Yang Join Aku Nie!

Wednesday, April 30, 2014

TUTORIAL : Square HIjab Shawl Tutorial (Tutorial Tudung Bawal Menjadi Shawl)

JOM SHOPPING TUDUNG NI KAT LINZ'S SCARVES
LINZ'S SCARVES

KELEBIHAN SQUARE HIJAB MATERIAL COTTON VISCOSE INI ADALAH KAIN YANG SEJUK, LEMBUT DAN TIDAK PERLU DISETERIKA, SELAIN BIDANGNYA JUGA CUKUP BESAR. IA JUGA BOLEH DIGAYAKAN DENGAN PELBAGAI CARA SEPERTI TURBAN, GAYA BAWAL YUNABELLA, GAYA SHAWL LILIT DAN LAIN LAIN LAGI

Boleh menggunakan tudung bawal atau square hijab yang berbentuk 4 segi sama. (Saya menggunakan bawal square cotton viscose dengan hanya beharga RM10 dari LINZ'S SCARVES)
  


1. Buka tudung jadi segi 4 tepat, kemudian pakai dikepala dan samakan hujung sama hujung menjadi sama panjang.

2. Lipat tudung seperti biasa dan pinkan di bawah dagu seperti biasa.

3. Ambil bahagian sebelah tudung, kemudian lilit kan ke atas dan bawak ke bahagian tepi (kawasan pipi) tudung.

4. Pin kan hujung tudung menggunakan jarum peniti.
5. Kemaskan bahagian depan tudung mengikut keselesaan (boleh juga pin kan tudung di bahu kiri dan kanan untuk kemasan).

6. Kemaskan juga bahagian belakang tudung mengikut keselasaan.

Tuesday, April 29, 2014

Tutorial Shawl Butterfly


JOM SHOPPING TUDUNG NI KAT LINZ'S SCARVES
LINZ'S SCARVES

1. Menggunakan shawl potongan butterfly.


2. Pakai di atas kepala seperti biasa dan pastikan sebelah panjang dan sebelah lagi betul2 pendek.


3. Pin kan seperti biasa dibawah dagu.


4. Ambil bahagian yang panjang tadi dan lilitkan di atas kepala sehingga hujung shawl panjang ke sisi tepi shawl (bahagian pipi).


5. Pin kan mengguna peniti hujung shawl yang dililit tadi.


  
6. Kemaskan bahagian depan shawl mengikut keselesaan. (boleh juga pin di bahu untuk kemasan)

** Kelebihan ‪#‎shawl‬ cutting butterfly ni, bahagian hadapan dan belakang tudung akan menjadi kemas dan bentuk bulat dengan sendirinya.

Tuesday, April 22, 2014

Maxis menuntut Bayaran Untuk Internet Percuma

Ok pepagi tadi on FB ternampak satu post dari Oh Media di FB mereka, mengatakan ada langganan internet percuma untuk 1GB untuk lima hari diberikan secara percuma untuk semua pelanggan maxis... Pelanggan maxis cuma perlu masukkan code yang diberikan dan tekan dile... Maxis akan terus menghantar terus mesej ke telefon bombit mengatakan pas internet telah di aktifkan...


So apa lagi aku try lah FOC kan.. menjadi ko.. Aku pon share kat FB... Beberapa kawan aku yang cuba juga berjaya, tapi tak lama rupanya beberapa jam lepas tu ada kawan aku kata dh tak leh buat.. So maknanya maxis dah sekat lah yer...

Selepas jer kengkawan aku gitau yang dah tak leh buat. bertalu talu mesej kat FB. whatsup masuk bahawa perkhidmatan internet percuma yang aku  share  tersebut bukan percuma, siap ada yang kata pihak maxis telah membuat laporan polis berkenaan perkara tersebut dan akan membuat tuntutan pada setiap pelanggan prepaid maxis yang telah aktifkan perkhidmatan tersebut... hahhahha aku senyumm dan gelak jer baca yang mereka share tu, macam tak logik kan siap laporan polis.

Kalau yg share kata maxis mengalami ganguan teknikal dan terdapat pihak tidak bertanggungjawab menyebarkan kod tersebut dan maxis akan mengenakan bayaran rm9 untuk perkhidmatan tersebut.. yang ni ok lah sikit pada laporan polis tu..

Mereka ni nak menjatuhkan maxis tak hagak2... so lepas jer mesej tu cam peluru perpandu tersebar secara tak langsung yg dah aktifkan mesti takut dan mula lah memasing cuba nak salahkan maxis sebab membuat tindakan tak logik atas kesilapan teknikal mereka sendiri.. Yang buruk maxis gak..

Aku tak puas hati selagi tak dapai info tepat dari maxis.. sebab yg aku dapat semua mesej berantai suh sharekan... so aku godek godek page maxis dan hotlink kat fb dan terjumpa satu soalan dari pengguna maxis mengenai peekara ini dan mendapat feedback dari maxis bahawa itu adalah kesilapan teknikal dari pihak mereka dan mereka telah menyekat code tersebut dan tiada sebarang caj dikenakan untuk pelanggan yang telah mengaktifkanya...

So jangan risau ok, confirm tiada caj dikenakan tuk sesiapa yang telah cuba aktifkan langganan internet percuma tersebut.. Confirm FOC sebab aku pun ada mengajukan soalan yang sama pada pihak maxis tadi dan mereka memberikan jawpan yang sama juga.. hehehhe huntunggg sabut timbul, untung batu tenggelam, yer dak... Terima kasih buat maxis sebab anda dah buat amal jariah.. Terima kasih gak buat maxis sebab menjawab persoalan kami pelanggan maxis yg budiman ni...




Internet Percuma Maxis 1GB Untuk 5 Har

Bukan FB pepagi nampak ni.... so sharing os caring.. hahhahhah

Thursday, April 17, 2014

Tutorial Tudung Bawal YunaBella


Assalamualaikum...

Hahahhahahhaha, ramai plak yang tanya camner aku pakai tudung bawal gaya adik YunaBella tu, so dengan rasa rendah dirinya dan malu dirinya, gigih gak aku buat tutorial tu ngan K. Linz,  K. Linzz ni gak ada jual pelbagai, tudung, pelbagai shawl yang murah murah, cantik cantik dan berkualiti dan yang penting kita mampu milik, so kalau korang rasa nak dapatkan shawl murah dan cantik leh pe page FB beliau di bawah ni..


 

1. Alatan yang diperlukan, tudung bawal, 1 jarum peniti, 2 brooch kecil & 1 brooch besar.

2. Pakai tudung bawal seperti biasa, dan pastikan hujung tudung tersebut mestilah sama.



3. Mulakan lipatan lebih kurang 2cm ke atas.

4. Hasilkan lipatan lebih kurang dalam 7 lipatan ke atas.

5. Pin kan lipatan tadi degan brooch panjang.

6. Penitikan hujung tudung bawah dibelah belakang untuk menampakkan ia bulat.

7. Pin kan di belakang tudung di bawah leher untuk kemaskan bentuk tudung.

8. Kemaskan mengikut keselesaan..

Terima kasih...

copy paste from : FB Isteri Encek Bard

Sunday, April 6, 2014

HAPPY BIRTHDAY BLOG ISTERI ENCEK BARD


Eh. eh eh terajinnn plak hupdate blog yang dah lama bersawang tu kan.. tetiber rasa rindu sangattt kat Blog Isteri Encek Bard... Owhhhh rupanya hari ni genap 4 tahun aku berblog dan mempunyai blog, walaupun dalam 2 tahun ni aku malas hupdate, tapi aku tetap sayang blog tu.. sebab blog tu lah aku dapat ramai kawan yang baik baik dan comel cemel dan kat situ jugalah aku mula belajar menulis walapun entry aku banyak meraphu.... biler baca entry lelama tersnyum sendiri aku baca penulisan aku... hahhahaha.. 

Happy Birthday Blog Isteri Ebcek Bard.... Coretan pertama ku masa mula berblog korang leh tengok sini.. serius funny cam budak lepasan SPM menulis.. hahhahahhahahhah http://bintangkita080808.blogspot.com/2010/04/terdetik.html

copy paste from FB

Saturday, April 5, 2014

Cerita Dongeng : Resam Kejiranan Rumah Pencakar Langit

Assalammualaikum... I' m back... Yuhuuuuu.... lamaaa oooo tak hupdate blog aku ni... aku kembali bukan nak cerita kemana aku menghilang, apa aku buat sebelum ni dan apa yang aku buat skang.. past is past.. (sebenarnyer malass engko, padahal idea banyak jer nak rulis) so skang aku aku just nak mencoret beberapa coretan nakal kat blog aku ni...

Ala klu rasa korang rindu kat aku ker apa ker? gi jer stalk FB aku, Isteri Encek Bard.. ada jer aku kat situ uollsss... Ada jer aku update status berunsur coretan coretan nakal mengenai gosyip artis, isu semasa seperti isu MH370 (Masih terus dan terus berdoa supaya dipermudahkan untuk merungkai apa yang berlaku ngan aeroplane ni) dan opcoz kisah aku, suami aku, anak comel aku dan family aku....  Ehh ada kerr org rindu kat aku??? Perasan lebih..

Ermmm corak dan cara penulisan aku mungkin akan berubah kot selari dengan diri aku skang ni... Gaya penulisan mungkin lebih kepada diri aku sendiri.. hehehheh... Idea spotan terus dari otak aku tulis terus.. tapiiii.... yang ni memang tak leh lari ngan aku iaitu TYPO, haa yang tu mmg takkan lari ngan aku... cerr korang bayangkan aku menulis sambil bermain dengan anak comel setahu lapan bulan tu... korang yg ada anak mesti dpt bayangkan... hahhahhaha padahal malas nak cek spelling ngko..

Ok aku melalut jauh dah ni dari tajuk kat atas... Resam hidup or berkampung atau kejiranan di kawasan rumah pencakar langit a.k.a rumah flat, ni aku wat kisah dongeng jer ni, baca boleh percaya jangan... hahahahha.... Cuba korang bayangkan setiap kali nak naik pengangkutan penghantar kecil a.k.a lift rumah flat ni korang terbau satu haruman yang cukup menyegarkan korang dari ngantuk membuatkan korang tersedar dan nak bernafas pon payah.... Haaaa bau apa bukan edp ker edt yang berjenama dolce cabana ker, gucci ker, chanel ker dlll yg korang beli beratus ratus or cap pasar malam tu (aku pakai cam pasar malam jer) tapi haruman dari cecairr kekuning kuningan di lantai or di dalan lift...

Bauu sampahhhh!!!!!! hadoiiiii lahhhhh sakit hidung dengan bau cairan itu.. bayangkan org mengandung yang ada simtom morning sickness tu, tak ke naya kat ibu mengandung tu??? kesian mereka terpaksa menahan bauan kurang menyenangkan dan korang bayangkan lagi mereka duduk tingkat 18 dan lift yg ada bau harumab tu berhenti setiap tingkat, tak ker lemas mereka nak tutup hidung???

Ok ini mungkin peringatan tuk diri aku sendiri gak... Kalau dah rasa sampah korang tu dah masuk 3 hari tak buang, dah tentu sampah tu ada sisa makanan berair dan berbau kennn?? so apa tindakan korang tuk perkara ni??? skema plak ayat aku... Aku rasa korang yang bawak dan nak buang sampah tu mesti ada akal tu berfikir kan??? Takkan korang nak suh anak anak korang yg umur 5, 6 tahun tu nak gi buang? tu memang melampau lah, diorang belum dapt berfikir panjang cam korang...
Kalau dah rasa sampah korang berbau dan berair silah lah ambil langkah bijak balut sampah korang tu berlapis2 sampai lah ia tak bocor yg mengakibatkan cecair berbau tu keluar dari plastik korang tu... Ada paham... Aku paling risau nak buang sampah time ada ramai org dlm lift, sebab tu suker buang sampah dikala org tak byk kluar or masuk rumah.. waktu biler tu korang pikir dan tentukan sendiri.. Tak smpi hati nak naya orang...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...