Boleh katakan hari-hari sana- sini dan mana-mana orang bercakap mengenai SBPA, Skim Baru Perkhidmatan Awam yang telah di umumkan Perdana Menteri kita pada Pengumuman Bajet 2012 yang lepas. Rata-rata yang berada di kedai makan, cafe-cefe opis, shopping compleks, pantry pejabat, pergi pasar, pergi myden/tesco/giant bercerita mengenai hal yang sama. Baik penjawat awam juga pekerja swasta.
Bagi orang swasta kata kami ini penjawat awam beruntung sebab kerajaan naikkan banyak gaji kami, manakala bagi penjawat awam pula rata-rata kurang setuju dengan skim tersebut yang kononnya hanya mengkayakan golongan-golongan primear iaini golongan atasa seperti Jusa dan Turus. Selepas perundingan di antar Cuepacs dan Perdana Menteri kita semalam, nampaknya PM mengumumkan bahawa, SKIM tersebut di tangguhkan pada satu tarikh ditetapkan iaitu 15 Januari 2012 yang mana tarikh terakhir sebelum ini adalah 30.12.2011, satu tarikh yang agak singkat bukan. Agak sukar juga untuk memahami skim baru dan membuat pilihan.
PUTRAJAYA: Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) hari ini bersetuju melanjutkan tarikh penerimaan tawaran opsyen skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) bagi penjawat awam kepada 15 Januari depan, kata Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Operasi), Datuk Dr Ismail Alias.
Beliau yang mengumumkan perkara itu berkata, bagaimanapun, tempoh penerimaan opsyen bagi umur persaraan 60 tahun kekal pada 30 Disember ini. "Kita akan meneruskan SBPA dan sebenarnya CUEPACS tidak menolak SBPA. Opsyen yang kita beri itu, ada dua. Pertama, opsyen umur persaraan 60 tahun itu tetap pada 30 Disember tarikh tutupnya kerana ia membabitkan banyak isu perundangan."Manakala opsyen SBPA, memandangkan tempoh itu agak terdesak, JPA bersetuju supaya ia dilanjutkan kepada 15 Januari depan," katanya kepada pemberita selepas mengadakan rundingan dengan CUEPACS yang diketuai oleh Presidennya, Datuk Omar Osman, di ibu pejabat JPA di sini, hari ini.
Rundingan itu yang berlangsung selama lebih tiga jam diadakan untuk menyelesaikan isu berbangkit berhubung pelaksanaan SBPA yang akan dikuatkuasakan bermula 1 Januari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, semalam, mengarahkan supaya CUEPACS dan JPA mengadakan rundingan segera bagi menyelesaikan isu tersebut.
Sebelum ini, penjawat awam diberi tempoh 15 hari mulai 16 Disember lalu bagi mereka membuat pilihan sama ada untuk memilih SBPA atau kekal dalam skim perkhidmatan yang lama.Dr Ismail berkata, pada keseluruhannya, rundingan tersebut mendapat kata sepakat untuk melaksanakan sbpa dan lima isu termasuk 'exit policy' yang dibangkitkan oleh CUEPACS turut dibincangkan.
"Jadi dalam konteks ini, pendekatan kita ialah melihat kepada beberapa isu yang dikemukakan oleh CUEPACS, berbincang dan akhirnya mendapat persetujuan tertentu," katanya.

Beliau berkata, bagi penjawat awam yang sudah menandatangani surat tawaran opsyen SBPA, mereka tidak perlu bimbang kerana JPA memaklumkan bahawa opsyen SBPA masih berjalan seperti yang ditetapkan cuma tempohnya akan dilanjutkan.
Sementara itu, Omar pada sidang media sama berkata, rundingan hari ini mencapai kata sepakat yang amat baik dan persetujuan bersama hari ini adalah jaminan kepada penjawat awam untuk menandatanganinya. - BERNAMA

rata2 dok bercite pasal ni kan
ReplyDeleteemm...
pak mat mmg camtu, die pg2 dh kuar kutip utang..
ReplyDelete#alamak! tsalah bg komen lak..hikhik