any pirated or burned disc found inside your car will be charged RM400 per disc. Example 30 discs found means the fine will be RM12,000.

This is real. Another friend of mine from Seagate, today during lunch time, 5 CD x RM400 = RM2,000

One of the Plexus colleague brother-in-law caught by Police due to pirated CD in the car on the way to town for lunch with his friend in the afternoon. One CD fined RM400.

Please disseminate this to all your friends who are driving in Malaysia .

Charlie and the Chocolate Factory



Aku nak cerita pasal movie kegemaran aku... Koram penah tgk cerita Charlie and the Chocolate Factory nie tak??? Aku memang dan Abang Manis suker cerita ni, lakonan Johny Depp... Kitaorang nie memang peminat Johny Depp yang agak gile sedikit tu.. Tapi dier nie ensem gak koram.. hihihihi....

Cerita nie mengisahkan tentang seorang budak kecil yang tidak dibenarkan untuk makan sebarang cokelat, gula-gula, dan sekutu ngan makanan bebudak, oleh ayah dier seorang Doktor Gigi yang terkenal di daerah tu... Willy Wonka nie nak menjalani kehidupan seperti bebeudak biasa, tapi tak buleh.... Dia buat keputusan lari dari rumah sebab tertekan. Mungkin di sebab kan tekanan oleh ayah Willy Wonkka nie, dia buakak satu kilang cokelat WONKA yang menjadi kegemaran bebdak maser tu, sehingga kilang Willy Wonka di sabotaj pekerja tak bertanggungjawab... Perniagaan dier terganggu dan die menutup kilang cokelat WONKA tu.



Selepas tu dier dah tak percaya kan manusia untuk bekerja dengan dier lagi, sehinggalah die mengembara ke hutan dan bertemu dengan puak Hoompa Lompas, dan mengambil Puak nie untuk bekerja semula dengan dier... Kilang cokelat Wonka beroperasi semula, dan menjadi misteri pada penduduk bandar tu, sebab, mereka tak pernah nampak pekerja kilang yang bekerja tetapi produk cokelat Wonka laris dipasaran.

Willy Wonka membuat keputusan untuk bertemu dengan peminat cokelat Wonka semula dengan meletak 5 tiket emas di dalam Cokelat Wonka, dan sesiaper yang menjumpai tiket tu, akan berpeluang untuk melawat kilang cokelat beluai selama satu hari dan boleh membawa hanya seorang peneman bersama....

Charlie seorang kanak-kanak miskin yang sangat berminat untuk bertemu Willy Wonka, setelah 3 kali mencuba, akhirnya dier berjaya mendapat tiket emas tersebut. Cahrlie seorang kanak-kanak miskin diantara 4 lagi pemenag tiket emas tersebut...

Perjalanan cerita nie sangat menarik koram, Kilang Cokelat Willy Wonka bagaikan taman mimpi kanak-kanak yang dipenuhi cokelat dan gula-gula. Dari rumput, air terjun, bunga, buah semua diperbuat dari cokelat dan gula-gula yang sangat sedap....
Try lah koram tengok cerita nie.. Panjang lagik nak aku ceritakan.. hihihihi


P/S : sory jalan cerita yang aku ceritakan tak menarik sebaab tak buat pertanyaan kat Achik Goggle pun.. hihihih

Ermmm... Slot Lagenda Putera Katak, TV3



Bagi koram yang dah tengok cerita ni semalam, best ker??? Asal aku negok semalam cerita nie cam tak best jer... Asal orang yang belakun semua skrip kaku jer koram?? Bukan nak komen cerita melayu, tapi tengok semalam lakonan pelakun yang dah lama belakun pun cam kaku jer jadiknyer.....

Baru EP. 1, aku dah raser boring jer tengok.... Takperlah try tgk episod seterusnyer lak.....

Monday, November 29, 2010

So@lan2 HOt D@ri KEngkawan LaM@

Kalau koram belum kawen biser mesti kawan yang lama tak jumper mesti tanyer koram soalan cam nie kan??



"Eh, nyah lama tak jumpa ko, dah kawin ker skang?" Klu koram jawab belum lagik la, "Ala ye ker, dah ader boyprend ker, ker dah betunang?" klu koram jawab dah ader boypren mesti kengkawan koram tanyer balik kan "Eh boyprend ko orang maner, keje mana, biler nak kawin?"jarang sekali nak tanyer kabar dulu kan, terus tanyer soalan cepumas tu....

Klu kengkawan koram jumper koram jenjalan ngan suami, tunang @ boyprend mesti derang tanyer..



"Eh nyah biler kawen, tak jemput pun aku", biler koram jawab belum nie tunang aku nie, mesti derang akan tanyer lak "Biler nak kawen nie, ti nak kawen jangan luper jemput tau" tapi biler dah jemput plak tak datang pun, ader keje lah, duk jauh lah.. Biaser terjadi dah nie.. hihihi..

Klu kengkawan koram jumper korang ngan suami koram lak...

"Eh dah kawin ker, biler tak jemput pun" biler koram jawab yer jer, automatik mesti kengkawan koram tanyer biler nak bertiga nie? Biasa dah soalan cam nie.. KOram plak mesti jawab, Insya Allah ti ader rezeki, ader lah tu..

KLu kengkawan koram jumpa korang ngan suami ngan sorang anak koram mesti derang akan tanyer...



"Eh, bru sorang ker anak, biler nak tambah cawangan lagik nie?", koram mesti akan Jawab Insya Allah, pasni besar sket....

Klu kengkawan koram jumper koram, biler anak koram dah besor sket lak...

"Eh, anak ko, nie sekolah dah dajah beraper, tingkatan baper dah?" mesti ader soalan nie kan ibu, ayah sekalian....

Klu jumper koram, mase dah berumur sket, dan amser tu dah jalan bedua balik nggan laki kroam...



"Eh, anak ko belaja maner skang, dah keje mana skang?

Cumer takder soalan untuk koram biler kengkawan melawat koram, maser koram dah takder di dunia lagi... derang beralih arah plak tanyer kat anak sedara mara koram kan...



Soalan2 cepumas nie memng dah sebati ngan kehidupan kiter..... So tak yah lah melenting biler koram kene tanyer soalan2 cam nie.... Tak cayer koram tanyer diri koram, penah tak koram tanyer kat kengkawan koram soalan-soalan cam nie.... MEsti pernah kan....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...