Yang Join Aku Nie!

Tuesday, April 12, 2011

Tips Pasangan Bahagia

 Boleh camtu, hari nie sekali lagi IEB nak menjadi pakar motivasi.... Ujang ♥ Cik Yana boleh baca, nak tambah pun boleh, IEB lagi suka.. Hihihihi.... IEB sebenarnyer tak lah berapa pakar sangat dalam bidang tips mencari kebahagiaan ni, ini cumalah sebahagian dari apa yang berlaku seharian dalam diri IEB ini, so kalau ada kekurangan minta ditambah kan dan kalau ada tersilap minta dibetulkan yer..... IEB hanya beri sedikit pandangan sahaja untuk koram... Ujang mintak maaf yer tips Kuning tu takdo, sebab IEB tahu ko pun dah terror dah... Ahaks.. Tutttttttttt........

♥ Percaya mempercayai adalah sangat penting untuk mengelakkan salah paham yang membawa ke arah pergaduhan dalam rumah tangga. Jangan terlalu mudah untuk berasa sangsi terhadap pasangan sehinggakan stiap gerak gerinya diperhatikan dengan penuh rasa curiga ♥
♥ Saling bertolak ansur sesama pasangan dengan tidak hanya mementingkan diri atau yang menguntungkan mana-mana pihak dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab dalam rumahtangga ♥
♥ Kikis sifat cemburu buta dalam diri setiap pasangan. Sifat ini adalah ekoran dari sifat kurang percaya mempercayai tadi, kerana jika kita menekankan sifat cemburu terhadap pasangan, ini akan memberi tekanan yang membawa ke arah perselisihan paham ♥
♥ Amalkan sifat berterus terang terhadap pasangan dan jangan simpan di dalam hati atau bercerita dengan orang lain mahupun ahli keluarga terdekat. Jika kita bercerita hal rumah tangga pada ahli keluarga terdekat, ia membawa risiko campur tangan ahli keluarga dalam masalah rumah tangga dan akan menjadi lebih besar sesuatu perkara itu, kecuali perkara yang sudah tidak dapat kita atasi lagi sesama pasangan, tapi yang terbaik adalah mendapatkan nasihat dari yang lebih pakar ♥
♥ Mengekalkan sifat romantis, tidak kira lelaki atau pun perempuan, bagi yang perempuan jangan hanya berharap sifat romantis lelaki, sebaliknya setiap permpuan mestilah mempunyai sifat romantis untuk pasangan anda ♥
♥ Jangan lupa untuk memberi penghargaan juga pujian terhadap pasangan, seperti kata-kata pujian, hadiah ulang tahun juga hadiah tanda penghargaan terhadap pasangan ♥
♥ Saling bekerja sama dan bantu membantu. Jangan hanya mengharap pasangan untuk memikul tanggunjawab seorang ♥
♥ Jangan malu untuk mengungkapkan kasih sayang sama ada dalam percakapan atau pun perbuatan, sebab kebanyakan pasangan memegang prinsip buat apa nak meluahkan kasih sayang, cukup lah sekadar dia tahu kita sayang dengan dia, tak perlu diungkapkan dengan kata-kata (kadang-kadang setiap pasangan sangat berharap ungkapan kata-kata sayang dari pasangan terutama perempuan) ♥

sebenarnya banyak lagi koram tips untuk bahagia nie, tak percaaya?? cuba cari jer dalam Goggle, Pakar Motivasi kita pun selalu bagi panduan untuk bahagia nie. Banyak juga buku motivasi untuk mencari bahagia ini... Apa yang paling penting adalah diri kita sendiri, bagaimana untuk mencorak hubungan supaya lebih harmoni koram.... Renung-renungkan yer...

JOM JOIN BLOGLIST BUDAK CHOMOT! :D


Maira Queen Yang Comel nie tag IEB, so IEB pun join lah yer..... Saper nak join sila klik SINI

Monday, April 11, 2011

Persahabatan Dalam Dunia Blog Tak Penting Langsung!

IEB nak tanya koram penting ker persahabatan dalam dunia blog nie?? Eh mana penting koram, buat aper nak bersahabat dengan orang yang kita tak nampak, tak dengar suara dan kenal hanya di alam maya, kang tak pepasal kene tipu jer.... 

Sebenarnyer koram yang ada anggapan macam tu kene banyak lagi mendalami dunia blog nie, kene selalu masuk ke Blog Otai yang banyak pengalaman tu, Insya Allah, kebanyakan mereka tak kedekut dengat ilmu blogging nie.... Pada pendapat IEB persahabatan dalam dunia blogging adalah sangat penting koram, disamping dapat mengenali rakan baru tidak kira usia, bangsa, juga golongan.... Setelah 4 bulan aktif dalam dunia blogging nie, Alhamdulillah IEB dapat mengenal ramai rakan-rakan dari Utara sampai lah ke Selatan. tak lupa juga yang berada di Sabah dan Sarawak... Kebanyakan mereka amat pentingkan persahabatan. Dengat persahabatan yang terjalin lah blog mereka dikenali ramai.... Mereka yang dah cukup dikenali, turut membantu rakan-rakan blog mereka yang baru bermula.. Kebanyakan mereka juga tidak pernah kedekut dengan ilmu mereka, saling bertukar pandangan juga bertukar pendapat sungguh pun mereka hanya bersahabat di alam maya (dunia blog).

Bila sudah rapat di dalam blog, mereka juga tidak penah puas untuk bersahabat hanya di alam maya, mula mengatur langkah untuk buat perjumpaan (gathering)... Biler dah berjumpa, bertambah akrab lah meraka, disamping dapat bertukar-tukar pendapat mengenai belog masing-masing. Dengan ini mereka akan menjadi lebih baik lagi untuk berblog dan menghasilkan penulisan yang menarik untuk dibaca umum.... So saper kata persahabatan itu tak penting, cuba lah tukar pendapat itu, dan cuba mencari sahabat walaupun hanya di alam maya.... Macam IEB, suker berkawan dengan semua orang. Saper yang tak suka kawan ngan IEB sila angkat kaki, IEB nak bagi hadiah spesel punyer.. hihihih

Gerammmmmm...


Wah agak bersawang jugak belog IEB nie, sebab dah 2 hari tak jenguk belog kesayangan nie... Rindu sangat, rindu juga nak baca entry koram, sat gi IEB terjah belog koram...

Apa yang membuat IEB geram??? sebenarnya peristiwa nie berlaku semalam koram, semasa IEB dan En. Bard dalam perjalanan pulang dari Jelebu, Negeri Sembilan ke Putrajaya... Minggu nie balik kampung En. Bard... Kami bergerak balik dalam pukul 3 petang, En. Bard buat keputusan nak cuci kereta di seremban, so kami balik ikut highway Seremban lah kali ini.... Selepas selesai kereta di cuci, kami pun meneruskan perjalanan pulang ke Putrajaya.. Ceh macam karangan SPM pulak dah... Sambung cerita balik.. Lepas traffic light di depan Hentian Bas Seremban, tiba-tiba ada 1 orang india sedang melintas jalan juga 2 orang warga emas yang nak melintas jalan depan kereta kami.. Masa tu nasib baik En. Bard bawak pada kelajuan yang sangat minima (perlahan lah kiranya)... Sempat lah tekan break kereta, kalau tak terlanggar pulak 1 orang india tu... Yang kami geramkan bukan orang yang melintas, tapi ada satu kereta di belakang kami yang bunyi kan hon banyak kali, tanda marah sebab kami berhenti mengejut, tapi tak da lah mengejut sangat koram, sebab En. Bard bawak pada kelajuan 30km jer koram maser tu.... Sangat perlahan okeh....

So kami pun meneruskan perjalanan kami, sampai di satu traffic light sebelum masuk Plaza Tol Seremban, kereta tu berhenti btul-betul sebelah kereta kami.... En. Bard tengok dier, dier pun bukak cermin kereta dan sound En. Bard dalam nada yang agak tinggi.... "Pasal apa abang break mengejut, sikit lagi saya nak langgar" lebih kureng cam tu lah bunyinyer koram... En. Bard pun aper lagi agak naik jugak lah temperature beliau tu, gitau dier balik, langgar jer lah kereta aku, daripada aku langgar orang tua kat depan tu.... Terjadi jugalah perbalahan selama 3 minit lebeh kurang.. Orang tu dah cakap jerit-jerit ni sebab tak puas hati... IEB cuba controlkan En. Bard yang sedang hot tu... Selepas itu kami pun meneruskan perjalanan kami ke Putrajaya.... Memang lah salah kami sebab break secara mengejut, tapi niat kami cuma mahu mengelak orang yang sedang melintas di depan kami... Nyawa orang tu... Tapi apesal dier folow kami dengan jarak yang dekat sangat dan laju, kalau dier folow jauh mesti selamat punyer, lagi satu, setahu IEB kereta dier tu jenis kereta 4 wheel drive yang ada sistem break keselamatan canggih, kalau tak silap lah.... Tahu lah kereta ko tu kereta mahal, dan kereta kami ni buruk jer...

Friday, April 8, 2011

Jangan Mudah Berputus Asa

السلام عليكم و رحمة الله و بركاته
بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِي
Masih lagi penat mengamas opis semalam, Fail tahun 1999, pun masih disimpan, adeh sabo jer lah, sampai hari ni masuk opis pun lambat, semalam En. Bard telah pulang kerumah dari Sarawak, rasa terubat rindu dihati ni, penat-penat pun bila suami tercinta ada di depan mata, rasa hilang penat.... Auwchhh...

IEB nak tanya koram, pernah ke koram mengalami kegagalan dalam hidup ini, seperi putus cinta, muflis, mendapat penyakit kronik dan sebagainya? Mesti pernah kan... Macam IEB sendiri psalah satu peristiwa itu pernah berlaku dalam diri IEB, tapi tak mo lah ungkit cerita lama..... 
Sebenarnya IEB nie sangat suka menjadi penasihat pada adik-adik yang memerlukan yang menghadapi masalah kegagalan dalam hidup.. Gagal sekali tak beerti gagal selamanya koram... Apa yang penting kita kene sentiasa redha dengan apa yang berlaku kerana semua itu terlah tertulis oleh NYA. Misalnya gagal dalam percintaan, bukan lah beerti DIA mahu kita bersedih, tapi mungkin dia mahu memberi kita yang terbaik dari yang pernah kita miliki... Setiap apa yang berlaku itu ada hikmahnya koram... Perasaan sedih itu mesti ada dalam diri koram, cuma janganlah mudah kita terpengaruh dengan hasutan syaitan dengan membuat perkara yang dilarang seperti membunuh diri, kerana bunuh diri bukan lah jalan penyelesaian keluar, memang lah mereka itu rasa jalan terbaik, tapi ketahuilah balasan di akhirat kelak. Nauzubillahiminzaliq..... (tiba0tiba berceramah fulak)

Setiap apa yang berlaku ada hikmahnya, cuma kita mesti redha dengan qada dan qadar, dan percaya dengan ketentuan NYA. Paling penting jangan mudah berputus asa, sebaliknya kita mestilah lebih mendekatkan diri kepada YANG MAHA ESA dan cuba untuk menenangkan diri dengan berfikiran positif dan buangkan segala sifat negatif. Mesti koram kata, senang lah IEB cakap, IEB tak menghadapinya.... Seperti kata IEB tadi IEB penah menghadapinya dan bila menghadapinya untuk kali kedua dan seterusnya, IEB akan cuba lagi untuk menenangkan diri dan redha.. Insya Allah.....

Jika koram menghadapi kawan-kawan yang dalam permasalahan hidup, jangan koram pinggirkan dia, koram cuba mendekatinya. Jika dia tidak mahu bercerita, berikan dia masa dan jangan mendesak, kerana ia akan lebih menambah beban dalam diri meraka, berikan mereka masa dan berikan mereka kata-kata semangat untuk tidak berputus asa dan melakukan perkara negatif, dan jika kamu tidak mampu untuk menjadi pendengar dan pendamping terbaik, cuba bawa mereka pada yang lebih pakar.

Thursday, April 7, 2011

Offline Today


Sorry yer kawan-kawan, IEB offlne hari nie, sebab dalam proses mengemas opis yang tak penah kemas nie, Jabatan dah lama dapat pensijilan 5S, tapi DG office nie jer tak penah menjalankan aktiviti 5S sebab ada kuasa besar disini yang mengharamkan para panel 5S masuk kesini.. Ahaks... Harinie Den kiro bercuti lah yo walaupun den ado, ekau yang mano-mano rindu kek den tu tinggalkan lah apo-apo pesanan kek shoutmix ko, komen ko, den tak kesah.... Insya Allah esok den akan kembali bersiaran seperti biaso... Haaaa... Koram jangan mara IEB yang ferasan nie okeh.... Pen Merah, Pen Biru, U Marah, I Love U.....

Wednesday, April 6, 2011

Keliru Dan Teruja Sebab Ben Ashaari Singgah

First nak ucapkan tahniah buat pemenang Ben Ashaari Gegar 1000 Blog (3), CahayaNurKasih, satu satunyer pemenag untuk soalan ini. Sedih tak dapat join fulak, sebab internet terlalu slow, baru bukak 5 belog pc dah hank.. Huhuhu, hari nie pun bw dengan teramat slow, mintak maaf jer kawan-kawan kalau IEB tak dapat terjah koram. Tadi rasa nak lari balik umah jer...

Kenapa IEB rasa teruja sesangat??? Sebab En. Ben masuk juga kat belog buruk IEB nie yer kalau tak takkan dier tahun ada keta merah kat belog IEB kan... Terima kasih pada En. Ben yang glamer lagi otai tu.... Bukan niat nak bangga tapi terharu sikit sebab blogger glamer masuk belog IEB.. huhuhuhu
Apa yang buat IEB keliru, tapi dah tak keliru lagi dah ini semua trick bijak En. Ben buat soalan untuk peserta game yang beliau anjurkan tu.... Jap, jap, koram jangan pening tau.... IEB salute kat satu-satunyer pemenang soalan 3 ini, CahayaNurKasih sebab apa, dier memang rajin pergi semua belog, juga bijak.... Kalau koram tengok kat Senarai Nama Gegar 1000 Blog nama IEB ada dalam kumpulan 4, No. 31, Tak caya koram tengok balik kat SINI... Koram mesti tengok list kump. 3 jer kan, tak klik semua.. Sebab apa IEB cakap cam tu, masa soalan pertama IEB hanya bukak kump. 1 sahaja untuk soalan no. 1. Eh koram paham tak apa yang IEB gitau nie, kalau tak paham cuber tanya En. Ben betul tak... IEB hanya buat andaian jer .....

Lelaki Dan Pink

Kenapa, kenapa, kenapa lelaki tak suka pink erk??? Pink tu kan kaler terang yang sangat cantik.... Ada lelaki suker merah, merah pun kaler terang wat, apesal koram tak suker pink?? Kalau ada lelaki suka pink sila angkat tangan....  

Kenapa biler lelaki pakai pink jer mesti koram gitau " jambu siutt mamat tu".... Biasanyer si gurl yang gilerkan pink nie selalu bagi kat boyfreind present baju ker, jam ker, tali leher ker, kaler pink, koram lelaki yang anti pink nie pakai ker kalau orang tersayang bagi??? IEB tengok kat luar sekarang nie dah ramai dah lelaki pakai pink, slumber jer, tak malu pun, mungkin tu hadiah dari orang tersayang, tapi ada ker yang beli sendiri??? Banyak tanya fulak IEB nie.. IEB bukan aper cume nak selami lelaki yang minat pink nie, biler nampak kaler pink jer menjerit... "Argghhhhh cantiknyer pink, suker sangat" Koram penah jumpa tak lelaki macho cakap cam tu?? HIhiihi. kalau ada beliau sangat comel okeh.....

Koram layan lah pic kat bawah nie, IEB rasa nie semua mesti edisi terhad, tak banyak dipasaran....
Comel kan.... Eikkkk boxer pun ader kaler pink, tak sanggup mak nyah....

" Segmen Review Blog Oleh Pembawa Wacana"

En. WacanaKu, meh lah review belog IEB yang tak seberapa nie... Bukan nak glamer tapi nak tambah kenalan satu Malaysia kalau buleh.. Insya Allah...... Koram yang nak join klik 'SINIE'

Tuesday, April 5, 2011

Itulah Pentingnya English Education Nie!

Betul, kata ucop welcar " itulah pentingnya Egnlish Education nie"

Jom layan pic kat bawah nie....






























Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...