Monday, December 12, 2011

Happy Anniversary My Dear Love (2 Years)


Assalamualaikum dan selamat pagi jam menunjukkan 12.00 am... permulaan pagi untuk 12.12.2011... Apa yang ada dengan tarikh tersebut yer??? Pertama sekali IEB ingin memanjatkan kesyukuran kehadrat Illahi kerana dengan izin NYA, IEB masih lagi dapat bernafas dan melihat keindahan dunia hebat ciptaan Allah S.W.T nie... Juga IEB bersyukur sangat dikurniakan kesihatan yang baik, keluarga yang bahagia juga seorang insan hebat disamping IEB senantiasa dan sentiasa menyokong IEB dalam keadaan apa sekalipun... Terima kasih suamiku tercinta...

Dikesempatan ini IEB ingin mengucapkan Selamat Ulang Tahun Perkahwinan kita yang Ke-2 buat suami IEB yang tercinta Encek Bard... Sekejap jer dah 2 tahun... Terlalu cepat masa berlalu sampai tak sedar ia berlalu.... 

Terimbau kembali IEB saat tangan Encek Bard bersalam dengan tangan tok kadi untuk melafazkan akad menjadi suami IEB.... Seribu debaran menanti hati kami... Bagaimana perasaan kami pada ketika itu, hanya DIA dan  kami sahaja yang tahu.. Selesai akad gugur air mata IEB tanda syukur kerana telah sah menjadi isteri kepada Mohammad Zabadi bin Baharuddin.... Sedar tak sedar dua tahu telah berlalu, dan ianya menjadi kenangan paling manis buat IEB dan mudah-mudahan ianya manis sentiasa sehingga nafas IEB yang terakhir.. Amin...

Khas Buat Mu Sayang Ku...

Tiada kata secantik bahasa ini yang ingin ku sampaikan buatmu sayang... Terima kasih atas segala-galanya... Kehadiran Mu didalam hidupku membawa sinar kebahagiaan buatku.... Kau sentiasa bersabar dengan karenahku juga selalu menyokong ku... Tatkala ku berasa takut, rindu, resah kau sentiasa hadir menemaniku walau dalam apa jua keadaan membuatkan ku lupa apa yang sedang ku fikirkan.. Kau sentisa mengambil berat akan aku yang membuatkan ku rasa kaulah lelaki hebat idamanku selamanya...

Ingin ku nyatakan bahawa ku akan sentiasa menyanyangi dan menyintai mu setiap detik sehingga nafas ku yang terakhir juga jika diizinkanNYA kasih kita ini membawa ke Syurga... Amin Yarabbal A'alamin...

Terima kasih atas segalanya sayang... Mudah-mudahan kita akan sentiasa bahagia selamnya juga dapat menhadapi liku-liku dalam kehidupan yang pancaroba dimasa akan datang.... Mudah-mudahan juga kita dipermudahkan untuk mendapat cahaya mata yang soleh dan solehah.. Amin, Amin Yarabbal A'alamin...

Nukilan Ikhlas
Isterimu Tercinta...

14 comments:

  1. Happy Anniversary buat IEB dan suami..moga berkekalan hingga ke syurga...

    KELAPA TUA BANYAK SANTAN,
    BOLEH DI MASAK GULAI IKAN,
    DOA PCM BUAT CIK PUAN,
    AGAR IKATAN KASIH BERKEKALAN...

    ReplyDelete
  2. terima kasih PCM... terima kasih atas pantun yang best tu.... Amin mudah-mudahan...

    ReplyDelete
  3. happy anniversary untuk IEB dan husband..semoga berbahagia ke akhir hayat

    ReplyDelete
  4. tq Lelaki Ini

    Amin Amin Yarabbal A'alamin.. TQ Phat...

    ReplyDelete
  5. Tahniah dan semoga terus berkekalan hingga ke akhir hayat..

    ReplyDelete
  6. happy anniversary, moga berkekalan hingga akhir hayat bersama ye

    ReplyDelete
  7. alahai so sweet & touching....happy anniversary & moga bahagia dunia & akhirat amin!!!!!!!!

    ReplyDelete
  8. hepy aniberseryyy.. :) moga bahagia hngga akhir hayatt

    ReplyDelete