Friday, December 23, 2011

Sesi Membina Lemak Perut : Restoran QThai, Cyberjaya



 Tea Thai yang sangat menyegarkan, ada rasa ala-ala Teh Bunga
 Nasik Putih Daging Merah & Nasi Goreng Fingger Crab Bersalut Tepung

Okay habis menjamu mata di atas... Sebenarnya ini aktiviti membina badan di bahagian tertentu IEB dengan BFF IEB tengah hari semalam... Berikutan menanti buah tak gugur (cafe dah 6 bulan tutup) disamping boring makan disekitar Putrajaya, kitaorang pun ambil keputusan makan di Cyberjaya. Pada mulanya ingat nak makan Char Kue Tiaw di Penang House, Cyberjaya tapi terbantut plak tengok menu yang dipaparkan dihadapan restoran QThai ini. Restoran tersebut terletak di Street Mall, Cyberjaya bersebelahan dengan Penang House dan Indian Food Restaurant.

Kalau tengok menu yang disediakan memang snagat mengiurkan koram, ada pelbagai masakan dari Thailand yang disediakan di restoran tersebut.. IEB dan Kak Lin order  Nasik Putih Daging Merah dan Nasi Goreng Fingger Crab Bersalut Tepung, harga makanan tersebut RM8.80 setiap satu. Untuk minuman pulak IEB dan kawan IEB memilih Teh Thai yang sangat menyegarkan, IEB ambil Tea Thai sejuk manakala K. Lin ambil Teh Thai Suam dan harga minuman tersebut RM 1 setiap satu sahaja koram.

Tengok pada makanan tersebut memang agak mahal sedikit berbanding Restoran Makanan Thailand biasa, tapi rasa makanan tersebut sangat tidak mengecewakan kami. Aroma bau masakan tersebut sudah cukup membuka selera kami walaupun di sambut dengan pelayan yang kurang pasih berbahasa Melayu dan English. tak rugi kalau koram nak mencuba makanan di sini.

P/S : Sebenarnya harga makanan tersebut lebih kurang sahaja dengan harga makanan di sekitar Putrajaya ini, yang mana rasa makanan tak setanding harga. Kiranya kurang sedap lah makanan di restoran Putrajaya ni.

4 comments:

  1. disebabkan IEB dah perkenalkan restoran ni kt semua org.....








    apa kata IEB open table utk kite semua?hahahhaha.....sape setuju...?

    ReplyDelete
  2. okeh saya setuju cik panadol velanja pakai duet cik masha.. hahhahahahah

    ReplyDelete
  3. Halal ke QThai ni? X silap dia guna logo halal swasta kan? Bukan halal Jakim...

    ReplyDelete