Assalamualaikum dan selamat petang semua..... Huhuhuhu pagi tadi IEB buat entry pasal Kaki Skodeng kat opis IEB, pagi tadi cam biasa time waktu senggang baca Berita Online.. Biler dan baca berita jadi takut plak, kalau tk baca tak tahu lak isu semasa kan.... Apa yang IEB lihat Jenayah semakin berleluasa skang nie.. Waaaaaa kenapa nie, orang bunuh orang, orang pukul orang, orang simbah asid kat orang, Orang Meragut, Orang Merogol, Orang Meliwat, Orang Merompak, Orang Menyamun dan sebagainya kes jenayah berat yang menakutkan.... Kenapa koram ni can dah takder hati perut jer... Bunuh orang tu macam bunuh semut jer sekarang ni..
Kalau nak keluar sorang-sorang skang exspecially yang perempuan dah rasa tak selamat dah rasanya... Takut dengan penjenayah yang ada dimana-mana, tak kira masa dan tempat, yang sedang tunggu untuk menerkam mangsa... Rasa duduk dalam kumpulan haiwan karnivor pun ada.... Keliling ada harimau yang sedang lapar nak terkam mangsa.... Koram tak rasa ker cam tu??? Minta dijauhkan lah ini berlaku kepada kita dan keluarga.. Amin......
Untuk hari ini jer ada 3 berita yang cukup untuk mengecutkan tali perut kita.....
Kaki, organ dalaman dalam mangkuk tandas <----- BERITA LANJUT KLIK SINI
Kosmo Online
AMPANG JAYA – Tragis dan meloyakan. Itulah gambaran yang boleh diberikan terhadap penemuan mayat manusia yang telah dipisahkan dengan sebelah kaki dan beberapa bahagian organ dalamannya dibuang ke dalam mangkuk tandas di sebuah rumah di Blok Chryssa, Apartmen Astaria, Taman Kosas di sini semalam. Sebelum penemuan mayat itu, penghuni di blok itu mengadu terdapat bau yang kurang menyenangkan di kawasan sekitarnya.
Menyedari perkara itu, pihak penyelenggara apartmen telah membuat pemeriksaan di sebuah rumah kosong di tingkat lima dan menemui kaki sebelah kiri dan beberapa bahagian organ di dalam mangkuk tandas di rumah tersebut sebelum bertindak membuat laporan polis.
Pelajar tahfiz kena liwat ketika suai kenal <----- BERITA LANJUT KLIK SINI
Oleh Nahar Tajri dan Omar Osman
bhnews@bharian.com.my
2011/08/04
SUNGAI PETANI: Seorang pelajar tahfiz berusia 9 tahun terlantar di hospital sejak empat hari lalu, dipercayai diliwat, dipaksa melakukan seks oral dan didera oleh tiga pelajar senior berusia 12 tahun sebuah sekolah agama tahfiz swasta di Kupang Baling di sini, ketika mengikuti minggu suai kenal selama 40 hari, bermula Jun lalu.
Bapa pelajar terbabit yang enggan dikenali berkata, anaknya yang hanya dibenarkan ditemui selepas minggu suai kenal yang dikenali sebagai tempoh berpantang itu tamat 30 Julai lalu mengadu dia diliwat setiap malam dan akan dibelasah jika menangis oleh pelajar senior itu. Selain anaknya, beliau mendakwa dua lagi pasangan kembar berusia lapan tahun turut di dera teruk hingga trauma tetapi mereka tidak mengadu diliwat. Sepanjang tempoh suai kenal itu, semua pelajar dilarang menghubungi keluarga atau waris mereka.
Jurujual disimbah asid lari 30 meter dapatkan rawatan <----- BERITA LANJUT KLIK SINI
bhnews@bharian.com.my
2011/08/04
KOTA BHARU: Seorang jurujual kereta mengharungi saat memeritkan apabila terpaksa berlari sejauh 30 meter untuk mendapatkan rawatan di sebuah klinik komuniti berhampiran selepas disimbah cecair dipercayai asid dalam kejadian di Taman Uda Murni, Pengkalan Chepa, di sini malam kelmarin.
Dalam kejadian jam 8.30 malam itu, Faizal Halim Rustam, 37, mengalami kecederaan pada belakang badan, mata, leher serta lengan dan kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II).
Menceritakan detik cemas itu, Faizal berkata, selepas membeli minuman pada malam itu, beliau berada di depan sebuah kedai sambil membaca akhbar sebelum disimbah cecair oleh individu tidak dikenali.
13 comments:
takutnya bila baca semua berita tu IEB..huuuu~ sama samalah kita berdoa semoga dijauhkan pada kejadian sedemikian dan dilindungi olehNYA
Nauzubillah min zalik..
minta2 kita di jauhkan dr kejadian tu sume..
hu...bahaya dimana2 kan..mintak doa je supaya diperjauhkan
takutnyaaa.. memang sekarang ni nak klua mcm dah tak selamat dah..
haa takut pulak..xmo lah bebas2 huhu
salam kenal,
astaghfirullahalazim, apa la nak jadi sekarang ni kan..... rasa takut dah nak kuar umah...
yang kerat 15 tu paling gerun...dengar dlaam berita td pun nak loya dibuatkan...ciap ade gambr sekali ha..
adoii ngeri sgt la mcm ni..hehh moga dijauhkan dari keluarga kita kan..amlkan ma'thurat setiap hari sebagai pendinding bkn je dari makhluk halus, tp dpd manusia keji mcm ni..insyaAllah =)
memang ngeri la baca berita di atas, risau dgn keselamatan anak2. moga kita semua dilindungi
ishhh teruknya skrg , syaitan yang nyata ad kat muka bumi ramadhaan cmni .
Zaman sekarang memang banyak jenayah. Idup kene byk lbh berati2.
ish tu la takut betul la kak
rasa mcam makin tak slmt je nk
kuar ke mana mana skrg aish
kadang2 jenayah kat negara kita ni kita tak terpikir ad orang yang sanggup lakukan nye kn.... manusia akhir zaman.. :(
Post a Comment