Malam tadi IEB layan cerita Blow nie ngan En. Bard. Cerita nie sebenarnyer lama dah ada lam komputer tu, cumer IEB tak tertengok jer.... En. Bard penah tengok dan dier kata best sangat... Malam tadi layan movie nie, memang sangat best... Ini adalah kisah benar mengenai pengedar dadah terbesar yang dipenjara beberapa kali dan sehingga kita. Beliau di jangka keluar tahun 2015 koram.
Cerita ini mengisahkan tentang hidup George Jung yang menghadapi tekanan hidup sejak kecil oleh ibu GJ yang lebih bersifat mata duitan, akan tetapi bapa GJ tersangat lah penyanyang. Pernah bapa GJ tida duet yang diperlukan oleh ibu GJ, ibu GJ memberontak dan membuat keputusan meningggalkan GJ dan ayahnya. Bapa GJ seorang yang penyabar juga penyayang tetap menerima ibunya walaupun beberapa kali ibunya buat hal, memebuatkan GJ membenci ibunya... GJ membesar seperti naka-anak lain yang mendapat perhatian penuh ayahnya.
Setelah meningkat dewan GJ berpindah ke California bersama Tuna, sahabat baiknya untuk mencari pekerjaan beberkal duet yang amat sedikit. Disana GJ dipertemukan dengan seorang pramugari bernama Barbara yang mengubah hidup mereka sebagai pengedar ganja yang berjaya... GJ seorang yang sangat bijak dalam membuat taruhan bersama pengedar yang lain yang membawa dia ke arah kejayaan yang besar, sehinggalah GJ ditangkap atas kesalahan mengedar dadah. Selepas 2 tahun Barbara mati kerana mengidap penyakit barah. GJ rasa akan kehilangan Barbara kerana Barbara seorang yang sangat baik juga membantu Gj untuk ketahap sekarang... Di dalam penjara GJ di pertemukan dengan Diego juga seorang pengedar dadah terkemuka.
Apabila GJ dan Diego keluar dari penjara di dibawa bertemu dengan Pengedar Dadah Antarabangsa terbesar juga ketua mafia yang membuat GJ semakin berjaya dengan perniagaan mengedar dadah kerana menajdi orang kepercayaan mafia itu. Diego berasa cemburu dan berhasrat ingin mengatahu connection GJ di California... Satu hari GJ terpaksa memberitahu Diego Connection dia di California... Dalam diam Diego menikam Gj dari belakang dengan mengambil semua pelanggan GJ, mengakibatkan GJ jatuh msikin. GJ sudah berkahwin dengan Mirtha dan mempunyai seorang anak perempuan Kristina... GJ semakin jatuh, Mirtha yang ketagihan dadah pula semakin melampau sehinggakan GJ ditangkap sekali lagi kerana mempunya 80mg dadah dalam rumahnya... GJ keluar penjara semula dan mencari anak kesayanganya Kartina.. Dia inigin berubah dan menjadi bapa yang baik kepada Kartina
GJ membuat keputusan untuk menjual dadah buat kali terakhir dan mencari duit untuk memulakan kehidupan baru bersama anaknya Kartina, tapi hajatnya tak kesampaian apabila dia ditangkap sekali lagi dan dimasukkan ke penjara sehinggan 2015. GJ tersangat sayang kan Kartina, tapi Kartina tidak pernah sekalipun melawat GJ dipenjara mengakibatkan GJ sedikit gila. Uish panjang betul sinopsis cerita nie oke... Koram layan jer lah cerita nie... hihiii
11 comments:
kadang2 orang akan melakukan jenayah kerana terdesak akibat kesempitan hidup kan...
ini sinopsis ker cerita pendek kak?heheheh.. :P
wah ! habis tu ending dia apa ? apa jadi kat anak dia ? pergi mana ? ambik dadah jugak tak ?
entri blog atiey : Surat Untuk Kekasih Baru Awak
macam menarik...
ni bkn sinopsis dh ni..mmg cerita smpi abes trus ni..haha =P
boleh jadi penulis skrip lah
huhh.. panjang bebenor.. lalala~
tp best..haha
tu die...panjang nye si cantik menagrang..eheh
hehehe..kak weh..apik x pnah tgk lg citer ni..tapi apik tau..apik peminat johny depp..waaaaa
tak pernah tgk lagi .. tapi suka gan tengok cite2 aksi ni ...
perghh sis,dah mcm cerpen pulak ni..ehheeee
*mcm best je ni..nak gak tgk..cek youtube jooo
Post a Comment