Friday, November 26, 2010
Pengorbanan Seorang Ibu
Sedih baca HM harinie koram... pasal pengorbanan seorang Ibu untuk anaknya yang berusia 12 tahun.... Koram baca berita lanjut nie...
KUALA LUMPUR: Demi menyelamatkan maruah anak perempuannya berusia 12 tahun, seorang ibu terpaksa mengharungi detik hitam apabila diperkosa di depan gadis sunti itu oleh seorang daripada dua penjenayah yang memecah masuk rumah mereka di Kampung Melayu Subang, dekat sini.Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 pagi kelmarin, ibu muda itu yang diikat tangan sebelum itu diberi pilihan oleh penjenayah terbabit untuk menentukan siapa yang akan dirogol sama ada dia atau anak gadisnya.Dalam keadaan terdesak, ibu berusia 34 tahun itu tiada pilihan melainkan membiarkan dirinya dirogol seorang daripada dua penyamun berusia lewat 20-an terbabit.Menurut sumber polis, lebih menyayat hati ketika seorang daripada lelaki terbabit merogol mangsa, seorang lagi rakannya merakam perbuatan terkutuk itu menggunakan telefon bimbit. “Sebelum itu, dua suspek terbabit yang memakai topeng memecah masuk rumah mangsa yang ketika itu tidur bersama anaknya dalam bilik utama manakala suaminya tiada di rumah kerana bekerja syif malam.“Dua penjenayah terbabit mengikat dua beranak itu dan mengarahkan mereka mendiamkan diri sekiranya tidak mahu dicederakan,” katanya. Sumber itu berkata, suspek menggeledah rumah berkenaan sebelum mengambil wang tunai dan barang kemas yang nilai keseluruhannya dianggarkan RM2,000. “Sebaik selesai menggeledah rumah mangsa, seorang daripada suspek seolah-olah tidak puas hati dengan hasil rompakan mereka dan memberitahu mahu merogol seorang daripada dua beranak itu. “Selepas rayuannya tidak diendahkan dan tidak mahu anaknya menjadi mangsa penjenayah itu, si ibu terpaksa merelakan dirinya dirogol seorang daripada suspek dan ketika dia dirogol seorang lagi suspek merakamnya menggunakan telefon bimbit,” katanya. Menurutnya, kedua-dua penjenayah melarikan diri dan mangsa membuat laporan di Balai Polis Kampung Baru Subang. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan kejadian itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 395 serta Seksyen 376 Kanun Keseksaan.
SUMBER DARI HARIAN METRO, 26 NOVEMBER 2010, JUMAAT
soalan: kalo merelakan diri nih dalam keadaan terpaksa dikira rogol jugak eh???
ReplyDeleteadeii.. sadisnya..
ReplyDeletehuhuhu
MISZ KIRA ROGOL GAK.. SEBAB DAH TAK DER PILIHAN, DEN KERANA NAK MENYELAMATKAN ANAK DIER YANG BRU 12 TAHUN DARI JADI MANGSA...
ReplyDeleteELNINO.. SADIS DAN MENAKUTKAN SANGAT....
Kejamnye....
ReplyDeleteTakot plak rasenye coz mcm2 kes yg berlaku skrg nie...
hmmmm.... speechless..
ReplyDeletemar memang agak menakutrkan gak mar..
ReplyDeleteNape mst ade case cmni kt M'sia..
ReplyDeleteYa Allah..lindungi keluarga kami dan saudara2 kami dr perkara2 sebegini..
huh takut pass baceee =(
ReplyDeleteya Allah..pe nk jd la org2 M'sia nie..
ReplyDeleteoppss..sory, sy pn warganegara
cme trkilan sbb ada jgk org yg sggup wat cmnie..
ya Rabbi.........xtahu nak cakap pe....:(
ReplyDelete