Sesungguhnya Hamba Mu ini Redha dengan sakit yang Kau berikan ini Ya Allah, kerana ia adalah satu rahmat untuk menguji umat Mu...
Sakit adalah penyuci dosa dimana, kita berserah dan bertawakal sepenuhnya kepada yang Maha Esa.. Disini IEB ada memberi info serba sedikit mengenai amalan ketika kita ditimpa sakit... Jangan mengeluh, sebaliknya kita harus bersyukur keraya DIA pencipta masih sayang kan kita dan menyuruh kita untuk segera bertaubat kepada NYA.. Marilah banyakkan zikir dan berdoa semasa sakit.. Mudh-mudahan diberkati.. Amin, Yarabbal A'alamin...
Perdampingan dengan Allah dengan mengingati Allah berdoa dan bersabar
Ini disebabkan, Penyembuh yang sebenamya ialah Allah. Adalah sesuatu yang tidak masuk diakal sekiranya mereka yang sakit enggan untuk berdamping dengan Dia Yang Maha Penyembuh dan mereka bersikap menjauhkan diri daripadaNya.
i) Firman Allah:
"Ingatilah Aku nescaya Aku akan mengingatimu."
(Al-Baqarah: 152)
Ingatilah Allah, moga-moga Allah akan mengingati mereka yang sakit dengan pertolonganNya.
Ibn Hisyam meriwayatkan bagaimana Ar-Rasul bersembahyang duduk ketika sakit sebelum wafat. Menunjukkan perdampingan dengan Allah perlu berterusan walaupun ketika sakit.
ii) Bersabda Ar-Rasul:
"Kamu hendaklah mengambil dua jenis ubat:- madu dan Qur'an."
(Baihaqi dan Ibn Majah)
Membacakan Al-Qur'an merupakan ubat penting di dalam kehidupan manusia, di samping ubat-ubat lain. Pembacaan Al Qur'an akan merapatkan lagi hubungan seseorang dengan Allah.
iii)Pesakit-pesakit juga tidak boleh lupa daripada berdoa kepada Allah.
Perhatikanlah hadis ini:-
"Letakkanlah tangan kamu di bahagian yang kamu terasa sakit. Kemudian bacalah
بسم الله الرحمن الرحيم tiga kali dan kemudian bacalah doamelegakan sakit sebanyak tujuh kali!"
بسم الله الرحمن الرحيم tiga kali dan kemudian bacalah doamelegakan sakit sebanyak tujuh kali!"
Berkata Osman, "Aku pun melakukannya dan Allah menghilangkan kesakitan ku itu!"
(Muslim)
Si doktor juga perlu berdoa untuk si pesakit.
Lihatlah bagaimana Ar-Rasul berdoa untuk Saad ibn Waqqas:
"Ya Allah, sembuhkanlah Saad." (3x)
(Muslim)
iv) Di samping itu pesakit-pesakit dan para-para doktor mesti memahami bahawa kesabaran adalah penting di samping berusaha, kerana penyakit yang menimpa akan mengkifaratkan dosa-dosa.
Bersabda Ar-Rasul:
"Tidaklah seorang Muslim ditimpa oleh keletihan, atau kerisauan, atau kedukacitaan, atau penyakit, atau permasalahan walaupun kesakitan berupa duri (yang mengenai), melainkan ini merupakan penebus kepada dosanya."
(Bukhari dan Muslim)
ieb, ayt² quran /doa² yg ieb bg ni xleh baca..pe kata ieb save as image dlm com dlu, then upload pic mcm biasa..br oke =)
ReplyDeletebtw, thanks 4 this sharing ^_^
IEB , Tia tak dapat baca doa2 tuuu . pehlis edit balik dan inform Tia ye . Tia nak baca :)
ReplyDeletelajunya IEB edit . Tia copy image tu yee untuk simpanan .. terima kasih untuk satu lagi ilmu berguna untuk tatapan pembaca :)
ReplyDeleteperkongsian yang berguna..moga kesakitan kita menjadi kifarah utk kita
ReplyDeletealhamdulillah, ilmu yg dikongsi boleh dimanafaatkan bersama. terima kasih
ReplyDeleteterima kasih atas perkongsian...
ReplyDelete=)
kak IEB sakit ke?tak kan?hehe..tq atas perkongsian ni kak..=)
ReplyDeletenice entry! >.<
ReplyDeletetima kasih share...saya tngah batuk2 ni...nak cuba jugak mudah2han berkesan insyaalah :)
ReplyDeletenice enry ni..bagus...
ReplyDeletekadang2 sakit yang kita dapat ni ialah kifarat keatas dosa-dosa kita...
entri yang baik. :)
ReplyDeletebykkan bersabar, berehat, dan berdoa. Insyallah ..
ReplyDeletetq sis ..semoga sis cepat sembuh sepenuhnya .. bersyukur kita sdg sakit sedikit kalau nak dibandingkan dgn org lain yang lebih parah sakitnya .. akways bersabar k sis syg
ReplyDeleteA good post.
ReplyDelete