Yang Join Aku Nie!

Wednesday, June 8, 2011

Surat Buat Akak Geli Sebab Tak Pueh Hati Dengan Nora Elena


Surat buat Akhak Geli 

IEB
Kerani Pejabat Gomen
PUTRAJAYA

Akhak sabo jer lah kak, sakit perut aku baca surat ko kak, gelak guling-guling aku baca kak... Adeh sampai 200 lebeh ko dapat komen percuma kak, ada yang sokong, dan ada yang cemuh ko kak, Tapi aku tetap sokong ko kak... Ko the best lah kak, Kalau Puan Ros baca entry ko ni pun kak, comfirm dier pon sokong ko kak, yer lah kan dier kan bos ko... Hehehehhe.. Eh. tetiber aku terglamer kan bos ko kak, Aku harap bos ko tak baca kak, kang tak pepasal hari-hari dier nak jumpa aku.. Tak mooooo.... Kak setakat nie laki aku romantik lagi kak, tapi takder lah seromantik cam Seth Tan tu... Membongak jer semua tu kak, sebab tu aku sokong ko kak.

Alahai kak biasalah cerita tu kan dalam novel, biler dalam novel teknik penulisan lebih kepada untuk kita berada dalam dunia khayalan sendiri, yang indah-indah belaka kak... Ko ni pon kak, cam tak pernah baca novel... Bukan masa memuda ko minat baca novel cinta ker<--- saja buat cerita untuk ko kak, bagi sedap entry aku nie.. Hahhahha

Lagi satu kak, lelaki sekarang nie kene gitau direct jer kak, alah ko cakap jer direct kat Centa ko mintak bagi bunga 3 kuntum pon jadi lah kak, bagi memenuhi kehendak Cinderella tu.. 

Apa, pun sampai disini sahaja surat aku buat ko kak.... Jap aku ada pic ko kak nak buh bagi ko glamer sket.. miahahahha, jgn marah yer kak...
 Pergghh serius kak ko lagi cantik dari Nora Elena
Rabun kot orang yang kata Nora Elena lagi cantik dari ko.


SeLamat Pengantin Baru buat Shasa

Assalamualaikum dan selamat pagi semua.... IEB kembali bersiaran seperti biasa setelah 4 hari bercuti balik kampung... Amacam koram rindu tak kat IEB??? Mesti tak rindu kan... Huhuhuhuhu sedih.. Eh aper daa sendiri tanya sindiri jawab ka...

IEB balik sebab ada Kenduri Arwah untuk Arwah Atuk-Atuk IEB yang telah kembali kepada NYA... Alfatihah.. Nanti nekt entry IEB ceritakan pengalaman kenduri, sekarang nie IEB nak mengucapkan Tahniah dan selamat Pengantin Baru buat Sahabat baik IEB masa zaman sekolah dulu Shasa dan pasangan beliau niza... Beliau nie dah kawan sejak dari sekolah lagi, Alhamdulillah hubungan mereka akhirnya sampai kejinjang pelamin.. IEB doakan mudah-mudahan koram hidup bahagia ke akhir hayat dan dikurniakan zuriat yang comel-comel cam koram...

Di majlis diorang IEB sempat jumpa dengan beberapa sahabat lama IEB yang dah dekat 5 tahu juga tak bersua... Wahhhh memasing dah berubah....
 Jabar, IEB, Niza & Shasa dan Topik si pengantin yang baru sahaja dinikahkan dengan pasangannya)
 Zura tak lamer lagi nak tawen dah nie
 Kami mengapit pengantin baru abaikan budak baju biru yang gemuks
 Esam Topik pengantin baru juga dan Jabar

Wordless Wednesday : Keindahan


Friday, June 3, 2011

Coti Balik Kampung

Koram, IEB Coti balik kampung yer selma 4 hari nie... Bai, bai semua, Doakan perjalanan kami selamat sampai malam nie.. Elleh dekat jer.. Hihihi Kluang , Johor... Miss koram semua...

Fadhilat Bulan Rejab

Bismillahirahmannirahhim
Assalamualaikum W.B.T

Diam, tak diam, dah masuk 1st Rejab hati ini koram, yang kebetulan jatuh pada Hari Jumaan Yang Barakah ini bermakna 2 bulan lagi dah nak masuk Ramadhan... Terasa sangat cepat masa berlalu koram, usia kita pun semakin hari semakin meningkat, kalau dulun kita masih main-main gelongsor, papan jongket, buaian... Tapi sekarang kita dah berada dalam Realiti kehidupan sebenar... Masing-masing dah ada anak, anak-anak pula semakin membesar dan bermacam-macam lagilah tanda kita semakin lanjut usia... Syukur Alhamdulillah kita masih diberi nafas hingga ke saat ini dan diberi peluang untuk hidup harmoni di dunia sementara ini.. Sesungguhnya Allah S.W.T Maha Besar, Maha Mengatahui, Maha Mengasihi... Setiap rintangan dan cabaran adalah uian dari NYA untuk menguji kekuatan hambaNYA.... Mudah-mudahan kita diberi kekuatan untuk menghadapi segal-galanya... Amin Yarabbal A'alamin...

KELEBIHAN BULAN REJAB 

Sabda Nabi s.a.w.: Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab,nescaya Allah muliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari kiamat.

Sabda Nabi s.a.w.: 
Bulan Rejab Bulan Allah, Bulan Sya'aban bulanku & bulan Ramadhan bulan umatku. 

Kemuliaan Rejab dengan malam ISRAK MIKRAJnya, Sya'aban dengan malam NISFUnya Ramadhan dengan LAILATUL-QADARnya. 

Malam awal Rejab mustajab do'anya.(Dalam Kitab Raudhoh Iman Nawawi) 

* Puasa sehari pada bulan Rejab mendapat syurga tertinggi (Firdaus). 

* Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya. 

* Puasa tiga hari pada bulan Rejab dijadikan parit yang panjang, yang menghalangkan dia keneraka (panjangnya setahun perjalanan). 

* Puasa empat hari pada bulan Rejab diafiatkan daripada bala dan daripada penyakit yang besar-besar dan daripada fitnah Dajal di hari kiamat. 

* Puasa lima hari pada bulan Rejab, aman daripada azab kubur. 

* Puasa enam hari pada bulan Rejab, keluar kubur bercahaya muka. 

* Puasa tujuh hari pada bulan Rejab, ditutup daripada tujuh pintu neraka. 

* Puasa lapan hari pada bulan Rejab, dibuka baginya lapan pintu syurga. 

* Puasa sembilan hari pada bulan Rejab keluar dari kuburnya lalu, MENGUCAP DUA KALIMAH SHAHADAH tidak ditolak dia masuk syurga. 

* Puasa 10 hari pada bulan Rejab Allah jadikan baginya hamparan perhentian di Titi Sirotolmustaqim pada tiap-tiap satu batu di hari kiamat. 

* Puasa 16 belas hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga dan orang yang pertama menziarahi Allah di dalam syurga. 

* Puasa 19 belas hari pada bulan Rejab, dibina baginya sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim a.s dan Nabi Allah Adam a.s. 

* Puasa 20 hari pada bulan Rejab, diampunkan segala dosanya yang telah lalu. Maka mulailah beramal barang yang tinggi daripada umurnya (pembaharuan umur).

Berkata Saidina Ali: 


* Puasa Rejab 13 hari seperti puasa tiga ribu tahun. 
* Puasa Rejab 14 hari seperti puasa sepuluh ribu tahun. 
* Puasa Rejab 15 hari seperti puasa seratus ribu tahun. 

Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan seperti kelebihan Qur'an atas segala Qalam. 

Puasa sehari pada bulan Rejab seperti puasa empat puluh tahun dan diberi minum air dari Syurga. 

Puasa 10 hari pada bulan Rejab dijadikan dua sayap, terbang seperti kilat di atas Titi Sirotalmustaqim di hari kiamat. 

Puasa sehari pada bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumurnya. 

Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan akhirnya seperti puasa sebulan pahalanya. 

Bulan Rejab Syahrullah (Bulan Allah), diampunkan dosa orang-orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada Allah. Puasa Bulan Rejab wajib baginya: 


* Diampunkan dosanya yang lalu. 
* Dipeliharakan Allah umurnya yang tinggal. 
* Terlepas dari dahaga di hari kiamat. 


Orang yang lemah dari berpuasa pada bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari sekurang-kurangnya sebiji roti. Sasiapa bersedekah pada 
bulan Rejab seperti sedekah seribu dinar, dituliskan kepadanya tiap sehelai bulu ruma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu darjat, dihapus seribu 
kejahatan. 

Tiap sehari puasanya pada bulan Rejab dan sedekahnya pada bulan Rejab seperti ibadat seribu Haji dan Umrah. Dibina mahligai seribu bilik dan seribu bidadari, lebih cantik daripada atahari seribu kali. 


Bulan Rejab bulan Allah. Bersedekah pada bulan Rejab dijauhkan Allah daripada api neraka kerana kemuliaan bulan Rejab, Bulan Allah. Allah jadikan di belakang bukit Jabal Qar bumi, yang putih yang penuh dengan 
Malaikat dengan panji-panji berhimpun pada tiap malam Rejab meminta ampun oleh mereka kepada Umat Muhammad.

Allah menjawap: Telah aku ampunkan mereka! Barangsiapa meminta ampun (bersitighfar) kepada Allah pagi dan petang 70 kali atau 100 kali, pada bulan 
Rejab di haramkan tubuhnya daripada api neraka. 


Sesiapa berpuasa sebulan pada bulan Rejab, Allah berseru kepadanya: 
"Telah wajib hakmu atasKu, maka mintalah olehmu kepadaKu. Demi ketinggian Ku dankebesaranKu, tidak Aku tolakkan hajatmu. Engkau adalah jiranKu dibawah `arasyKu, engkau kekasihKu daripada segala makhlukKu, 
engkau terlebih mulia atasKu. Sukakanlah kamu, tiada dinding antaraKu dan antarakau".(dari kitabRaudatul Ifkar) 

Puasa pada 27 bulan Rejab seperti berpuasa enam puluh bulan pahalanya. Jika disertai dengan sedekah seperti puasa seribu tahun, kerana kebesaran hari ISRAK-MIKRAJ. 

Siapa melapangkan kekeruhan, kesusahan, kesempitan orang mukmin pada bulan Rejab dikurniakan Allah kepadanya Mahligai yang besar di dalam syurga Firdaus. 

Siapa berpuasa tiga hari pada bulan Rejab dan beribadat pada malamnya(berjaga), seperti dia berpuasa tiga ribu tahun. 

Diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar tiap-tiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawanya daripada jasadnya, 70 hajatnya di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Qur'an dinaik ketika berlalu di Titi Sirotalmustaqim. 


Rejab ertinya ta'zim (kebesaran, keagungan, kemuliaan). (Rahmat, pemurah, kebajikan). Kerana kebesaran, keagungan dan kemuliaan bulan Rejab itu 
maka Allah limpahkan rahmatNya, kemurahanNya dan terhadap hamba-hambaNya yang beriman dan beramal solih pada bulan Rejab, dengan berpuasa pada siangnya dan beribadat pada malamnya. 

Demikianlah peri keistimewaannya keagungan bulan Rejab itu yang dinamakan dengan BULAN ALLAH. 

REJAB bulan menabur benih. 
SYA'ABAN bulan menyiram tanaman. 
RAMADHAN bulan menuai. 


REJAB menyucikan badannya. 
SYA'ABAN menyucikan hatinya. 
RAMADHAN menyucikan rohnya. 


REJAB bulan taubat. 
SYA'ABAN bulan muhibbah. 
RAMADHAN dilimpahi pahala amalan. 


Sumber dari Ashtech

Thursday, June 2, 2011

XMen First Class 1st Show

Jutaan terima kasih buat adek iparku Angah dan Nurul sebab belanja Akak ngan Long tengok XMen First Class 1st Shom lam ttadi jam 12.30 tengah malam... OoOol time, waktu aku tiur dan dibuai mimpi indah.... 1st time merasa tengok wayang tiket Gold Class dan 1st time gak lah Akak ngan Along Pi Pavillion... Adeh dah 3 tahun duk Putrajaya, tapi amat jarang sekali turun KL. 

Sesi jalan-salan pusingg-pusing kami dimulakan dengan sesi menternak lemak di Roset Tomyam, Kampung Baru, KL, lebih kurang 11.40 kami bergerak ke Pavillion..

 Menu  tuk kami melantak habis-habisan
 Bakal Papa dan Mama nie...
Bakal Papa dan Mama (Insya Allah mudah-mudahan masin mulut koram), ekekkeke

Sampai di GSC, Pavillion bermula sesi jakun dan menggedik IEB, hahahha koram jangan mara okeh...


Jap, ada lagi IEB nak Review citer Xmen First Class tu, Perghhh rugi koram tak tengok, terbaek citer dier bak kata En. Bard dan Angah.... Sory yer kengkawan IEB tak dapek nak review citu disobabkan den dah tido, berdongkur kroihhhhh, kroihhhhh masa triller lagi.... Hahhahaa Cam hampagas jer kan tengok wayang tido... Serius IEB memang tak boleh tengok midnight show time nie.... Mano tak terlolap, sofa ompuk sangat, siap ado solimut laie, so apo laie, den membuto lah, kobutulan mato tak buleh bukak dah... Hahhahhahah

Jom Vote Untuk Mereka & Happy Birthday Katek


SELAMAT HARI JADI, SELAMAT HARI JADI, SELAMAT HARI JADIIIII KATEK, SELAMAT HARI JADI

Pesanan Akak buat adik Comel Puteri Katek nie : Semoga, panjang umur, dimurahkan rezeki dan mendapat keredaanNYA Dunia dan Akhirat





dan

Bayi Baru Lahir dicampak Dari Tingkat 5, di Sentul

Melihatkan senyuman tulus insan kecil ini, membuatkan kita menjadi setenang-tenangya, lagi pula mendengar rengekan manja mereka membuat hati yang panas menjadi sejuk... zinkan mereka melihat dunia fana yang sementara ini...

Apa yang boleh IEB katakan manusia yang tak da hati perut nie langsung adalah, bodoh, bangang, bengong... Bukan niat untuk memaki tak tentu pasal, tapi IEB sangat sedaih dengar berita di TV3 malam tadi mengenai kes bayi baru lahir di campak dari tingkat 5 di sebuah Flat di Sentul semalam... Kenapa manusia semakin kejam, kenapa manusia semakin tiada hati perut??

Sebelum nie IEB sangat sedih bila mendegar bayi baru lahir ditemu dalam tong sampah, dalam tandas, tepi surau, tapak pelupusan sampah dan sebagainya.... Kenapa koram sanggup buat cam tu?? Sampainyer hati koram buat begitu pada insan kecil yang tak berdosa itu semata-mata ingin menutup malu di atas segala perbuatan koram. Setiap kali terbaca di akhbar juga di media massa kes pembuangan bayi yang berleluasa di negara ini.. Koram tak rasa berdosa ke buat macam tu?? Apa salah insan kecil ini untuk melihat dunia, apa salah mereka untuk membesar dan menjalani kehidupan seperti koram?? Nauzubillahhiminzaliq, minta dijaukan perkara sebegini berlaku pada keluarga IEB....

Apa salah, jika insan kecil dilahirkan tak bernyawa, koram sempurnakan pengkebumian mereka dengan sempurna seperti jenazah Umat Islam yang lain bukan nya dengan cara mudah koram campak mereka ke sungai, longkang, parit, dalam tong sampah, tanam bawah pokok tanpa di sempurnakan dahulu jenazah mereka.. Susah sangat ke nak menguruskan perkara sebegitu??? Koram campak mereka seolah-olah mereka ini bangkai tikus, bangkai ayam bangkai binatang yang mati... Apa koram tak da langsung sifat perikemanusiaan???? Sedangkan haiwan pun sangat sayangkan anak mereka...

Minta maaf IEB emo sikit hari sebab, Hati IEB terguris mendengar berita semalam, hancur insan kecil tak berdosa semalam yang dicampak... IEB menulis dengan perasaan sebak yang teramat sangat.. Apa salah, jika benar, koram tak mahu menjaga mereka koram beri sahaja pada mereka yang benar-benar memerlukan anak... Kalau bagi IEB pun, Insya Allah IEB akan terima mereka...

Mudah-mudahan mereka ini dibukankan hati untuk berubah ke jalan NYA.. Amin... Renung-renungkan koram...

Wednesday, June 1, 2011

Wordless Wednesday : Kecantikan Abadi Lahir Dari Hati Suci Murni

Mari Mendaftar Mengundi (SURUHANJAYA PILIHANRAYA MALAYSIA)


IEB sudah mendaftar... Koram bila lagi nak mendaftar?? Dan cukup umur kan?? Kalau dah umur 21 tahun tu dah layak sangat dah tu dan cepat-cepat sikit tunaikan tanggungjawab kita sebagai Rakyat Malaysia untuk mengundi kelak bagi menentukan pihak mana yang berhak memerintah Negara kita yang aman damai nie.. Koram sayangkan Malaysia kan?? Kalau koram sayangkan Negara tercinta nie, aper lagi jom lah kita mendaftar.

Biasa alasan koram bagi kalau suruh mendaftar nie:

  • "Tak minat Politik lah, sebab politik kotor" - Untuk itu kita bertanggungjawab untuk memilih Pemimpin yang berjiwa bersih untuk mentadbir Negara kita supaya sentiasa aman damai, IEB nak tanya koram kucar kacirkah negara kita sekarang dengan isu politik sekarang??? Tak kan?? Masih Aman dan Damai lagi jika dibandingkan dengan Negara luar yang lagi terkenal degan Rasuah, Politik Kotor dan sebagainya, kalau ada pun cuma isu kecil oleh orang yang tidak bertanggungjawab jika nak dibandingkan dengan Negara Luar... Siapa minat politik kotor nie?? IEB pun tak minat koram, untuk kita berhak menentukan pemimpin kita yang bersih bagi mentadbir negara, renung-renungkan..
  • "Muda lagi la" - Generasi muda ini lah yang diperlukan untuk membentuk negara maju akan datang. Kerana Generasi Muda masakini semakin bijak memberi idea-idea bernas untuk memajukan negara.
  • "Tak da masa lah nak mendaftar" - Alahai koram lama sangat ker nak mendaftar nie?? Lama sangat ke 5 hingga 10 minit masa yang mereka ambil untuk butir-butir peribadi kita semasa mendaftar?? Bukan susah pun nak mendaftar sekarang nie, Pejabat Pos di kawasan rumah koram mesti banyak kan, pergi sekejap jer di situ untuk mendaftar.. Lagi satu, koram suka kan pergi Karnival Jom Heboh lah, Himpunan Sejuta Belia lah, dan pelbagai lagi Festival yang dianjurkan di seluruh Negeri?? Haaa tu lagi bagus, koram cari jer Kauter SPR yang dibuka sepanjang Karnival berlangsung dan daftar jer disitu, dah alang-alang bersuka ria apa salah pergi menunaikan tanggungjawab yang mengambil masa tak lama pun koram. Cuma bawa Kad Pengenalan je koram... Senangkan???
So, apa lagi koram nak fikir-fikir lagi dengan alasan diatas. Tak perlu fikir panjang dah jom kita mendaftar koram.... Tengok syarat kat bawah nie, seanng jer kan??? 

APA YANG DIMAKSUDKANDENGAN PENDAFTARAN PEMILIH ?
Pendaftaran Pemilih sebagaimana yang ditetapkan oleh undang-undang, membolehkan warganegara Malaysia yang layak mendaftar sebagai pemilih. Di samping itu ia membolehkan Pemilih Berdaftar yang sudah bertukar alamat mendaftar di alamat baru. Pemilih juga digalakkan untuk menyemak nama mereka dalam Daftar Pemilih yang sudah disahkan.
  
KENAPA ANDA PERLU MENDAFTAR ?
Untuk mendapat hak anda mengundi dalam pilihan raya serta menggunakan hak anda sebagai seorang warganegara.

SIAPA YANG LAYAK MENJADI PEMILIH ?
- Warganegara Malaysia;
- Sudah mencapai umur 21 tahun;
- Menetap di mana-mana Bahagian Pilihan Raya di Malaysia
- Tidak hilang kelayakan.


BAGAIMANA UNTUK MENDAFTAR ?
 - Pergi sendiri ke Pusat Pendaftaran;
- Bawa bersama Kad Pengenalan anda; 
- Pastikan Borang A diisi dengan betul oleh petugas sebelum anda menandatangani borang
- Simpan satu salinan borang berkenaan sebagai bukti pendaftaran anda

UNTUK MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI UNTUK RUJUKAN DILAMAN WEB SPR (SURUHANJAYA PILIHANRAYA)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...