Assalamualaikum dan Selamat Pagi koram...... IEB nak ucapkan Selamat Hari Lahir buat akak sayang Kak Diya Nadia atau Pinky Momma yang menyambut hari kelahirannya pada hari ini..... IEB ucapkan semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, mendapat keberkatan dunia dan akhirat juga bahagia disamping insan-insan tersayang selam-lamanya...... Juga mudah-mudahan Kak Diya berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi.. Amin Yarabbal A'alamin..... Mmmmuachhh Kak.....
Tak lupa juga ucapat Selamat Hari Lahir buat sorang lagi rakan blogger yang slalu IEB gado-gado bersama Nick Iema iaitu Aslann.
Juga buat sesiapa yang menyambut Hari Kelahiranya pada hari ini.... Wish koram semua sucsess....
Innalillahiwainnahilairojiun.... Semoga roh Arwah Ahmad Jaiz di cucuri Rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.. Amin... Takziah diucapkan khas buat keluarga Arwah.... Arwah telah menghembuskan nafas terakhir beliau pada pagi tadi.
Menurut rakan blogger iaitu rotikaya.com :- Sekitar hujung September yang lalu, Dato’ Ahmad Jais ada di’laporkan masuk ke Unit Rawatan Separa Rapi Pusat Perubatan Darul Ehsan (DEMC) akibat mengalami sesak nafas. Menurut ahli keluarga, Dato’ Ahmad Jais pernah mengadu penat selepas pulang dari membuat persembahan di Batu Pahat pada 8 September yang lalu.
Hal ini diberitahu menerusi lawan web twitter, walau bagaimanapun punca kematian arwah masih belum diketahui.... Datuk Rais Yatim turut merakamkan ucapan takziah di twitter beliau pada ahli keluarga Arwah Ahmad Jais....
Assalamualaikum dan selamat pagi koram... Dikesempatan ini IEB nak ucapkan Selamat Hari Lahir buat adik-adik IEB Qayyum dan Ainur yang menyambut hari lahinya pada hari ini 10.10.2011..... Kak Sue doakan semoga kalian dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, mendapat keberkatan hidup didunia dan juga akhirat dan mudah-mudahan kalian berjaya dalam pelajaran dan emncapai cita-cita kelaian kelak... Amin Ya Rabbal A'alamin.....
Ainur
Qayyum
Pada yang sambut hari lahir pada hari ini IEB juga mengucapkan Selamat hari Lahir Pada Kalian juga.......
Terlambat IEB nak buat entry ni, sebab baru hari ini berkesempatan nak menulis... Hari Ahad 02.10.2011 yang lepas IEB ada membuat Jamuan makan-makan kecil-kecilan untuk rakan-rakan opis IEB juga En. Bard... IEB ada juga menjemput beberapa orang kawan blogger yang tinggal berdekatan Putrajaya... Walaupun dah habis raya tapi still dikira jamuan raya gak.. Hihihihihih... Sebenarnya kami memang dah berniat nak buat makan-makan seperti tahun2 lepas kami buat, tapi tiada kesempatan masa disepanjang Bulan Syawal yang lepas, jadi kami emmbuat keputusan untuk membuat selepas raya pulak......
Alhamdulillah walaupun terasa penat, tapi keseluruhan majlis kami berjalan dengan lancar, dari segi makanan juga timing.... Jutaan terima kasih buat kengkawan yang sudi menghadirkan diri pada Majlis tersebut.... Tapi kehadiran koram mungkin majlis kami tidak semeriah itu.. Majlis bermula pada pukul 12.00 tengah hari sehingga pukul 11.00 malam.....
Antara tetamu yang hadir adalah kawn-kawan opis IEB, juga kengkawan opis En. Bard, manakala tetamu blogger yang hadir adalah Mr. Curly and the gang iaitu Cik Panadol, Budak Johor dan opcoz lah Laling Mr. Curly kan..... Along Usop yang comel lagi pun ada datang gak, merempit dari UKM, Bangi..... Terima kasih buat koram.....
Wakkakka wat gempak jer tajuk diatas... Ecelli apa yang IEB tahu mesti ramai orang marah bila hasil seni photografer diorang dicuri.. Kebiasaannya dalam blog masakn lah... Diorang bantai jer dok mengambil tanpa izin si empunyer gambo.... Yang siap ada watermark pun diorang curi untuk dipamerkan pada orang ramai... Apa cer??? cer amek gambo sendiri ler.. Eh, eh ter emo plak.... IEB tolong wakilkan tuk sesapa yang emo bila gambo diorang dicuri...
Ni IEB nak ngadu kat koram lah, IEB berbulu dan beruban jer ngan sorang mamat yang perasan cam MAWI ni..... Sekali tengok bleh lah cam Mawi, tapi 2 kali tengok sejibik macam Aaroon Aziz, eh bukan lah jauh panggang muka mamat ni dari jejaka kacak malaya tu.. Dua kali tengok memang sebijik cam Ujang.... Tengok dia curik gambar IEB tak mintak kebenaran pun.... Hype.. Hype.... Nak kena babap ni..... Jap, jap, tarik nafas dalam-dalam sebab nak gitau kat Ujang yang IEB tak kisah pun.... Malu IEB, sebab si Ujang siap wat entry pasal pertemuan kitaorang yang berlangsung selama 5 minit tu..... Terima kasih yer Ujang dan Yana.... Yang tak tahan siap kata IEB retis plak ko.. Kelas Ko Jah!... Aduhai jauh lagi IEB nak jadi retis cam Ujang dan Yana tu.... Kalau koram tak cayo koram klik SINI
Hurmm terima kasih kat koram sebab koram sudi patah balik jumpa IEB yang tengah comot dok berkira-kira ngan En. Bard dan Adik nak mengabiskan makanan tu... IEB tengok peyut Yana dan nampak sikit... Yana bertambah cute lah time pregnant ni..... IEB doakan mudah-mudahan Yana sihat sehingga melahirkan baby dan semuanga selamat hendaknya.. Amin...... Sebenarnya dah 2 kali IEB terserempak ngan diorang ni kat Alamanda.. Firts time terserempak dekat tangga escilator (cam salah eja jer, sila abaikan), masa tu IEB nak balik kampung dan tak sempat nak ambil gambo ngan diorang, dan pertemuan semalam baru dapat bergambo ngan diorang.... Ujang dan Yana memang sangat sporting ko.... Nampak romantik couple jer diorang ni, sangat sweet..... So saper2 yang ada hati kat Ujang atau Yana, pikirkan balik.. hehehhehehheheh.. Insya Allah klu ada masa dan umur yang panjang nanti IEB akan bertandang ke teratak koram plak.....
Kespontanan Khamis atau Spontaneous Thursday adalah satu hari dimana pegguna internet khusus nye blogger Malaysia utk mnyepontankn sepatah dua ayat bagi entry mereka pd stiap hari khamis.
Hurmmmmm IEB baru dapat mood untuk kembali berblog setelah sebulan lebih IEB mendiamkan diri dan kurang aktif dipersada blog nie...... Satu punca nya adalah sebab IEB kekeringan idea dan satu lagi punca, IEB rasa dunia blog cam makin suram jer.... Koram rasa tak apa yang IEB rasa nie....... Dunia blog dah tak semeriah dulu lagi.... Kalau dulu Blogger Ootai kita Ben Ashaari rajin buat segmen, meriah jugak rasa sebab dari segmen beliau kita dapat kenal ramai kawan dan sahabat.. Cam IEB mula rapat ngan kengkawan di blog bermula dari Segmen Ben Ashaari..... Ben Ashaari pun cam dah kurang kot buat segmen pasai, ramai yang downkan dia sebab segmen yang dia buat untuk kepentingan blog dia sahaja....
Hurmmmm pada IEB orang yang cuba judge Blogger Ootai nie cam tu cam silap jer... IEB bukan nak membodek Ben Ashaari yer... Jauh sekali nak dapat perhatian beliau.... Apa yang IEB dapat simpulkan disini segmen yang beliau buat tu dapat juga merapatkan hubunngan kita sesama blogger, macam team building lah kiranya.. Kebanyakan segmen beliau berkonsep team building yang mana memerlukan kita kenal diantara satu sama lain juga bekerjasama didalam satu kumpulan..... Kalau koram rasa tak mo join Ben Ashaari punya segmen, koram join lah segmen yang blogger lain buat.... Konsep segmen ni lebih kurang sama jer kan.... Untuk kenal-mengenal sesama blogger juga merapatkan hubungan kita sesama blogger...
Tapi terus terang IEB katakan dunia blog semakin sangat suram... mungkin salah satu sebab ramai yang baru masuk study, tapi yang tak study tu kemana menghilang yer??? Mungkin koram cam IEB juga masih busy ngan raya dan kekeringan idea.... Terasa sangat akan kehilangan.... CMG blogger OOtai pun cam dah tawar hati nak berbelog jer.... Mungkin dia pun terasa hati sebab ramai cuba nak downkan dia dengan mengatakan menumpang populariti orang lain.... Kenapa nak judge orang sebegitu yer??? Bukan ker Dapur Tanpa Sempadan itu dikenali dengan resepi-resepi CMG yang mengancam tu.... Hari hari bukak Blog Dapur Tanpa Sempadan tanpa sebarang entry cam tak best jer kan....
Apakah Wordless Wednesday : Setiap hari rabu blogger akan post gambar di blog tanpa meletakkan sebarang keterangan untuk menjelaskan gambar tersebut. Biarkan gambar yang berkata-kata
Mari kita menonton Filem Libas yang akan ditayangka dipawagam pada 29 September 2011.... Filem ditulis oleh Suami K. Adza a.k.a Mak Dara iaitu Martias Mohd Ali... Tahniah buaat Kakak Sayang dan Suami nie kerana filem tulisan mereka akan keluar beberapa hari lagi... IEB pun tak sabar nak tengok filem nie.... Mari kita menyokong hasil karya anak tempatan kita....
Untuk maklumat lanjut mengenai Filem ini mari kita ke Laman Web Filem Tersebut :
LIBAS merupakan sebuah kisah perebutan bola raga pusaka dari zaman Kesultanan Melayu Melaka yang telah jatuh ke tangan negara jiran, Thailand. Raja Libas berusaha bagi mendapatkan semula bola raga pusaka dipertandingan “Libas" yang merupakan satu pertandingan/pertarungan sepak takraw yang diadakan secara unik dan bersifat brutal serta menggabungkan kepakaran seni mempertahankan diri dan skil sepak takraw itu sendiri.
Lantaran itu Raja Libas terpaksa mencari muka-muka baru untuk dilatih bagi menentang pasukan lawan dan seterusnya memastikan supaya maruah negara dapat ditebus semula. Pencarian Raja Libas membawa kepada penemuan Hamidi seorang pemuda bandar yang mempunyai skil menimbang bola dan Ku Mok seorang lelaki gemuk yang mempunyai tandukan tajam dan berbisa. Bagi melengkapkan 3 pemain, maka Megat telah menawarkan diri.
Dalam masa yang amat singkat Raja Libas terpaksa menurunkan segala ilmu tentang LIBAS kepada Hamidi dan Ku Mok yang masing-masing tidak tahu langsung bermain sepak takraw.
Menjelang perlawanan pelbagai kejadian menimpa pasukan negara didalam memastikan kemenangan. Pasukan negara terpaksa bermain dengan 2 pemain apabila salah seorang dari pemain mereka tersingkir. Pasukan negara jiran menggunakan teknik berbisa sehingga pasukan negara mengalami kecederaan parah sewaktu perlawanan akhir.
Disamping sedang menghadapi masalah tentang pertarungan sepak takraw, Raja Libas juga terpaksa memikirkan konflik percintaannya dengan Ratna. Apakah yang bakal terjadi kepada Raja Libas dan pemain-pemainnya? Bagaimanakah kesudahan konflik percintaan diantara Raja Libas dan Ratna? Saksikan semuanya di dalam "LIBAS".....
Cast & Crew :
PENERBIT
:
:
MOHAMED AZLAN GHAZALI
ROSDI MAT YUSOF
PENERBIT EKSEKUTIF
:
JUREY LATIFF ROSLI
PENERBIT PENYELARAS
:
AL FATTAH MOHAMAD
ARAHAN/KONSEP/IDEA
:
JUREY LATIFF ROSLI
SKRIP
:
MARTIAS MOHD ALI
OLAHAN SKRIP
:
ASMAT SULAIMAN
PENGURUS PENTADBIRAN
:
:
NORNAIMAH NORASIT
ROZANA JAHIDIN
TERBITAN
:
MEDIA DISTRIBUTION ADVERTISING GROUP (MDAG SDN BHD)
Sabtu yang lepas IEB mengikuti program Hari Keluarga SPR anjuran Jabatan En. Bard iaitu Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia yang diadakan di Desa Water Park KL..... Pelbagai acara keluarga yang diadakan termasuk acara untuk kanak-kanak iaitu pertandingan mewarna, memasukkan air dalam botol dan sebagainya.. Tak kurang juga aktiviti dalam air untuk orang dewasa... Kami dibahagikan kepada 4 kumpulan iaitu Hitam, Merah, Hijau dan Biru..... IEB dan En. Bard termasuk didalam kumpulan Biru..... Dalam acara yang diadakan tersebut memperlihatkan sikap setiakawan yang tinggi dikalangan kakitangan-kakitangan SPR, tanpa mengira, pangkat, umur juga hubungan.... Mereka sentiasa bekerjasama untuk kumpulan masing-masing....
Kakitangan SPR
Ucapan dari Pengerusi SPR TAN SRI DATO' SERI ABDUL AZIZ BIN MOHD YUSOF
Kegembiraan terpancar diwajah mereka apabila aktiviti didalam air diselang selikan dengan acara cabutan bertuah dan teka kacang.. Masing-masing gembira tatkala nombor mereka yang bertuah itu dipanggil untuk menerima hadiah... Hadiah yang disediakan juga tak kurang hebat-hebatnya... Masing-masing sentiasa pegang nombor ditangan dan menanti untuk dipanggil.... Anak-anak kecil pula ramai yang dah mula merengek nak main air disitu... Syukur Alhamdulillah Nombor En. Bard bertuah untuk memenangi hadiah garand Prize yang ke-2.. Kami telah membawa pulang Sebuah Microwave Oven.... Hadiah ditempat pertama pula Sebuah TV LCD... Tahniah buat semua yang bertuah......
Acara memasukkan air dalam botol (Acara Kanak-Kanak)
Acara dalam air (Dewasa)
Saya menang Microwave Oven
Wajah-wajah kegembiraan
Acara Penyampaian Duit Raya
Selesai acara Cabutan bertuah, satu lagi acara di adakan iaitu acara Pemberian Duit Raya oleh PUSPANITA SPR kepada anak-anak kakitangan SPR... Terpancar wajah kegembiraan diwajah mereka.... Selesai aktiviti dipentas,, tibalah masanya untuk kami semua bergembira bersama keluarga pula, iaitu aktiviti mandi manda didalam air.... Jutaan terima kasih buat SPR kerana menganjurkan program sebegini, disamping dapat merapatkan lagi hubungan sesama kakitangan SPR juga ahli keluarga juga dapat memupuk semangat kerjasama yang tinggi dikalangan mereka.... Tahniah buat SPR kerana dengan jayanya menganjurkan program sebegini.....