Amaran keras : Entry ini mengandungi unsur kata-kata yang agak keras, jika anda tidak puas hati atau, rasa kecil hati dan sebagainya boleh PM terus aku di FB.. Entry ini tiada kaitan dengan sesiapa mengenali diri ini, dan hanyalah pendapat nakal oleh aku... Teruskan membaca....
gambar dari sahabar Eddie Norhan dalam FB aku
Beberapa hari yang lepas aku ada cacatkan masalah manusia yang terlalu menjaga kenderaan mereka di FB aku dan meminta buah fikiran mereka mengenai hal itu, dimana ada jenis manusia yang terlalu menjaga kenderaan mereka sehingga tidak dibenarkan makan dan minuman yang beruunsur, tin, botol dan yang sudah tentu manis.... Hanya air masak sahaja dibenarkan.. Selain itu ada gak yang jenis bertanya kepada penumpang beliau adakah mereka datang bulan, dan jika mereka datang bulan dia telah sediakan kertas surat khabar sebagai alas pelapik tempat duduk untuk mengelakkan kebocoran.... Aku ada berhadapan juga dengan manusia sebegini dan mendengar cerita rakan aku yang berpengalaman seperti ini.... Dan bila aku bukan open status cam tu ramai juga datang komen, ada yang setuju mengenai hal tersebut dan ada yang tak setuju mengenai hal tersebut....
Okey berbalik pasal makan dan minujm dalam kereta, aku ada mendengar cerita dari beberapa orang rakan aku mengenai hal ini, mereka menumpang kereta manusia tersebut, nak dijadikan kereta diorang beli makanan diluar, dan baru nak menyuap makanan tersebut sudah diherdik oleh pemilik kenderaan tersebut yang mengatakan dia memang tak suka orang makan dalam kereta dia, event anak dia yang masih bayi dan suami juga dilarang keras buat demikian... Jika nak makan diorang lebih rela berhenti di mana mana tuk minum dan makan pepuas, baru lah menyambung perjalanan semula... Mungkin mereka tak rasa pengalaman berjalan yang melibatkan lebih dari 10 jam dengan tempat berhenti yang sangat terhad... Mahu berkeriukkk perut kalau tak der makanan sampingan dalam kereta....
Pada pendapat aku lah kan, mengapa kita perlu menyekat keselesaan penumpang dalam kereta, okey aku beri tumpuan ini pada saudara terdekat dan anak kecil... jika saudara terdekat cam adik beradik or mak ayah, sanggup kah kita tegur mereka disebabkan perkara ini..Kalau kita tegur mesti mereka berkecil hati, dan sudah tentu lah menganggu keselesaan mereka untuk menumpang kereta kita, lagi pun mereka juga punya akal tuk makan dengan tertib. Baik punya tetengah makan kena tegur camtu kena tegur, terbantut rasa nak makan dah kan.. kesian diorang yang mengalami...
Jika anak anak pula terutamanya anak anak kecil, sanggup kah kita tengok mereka merengek lapar, merengek regek bosan semata-mata kena tunggu untuk tempat berhenti baru leh makan.. Lahai kesian tak sampai hati, pulak kan merek belum mengerti erti bersepah, kotor, yang mereka tahu bila lapas nak makan, biler bosan dan main... Tipulah kereta bagi keluarga yang ada anak kecil bersih teratur... Sanggup kita menyekat kemahuan anak anak kecil kita yang baru nak berkembang tu.. Kita sebagai dewasa bukannya jadi penyekat, tapi cuba belajar tu menjadi pengajar.. Jika meraka nak makan kita bagi tapi dengan memberi nasihat berkali kali kepada mereka supaya tak tumpahkan, supaya tak selerakkan.. Insya Allah mereka akan cuba untuk memahami dan mendengar nasihat...
Pada aku kanak kanak ini sangat jujur dan penuh emosi... mereka jika selalu ditegur akan perbuatan yang mereka gemari, mereka akan memberontak... Macam kita marah dan larang anak anak ini makan dalam kereta mesti mereka terasa seperti mereka disekat...Dan jika mereka menumpang kereta ahli keluarga kita yang lain dan bebas berbuat apa sahaja dalam kereta mereka mesti mereka rasa sedikit keseronokan kan... Masa tu mereka mesti berfikir yang menumpang kereta orang lain lagi selesa dari menaiki kereta sendiri, secara tang langsung jika melibatkan perjalanan bersama ahli keluarga lain anak kita akan lebih memilih untuk menaiki kereta orang lain berbanding kereta kita... aku bercakap hal ini berdasarkan pangalaman...
Dan lagi satu aku nak satu tentang kawan yang juga mungkin akan hilang keselesaan dengan rule yang kita buat ini, jika menumpang kereta mereka. Sedangkan meraka orang dewasa yang punya akal tuk berfikir untuk tidak mengotorkan kenderaan yang mereka naik tu... Kalau aku pun memang aku takkan naik kereta orang cam ni.. Minta maaf cakap lah aku takut terkoto dengan tak sengaja.. Dan jika tertumpah sekalipun ada jalan untuk kita mengelakkan kekotoran kan?? Segala kotoran boleh dibersihkan.. jika air tumpah bolh di lap, jika makanan jatuh boleh kutip buang, dan jika makanan berbau jatuh boleh hantar car wash tuk dicuci dengan sebetulnya.. Stanby sahaja dalam kereta kain lap, tisyu, plastik sampah or penyembur air.. klu ada kotoran segera bersihkan untuk mengelakkan bauan yang kita tidak senangi.. Seee senang kan dari kita buat rule yang pada aku sangat tak munasabah....
Hurmm aku nak tanya lah orang yang jenis gini klu naik kenderaan lain selain kereta dia, dia makan tak?? Klu naik bas ker contohnya, takkan lah sejauh perjalanan tu tiada bekalan makanan langsung, mesti ada kan... Kita buat rule tuk kereta kita, tapi tak pulak buat rule tu jika naik kenderaan lain kan......
Buat apa lah kita nak susahkan perkara yang sangat mudah tu.. Kereta tu hanyalah harta dunia yang tak akan kekal pun... Kita nak kereta tu bersih bersinar senantiasa untuk apa??? Nak jadikan tempat beradu, tempat bermain, tempat bersantai kah??? Kenderaan hanyalah untuk keperluar bila kita ingin ke destinasi yang ditujui.. Ok lah mungkin duit kita, suka hati kita lah nak buat kereta tu cam ner... kamun cik kak, kemon cik bang, kereta tu takder hati pun.. Manusia yang punyai hati.. Klu kita kotorkan boleh dicuci, klu kita tercalarkan hati manusia camner pulak?? So fikir2 kan wahai sahabat yang ku sayangi....