Agak pedas gak sindiran kartun kat atas ni... Tapi sikit pun IEB tak terasa.. IEB bukan lah anak FELDA seperti yang mereka sangkakan seperti di atas dan IEB percaya tak semua anak-anak FELDA bersikap sedimikian, bila ada sesuatu imbuhan baru kami mengaku kami orang FELDA dan baru teringat nak balik kampung halaman...
Syukur Alhamdulillah baru-baru ni PM umumkan durian runtuh untuk warga FELDA, sampaikan kami genersi ke-2 FELDA juga dapat merasa durian runtuh tersebut... Tapi jauh dilubuk hati kami mengharapkan duit tersebut.. Bak kata En. Bard, duit tu duit ayah dan ibu kita, terpulang ayah dan ibu sama ada nak beri pada kita ataupun tidak...
Nampaknya ramai gak yang soseh-soseh kat luar sana mengata kami orang FELDA kan.. Tapi takper, sedikit pun kami tidak tergugat... Hanya kami yang duduk di FELDA sahaja tahu bagaimana rasanya dari hidup susah dahulu sehinggalah sekarang.. Mulut orang tak boleh nak tutup kan... Ramai juga mengatakan anak FELDA ni ulu, mundur, ramai yang tak berjaya, ramai yang kerja kilang, ramai yang hisap dadah.. Kami terima sahaja kritikan dengan hati terbuka dan langsung tidak melenting, kerana kami tahu sejauh mana kemampuan kami orang-orang FELDA... Tapi ada ker mereka nak mengagungkan kami anak-anak FELDA yang telah berjaya ni?? Takda kan?? Biarlah mereka terus menerus emmandang kami negatif....
Mood : Tetiba rajin pulak nak hupdet ni, pehal??? HIhihihihihihi.....