IEB tertarik baca enrty dari blogger otai kita Abang Bang Bang Boom mengenai kenaikan Harga Minyak, Kalau koram belum baca klik SINI.... Dulu IEB pernah juga wat entry mengenai kenaikan harga minyak sebelum nie yang mempengaruhi semua kenaikan harga barang. Kalau belum baca koram klik SINI.
Berikutan kenaikan harga minyak melampau, ia juga sedikit sebanyak mempengaruhi kenaikan harga barang. IEB berfikir sejenak bagaimana agaknya golongan berpendapatan rendah macam IEB nie untuk menghadapi kenaikan harga barang, sedangkan gaji yang kami perolehi tak juga naik. Nak tanya koram, cukup ker gaji yang koram dapat sekarang?? Kalau tanya golongan atasan mesti lah diorang cakap cukup kan... Kalau yang berpendapatan rendah cukup ker?? Pada IEB setakat nie memang bersyukur sangat-sangat Allah tak pernah memutuskan rezeki kami. Cuma sekadar cukup makan jer tiap-tiap bulan sekarang nie.. Sekali berbelanja sahaja paling sedikit pun akan habis dalam RM200. Bukan mahu mengeluh, tapi sekadar meluahkan isi hati ini.
Menurut entry Abang Abang Bang Boom juga mengenai bayaran bagi meletak kereta di Pusat Kerajaan Persekutuan. Mereka telah kuatkuasakan pembayaran meletak kereta itu bermula tahun ini. Bagi kami golongan yang bukan pegawai ini juga merasa tempias ini, kerana penguatkuasaan bayaran bagi meletak kenderaan. Harga 50 sen untuk sejam agak mahal juga bagi kami, jika kami yang bekerja 8 jam atau lebih meletak kenderaan di tempat letak kereta, sedangkan pegawai atasan boleh melentak kederaan dengan percuba di dalam bangunan Kerajaan... Terima kasih kepada kerajaan kerana prihatin terhadap kami golongan mampu miskin ini...
Minta maaf di atas enty ini jika menyebabkan isu kepada sesetengah pihak, entry ini bukan bermaksud apa-apa, tapi sekadar meluahkan isi hati kami golongan yang mudah miskin ini... Apa pendapat koram???
12 comments:
tak terkata...huhu
golongan miskin makin ditindas sekarang ni.. yang kaya makin kaya, yang miskin makin miskin.. lumrah dunia..
MK tak terkata kamu
fakare, bukan ditindas, cuma tak dipeduli jer
kerajaan naikkan harga minyak, rkyat makin naik minyak.... sapa suka benda mahal? ce citer..
tahu xpe sis... org lain yg kaye2 dakpe r ..
fiza, akak tak suka tak memahal nie
qaseh kesian kan kita
dah nasib... sebab dimanjekan dengan subsidi tue yg jd cam nie... tapi kalo ron97 naik x de efek pade org kurang berkemampuan nie... sbb ron95 ade lg... lg1 kerajaan dah jalankan akta kawalan harge barang... jd tokey2 cine x leh nak naikan harge barang suke2 mak bapak depa jek...
Jom baca dan komen post terbaru Blur >>> Seni bercorak cap jari
"taktau lah nak kata apa,akk ni ank 5,kerja sorang pulak tu...lagi lah terasa beban sgt2.Golongan atasan dan kaya2 ni depa tau apa...suka nak susahkan kita jer.."
setuju ngan kak pia dan entry ni..mcm k.mimi ni sama jugak mcm kak pia..suami je yg bekerja..kita ni full time house wife..kesian jugak tgok suami yg keje sorang2..kita nak keje x boleh plak..sape nk jaga anak2?lebih2 lg mcm k.mimi ni punya ank istimewa..huhuhu :(
sabarlah...kan rakyat didahulukan dlm mendidik kita mjadi lebih berkira dan berjimat.
Dilema
Minyak dunia naik..malaysia naik..yang merasa orang bawah [esp gol. berpendapatan rendah]
Gaji tak naik-naik [ups hehe]
as salam..
minyak naik? saya tak kisah pun,
redha je. semua tu ujian dari-Nya.
Post a Comment