Monday, April 18, 2011

Ayuh Bangkitlah Wanita Teraniaya Part 1

 Wahhh berabuk blog IEB yang ditingglkan selama 2 hari nie, taik cicak pun banyak (sapa rasa loya, jangan amrah ar). IEB balik ke Jelebu, Negeri Sembilan, umah mertua, IEB ada terdengar satu lagi realiti kehidupan yang sangat menyayat hati IEB.... Semoga kita mendapat ikhtibar dari cerita yang, IEB nak sampaikan ini. Wahai wanita teraniaya, jangan mudah berputus asa, ayuh bangkitlah untuk mendapat kehidupan lebih sempurna, kerana setiap perkara sudah ditentukan. Setiap kejadian itu ada hikmahnya..
Sue, bulan nama sebenar berkahwin dengan pegawai tentera. Sue berasal dari Selatan Thailand. Seorang wanita yang tidak bersekolah juga tidak tahu akan kemajuan teknologi sekarang. Diawal perkahwinan beliau sangat bahagia sehinggakan dikurnikan 3 cahaya mata yang agak dekat jaraknyer. Sue juga mengalami kesukaran mengandungkan anak terakhir Iman, dimana beliau mengalami demam yang teruk sehinggakan hampir dia kehilangan anak terakhir. Alhamdulillah Iman dapat diselamatkan segera pihak Hospital dan lahirlah Iman kedunia ini. Iman lahir tidak normal seperti rakan sebaya. Dimana Iman sangat lambat dari segala hal seprti berjalan, bertutur dan sebagainya. Ibu tabah ini cekal menghadapi itu semua membesarkan Iman juga 2 orang anak perempuannya bersama suami tercinta.

Suami Sue, Zain seorang pegawai tentera yang agak garang. Zain mula membuat onar biler Iman berusia 5 tahun. Zain juga mempunyai seorang teman wanita yang bekerja di cafe tenpat Zain bekerja. Zain mula bermain cinta dengan Rita. Diar mula menunjuk riak dihadapan kawan-kawan dengan menceritakan hal beliau bersama teman wanitanya, membuatkan kawan-kawan mula meminggirkan beliau. Zain sudah mula balik lambat. Satu hari Zain balik kerumah dan Sue lambat membuka pintu, mulalah pelempang naik kemuka. Bermula dari itu habis lebam-lebam dan sakit badan Sue di pukul, di terajang Zain di depan anak-anak. Anak-anak mereka Yatie, Huda dan Iman turt menyaksikan ibu mereka dipukul dengan teruk oleh ayah mereka.... Sue merelakan dan tidak membantah setiap perbuatan Zain sebab masih setia dengan suaminya. Sue seorang perempuan yang sangat baik, rajin juga peramah. Jiran sekeliling amat senang dengan sifat Sue.

Satu hari dik kerana anak-anak tak tahan melihat ibu mereka dipukul dengan teruk oleh bapa meraka, mereka menyuruh Sue untuk memukul balik ayah mereka. Pada mulanya sue agak keberatan untuk melakukan hal sedemikian kerana takut diceraikan oleh suami kerana dia tiada tempat bergantung lain selain dari suaminya... Sekali lagi zain pulang kerumah dan Sue lambat untuk membuka pintu, apa lagi darah baran Zain yang agak meluap tu naik, dan terhamburlah segala kata-kata nista yang tk senak didengar oleh Sue juga anak-anak seperti perempuan bodoh, sial, dans ebagainya. Agak teruk juga kali nie Sue dupukul dihadapan anak-anak. Air mata Sue yang agak kering tak henti-henti mencurah dek kerana menahan kesakita yang teramat sangat.....

Bersambung dalam part 2....

Nama dalam cerita ini adalah menggunakan nama samaran. Kisah ini adalah kisah benar yang IEB dengar. Inilah Realiti Kehidupan yang amat memeritkan. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul beban mengahadapi semua dugaan dalam kehidupan.

16 comments:

  1. waaaa best lak baca..cepat la sambung part II!!!! ahaha..=)

    ReplyDelete
  2. salam,
    wanita menangis krn perasaan sayang yg mendalam kpd org yg disayang.....

    ReplyDelete
  3. Salam kak ieb,
    tq kerana kongsi ceta yg memberi pengajaran, sy sgt suka... :)

    ReplyDelete
  4. kenapa la dlm setiap perhubugan especially perkahwinan mesti ada org ketiga... tak kisah la yg dicari atau dtg sendiri...

    tak bolehkah setia saja pd yg satu tu... yg ada pun tak terjaga kenapa perlu cari bala...

    seriously menyampah

    ReplyDelete
  5. cepat la sambung !!
    x sabar nie..

    ReplyDelete
  6. sedihnya bila baca air mata sue menangis menahan kesakitan...;-(

    salam ziarah..

    ReplyDelete
  7. cepat sambung IEB..
    mcm drama neh..hehe

    ReplyDelete
  8. nape kena bersambung lak !
    huhu nak bace lagi ~ yup realiti kehidupan adakalanya kita pun terjebak tapi sebenarnya realiti kehidupan org lain lebih pedih dan sakit ..bersuyukur lah dengan apa yg kita rasa .. :(

    ReplyDelete
  9. apasal ko nak sambung2.... takde2.. taip cepatt......

    ReplyDelete
  10. banyak cter yang lelaki jerk curang ek.... nyampah... hahaha

    ReplyDelete
  11. sedih membacanye..harap dpt jd pedoman...

    maner sambungannyer? heheh...

    ReplyDelete
  12. as salam..
    wah...
    istiqamah jap

    0_0

    ReplyDelete
  13. power2....i follow u..hope follow me back ya

    ReplyDelete