Assalammualaikum dan Selamat Pagi semua... Sihat ker di pagi Jummaat yang indah nie.. Hari ni cam sedih jer hari... Hujan renyai-renyai di luar sana. Hurmmm Internet ternyata masih lagi ditahap siput, tapi disebabkan rindu IEB untuk berblog, akan kugagahkan jua mencari koram2 yang dirindui. Hari ni jalan lengang jer pi opis, menurut rakan-rakan FB, opis mereka pun semakin lengang dengan orang. Almaklumlah nak Raya Aidil Adha tak lama lagi, semua nampaknya dah balik bercuti di Kampung.
IEB beraya Haji di rumah mertua di Jelebu Negeri Sembilan tahun ni. Raya Aidilfitri yang lopeh den berayo di Johor, so makanan tradisi orang JOhor of coz lah ketupat, rendang, kuah kacang dan sebagainya. Aidil Adha pulak bertukar juadah dari Ketupat, kepado lomang Nogori... Den bilo time Rayo ni, memang suko bona, suko bukan apo, yer lah dapek makan makanan tradisi bilo Rayo kan.. Yahoooo makan puas-puas sampai gumuks... Laki den dah gumuks, jadi tak leh makan bebanyak.. Hihihihihi... Eh tak leh makan bebanyak gak, den ni kan ado penyakit HBP... Kang tak pepasal kolestrol tinggi, kono bising ngan doktor kang.
Oklah koram, sebenarnya cerita IEB kat atas nie, dah lari pada tajuk dah, ok berbalik pada tajuk di atas, IEB nak ucapkan Selamat Hari Lahir khas buat Kak Ayu cantik manis yang memiliki blog Citarasa Rinduan nie. Semoga dipanjangkan usia, dimurahkan rezeki akak sekeluarga, mendapat keberkatan dunia dan akhirat dan akak bahagia disamping insan-insan teristimewa disisi akak.. Amin, Mudah-mudahan.
Kak Ayu ni rajin ke blog IEB, walaupun tak pernah bersua muka, sebenarnyer kedai Kak Ayu ni dekat jer ngan umah mak IEB kat Felda Ulu belitong, Kluang, Johor tu ha...Tapi sampai ke hari ni, kalau balik JOhor IEB amsih belum berkesempatan nak ke Rumah beliau.. Insya Allah ada umur yang panjang IEB akan ke sana nak bertemu Kak Ayu nie... IEB seanng sangat berkawan ngan Kak Ayu ni.. Walaupun hanya mengenali beliau di alam maya sahaja, tapi IEB tahu dia sangat baik... Mudah-mudahan persahabatan kita kekal sehingga akhir hayat.. Amin.. Semoga Kak Ayu bergembira di Hari Lahir akak...
12 comments:
selamat hari raya IEB dan happy birthday untuk kak Ayu
berhati2 dijalan raya ye
Selamat hari lahir untuk kak Ayu ! :)
Selamat hari raya kak IEB :)
happy bday....
selamat hari raya tina dan MTT
TUmpang wish katt sini..
HAPPY BIRTHDAY AYU.
Hepi bufday buat ayu...
salam ukhwah buat IEB..
selamat hari raya kak sue!!..hawiz xblk pon..raya je kt melaka..=(
salam aidil adha utk IEB sekeluarga. jgn makan lomang byk sangat dan juga rendang cili padi...nanti perut sakit dan kembong hehehehehe
terharunya kak ayu dengan entry kamu ini,......
terima kasih IEB. hanya Allah sahaja yang tahu macamana terharunya kak Ayu dengan keikhlasan persahabatan yang kamu jalini..
moga 1 hari kita akan bersua jua..amin
PS: Insyallah..
Selamat Hari Raya Hawiz dan Kak Zue...
Kak Ayu, AMin mudah-mudahan
Internet slow time raya ni.Dah tu tak ramai yang online.Eh!Lari tajuk pulak!
kita baru selak blog citarasa rinduan ni semalam...huhuhuhu
Post a Comment