Koram penah dengar ker perkataan "Air Jarang"??? Ermmm mesti jarang-jarang koram dengar kan... Disebabkan IEB nie Johorian, so bahasa-bahasa Johor tu tak pernah lekang dan luput dek ingatan IEB.... Air Jarang yang dimaksudkan bukanlah bukan lah air seksi sebab pakai baju jarang.. <--- melalut plak IEB nie, kang tak pepasal kene hentam dek Anon kang.. Hahhahahha... Hye Anon... Kalau koram nak tahu Air Jarang tu apa, koram tengok jer lah kat bawah nie...
Eh bukan yang ni lah, mampos kang kene serang Anon.. Hehehehhe
<<<>>>
<<<>>><<<>>><<<>>>
<<<>>><<<>>><<<>>><<<>>>
<<<>>><<<>>><<<>>><<<>>><<<>>>
<<<>>><<<>>><<<>>><<<>>><<<>>><<<>>>
<<<>>><<<>>><<<>>><<<>>><<<>>><<<>>><<<>>>
<<<>>><<<>>><<<>>><<<>>><<<>>><<<>>><<<>>><<<>>><<<>>>
<<<>>><<<>>><<<>>><<<>>><<<>>><<<>>><<<>>>
<<<>>><<<>>><<<>>><<<>>><<<>>><<<>>>
<<<>>><<<>>><<<>>><<<>>>
<<<>>><<<>>><<<>>>
<<<>>>
Ni lah stok Air Jarang IEB tuk beberapa hari, alah yang koram panggil Air Masak lah, Air Putih lah ataupun nama komersialnyer Sky Juice....
Info :
Air dan Diet Air sebenarnya adalah satu elemen yang sangat penting untuk badan kita. Ramai yang tahu air ni penting, tetapi tak sedar yang sebenarnya kita kekurangan air. Orang yang tinggal di negara sejuk pun minum lebih banyak dari apa yang kita minum. Minum air secukupnya sepatutnya menjadi tabiat kita. Kita perlu air kerana;
- Tubuh kita terdiri daripada 70% air
- Air diperlukan untuk mengawal suhu badan
- Darah kita 83% air
- Otot kita 77% air
- Tulang kita 22% air
- Air mengelakkan “takungan air” atau water retention
- Mengangkut oksigen dan zat makanan dalam badan
- Melembapkan kulit dan tisu badan
- Mengelakkan sembelit
- Melembapkan rawan untuk serap hentakan
- Membantu menguatkan otot
- Mengelakkan kekeringan
Berapa banyak air yang perlu kita minum?
Kuantiti air yang kita perlu minum bergantung kepada jantina, saiz badan, umur, keadaan kesihatan, makanan harian kita, tahap aktiviti fizikal, cuaca dan ubatan yang diambil. Tetapi, kita selalu disarankan untuk meminum sebanyak 2L (8 gelas air dalam sehari). Mengikut kajian yang saya buat, untuk mengira kuantiti air yang kita perlu minum, kita bahagikan berat kita dalam KG dengan 25. Hasilnya, itulah kuantiti air yang kita perlu minum dalam sehari.
Contoh: Berat kita 75kg bahagi 25 = 3. Maka, air yang perlu kita minum ialah 3 liter.
Cara minum air yang betul
Agama Islam tidak mengalakkan kita minum sambil bernafas dan kita perlu minum dengan perlahan-lahan. Saya telah mengamalkan minum air dengan cukup selama hampir 4 tahun lebih sekarang. Hasilnya;
- Apabila orang kesejukan, saya rasa seperti biasa sahaja
- Apabila orang kepanasan, saya tidak begitu panas berbanding orang lain
- Saya tidak pernah mengalami masalah sembelit
- Saya tidak pernah pening kepala
- Kulit saya sentiasa lembap
Untuk minum air dengan betul, saya sarankan agar;
- Minum 2-3 teguk setiap 10-15 minit
- Minum segelas air sebelum makan
- Segelas air lagi selepas makan
- Tidak minum semasa makan
Sumber : http://cyberslimcenter.com/blog/page/4/
mamak, air jarang satu!!!!
ReplyDeletememang pelik la kn mamak tu klu mintak air jarang..hahaha... dh terbiasa sbb kt kg pggl air jarang...
:) .. kami orang kl.. dari atok nenek semua panggil air panas mati :| hehehe...
ReplyDeletemy hubby .. orang penang... panggil .. ayaq masak..
ooo..dah faham...TAPI gambor tu sheksi u...
ReplyDeletelebih tertarik ngan gambar first tu... hehehe
ReplyDeleteair jarang bukan bahasa orang pantai timur ke kak :)
pes taim dengar air jarang :)
ReplyDeletehehe....lau nampak dekat JEJAKA TERHANGAT gambo atas nie mau dia serang....selalu sgt da kene...huhu
ReplyDeleteEntry Paling Hangat: ZIZAN MAHARAJA LAWAK BAKAL DI SAMAN???? | ISU ABG KAWASAN
jerang air tau lah.huhu
ReplyDeletejarang air?pertama kali dengar.. :)
ReplyDeletedah lame tk dgr perkataan air jarang..rasenye org zmn dulu2 aje panggil camtu =)
ReplyDeletesaya suke gambar "air jarang" di atas sekali tu..HAHAHAHA
ReplyDeletebley tergode tgok gmbar kat atas hahaha... isk isk isk..
ReplyDeleteair jarang sedap! slalu bwk bekal air jarang dtg opis..hihu~ =P
ReplyDeleteIEB, KC pagi tadi baru renung tupperware air yg dah 2, 3 ari tak hbis2 dn berazam nk hbiskan air tu arini. tgk2 IEB dh buat n3 tntg air. cam tau2 jer dilema KC ye. hihihi.
ReplyDeletecemaner nak bagi suka minum air jarang ni ya..? mmg la air jarang ni bagus utk kesihatan.. tp rasanya dok beshh la.. huhuhu
ReplyDeleteheheh..kami orang kampung panggil air masak..:)
ReplyDeletemintak air jarang dekat mak nnt mesti terkebil2 mak nnt..:)
KAMI tahu air jarang tu air masak, kat kampung pun selalu gak guna air jarang. :)
ReplyDeletejohoria rupanya..sekapal kita ni :) air jarang sungguh jarang-jarang dapat meminumya...emm kena cuba perbaiki nih
ReplyDeleteakak pon manggei air jarang..hehehe
ReplyDelete