Apakah Wordless Wednesday : Setiap hari rabu blogger akan post gambar di blog tanpa meletakkan sebarang keterangan untuk menjelaskan gambar tersebut. Biarkan gambar yang berkata-kata
Yang Join Aku Nie!
Wednesday, December 14, 2011
Tuesday, December 13, 2011
Banjir Kilat Di Jalan Tun Razak Kuala Lumpur (Istana Budaya, Perpustakaan Negara, HKL) 13 Disember 2011
Ada beberapa rakan IEB yang share gamabr ini di FB mereka... DI Wall Geng Blogger juga ada dishare gambarr ini.. Siapa tahu mengenai Peristiwa Banjir Kilat yang dikatakan berlaku pada hari ini 13.12.2011 (Selasa) di Jalan Tun Razak area Pusrawi... Sesiapa ada maklumat mengenai ini??
Dalam gambar tersebut banjir kilat berlaku si berhampiran Bulatan Pahang, bangunan terlibat jika dilihat dari gambar, Perpustakan Negara, TH Selborn, Hospital Kuala Lumpur (HKL), Istana Budaya dan bangunan berhampiran....
Berita Terkini
NewStraitTime Online
Berita Terkini
NewStraitTime Online
Kaum Wanita Sekalian Berhati-hati Semasa Upload Gambar di Laman Sosial
Assalamualaikum dan Selamat Petang koram.... Dah petang baru berkesempatan nak update blog buruk ni kengkawan... IEB update ni pun sebab nak kenagkawan perempuan IEB semua berhati-hati bila mengupload sebarang gambar koram di lawam web sosial... Sekarang nie berbagai, bagai jenayah cyber telah berlaku, khususnya penyalahgunaan gambar-gambar peribadi kita yang di ambil tanpa izin dan digunakan untuk perkara-perkara tidak elok... Contoh terbaru adalah penggunaan gambar di Blog Budakgigirabbit mengenai isu Kpop..
Petang nie IEB seperti biasa BW sikit2 dan terjumpa satu blog nie dengan nama yang sangat pelik dan hot.. IEB cuba masuk blog tersebut, dan apa yang IEB agak terkejut dengan post2 dan gambar2 di blog tersebut.... Gambar2 blogger terkenal juga ada terdapat dalam bloog tersebut seperti Yuyu Zulaikha.... Tajuk-tajuk dalam blog tersebut juga sangat mengaibkan si empunya gambar tersebut....
Jadi IEB sangat mengalu-alukan kengkawan sekalian report blog tersebut apda pihak yang berkenaan sekaligus dapat kita menyelamatkan kawan-kawan perempuan kita yang lain dari terjebak dalam jenayah cyber yang mereka lakukan....
Monday, December 12, 2011
Happy Anniversary My Dear Love (2 Years)
Assalamualaikum dan selamat pagi jam menunjukkan 12.00 am... permulaan pagi untuk 12.12.2011... Apa yang ada dengan tarikh tersebut yer??? Pertama sekali IEB ingin memanjatkan kesyukuran kehadrat Illahi kerana dengan izin NYA, IEB masih lagi dapat bernafas dan melihat keindahan dunia hebat ciptaan Allah S.W.T nie... Juga IEB bersyukur sangat dikurniakan kesihatan yang baik, keluarga yang bahagia juga seorang insan hebat disamping IEB senantiasa dan sentiasa menyokong IEB dalam keadaan apa sekalipun... Terima kasih suamiku tercinta...
Dikesempatan ini IEB ingin mengucapkan Selamat Ulang Tahun Perkahwinan kita yang Ke-2 buat suami IEB yang tercinta Encek Bard... Sekejap jer dah 2 tahun... Terlalu cepat masa berlalu sampai tak sedar ia berlalu....
Terimbau kembali IEB saat tangan Encek Bard bersalam dengan tangan tok kadi untuk melafazkan akad menjadi suami IEB.... Seribu debaran menanti hati kami... Bagaimana perasaan kami pada ketika itu, hanya DIA dan kami sahaja yang tahu.. Selesai akad gugur air mata IEB tanda syukur kerana telah sah menjadi isteri kepada Mohammad Zabadi bin Baharuddin.... Sedar tak sedar dua tahu telah berlalu, dan ianya menjadi kenangan paling manis buat IEB dan mudah-mudahan ianya manis sentiasa sehingga nafas IEB yang terakhir.. Amin...
Khas Buat Mu Sayang Ku...
Tiada kata secantik bahasa ini yang ingin ku sampaikan buatmu sayang... Terima kasih atas segala-galanya... Kehadiran Mu didalam hidupku membawa sinar kebahagiaan buatku.... Kau sentiasa bersabar dengan karenahku juga selalu menyokong ku... Tatkala ku berasa takut, rindu, resah kau sentiasa hadir menemaniku walau dalam apa jua keadaan membuatkan ku lupa apa yang sedang ku fikirkan.. Kau sentisa mengambil berat akan aku yang membuatkan ku rasa kaulah lelaki hebat idamanku selamanya...
Ingin ku nyatakan bahawa ku akan sentiasa menyanyangi dan menyintai mu setiap detik sehingga nafas ku yang terakhir juga jika diizinkanNYA kasih kita ini membawa ke Syurga... Amin Yarabbal A'alamin...
Terima kasih atas segalanya sayang... Mudah-mudahan kita akan sentiasa bahagia selamnya juga dapat menhadapi liku-liku dalam kehidupan yang pancaroba dimasa akan datang.... Mudah-mudahan juga kita dipermudahkan untuk mendapat cahaya mata yang soleh dan solehah.. Amin, Amin Yarabbal A'alamin...
Nukilan Ikhlas
Isterimu Tercinta...
Friday, December 9, 2011
Peminat KPOP Yang Habis Hingusan....
Haiii Allsss agak lama IEB tak bersiaran kan.... Hurmmmm biasa lah ujung2 tahun ni orang gomen sibut teramat... banyak hal nak kena settle... LNPT lah, SKT lah, kemas meja lah yang terbaru pasal SBPA lah.. Walaupun dah lama IEB menyepi dari dunia blog ni, IEB tetap mengikuti perkembangan dunia blog ni...
Isu terbaru yang sedang hangat diperkatakan pasal siu KPOP... Korang tahu ker apa KPOP tu?? korang mesti tahu kan lelagi peminat fanatik orang-orang korea mata sepet tu... Pasni kalau ada yang nak hentam IEB, hentam lah.. IEB relakan sebab IEB hanya ingin meluahkan pendapat IEB jer.. selagi tak terluah, selagi tu sakit jer rasa... Pada IEB kebanyakan peminat KPOP ini terdiri dari budak2 hingusan yang abru nak naik, maaf lah kasar bahasa ni di mata korang kan...
Dua, tiga hari ni IEB merajinkan diri nak baca Blog Gigi Rabbit yang mengutuk KPOP... Giler haper dekat 2K komen mengutuk pemilik blog tu... Last2 dapat tahu rupanya orang yang dikutuk dalam blog tu bukan lah pemilik sebenar blog tu... IEB sedh sangat sebab melihat perpecahan bangsa kita sendiri iaitu Anak-anak Melayu yang bergaduh sesama sendiri untuk menegak kan keadilan memasing... Yang peminat fanatik KPOP tu lagi lah agak keterlaluan komen korang okeh.... Bangsa lain tepuk tangan dan tersenyum jer baca komen-komen korang tu....
Sepatutnya korang mesti berjuang untuk menegakkan kan bangsa dan budaya kita sendiri, bukannya menegakkan orang korea dan budaya yang bukan beragama islam tu.... Budaya kita di Malaysia ni dah cukup indah dah dimata IEB.... Kita kaya dengan budi bahasa, adat resam, pakaian sopan dan sebagainya....
IEB terus terang memang tak minat KPOP nie, yerlah mungkin sebab IEB ni dah tua kot, korang kan muda-mudi belaka dan mengikut peredaran zaman.. Kenapa??? orang yang tak minat KPOP ni kolot sangat ker dimata korang??? Tak der faedah pun korang akan dapat dari meminati KPOP nie, bukan Korea nak bagi penghargaan pun... Maaf lah kata-kata IEB ini agak keterlaluan... IEB cuma ingin melahirkan rasa geram sahaja kerana komen-komen korang, dah menunjukkan kelemahan kita ORANG MELAYU ni... Orang luar pun boleh cakap yang "bangsa kita ni kacang jer nak digulingkan sebab diorang sama dioarang pun musuh-bermusuh, gaduh bergaduh"... Sakit dada gak bila menulis entry nie... sebak ada geram pun ada....
Ok lah malas nak memanjangka luahan hati ni, sebab nanti konag mesti serang IEB punya.... IEB nak mengajak korang semua hentilah pergaduhan kita sesama saudara se Islam juga Melayu... Apa kata kita berjuang untuk budaya dan agama kita sendiri.. Malu lah dengan bangsa lain yang melihat karenah korang tu....hentikan lah komen-komen negatif tu.....
Huuuuuu baru lega.....
Tuesday, November 22, 2011
Skuad Bola Sepak Harimau Malaya Menjuari Emas di Sukan SEA Menentang Indonesia (TAHNIAH)
Assalamualaikum dan Selamat Pagi koram.... Hari ni IEB bekerja dengan penuh senyuman sebab Pasukan Harimau Malaya menang dalam perlawanan bola sepak di sukan SEA menentang Insonesia semalam.. Dapat ko semalam memacam sakit keluar, sekit kaki sebab kuat sangat hentak, sakit dada sebab berdebar teramat sangat, sakit tangan sebab tepuk tangak biler tak gol, sakit tekak bila gol, sakit telinga sebab bila gol jer ramai giler jirang keliling umah jerit golllllll....
Seronok IEB melihat semangat penyokong2 kita di Malaysia ni.... Bila habis jer dengar lagu Negaraku bergema di stadium meremang bulu roma IEB.... Oke lah hari ni penuh News FB pasal bola jer, ka blog pun semu apsal bola kan... Ada plak hamba Allah yang suh tukar cerita lain, katanya bosan asyik cerita yang sama katanya.... Uiks pada IEB memang sepatutnya satu hari ni kita patut cerita pasal ni jer tau.. Kita patut bangga dan bersyukur dengan kejayaan pasukan negara kita yang mengharumkan nama negara kita tercinta ni.... IEB memang sangat excited koram.. Bagi koram yang tak excited tu cuba tanamkan lebih lagi semngat kecintaan kepada negara sendiri.. Kalau bukan kita yang tak cintakan negara kita sendiri, siapa lagi kan???
Pasukan bola kita semalan main dengat cukup bersemangat dan bersungguh, walaupun keletihan mereka tetap mencuba sedaya upaya mereka untuk Malaysia... Terima kasih untuk skuad Bola Sepak Harimau Malaya kita.. Pada IEB kalau kalah pun, kalah bermaruah kalau tengok diorang main semalam... Mereka tak gentar dengan penyokong Indonesia yang cam hongah jer tu... Terbukti kemenangan itu milik kita.. syukur Alhamdulillah....
P/s : tentiber penuh bersemangat IEB nie, korang perasan tak blog IEB ni banyak cendawan kan???..... Nie datang balik sebab nak kutip semua cendawan tu nak jual kat pasal malam.. untung2 leh dapat RM500 ni.. hahhahahahha... Jangan ditanya kemana ku menghilang selama ini..... Insya Allah kalau ada kekangan waktu IEB akan update blog buruk ni.... Rindu ker kat IEB nie???
Friday, November 4, 2011
Happy Bufday Dear (CITARASA RINDUAN)
Assalammualaikum dan Selamat Pagi semua... Sihat ker di pagi Jummaat yang indah nie.. Hari ni cam sedih jer hari... Hujan renyai-renyai di luar sana. Hurmmm Internet ternyata masih lagi ditahap siput, tapi disebabkan rindu IEB untuk berblog, akan kugagahkan jua mencari koram2 yang dirindui. Hari ni jalan lengang jer pi opis, menurut rakan-rakan FB, opis mereka pun semakin lengang dengan orang. Almaklumlah nak Raya Aidil Adha tak lama lagi, semua nampaknya dah balik bercuti di Kampung.
IEB beraya Haji di rumah mertua di Jelebu Negeri Sembilan tahun ni. Raya Aidilfitri yang lopeh den berayo di Johor, so makanan tradisi orang JOhor of coz lah ketupat, rendang, kuah kacang dan sebagainya. Aidil Adha pulak bertukar juadah dari Ketupat, kepado lomang Nogori... Den bilo time Rayo ni, memang suko bona, suko bukan apo, yer lah dapek makan makanan tradisi bilo Rayo kan.. Yahoooo makan puas-puas sampai gumuks... Laki den dah gumuks, jadi tak leh makan bebanyak.. Hihihihihi... Eh tak leh makan bebanyak gak, den ni kan ado penyakit HBP... Kang tak pepasal kolestrol tinggi, kono bising ngan doktor kang.
Oklah koram, sebenarnya cerita IEB kat atas nie, dah lari pada tajuk dah, ok berbalik pada tajuk di atas, IEB nak ucapkan Selamat Hari Lahir khas buat Kak Ayu cantik manis yang memiliki blog Citarasa Rinduan nie. Semoga dipanjangkan usia, dimurahkan rezeki akak sekeluarga, mendapat keberkatan dunia dan akhirat dan akak bahagia disamping insan-insan teristimewa disisi akak.. Amin, Mudah-mudahan.
Kak Ayu ni rajin ke blog IEB, walaupun tak pernah bersua muka, sebenarnyer kedai Kak Ayu ni dekat jer ngan umah mak IEB kat Felda Ulu belitong, Kluang, Johor tu ha...Tapi sampai ke hari ni, kalau balik JOhor IEB amsih belum berkesempatan nak ke Rumah beliau.. Insya Allah ada umur yang panjang IEB akan ke sana nak bertemu Kak Ayu nie... IEB seanng sangat berkawan ngan Kak Ayu ni.. Walaupun hanya mengenali beliau di alam maya sahaja, tapi IEB tahu dia sangat baik... Mudah-mudahan persahabatan kita kekal sehingga akhir hayat.. Amin.. Semoga Kak Ayu bergembira di Hari Lahir akak...
Thursday, November 3, 2011
Menyepi Tak Bermakna Hilang
Assalamualaikum dan selamat petang semua... Dah petang baru den berkesempatan nak hupdate blog, takut koram tertanya-tanya kemana menghilangnya IEB... Hihihihi perasan kan, cam ada orang tanya jer. Erkkkk Alhamdulillah, kekenyangan baru lepas makan bersama En. Bard tercinta... hari den masak Sardin jer... Nak ker??? Alamak habis dah... Tetiber tekak ni teringin nak makan sardin pepedas plak, so masak sardin jer lah, kebetulan stok sardin masih ado lagi... Koram dah makan ker?? dah menjadi kebiasaaan IEB sekeluarga plak makan sebelum jam 7 ni...
IEB biasanya balik kerja kul 5 tu terus menuju ke dapur buruk carik apa yang patut untuk menyediakan juadah makan malam... Kekadang sampai mati idea gak nak masak apa... Nasib baik banyak blog masakan yang boleh IEB jengah untuk mencuba resepi dioarang.. Kebiasaanya IEB selalu masuk blog Cik Mat Gebu, Dapur Tanpa Sempadan untuk tiru sket masakan dia.. Terima kasih buat blogger masakan yang tidak pernah lokek mencurahkan ilmu masakan mereka kepada kita...
Dah 2, 3 minggu ni boring jer pi opis, Kesiputan internet di opis IEB sangat mematikan semangat IEB untuk berblog.. Laman sosial FB dan Twitter pun depa dah block.. Huaaaaa..... Serius bosan.. Bayangkan IEB ambil masa 20 minit nak update blog IEB... Nak loading gambo dan entry yang kita post sangat memakan masa, tak tahu lah Unit IT IEB sedang buat apa dengan network opis kami tu.. Bukannya sengaja ku mengungkit, tapi kau senganja yang membangkit. eh ternyanyi plak. Nak kata depa upgraded network, takkan lah dah 2 minggu internet tak ok lagi... Tak der plak bagi email mengatakan sedang menyelengara network.. Apa yang boleh buat sabo jer lah kan..
IEB mintak maaf yer kekalau lama koram tak nampak IEB dalam blog koram... IEB jengah juga blog koram walaupun bergerak cam siput, cuma IEB tak tinggal jojak yo, sobab eh biler komen jer PC IEB jadi hang plak... Mano silap eh, pun den tak tahu lah.. Insya Allah IEB akan jejak koram biler balik umah plak, tu pun lopeh den masak-masak dan buek kojo umah sikit...
Wednesday, November 2, 2011
Akhirnya Jodoh Nak Jumpa Si Kecil Manis Ni Terlaksana
Huhuhuuhuhu internet Opis IEB tahap siput sedut tua yang semput 2, 3 minggu nie... Serius hupdate ni tahap angin seluruh badan. Tu malas nak hupdate tu... Baca2 blog pun amek masa 15 minit nak loading sesatu blog tu... Blog yang berat tu lagi lah, terus hang PC IEB.. Huhuhuuhu FB lagi lah langsung tak leh bukak... Demmmm.. membebel jer kann... Tak tahu lah bahagian IT IEB upgrade pekejadah tah.... serius hangit, hangin semua ada lah.... Abaikan bebelan ni....
Ok sebenarnya peristiwa nie dah lama, baru berkesempatan IEB nak hupdate dalam kesiputan tua yang semput nie... Ahad yang lepas, IEB ada latihan kelas memandu (abaikan orang tua yang baru nak amek lesen ni okeh) di Bangi...
Okeh dipendekkan cerita koram boleh KESINI... Sebab Si Comel nie dah Cerita Panjang lebar kat entry dia nie.. Sorry dear sis, akak lambat hupdate apsal pertemuan kita yang mengharukan ni... Apa yang IEB leh katakan kecik jer orangnyer dan sangat peramah (eleh padahal sama besar jer).. Terima kasih sebab sudi bergambo ngan IEB yang yang perasan cuns ni dan giler pose nie.. wakkakakkaa.... Puas tenung Si Comel nie.. Tenung bukan sebarang tenung oke, tenung dengan teka-teki dan tepat sekali jangkaan IEB.... Sila percaya, kalau tak percaya tengok gambo kat bawah ni sebagai bukti...
Tengok mesra kan kami cam rapat jer, padahal baru pertama kali berjumpa.... Sangat seronok dapat berkenalan ngan kengkawan alam maya ni, jumpa-jumpa jer dah close cam ni....
Subscribe to:
Posts (Atom)







